Harta sepencarian suami isteri. Adat keluarga islam di nusantara

harta sepencarian


Berdasarkan peruntukkan undang-undang harta sepencarian ini adalah harta yang diperolehi bersama ketika di dalam tempoh perkahwinan sama ada harta alih mahupun harta tak alih. Harta alih adalah seperti wang simpanan & kereta, manakala harta x alih pula seperti rumah & hartanah.

Dalam mahkamah syariah, pembahagian harta sepencarian adalah ditentukan berdasarkan sumbangan pihak-pihak dalam pemerolehan harta-harta tersebut di mana bentuk sumbangan terbahagi kepada 2 iaitu sumbangan secara langsung dan sumbangan secara tidak langsung.

  • Sumbangan secara langsung adalah sumbangan yang berbentuk kewangan,
  • Sumbangan tidak langsung pula adalah berbentuk perhatian dalam rumahtangga seperti menjaga kebajikan keluarga, memelihara rumahtangga serta menjaga keperluan keluarga termasuk anak-anak.


KEHENDAK UNDANG-UNDANG BERKAITAN HARTA SEPANCARIAN


undang undang hadhanah di malaysia


Di dalam menentukan apa-apa aset/harta sebagai Harta sepencarian, kita hendaklah memahami kehendak undang-undang bahawa maksud harta sepencarian itu boleh wujud dalam tiga keadaan iaitu:-

  1. Harta yang diperolehi bersama oleh suami isteri semasa perkahwinan berkuatkuasa menurut syarat-syarat yang ditentukan oleh Hukum Syara’, dengan usaha bersama mereka;
    .
  2. Harta yang diperolehi bersama oleh suami isteri semasa perkahwinan berkuatkuasa menurut syarat-syarat yang ditentukan oleh Hukum Syara’, dengan usaha tunggal satu pihak kepada perkahwinan itu; dan
    .
  3. Harta yang dipunyai oleh satu pihak sebelum perkahwinan itu yang telah dimajukan pada sebahagian besarnya dalam masa perkahwinan itu berkuatkuasa menurut syarat-syarat yang ditentukan oleh Hukum Syara’ oleh pihak yang satu itu atau dengan usaha bersama suami isteri.


Dalam kes dari Wilayah persekutuan, Yang Chik lwn. Abdul Jamal (1986) 6 JH 146, Sheikh Ghazali bin Haji Abdul Rahman, Kadi Besar telah berkata:
“Konsep harta sepencarian ialah harta yang diperolehi semasa dalam perkahwinan dengan masing-masing suami isteri sama-sama menyumbang tenaga atau wang ringgit untuk mendapat harta tersebut”.

Jika si suami yang menceraikan tanpa ada sebarang kesilapan di pihak isteri,

  1. suami mestilah memberi nafkah selama tiga bulan dan semua harta perlu dibahagikan. Harta yang merupakan senjata atau alat perang diserahkan kepada suami. Dia juga akan menanggung apa-apa hutang atau cukai. Sementara semua perkakasan rumah dan tembaga akan diserahkan kepada isteri. Isteri juga akan mendapat rumah perkahwinan yang mereka diami serta tanah.
    .
  2. Jika si isteri yang memohon cerai,
    .
  3. Isteri hanya akan memperoleh perceraian jika dia dapat membuktikan kesnya (fasakh) dan selepas perceraian, isteri perlu mengembalikan semua harta boleh alih kepada suaminya. Ini bermakna, mengikut adat Temenggung, isteri tidak boleh memohon cerai dan jika dia berbuat demikian, dia kehilangan hak harta boleh alih daripada suaminya.
    .
  4. Undang-undang adat Temenggung ini berbeza-beza dari satu negeri ke negeri yang lain. Contohnya di Perak, apabila perceraian berlaku, seorang isteri yang telah menyumbangkan usahanya mengerjakan tanah milik pasangan tersebut, adalah berhak ke atas separuh daripada tanah yang diperoleh ketika perkahwinan.
    .
  5. Sedangkan, jika dia tidak memberikan apa-apa sumbangan, dia tetap akan mendapat 1/3 daripada harta sepencarian.
    .
  6. Prinsip yang sama juga terpakai seandainya mana-mana pasangan meninggal dunia. Harta yang selebihnya akan diberikan kepada anak-anak atau ahli keluarga yang lain mengikut hukum faraid.


