5 Bahaya Kucing Kepada Ibu Mengandung. Apa Salah si Miow?

Betul ke ibu hamil perlu mengelakkan kucing? Katanya ada kesan bahaya pada bayi dalam rahim
.
Takutnya
.
kucing dan ibu mengandung bahaya toxoplasmosis

5 Bahaya Kucing Kepada Ibu Mengandung & Anak Dalam Rahim. Apa Salah si Miow?

Ibu pasti.
.
Topik ni dekat dengan kita. Siapa tak suka kucing kan?
.
Rumah ibu sendiri ada kucing bermain main
.
Tapi di luar rumah lah
.
Ada juga kenalan ibu yang bela kucing dalam rumah. Sampai tidur pun peluk kucing
.
Nak makan pun
.
Bagi kucing makan dulu. 
.
Biar perut sendiri lapar, asalkan kucing kesayangan gebu & kenyang. Dengan bulu bersinar sinar
.
Ibu tak bergurau tau
.
Memang ada manusia yang sangat sayang haiwan macam ni
Sebenarnya kalau kita dah suka kucing
.
Tapi kalau kita merancang untuk hamil. Atau dah pun berbadan dua
.
Boleh ke bela kucing lagi?
.
Hmmm
.
Memang kena ada pantang larang semasa mengandung. Bukan apa. Anak dalam rahim pun kena jaga
.
Pernah dengar bahaya
.
Tak salah untuk pegang kucing semasa mengandung
.
Cuma
.
Kita perlu lebih berhati hati dalam penjagaan kebersihan. Ibu syorkan supaya sahabat semua minta bantuan ahli keluarga yang lain semasa membersihkan najis kucing.
.
Ada apa dengan najis si comel tu?
.
Ini kerana najis kucing (di tanah atau pasir di mana kucing membuang) boleh membawa jangkitan parasit yang dipanggil toxoplasmosis. 
.
Toxoplasmosis?
.
Jika puan yang baru peringkat awal mengandung dijangkiti parasit toksoplasmosis , atau beberapa bulan sebelum hamil.
.
Parasit toksoplasmosis boleh menyebabkan kecacatan kelahiran yang serius seperti mata & kerosakan otak. 
.
Wah takutnya
.
Sampai macam tu sekali ya kesan parasit ni
.
Kalau kita dah ambil berat soal diet sihat semasa mengandung. Siap beli makanan tambahan & suplemen untuk cukupkan vitamin
.
Tapi soal kebersihan macam ni tak jaga
.
Pun sia sia juga
.
Parasit durjana penyebab toxoplasmosis disebarkan secara lisan (mulut)
.
Jadi
.
Menyentuh tangan yang tercemar ke mulut boleh mengakibatkan jangkitan.
.
Sebab tulah
.
Ibu kata di awal artikel tadi, kena jaga kebersihan
.
Sebab senang sangat nak berjangkit.
.

5 Bahaya Toksoplasmosis pada Bayi dalam kandungan

Jika bayi dalam kandungan di kesan menghidap toxoplasmosis, penyakit ini dikenali sebagau 'toksoplasmosis kongenital. 
Kerosakan yang disebabkan jangkitan ini bergantung kepada usia kehamilan & masa mendapat jangkitan.
.
Toxoplasmosis boleh menyebabkan 

  1. Keguguran
  2. Lahir mati 
  3. Kerosakan pada otak bayi dan organ-organ lain, terutamanya mata.
  4. Kebanyakan bayi yang dilahirkan dengan toksoplasmosis tidak mempunyai kerosakan jelas semasa kelahiran tetapi mengalami gejala, biasanya kerosakan mata, semasa zaman kanak-kanak atau dewasa. 
  5. Dalam kes yang lebih serius boleh membawa kepada buta atau kerosakan otak.

Macam mana kita dijangkiti toxoplasmosis dari kucing kita?


Jika puan adalah insan yang paling sayang kucing dalam rumah
.
Ibu pasti
.
Puan tak kisah untuk membersihkan kotak kucing membuang najis setiap hari
.
Seeloknya minta orang yang lain yang bersihkan
.
Atau kalau terpaksa sebab dah tak ada orang lain
.
Pakai sarung tangan & basuh tangan bersih bersih dengan sabun selepas siap melakukan kerja murni tersebut
.
Hehe
.
Bersihkan najis kucing kita setiap hari kerana parasit tidak akan berjangkit untuk satu hingga lima hari. 
.
Buang sarung tangan selepas setiap penggunaan.
.
Nak elak kita pakai semula
.
Ibu mengandung boleh terdedah kepada toxoplasmosis sama mudah jika kucing kita selalu berkeliaran di laman rumah
.
Biasanya kucing suka berguling guling di tanah
.
Dan diatas pasir
.
Dan sambil sambil tu mereka buang najis sekali di laman rumah
.
Hmm
.
Memang itulah senario bela kucing di rumah
.
Jadi setiap kali kita berkebun untuk keluarkan peluh & menerima cahaya matahari sihat. Supaya kulit cantik. Sampai pakai krim siang & malam untuk jaga penampilan
.
Apa salahnya
.
Kita ambil perhatian yang sama - pastikan memakai sarung tangan dan basuh tangan dengan segera.
.
Nanti kita nak masak, kalau tangan tak bersih. Bahaya tau.

