Kenapa perlu beli tanah di Selangor untuk bina rumah
Oleh
Ibu Syurga
URL Copied
Pada yang
berkira-kira nak beli tanah untuk bina rumah di usia muda ni memang keputusan
tu sangat bijak dan berbaloi. Pada saya pelaburan hartanah ni sesuatu yang
sangat menguntungkan jika kita tahu caranya. Pada usia muda dan punya kerjaya,
fokus anda semestinya adalah untuk jangka panjang dan memiliki rumah mengikut
citarasa sendiri.
Angan-angan saya
sejak dulu, rumah idaman saya tu mestilah rumah setingkat sebab bila dah
berumur nanti sure tak larat nak panjat tangga. Ada 4 bilik tidur, 2 bilik air,
dapur yang luas, ruang tamu dan ruang solat sekeluarga. Wah memang idaman betul
kan? Tapi yang pasti, kita memang kena tahu prosedur beli tanah untuk bina
rumah idaman.
Jika ikutkan saya
sukakan kawasan persekitaran di Shah Alam. Banyak kemudahan sedia dan yang akan
dibangunkan contohnya LRT, lebuhraya DASH dan juga komunitinya yang mendamaikan
😊. Ok jom saya ceritakan cara untuk membeli tanah
dan membina rumah di Selangor.
Panduan membeli
tanah di Selangor
Lebih baik jika
kita membeli tanah dengan geran individu dan tanah tersebut berstatus tanah
kediaman. Ataupun sekiranya anda membeli tanah tersebut bersama-sama pasangan
suami isteri, nama anda berdua akan dipindah milik di dalam geran tersebut.
Seterusnya, pembiayaan membina rumah dari bank ataupun LPPSA akan memerlukan
nama anda berdua berada di dalam kontrak pembiayaan rumah untuk melindungi
kepentingan bersama.
Selain itu,
pastikan juga pembelian tanah tersebut dengan geran individu yang berasingan.
Bukan geran individu dibawah "master title". Ini kerana pembiayaan
bank tidak boleh diperolehi untuk geran individu di bawah master title.
Jika diberi
pilihan, lebih baik kita memilih tanah jenis freehold. Memang benar harganya
lebih mahal berbanding tanah pajakan, tetapi harga tanah tersebut akan
meningkat naik dengan masa dan kita mempunyai hak milik kekal untuk diturunkan
kepada waris kita.
Pastikan tanah
yang kita ingin membeli mempunyai infra yang lengkap. Semasa kita melawat tanah
tersebut, periksa kedudukan longkang, jalan raya, tiang elektrik & paip air
terdekat.
Elakkan membeli
tanah di dalam zon industri kerana selain pembinaan rumah tidak dibenarkan, ia
juga hampir dengan kawasan kilang yang semestinya sesak trafik kawasan tersebut
dengan kenderaan berat dan juga pencemaran. Persekitaran yang pastinya tidak
sesuai untuk keluarga kita.
Penting jika kita
mengupah peguam untuk menyediakan dokumen perundangan. Peguam tersebut akan
melaksanakan semakan tanah sama ada menurut undang undang dan syarat syarat
yang ditetapkan sebelum pembelian dijalankan. Semua dokumen ini boleh menjadi
bukti jika apa yang dirancangkan menjadi sebaliknya.
Selepas
persetujuan dicapai oleh kedua-dua pihak dan proses jual beli tanah telah
dimuktamadkan, salinan IC anda dan penjual tanah diperlukan berserta bayaran
duti setem. Status anda sebagai tuan baru hak milik tanah perlu dikemaskini di
Pejabat Pendaftaran Tanah Malaysia.
Bagus
melaburhartanah semasa muda, boleh
jadikan Homestay tinggal sendiri, carilah tempat strategik untuk jangka panjang. Contohnya homestay di ayer keroh melaka yang berhampiran dengan banyak kawasan tarikan pelancong.
Selain membina
rumah untuk didiami, kita juga boleh menjana pendapatan sampingan darinya. Idea
menjadikan rumah tersebut sebagai Homestay juga tidak kurang hebatnya. Saya
boleh membayangkan prospek penyewa yang datang untuk menginap sekiranya ada
event, kenduri dan untuk percutian keluarga. Zaman sekarang pelbagai medium
pengiklanan yang boleh digunakan untuk mengiklankan penginapan homestay ini.
Saya pernah
ternampak homestay mymomhouz yang terletak di Jasin, Melaka. Villa 4 bilik
direka dengan rekabentuk senibina kolonial. Homestay ini dibina lengkap dengan
dekorasi interior yang sangat menarik. Ia boleh memuatkan lebih 20 orang dalam
satu masa. Selain kemudahan yang lengkap dengan BBQ dan kolam renang, di sini
juga terdapat gelanggang bola keranjang dan badminton untuk beriadah. Permainan
indoor seperti carrom, chess dan kad juga disediakan.