HUKUM SYARAK.




Islam menerima pemakaian apa-apa adat selagi ia tidak bertentangan dengan hukum syarak. Jika dilihat kepada dua kes yang lama itu, jelas bahawa tuntutan harta sepencarian telah berlaku sebelum merdeka iaitu seawal 1919. Ia bukan perkara baharu di Malaysia dan akhirnya hukum adat ini dikanunkan sebagai sebahagian daripada Undang-undang Islam yang ada

ADAKAH HARTA SEPENCARIAN BOLEH DITUNTUT OLEH ISTERI YANG TIDAK LANGSUNG BEKERJA DAN HANYA MENJADI SURI RUMAH SEPANJANAG TEMPOH PERKAHWINAN?


Jawapan : YA BOLEH DITUNTUT

Merujuk kepada peruntukkan undang-undang di dalam seksyen 122 Enakmen Undang-undang Keluarga Islam (Negeri Selangor), seksyen tersebut memperuntukkan bahawa:

“(1) Mahkamah adalah mempunyai kuasa apabila membenarkan lafaz talaq atau apabila membuat sesuatu perintah perceraian untuk memerintah supaya apa-apa aset yang diperolehi oleh pihak-pihak itu dalam masa perkahwinan dengan usaha bersama mereka dibahagi antara mereka atau supaya mana-mana aset yang diperolehi oleh pihak-pihak itu dalam masa perkahwinan dengan usaha bersama mereka dibahagi antara mereka atau supaya mana-mana aset itu dijual dan hasil jualan itu dibahagi antara pihak-pihak itu.”

Manakala seksyen 122 (2) dan (4) Enakmen yang sama pula menjelaskan tentang sumbangan langsung dan sumbangan x langsung.

Seksyen 122 (2) memperuntukkan bahawa: (sumbangan langsung)

Pada menjalankan kuasa yang diberi oleh subseksyen (1), Mahkamah hendaklah mengambil perhatian tentang;

  1. Takat sumbangan-sumbangan yang telah dibuat oleh tiap-tiap satu pihak dalam bentuk wang, harta, atau kerja bagi memperolehi aset-aset itu;
  2. Apa-apa hutang terhutang oleh salah satu pihak yang telah dilakukan bagi manfaat bersama mereka;
  3. Keperluan-keperluan anak-anak yang belum dewasa dari perkahwinan itu, jika ada,


Dan tertakluk kepada pertimbangan-pertimbangan itu, Mahkamah hendaklah membuat pembahagian yang sama banyak.

Seksyen 122 (4) memperuntukkan bahawa: (sumbangan tidak langsung)

Pada menjalankan kuasa yang diberi oleh subseksyen (3),Mahkamah hendaklah memberi perhatian kepada—
  1. takat sumbangan yang telah dibuat oleh pihak yang tidak memperolehi aset itu, kepada kebajikan keluarga dengan memelihara rumahtangga atau menjaga keluarga;
  2. keperluan anak-anak yang belum dewasa daripada perkahwinan itu, jika ada,


dan, tertakluk kepada pertimbangan itu, Mahkamah boleh membahagikan aset itu atau hasil jualan itu mengikut apa-apa kadar yang difikirkannya munasabah, tetapi, walau bagaimanapun, pihak yang telah memperoleh aset itu dengan usahanya hendaklah menerima suatu kadar yang lebih besar.

Dalam kes sebegini, kebiasaannya Mahkamah akan putuskan 2/3 kepada pihak yang memberi sumbangan langsung dan 1/3 kepada pihak yang memberi sumbangan tidak langsung.

Maka kesimpulan nya walaupun bekas isteri di masa tempoh perkahwinan tidak memberi sumbangan langsung namun atas sebab sumbangan tidak langsung isteri tersebut Mahkamah kebiasaan akan memutuskan 1/3 daripada harta kepada isteri dan kadar juga berubah mengikut budibicara hakim dan pembuktian di Mahkamah. Namun, tidak perlu bimbang untuk menuntut meskipun anda sebagai seorang isteri pada ketika itu tidak langsung memberi sumbangan langsung seperti duit modal dan sebagainya.

Catat Ulasan