Jika kita bimbang telah terdedah kepada parasit toksoplasmosis, tanya doktor terdekat
.
Dan buat ujian darah jika doktor sarankan untuk mengetahui sama ada kita kebal kepada penyakit ini.
.
Ataupun tidak
.
Sekiranya keluarga kita memang suka kucing
.
Dan dah pun bela bertahun lamanya
.
Kita mungkin sudah pernah menghidap toksoplasmosis.
.
Tanpa kita sedari.
.
Dan jika itu berlaku, tidak perlu bimbang tentangnya lagi.
.
Risiko untuk menghidapnya lagi sudah rendah.
.
Dan insyaallah tidak akan mendapatkan sekali lagi, & bayi dalam kandungan tidak akan menghadapi risiko.
.
Selain kucing, kita juga boleh dijangkiti toxoplasmosis jika Anda mungkin bersentuhan dengan parasit jika anda:

  1. Membersihkan kotak sampah kucing
  2. Minum air yang mempunyai parasit di dalamnya
  3. Makan daging mentah atau kurang masak
  4. Gunakan perkakas yang telah menyentuh daging mentah

Macam mana nak tahu kita menghidap toxoplasmosis semasa hamil?

Ibu kongsikan beberapa gejala toxoplasmosis
.
Tanda-tanda toksoplasmosis banyak persamaan seperti selesema.  Seperti:
  1. Sakit kepala
  2. Sakit badan
  3. Demam
  4. Berasa lebih letih daripada biasa

Cara elakkan kita di jangkiti toxoplasmosis semasa mengandung?

Kita boleh melakukan beberapa perkara dibawah untuk mengelakkan dari tersentuh dengan parasit:

  1. Pakai sarung tangan & basuh tangan dengan teliti sehingga bersih selepas bekerja di luar atau di taman.
  2. Sekiranya dirumah kita mempunyai kotak pasir untuk kucing, sentiasa tutup untuk elakkan kucing sepahkan.
  3. Bersihkan tangan, meja, papan memotong, perkakas dapur & pinggan mangkuk dengan air suam dan sabun selepas menyediakan daging mentah.
  4. Pastikan makanan dimasak dengan baik, buah-buahan dan sayur-sayuran yang kaya vitamin untuk ibu mengandung dibasuh dengan sempurna, & mana-mana air yang di minum telah dirawat. 
  5. Elakkan minuman seperti susu kambing yang tidak dipasteur & telur mentah.


.

Apa yang kita perlu buat dengan kucing peliharaan? Takkan nak buang

Jika kita membela kucing, ini adalah beberapa petua untuk memastikan keluarga kita selamat dari toxoplasmosis:

  1. Simpan kucing di dalam rumah supaya tidak terdedah kepada parasit itu.
  2. Lakukan yang terbaik untuk mengelakkan kucing kita dari dapur tempat makanan disediakan.
  3. Memberi kucing makanan kering atau dalam tin. Kucing boleh dijangkiti parasit dari daging mentah atau kurang masak yang dimakannya
  4. Jangan sentuh kucing liar atau anak kucing.
  5. Berikan orang yang sihat & tidak hamil tugas membersihkan kotak sampah.
  6. Pakai sarung tangan apabila semasa membersihkan kotak sampah & basuh tangan dengan sabun & air suam.
  7. Membersihkan kotak pasir kucing setiap hari.
.

Akhir Kata. Kucing boleh dibela ibu mengandung

Alhamdulillah dah sampai ke penghujung, ibu yakin hati sahabat dah lega
.
Boleh saja bela kucing masa mengandung
.
Asalkan kita peka dengan kebersihan
.
Dan dapatkan kerjasama keluarga kita supaya semuanya lebih lancar & tersusun cantik.
.
Dalam sibuk sibuk kita kerja di pejabat & menguruskan keluarga. Siap jaga kucing tersayang lagi
.
Ibu sangat syorkan sahabat semua beri yang terbaik untuk diri sendiri juga
.
Terutama masa mengandung. 
.
Pastikan keperluan zat harian kita mencukupi.
.
Mudah untuk kita dapat semua keperluan ini dari makanan tambahan terbaik untuk ibu hamil. Makan saja set mengandung shaklee
.

Set Mengandung Shaklee trimester 1 2 & 3 (Usia kandungan 1~3 bulan)

Makanan tambahan ini dirumus khas untuk ibu hamil yang sibuk bekerja & sangat bertanggungjawab
.
Terdiri daripada

  1. Vitalea ( multivitamin dengan zat besi)
  2. B Complex (asid folik)
  3. Vitamin C
  4. Ostematrix (pil kalsium)
  5. Omega Guard
  6. Energizing Soy Protein ESP
.
set mengandung shaklee
Ini dia rupa set mengandung shaklee

.
Ini cuma cadangan ibu saja.
.
Sebab ibu sendiri pernah makan set ini semasa hamil anak lelaki no 2. Si zaid tu
.
Memang lain lah
.
Kalau sahabat ada soalan, Boleh hubungi ibu ya
.
Dan
.
Kalau ada apa apa yang Ibu lupa masukkan dalam artikel ini. Komen di ruangan komen ya
.
Jumpa lagi

Comments

  1. Dah takut pulak ibu hamil nak dekat dgn kucing ye IZ..
    Rupanya ada pencegahannya..
    Tq share info..

    ReplyDelete
  2. Oooo. Rupanya yang bahaya tu kucing liar yang berkeliaran di luar

    kucing dalam rumah dan yang dalam sangkar tu lebih selamat

    Lebih baik jaga jaga kan

    ReplyDelete
  3. Tanda-tanda toksoplasmosis nampak macam biasa tapi bahayakan

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Makanan Berkhasiat Untuk Ibu Mengandung Trimester 1 hingga 3

6 Kebaikan Madu Untuk Ibu Mengandung. Adakah Selamat Di Makan?