8 Makanan berkhasiat untuk ibu mengandung trimester 1 hingga 3

Susahnya nak makan semasa mengandung! Lebih makan kena kencing manis. Kurang makan, tak ada tenaga.

makanan berkhasiat untuk ibu mengandung

Artikel ini dibahagikan kepada 4  bahagian di bawah [KLIK untuk terus ke bahagian tersebut]






Assalamualaikum wrmbth, Terima kasih kerana melawat ibusyurga.blogspot.com.

Mesti ramai dari kita yang mengalami perkara di atas kan. Kalau dulu senang, apa yang kita makan hanya untuk diri sendiri.

Sekarang ni lain. Ada si manja dalam perut, jadi memang wajib jaga pemakanan.

Hari ini kita akan kongsikan tentang makanan untuk ibu mengandung.

Teruskan membaca sampai habis ya. Siapa cakap ibu mengandung macam kita tak boleh makan sedap? Takkan nak minum susu formula untuk ibu mengandung setiap masa kan.



Makanan Berkhasiat Untuk Ibu Mengandung Trimester 1 hingga 3!

Makanan yang berkhasiat memang sangat penting untuk ibu hamil, kerana akan berpengaruh terhadap kesihatan ibu dan janin. (Baca lebih lanjut tentang cara nak tahu mengandung disini!)
.
makanan untuk ibu mengandung
.
Makanan ibu hamil tersebut harus mengandungi pemakanan yang seimbang, ertinya makanan yang dimakan harus dapat memenuhi keperluan pemakanan semasa kehamilan baik dari segi jenis, kualiti dan kuantiti. 
.
Oleh kerana itu, walaupun makannya banyak namun jenis makanannya tak berkhasiat maka tidak akan membantu kesihatan yang optimum.
.
Untuk jumlah keperluan kalori ibu hamil sesuai dengan usia kehamilannya, iaitu: 
.
Makanan untuk ibu hamil muda atau enam bulan pertama kehamilan (trimester pertama dan kedua), sebaiknya mengandungi kalori kira-kira 2,000 kalori per hari. 
.
Namun, selama tiga bulan terakhir kehamilan (trimester ketiga), Ibu hamil akan memerlukan tambahan 200 kalori per hari, sehingga totalnya sekitar 2.200 kalori per hari. 
.
Untuk jenis makanan, wanita hamil digalakkan mengambil 10% kalori daripada protein, 35% kalori daripada lemak, dan 55% sumber kalori lain dari karbohidrat. 
.
Disamping sumber kalori tersebut makanan ibu hamil juga harus mengandungi lebih banyak zat besi, kalsium, vitamin A, B dan C, folat, magnesium, selenium (yang diperlukan untuk kelenjar tiroid) dan zink. 

Semua nutrisi ini boleh dijumpai dalam produk segar dan protein.
.
Ada makanan yang lebih bagus diambil semasa trimester tertentu.
.
Berikut adalah beberapa jenis makanan berkhasiat untuk ibu hamil di setiap trimester
Tak sangka, makanan di bawah ada banyak kebaikan untuk ibu hamil dan bayi dalam rahim! Rugi tak makan.



.
Klik link di atas


Makanan Untuk Ibu Hamil Trimester Pertama (I) 


Makanan ini bagus untuk diambil ibu mengandung! Sedap & Berkhasiat.

Ini rahsia kawan kawan kita di pejabat, yang tetap cergas walaupun hamil! Play video dibawah sekarang 👍🏻😍



1. Pisang 

Pisang baik dimakan untuk ibu hamil timester pertama kerana dapat mengurangkan mual (ketagihan) yang biasanya dialami ibu hamil muda tiga bulan pertama. 

pisang makanan untuk ibu mengandung

Pisang adalah sumber vitamin B6 yang tinggi (membantu mengatasi morning sickness), selain itu pisang juga mengandungi serat, vitamin C, asid folik dan potasium. 
.

