Alhamdulillah, 2 hari lepas telah keluar keputusan untuk anak guam
berkaitan tuntutan hak jagaan anak setelah hampir 3 tahun perjalanan kes. Banyak
liku ketika kes ini berjalan antara nya si ayah tiba tiba ketika prosiding
menghilangkan diri tetapi akhirnya alhamdulillah hadir kembali, si ibu tiba
tiba jatuh sakit. Dengan akhirnya terhenti seketika disebabkan wabak covid
melanda negara.
Akhirnya pada hari keputusan
2-2 pihak bersyukur di atas keputusan yang mahkamah berikan setelah mahkamah
meneliti segala fakta keterangan bukti saksi yang diberikan beserta kehadiran
anak utk membuat pilihan pada siapa yang ingin mereka tinggal memandangkan 3
daripada 4 anak tersebut adalah lebih dari umur 7 tahun bagi lelaki dan 9 tahun
untuk perempuan.
Yang mana seorang anak yang
masih bawah umur diberikan kepada ibu dan ya g temag melebihi umur mumaiyiz
kepada bapa. alhamdulillah ini yang dimahukan oleh kedua dua pihak.
APAKAH HAK JAGAAN ANAK?
Penjagaan anak-anak yang belum
mumaiyiz disebut sebagai hadhanah. Secara umumnya, ibu lebih
berhak berbanding bapa dalam penjagaan anak pada peringkat ini.
Keutamaan ibu ini berasaskan
kepada beberapa faktor.
Pertama, kerana ibu secara
umumnya, lebih pengasih dan lebih sabar menanggung beban menjaga dan mendidik
anak-anak.
Kedua, ibu lebih lembut dan
mampu memberikan belaian cinta dan kasih sayang yang amat diperlukan oleh
anak-anak di peringkat ini.
Dalam satu atsar yang
bersumberkan daripada Yahya bin Said, beliau berkata, aku pernah mendengar
Qasim bin Muhammad berkata:
Ertinya:
Dahulu Umar bin al-Khattab
pernah memperisterikan seorang perempuan daripada kaum Ansar.
Lalu lahirlah anak yang bernama
Ashim bin Umar. Kemudian Umar menceraikan isterinya tersebut.
Lalu, pada suatu hari Umar
pergi ke Quba’. Beliau melihat anaknya sedang bermain di halaman masjid Quba’.
Maka Umar pun menarik tangan
anak tersebut dan mendudukkannya di bahagian hadapan di atas tunggangannya lalu
berangkat pergi.
Tiba-tiba, nenek si anak
melihat cucunya bersama Umar, lantas dia ingin mendapatkannya daripada Umar.
Mereka akhirnya membawa
pertikaian tersebut di hadapan Khalifah Abu Bakar as-Siddiq.
Umar berkata kepada Abu Bakar,
“Dia ialah anakku.’ Nenek itu juga berkata, Dia ialah anakku,’Abu Bakar
berkata, ‘Biarkanlah dia bersama ibunya.
‘Umar tidak membantah keputusan
yang dibuat oleh Abu Bakar itu.”
(Riwayat Malik dalam
al-Muwaththa’)
Tegasnya, ibu ialah orang yang
paling berhak untuk penjagaan anak yang masih kecil itu.
Jika ibu hilang kelayakan hak
itu berpindah kepada nenek sebelah ibu.
Hak bapa untuk menjaga anak
kecil yang belum mumaiyiz diberikan jika ibunya dan neneknya hilang kelayakan
untuk menjaganya.
Oleh itu, secara keseluruhannya
urutan keutamaan penjagaan anak menurut hadhanah adalah seperti berikut:
✅Ibu
✅Nenek sebelah ibu hingga ke
atas peringkatnya;
✅Bapa;
✅Nenek sebelah bapa hingga ke
atas peringkatnya;
✅Kakak atau adik perempuan
seibu sebapa;
✅Kakak atau adik perempuan
seibu;
✅Kakak atau adik perempuan
sebapa;
✅Anak perempuan daripada kakak
atau adik perempuan seibu sebapa;
✅Anak perempuan daripada kakak
atau adik seibu;
✅Anak perempuan daripada kakak
atau adik perempuan sebapa
✅Emak saudara sebelah ibu;
✅Emak saudara sebelah bapa:
✅Waris lelaki yang boleh
meniadi warisnya sebagai ‘asobah
Apakah pertimbangan yang
dilihat oleh MAHKAMAH untuk menentukan hak jagaan anak?
➡️
kebajikan anak anak tersebut
➡️
kemahuan ibu bapa kanak kanak tersebut
➡️
kemahuan kanak kanak tersebut di dalam peringkat umur yang boleh menyatakan
pendirian nya.
BAGAIMANA HAK JAGAAN BOLEH
HILANG?
Faktor-faktor yang boleh
membawa terlucutnya hak Hadhanah terhadap kanak-kanak diperuntukkan secara
jelas dalam Seksyen 83 Akta 303[17] yang menyatakan:
Hak seseorang perempuan
terhadap Hadhanah adalah hilang:
➡️Jika
perempuan itu berkahwin dengan seseorang yang tidak mempunyai pertalian dengan
kanak-kanak itu yang orang itu dilarang berkahwin dengan kanak-kanak itu, jika
jagaannya dalam hal sedemikian akan menjejaskan kebajikan kanak-kanak itu
tetapi haknya untuk jagaan akan kembali semula jika perkahwinan itu dibubarkan;
➡️Jika
perempuan itu berkelakuan buruk secara keterlaluan dan terbuka;
➡️Jika
perempuan itu menukar pemastautinannya dengan tujuan untuk mencegah bapa
kanak-kanak itu daripada menjalankan pengawasan yang perlu ke atas kanak-kanak
itu, kecuali bahawa seseorang isteri yang bercerai boleh mengambil anaknya
sendiri ke tempat lahir isteri itu;
➡️Jika
perempuan itu murtad;
➡️Jika
perempuan itu mengabaikan atau menganiaya kanak-kanak itu
Dalam Arahan Amalan No. 15
Tahun 2007[18] juga ada memperuntukkan bahawa alasan yang menyebabkan hak
jagaan seseorang bapa atau pihak lelaki hilang kelayakan terhadap Hadhanah,
antaranya ialah:
➡️Jika
dia berkelakuan buruk secara keterlaluan dan terbuka
➡️Jika
dia murtad;
➡️Jika
dia mencuaikan atau menganiaya kanak-kanak itu;
➡️Jika
dia menjadi tidak sempurna akal;
➡️Jika
dia berpenyakit kusta, sopak atau penyakit-penyakit lain yang berjangkit yang
membahayakan kanak-kanak itu.
Walaupun Perceraian berlaku
diantara suami dan isteri Hak-Hak sebagai seorang ayah dan ibu masih terpakai.
Apa yang penting kebajikan, kemaslahatan dan keselamatan kanak kanak tetap
menjadi perkara utama yang akan dinilai oleh mahkamah.
APAKAH HAK JAGAAN ANAK?
Apakah pertimbangan yang dilihat oleh MAHKAMAH untuk menentukan hak jagaan anak?
BAGAIMANA HAK JAGAAN BOLEH HILANG?
Hak seseorang perempuan terhadap Hadhanah adalah hilang:
Ulasan