Menarik kan?
Sebab itu idea untuk menjadikan hartanah kita kepada homestay adalah idea yang
bernas jika kita tahu cara untuk menjadikannya menarik dan percuma kos
pengiklanan. Zaman sekarang orang suka untuk berkongsi lokasi menarik di
instagram dan facebook, jadi secara tak langsung pengusaha mendapat pengiklanan
percuma dari pelanggan mereka sendiri.
Saya pernah
menginap bersama keluarga di salah sebuah homestay yang ada di Melaka. Ianya
besar dan selesa untuk kami yang bercuti lebih kurang 14 orang waktu tu.
Harganya berpatutan, berdekatan dengan bandar dan destinasi makan yang viral
masa kini.
Memiliki rumah
yang cantik dan besar pastinya lebih lengkap jika interior di dalamnya
setanding dengan hotel bertaraf 5 bintang. Kita sendiri kalau berada jauh dari
rumah, menginap di tempat yang selesa, rasanya seperti berada di rumah sendiri
kan. Lebih-lebih lagi jika dekonya seperti hotel, sememangnya melihat dari
gambar saja pun sudah terpikat.
Anak-anak pula
kalau sebut tentang bercuti, suka betul nak mandi kolam. Jadi saya memang
terfikir kalaulah ada rezeki untuk saya membina rumah sendiri, saya pastikan
ada kolam untuk mereka bercanda ria 😄. Pastikan ada
tanaman pokok buah-buahan di sekitar rumah. Barulah berbaloi makan hasil
tanaman sendiri bila tiba musimnya. Rumah juga mesti sesuai untuk mereka yang
OKU atau berkerusi roda. Barulah tiada halangan nak bawa atuk nenek bercuti
sekali sekala.
Sebut tentang
deko, saya memang sukakan style hotel Double Tree di Melaka. Pemandangan dari
hotel ini memang best, boleh nampak keseluruhan bandar Melaka, atau boleh pilih
bilik yang menghadap ke laut untuk menikmati pemandangan matahari terbit dan
terbenam dari bilik.
Idea untuk
menghias rumah ni tak susah nak cari. Kita boleh ceduk dari hotel atau homestay
yang sedia ada yang kena dengan citarasa. Dan pastikan anda mencari kontraktor
yang berpengalaman membina rumah agar tidak tertipu dan wang anda lebur begitu
sahaja. Semoga entri ini memanfaatkan dan sedikit sebanyak memberi idea untuk
anda memiliki rumah sendiri mengikut rekabentuk yang diingini.
Pada yang berkira-kira nak beli tanah untuk bina rumah di usia muda ni memang keputusan tu sangat bijak dan berbaloi. Pada saya pelaburan hartanah ni sesuatu yang sangat menguntungkan jika kita tahu caranya. Pada usia muda dan punya kerjaya, fokus anda semestinya adalah untuk jangka panjang dan memiliki rumah mengikut citarasa sendiri.
Angan-angan saya sejak dulu, rumah idaman saya tu mestilah rumah setingkat sebab bila dah berumur nanti sure tak larat nak panjat tangga. Ada 4 bilik tidur, 2 bilik air, dapur yang luas, ruang tamu dan ruang solat sekeluarga. Wah memang idaman betul kan? Tapi yang pasti, kita memang kena tahu prosedur beli tanah untuk bina rumah idaman.
Jika ikutkan saya sukakan kawasan persekitaran di Shah Alam. Banyak kemudahan sedia dan yang akan dibangunkan contohnya LRT, lebuhraya DASH dan juga komunitinya yang mendamaikan 😊. Ok jom saya ceritakan cara untuk membeli tanah dan membina rumah di Selangor.
Panduan membeli tanah di Selangor
Lebih baik jika kita membeli tanah dengan geran individu dan tanah tersebut berstatus tanah kediaman. Ataupun sekiranya anda membeli tanah tersebut bersama-sama pasangan suami isteri, nama anda berdua akan dipindah milik di dalam geran tersebut. Seterusnya, pembiayaan membina rumah dari bank ataupun LPPSA akan memerlukan nama anda berdua berada di dalam kontrak pembiayaan rumah untuk melindungi kepentingan bersama.
Selain itu, pastikan juga pembelian tanah tersebut dengan geran individu yang berasingan. Bukan geran individu dibawah "master title". Ini kerana pembiayaan bank tidak boleh diperolehi untuk geran individu di bawah master title.
Jika diberi pilihan, lebih baik kita memilih tanah jenis freehold. Memang benar harganya lebih mahal berbanding tanah pajakan, tetapi harga tanah tersebut akan meningkat naik dengan masa dan kita mempunyai hak milik kekal untuk diturunkan kepada waris kita.