2. Bayam 

Sayuran hijau yang satu ini baik untuk ibu hamil muda kerana banyak mengandungi asid folik. 
.
Asid Folik yang mencukupi diperlukan pada awal kehamilan untuk mencegah kecacatan tiub saraf (cacat lahir pada otak dan saraf tunjang). 

bayam makanan untuk ibu mengandung


.
Selain itu Bayam juga mengandungi serat, mangan, besi, vitamin A, C dan K.
Teringin nak makan snek semasa hamil, tapi risau sebab gula tinggi? Jangan bimbang. Amalkan makanan seterusnya sebagai snek!



3. Kacang-kacangan 

Sebahagian besar dari kita tahu bahawa kacang-kacangan merupakan sumber protein dan serat, oleh kerana itu kacang selama kehamilan akan membantu mengatasi sembelit. 

kekacang makanan untuk ibu mengandung
Hampir 40 peratus wanita hamil akan menjadi sembelit selama kehamilan. 
.
Penyebab sembelit tersebut meliputi tekanan rahim yang semakin besar, hormon progesteron yang melambatkan gerak pencernaan, dan suplemen zat besi. 
.
Kacang juga mengandungi sumber yang kaya akan asid folik dan zat besi.
.

Makanan Untuk Ibu Hamil Trimester Kedua (II) 

4. Telur 

Telur menjadi makanan yang berkhasiat untuk ibu hamil kerana Kuning telur mengandungi choline, nutrisi penting yang memainkan peranan penting dalam perkembangan otak bayi (janin) di samping meningkatkan otak anda sendiri. 

telur makanan untuk ibu mengandung
.
Ibu hamil perlu mendapatkan kira-kira 450 mg choline setiap hari. 
.
Dan jika anda vegetarian atau tidak suka telur, sumber-sumber lain yang mengandungi choline termasuk daging lembu, susu dan kacang soya. 
.

5. Avocado

Ibu hamil trimester dua dianjurkan mengambil alpukat, kerana avokado adalah sumber serat, vitamin K, asid folat, vitamin C, kalium dan vitamin B6. 
avocado makanan untuk ibu mengandung
Diperkaya juga dengan lemak tak tepu yang sihat, yang merupakan lemak "baik" yang boleh membantu melindungi terhadap penyakit jantung. 
.
Avocado telah diketahui dapat membantu mengurangkan morning sickness dan membantu pertumbuhan otak bayi dan pertumbuhan rangkaian.
.

Makanan Untuk Ibu Hamil Trimester Ketiga (III) 

6. Betik 

Buah tropika yang satu ini penuh dengan vitamin C, asid folik, serat, dan potasium. Betik juga merupakan cara alami untuk mengatasi sembelit, yang sering dialami semasa kehamilan, terutama pada trimester ketiga. 

betik makanan untuk ibu mengandung

Namun, wanita hamil hanya boleh makan pepaya matang, kerana betik yang masih mentah kebanyakan mengandungi pepsin dalam pada getahnya (resin dari pokok betik), yang boleh menyebabkan penguncupan. 
.

7. Kacang 

Ketidakselesaan semasa hamil menjadi lebih berat selama trimester ketiga, penting untuk makan sering. 

kacang tanah makanan untuk ibu mengandung


Kacang-kacangan adalah sumber protein dan lemak yang sihat untuk jantung. 
.
Kacang-kacangan seperti badam, walnut, pistachio dan kacang mete semua mempunyai lemak sihat, protein dan serat. 
.

8. Lemak Ikan 

lemak pada ikan laut kaya akan asam lemak omega 3 yang boleh membantu membantu jantung dan menguatkan kesihatan otak. 
.
minyak ikan makanan untuk ibu mengandung

Makan sampai 12 auns ikan setiap minggu dianggap selamat untuk ibu hamil selama kehamilan. 
.
Makanan berkhasiat untuk ibu hamil diatas sebaiknya jangan di lewatkan dalam menu sehari-hari hingga hari kelahiran tiba, namun juga sebaiknya disertai dengan makanan yang lain, asal bukan pantang larang untuk ibu hamil.

Selain 8 makanan diatas, ada beberapa amalan yang boleh ibu lakukan semasa hamil


Supaya anak sihat


Mama rekemen ibu baca buku dibawah ini dan hadamkan betul betul


Insyaallah anak kita akan pintar & cerdas sekiranya ilmu ini kita amalkan

"Klik gambar dibawah untuk baca preview rahsia anak pintar cerdas"



Ok.


Mula artikel tadi kita dah ulas makanan yang sihat untuk kandungan.


Lepas tu kita pergi ke makanan minda untuk bekalan ibu.


Sekarang ni kita pergi ke pantang larang pula.


Ini pun sangat penting.



23 Pantang larang makanan untuk ibu mengandung. Bahaya untuk anak dalam kandungan!

Tadi dah cerita tentang makanan yang sihat


pantang larang ibu mengandung makanan

Sekarang ni kita cerita sebaliknya. 
Makanan yang tak elok. Jauh sungguh sungguh.


Pantang makan makanan ini semasa mengandung!


1. Keju & makanan berkeju yang tidak di pasteur

Siapa yang tak suka makan keju? Mak ayah yang dah berusia mungkin tak suka. Tapi kita yang muda muda ni. Hantu sungguh dengan keju.

keju makanan untuk ibu mengandung

Segala makanan di kejukan. 
Pizza & burger tu dah tentulah. Sekarang ni, pisang goreng, roti john, ayam goreng semua berkeju.

Keju memang di gemari rakyat Malaysia. Jika makan burger lebih keju.


Kalau makan pizza mesti tambah extra cheese.


Keju adalah salah satu makanan yang banyak khasiat sebenarnya. 
Tapi, semasa mengandung kita perlu lebih berhati hati sebelum makan keju

Sebab apa? 
Kerana mungkin ada keju yang dibuat dari susu yang tidak di pasteur. Senang kena keracunan makanan

Bahaya untuk ibu hamil. 
Bermakna keju tersebut ada bakteria berbahaya adalah tinggi. Kalau kita beli keju di pasaraya, cek di label samada keju tu dah di pasteur belum

Biasanya jenama terkenal ni tak ada masalah. 
Jenama pelik pelik ni yang meragukan. Contoh bakteria yang boleh ada dalam keju yang tak dirawat ialah dari jenis Listeria. Bakteria ini boleh melepasi tapisan uri. Dan sampai ke bayi kita

Kesannya bakteria ini menjangkiti bayi dalam kandungan sd
n berlaku jangkitan atau keracunan makanan yang boleh membawa maut.

Kasihan anak kita, k
ecil lagi mana lah kuat

Kita kalau pernah kena keracunan makanan pun boleh muntah muntah & seram sejuk. 
Makan keju tak ada masalah kalau kita makan di rumah

Kita boleh pastikan sendiri, m
akan di luar yang susah.


2. Daging yang tidak masak sempurna

Masa raya korban lepas, mesti banyak dapat daging korban kan? Tak pun, hujung tahun ni ramai yang kahwin. Kendiri sana sini.

daging mentah makanan untuk ibu mengandung

Pernah tak kita dengar keracunan makanan lepas pergi kenduri kahwin? 
Mesti pernah kan. Boleh jadi ada pencemaran semasa penyediaan daging. Atau kurang jaga kebersihan

Daging pun boleh rosak. 
Atau tukang masak kurang mahir. Daging yang di masak tak masak sempurna.

Daging mentah atau separuh masak mengandungi bakteria toxoplasma dan pelbagai jenis bakteria lain. 


Bakteria toxoplasma tu sama jenis dalam najis kucing yang boleh membawa bahaya pada ibu hamil


Bakteria ini boleh menyebabkan kerosakan pada saraf orang dewasa dan kanak kanak terutama pada bahagian mata.


Bakteria toksoplasmosis juga ada dalam sayuran yang melalui proses pencucian yang kurang bersih.


Jadi jaga kebersihan. 
Masak sendiri dirumah lebih selamat. Jika makan di luar, pastikan cari kedai yang bersih.

Elakkan makan di kedai dengan makanan yang terdedah. 



3. Semua makanan mentah

Siapalah nak makan sayur mentah. Ada. Kaki makan ulam, kerabu ke. Kan masak mentah mentah tu

ulam mentah makanan untuk ibu mengandung

Elakkan semua makanan dan minuman mentah. 
Ada dari kita yang suka minum susu segar. Beli di pasar tani. Pastikan susu tu dah di rawat dengan haba

Ada sesetengah resepi masakan yang menggunakan telur & daging ayam yang tidak dimasak


Hati hati ya sebab bakteria salmonella boleh menyebabkan penyakit cirit birit serius pada ibu mengandung. 