Pastikan tanah yang kita ingin membeli mempunyai infra yang lengkap. Semasa kita melawat tanah tersebut, periksa kedudukan longkang, jalan raya, tiang elektrik & paip air terdekat.
Elakkan membeli tanah di dalam zon industri kerana selain pembinaan rumah tidak dibenarkan, ia juga hampir dengan kawasan kilang yang semestinya sesak trafik kawasan tersebut dengan kenderaan berat dan juga pencemaran. Persekitaran yang pastinya tidak sesuai untuk keluarga kita.
Penting jika kita mengupah peguam untuk menyediakan dokumen perundangan. Peguam tersebut akan melaksanakan semakan tanah sama ada menurut undang undang dan syarat syarat yang ditetapkan sebelum pembelian dijalankan. Semua dokumen ini boleh menjadi bukti jika apa yang dirancangkan menjadi sebaliknya.
Selepas persetujuan dicapai oleh kedua-dua pihak dan proses jual beli tanah telah dimuktamadkan, salinan IC anda dan penjual tanah diperlukan berserta bayaran duti setem. Status anda sebagai tuan baru hak milik tanah perlu dikemaskini di Pejabat Pendaftaran Tanah Malaysia.
Bagus melabur hartanah semasa muda, boleh jadikan Homestay tinggal sendiri, carilah tempat strategik untuk jangka panjang. Contohnya homestay di ayer keroh melaka yang berhampiran dengan banyak kawasan tarikan pelancong.
Selain membina rumah untuk didiami, kita juga boleh menjana pendapatan sampingan darinya. Idea menjadikan rumah tersebut sebagai Homestay juga tidak kurang hebatnya. Saya boleh membayangkan prospek penyewa yang datang untuk menginap sekiranya ada event, kenduri dan untuk percutian keluarga. Zaman sekarang pelbagai medium pengiklanan yang boleh digunakan untuk mengiklankan penginapan homestay ini.
Saya pernah ternampak homestay mymomhouz yang terletak di Jasin, Melaka. Villa 4 bilik direka dengan rekabentuk senibina kolonial. Homestay ini dibina lengkap dengan dekorasi interior yang sangat menarik. Ia boleh memuatkan lebih 20 orang dalam satu masa. Selain kemudahan yang lengkap dengan BBQ dan kolam renang, di sini juga terdapat gelanggang bola keranjang dan badminton untuk beriadah. Permainan indoor seperti carrom, chess dan kad juga disediakan.
Menarik kan? Sebab itu idea untuk menjadikan hartanah kita kepada homestay adalah idea yang bernas jika kita tahu cara untuk menjadikannya menarik dan percuma kos pengiklanan. Zaman sekarang orang suka untuk berkongsi lokasi menarik di instagram dan facebook, jadi secara tak langsung pengusaha mendapat pengiklanan percuma dari pelanggan mereka sendiri.
Saya pernah menginap bersama keluarga di salah sebuah homestay yang ada di Melaka. Ianya besar dan selesa untuk kami yang bercuti lebih kurang 14 orang waktu tu. Harganya berpatutan, berdekatan dengan bandar dan destinasi makan yang viral masa kini.
Memiliki rumah yang cantik dan besar pastinya lebih lengkap jika interior di dalamnya setanding dengan hotel bertaraf 5 bintang. Kita sendiri kalau berada jauh dari rumah, menginap di tempat yang selesa, rasanya seperti berada di rumah sendiri kan. Lebih-lebih lagi jika dekonya seperti hotel, sememangnya melihat dari gambar saja pun sudah terpikat.
Anak-anak pula kalau sebut tentang bercuti, suka betul nak mandi kolam. Jadi saya memang terfikir kalaulah ada rezeki untuk saya membina rumah sendiri, saya pastikan ada kolam untuk mereka bercanda ria 😄. Pastikan ada tanaman pokok buah-buahan di sekitar rumah. Barulah berbaloi makan hasil tanaman sendiri bila tiba musimnya. Rumah juga mesti sesuai untuk mereka yang OKU atau berkerusi roda. Barulah tiada halangan nak bawa atuk nenek bercuti sekali sekala.
Sebut tentang deko, saya memang sukakan style hotel Double Tree di Melaka. Pemandangan dari hotel ini memang best, boleh nampak keseluruhan bandar Melaka, atau boleh pilih bilik yang menghadap ke laut untuk menikmati pemandangan matahari terbit dan terbenam dari bilik.
Idea untuk menghias rumah ni tak susah nak cari. Kita boleh ceduk dari hotel atau homestay yang sedia ada yang kena dengan citarasa. Dan pastikan anda mencari kontraktor yang berpengalaman membina rumah agar tidak tertipu dan wang anda lebur begitu sahaja. Semoga entri ini memanfaatkan dan sedikit sebanyak memberi idea untuk anda memiliki rumah sendiri mengikut rekabentuk yang diingini.
Ulasan