4. Jus buah & sayur

Kita kadang kadang terlepas pandang. Jus buah pun sama juga. Semasa kita hamil, elakkan minum jus buah yang disediakan di pasar malam & warung.

jus buah dan sayur makanan untuk ibu mengandung

Minuman tersebut tidak dipasteur & mungkin mengandungi bakteria salmonella dan e coli. 
Mungkin juga air yang di gunakan tidak di masak. Cuma di tapis saja

Mana kita nak tahu kan?


Mungkin juga pencemaran bakteria berlaku kerana kebersihan peralatan yang digunakan untuk membuat jus 


Buah buahan memang kaya dengan vitamin & mineral. 
Kalau nak juga, buat sendiri saja

Sedangkan air buah dalam kotak tu pun boleh rosak kalau cara penyimpanan salah walaupun tarikh luput lambat lagi



5. Sushi

Berita buruk buat penggemar makanan jepun ini. Walaupun sushi merupakan diet sihat tanpa minyak yang enak di makan.

sushi makanan untuk ibu mengandung

Tapi, untuk ibu mengandung sushi kurang sesuai dan kurang selamat. 
Atas sebab apa?

Sayur dan ikan yang di gunakan tidak di masak dengan sempurna.


Ikan laut yang di gunakan untuk sushi bukan sahaja tidak cukup masak ia juga boleh mengandungi bakteria dan parasit yang merbahaya. 


Pastikan makanan betul-betul masak.



6. Adunan tepung mentah

Adunan yang menggunakan telur dan tidak di masak boleh membahayakan ibu dan bayi kerana telur mentah mempunyai risiko mengandungi bakteria salmonella. 

adunan mentah makanan untuk ibu mengandung

Seperti bakteria listeria di dalam daging, sayuran dan ikan, bakteria salmonella di dalam telur ini juga mampu menyebabkan keracunan makanan yang teruk.


Ibu hamil tidak selamat memakan makanan yang menggunakan telur mentah dan tidak dimasak.


Sekiranya adunan tersebut tidak menggunakan telur, insyaallah selamat di makan.



7. Sos Salad

sos salad makanan untuk ibu mengandung

Bagi penggemar salad, sos salad yang menggunakan telur mentah samada dibuat di rumah atau yang di beli perlu di pastikan telah dipasteur. 



8. Tiramisu

Sama seperti sos salad dan adunan biskut mentah, memang banyak pencuci mulut menggunakan telur mentah. 

tiramisu makanan untuk ibu mengandung

Elakkan makan tiramisu kerana sukar untuk kita pastikan samada telur yang digunakan untuk membuatnya telah di pasteur.

.
Jika mengidam dan teringin juga, lebih selamat untuk tuan puan membuatnya sendiri menggunakan telur yang tertulis dilabel "Telah dipastur"


9. Ikan Lautan tercemar dengan merkuri

Khasiat ikan memang banyak. Sumber protein dan sedap di makan. Terutama ikan segar, isinya masih kenyal dan manis pula rasanya.


ikan dengan merkuri makanan untuk ibu mengandung

Namun begitu, ada juga ikan yang tidak bagus di makan dalam kuantiti banyak. 
Terutama ikan lautan dalam. Ikan yu, ikan tuna, mackerel dan ikan-ikan besar mengandungi kandungan merkuri yang tinggi di dalam isinya.

Kesan merkuri pada ibu dan bayi ialah menyebabkan kerosakan saraf jika dimakan dalam kuantiti yang banyak. 


Dan juga boleh menyebabkan kerosakan saraf pada bayi.



10. Daging yang telah di proses

Antara contoh makanan berasaskan daging yang di proses ialah burger, frankfurter dan daging kisar. Daging mentah yang di proses mengandungi bakteria listeria.

daging proses makanan untuk ibu mengandung

Kuman listeria ini agak lasak kerana masih boleh membiak pada suhu sejuk (di dalam peti sejuk). 


Ibu mengandung sangat tidak di galakkan mengambil makanan daging proses.


Ibu mengandung yang mengambil makanan tercemar bakteria listeria berkemungkinan menerima kesan jangkitan yang lebih teruk seperti keguguran, kelahiran pramatang atau kematian. 



11. Kekacang

Daripada makan makanan rapu lebih baik makan kekacang sebagai makanan ringan. Cuma, ada diantara kita mempunyai alahan terhadap kekacang. Jika makan kacang sahaja akan ada tindak balas.


kacang alahan makanan untuk ibu mengandung

Kaji sejarah perubatan keluarga anda, pastikan tiada alahan terhadap kekacang. 
Antara penyebab alahan yang teruk kepada alahan kekacang ialah G6PD.

G6PD adalah sakit bawaan genetik. Bermakna keturunan yang mempunyai sakit G6PD tidak sesuai untuk



  1. Ubat-ubatan tertentu
  2. Makanan seperti kacang kacangan
  3. Bahan-bahan tertentu

Penghidap G6PD mengalami anemia akibat stress pengoksidaan apabila pesakit tersebut terdedah kepada bahan diatas.


Jika memang betul ada alahan, elakkan makanan dan minuman yang berasaskan kacang. 


Bagi mereka yang tiada alahan, insyallah tiada masalah, Jadi ambil secara bersederhana.



12. Buah & Sayur Yang Kurang Bersih 

Buah buahan yang berkhasiat adalah makanan yang baik untuk wanita mengandung. Namun sekiranya tidak di bersihkan dengan baik, bakteria seperti toxoplasma boleh hidup atau membiak pada buah-buahan dan sayur-sayuran yang tidak bersih.

Bakteria ini boleh membahayakan nyawa janin dalam kandungan ibunya.



13. Taugeh 

Bukankah taugeh banyak khasiat, kenapa ibu hamil tak di benarkan makan? Ini kerana taugeh mentah boleh mengandungi bakteria.

taugeh makanan untuk ibu mengandung


Dan bakteria ini mungkin sudah wujud di dalam benih taugeh sebelum ia bercambah pun! 


Kalau nak makan taugeh juga boleh, masak betul betul di rumah.


Tapi tak apalah, elakkan terus sepanjang kehamilan.



14. Makanan berpanggang 

makanan berpanggang makanan untuk ibu mengandung

BBQ yang dibiarkan beberapa ketika sebelum dihidangkan

.

15. Semua Keluarga Kerang Mentah

Keluarga kerang tidak sesuai dimakan mentah. Ini boleh menyebabkan keracunan makanan kerana mengandungi parasit dan bakteria. Pastikan kerang kerangan ini di masak dengan sempurna. Baru makan.

kerangan makanan untuk ibu mengandung

Keluarga kerang seperti tiram, kerang, kepah, kupang yang dimasak sempurna selamat dimakan semasa hamil. 



16. Ikan air tawar

Hidupan air seperti kerang dan ikan akan menyerap pencemaran dari kawasan persekitarannya.Tanggungjawab kita untuk menjaga rantaian makanan supaya makanan yang yang diambil selamat di makan.

ikan air tawar makanan untuk ibu mengandung

Sekiranya suami kita minat memancing ataupun ada rakan yang memberi ikan yang di pancing sendiri dari perairan air tawar.


Makanan lauk pauk jamuan tidak kira di pejabat secara "pot luck" atau pun katering berisiko kepada keracunan makanan.


Makanan ini tidak di ketahui cara penyediaan dan kebersihannya.


Antara tips untuk makan makanan jamuan ialah


  1. Makanan tidak di biarkan terdedah dalam suhu bilik melebihi 2 jam
  2. Jadi datang awal sementara lauk masih panas. Kurang risiko untuk keracunan makanan.
  3. Jika suhu bilik melebihi 90 darhah Farenheit, bakteria lebih mudah dan cepat membiak. Makanan hanya selamat selepas 1 jam sahaja.


17. Susu yang tidak dipasteur

Semua susu mestilah dipasteur terlebih dahulu sebelum selamat diminum oleh ibu hamil. Sekarang memang tinggi kesedaran masyarakat tentang khasiat susu kambing.

susu belum pasteur makanan untuk ibu mengandung

Pastikan ia telah di rawat dengan teknik pasteur supaya bakteria berbahaya seperti listeria telah di musnahkan terlebih dahulu.
 Kalau risau sangat, minum saja susu untuk ibu mengandung yang di jual di pasaran.


18. Minuman dan makanan yang berkafein

Kenapa kopi teh nescafe dan makanan berkafein yang lain tidak sesuai untuk ibu hamil? Ini kerana sifatnya yang anti nutrien. Kafein akan menghalang penyerapan zat dari makanan yang di ambil.

kafein makanan untuk ibu mengandung

Kesannya, khasiat dari makanan yang di ambil tidak di serap badan sepenuhnya. 
Alangkah ruginya, kesannya anak di dalam kandungan tidak mendapat zat yang cukup.

Sehingga boleh menyebabkan Anemia atau kekurangan sel darah merah dalam badan.


Jika badan kita kurang zat dan mineral, akan ada tanda tanda seperti keguguran rambut, badan cepat penat dan cepat mengantuk.


Jadi, tuan puan kurangkan atau hentikan terus pengambilannya semasa kita merancang kehamilan.


Walaupun terdapat kajian yang mengatakan jumlah kafein yang sederhana selamat diambil semasa hamil. 


Hadkan kepada 200mg sehari (bersamaan 12 auns cawan kopi). Persoalannya sekarang, bagaimana pula dengan kopi kaww.. Kopi O dan lain lain lagi.


Belum lagi mengambil kira kopi herba dan kopi pelik pelik di pasaran. Kopi jantan dan kopi segala kopi.


Malah, minuman tenaga seperti redbull dan livita juga mengandungi kandungan kafein 


Pengambilan minuman atau makanan berkafein seperti kopi, koko, minuman bergas, coklat dan yang sewaktu dengannya boleh memberi kesan buruk seperti 


  1. Perkembangan bayi dalam rahim yang tidak normal. 
  2. Risiko janin untuk berlaku keguguran yang tinggi
  3. Kelahiran pramatang dan tidak terjangka
  4. Anemia dengan menghalang penyerapan zat besi yang diperlukan untuk membuat sel darah merah
  5. Berat bayi yang ringan semasa dilahirkan.
  6. Kafein juga dikatakan boleh merosakkan kandungan kalsium tulang ibu hamil.


19. Alkohol, Minuman Berkarbonat dan Makanan Ringan

Antara kesan yang berlaku kepada ibu hamil yang mengambil alkohol 
  1. Menyebabkan kecacatan fizikal pada bayi
  2. Keupayaan mental yang kurang pada bayi yang di lahirkan
  3. Perkembangan janin yang tidak normal 
makanan rapu makanan untuk ibu mengandung


\Pada tahun 1986 seorang doktor yang berasal dari Perancis, P.Lemoine mengenalpasti hubung kait yang di alami 127 janin selama hamil, disebut Fetal Alkohol Syndrome (FAS).


Menurut sebuah kajian lain yang di lakukan Paul D.Connor dari Universiti Washington, Amerika pada tahun 2005, terhadap ibu hamil yang mengambil minuman beralkohol sejak trimester pertama. 


Kemudian, kecerdasan bayi yang di lahirkan ibu tersebut di perhatikan semasa


  1. Bayi baru lahir
  2. Usia 8 bulan
  3. 18 bulan
  4.  3 tahun
  5. 6 tahun
  6. 10 tahun
Hasil kajian tersebut menunjukkan kemampuan kognitif mereka lebih rendah dibanding anak-anak seusia. 

Saintis di negara barat memang banyak melakukan kajian tentang pengaruh alkohol dan ibu mengandung. 


Ok, selesai dengan kesan alkohol kini kita beralih pada pengambilan gula semasa hamil.


Ibu hamil di nasihatkan mengurangkan pengambilan gula ketika hamil. Ia boleh mengakibatkan komplikasi seperti kencing manis semasa mengandung dan bayi berisiko untuk bersaiz besar.


Malah, kencing manis yang di alami semasa ibu hamil juga boleh menyumbang bayi di dalam kandungan mendapat sakit jantung berlubang.


Antara minuman yang sangat tidak sihat untuk kesihatan ialah minuman bergas atau berkarbonat.


Ini kerana minuman berkarbonat.


  1. Mengandungi gula yang tinggi iaitu sehingga 7 - 9 sudu dalam satu tin. Sangat tinggi
  2. Menyebabkan kadar gula dalam darah wanita hamil tidak seimbang
  3. Ibu hamil berisiko mendapat kencing manis yang akan mempengaruhi kesihatan anak dan bayi.
  4. Keadaan paras gula tubuh bayi dalam kandungan akan tidak stabil.
  5. Anak yang lahir oleh ibu yang mengalami kencing manis / diabetis semasa mengandung berisiko lebih tinggi untuk menghidap kencing manis selepas dewasa.
Kasihan anak cucu dan keturunan kita.

Sekiranya tidak dapat mewariskan kekayan ilmu dan harta, kita wariskan penyakit diabetis pula.


Bagi individu biasa yang sihat, penggunakan gula yang berlebihan dilarang, apatah lagi ibu mengandung. 


Kencing manis oleh ibu mengandung juga boleh menyebabkan bayi besar daripada kebiasaan. 


Proses kelahiran menjadi lebih sukar kerana bayi yang besar perlu melalui bukaan pintu rahim yang kecil.


Tak dapat bayangkan betapa sakitnya bila mahu melahirkan bayi yang besar. 


Minuman bergas juga mengandungi pewarna makanan tiruan, perasa tambahan dan sebagainya. 


Kerap kali semasa bekerja di pejabat, di atas meja kawan kawan penuh dengan makanan ringan.


Asam dan gula gula perlu dihadkan perlu dikurangkan kerana ia tergolong dalam kategori makanan rapu yang tiada nutrien dan mengandungi MSG aka Ajinomoto.



21. Makanan Yang Di Bungkus

Elakkan membungkus makanan dari kedai makan/restoran, kerana suhu di dalam kereta boleh meningkat dengan cepat dan ini membuatkan bakteria mudah membiak (melainkan anda ingin terus pulang ke rumah). 

bungkus makanan untuk ibu mengandung

Namun sekiranya anda perlu membungkus makanan yang tidak habis dimakan (untuk mengelakkan pembaziran), pastikan makanan tersebut disimpan di dalam peti sejuk dalam tempoh 2 jam dari ia dihidangkan. 


Elakkan menyimpan makanan yang dibungkus berada terlalu lama di dalam kereta.



22. Rokok

Rokok bukan makanan. Tetapi ramai merokok selepas makan. Tidak kiralah di mana saja. Di kedai makan juga sama. Kita yang tak merokok juga terkena tempias asap rokok dari jiran meja sebelah.

rokok makanan untuk ibu mengandung

Secara tak langsung, tuan puan menjadi perokok pasif. 
Tahukah tuan puan, perokok pasif lebih berisiko mendapat penyakit berbanding perokok itu sendiri.

Jadi, jauhkan diri dari perokok semasa merokok. 
Apa kesan buruk rokok terhadap ibu mengandung?

Asap rokok mengandungi racun dan bahan kimia. Termasuk tar jalan raya yang akan mendap di dalam paru paru.


Kesannya, bahan karsinogen atau penyebab kanser ini akan mengurangkan oksigen larut didalam darah kerana paru paru sudah terjejas


Merokok semasa mengandung selalunya dikaitkan dengan

.
1. Kelahiran bayi tidak cukup bulan
2. Terbantut pertumbuhannya 
3. Berat badan yang rendah.
4. Kes-kes kematian mengejut bayi di dalam kandungan 
5. Keguguran bayi bagi ibu yang merokok.


23. Makanan yang dipanas berulangkali

panaskan semula makanan untuk ibu mengandung


Mestilah dipanaskan dengan kepanasan maksima untuk memastikan bakteria tiada lagi.


Terima kasih sebab baca sampai hujung


Semoga bermanfaat ya


Jumpa lagi