Resepi Kuih Keria Melaka Yang Viral!

Kalau dah beratur panjang & kuih habis sebelum sempat beli. Haa, ini ibu nak kongsikan resepiBuat saja di rumah & makan sampai puas. (Baca senarai Tempat makan terbaik di Melaka yang viral di FB!)

Kuih keria melaka viral


Resepi Kuih Keria Viral Melaka.

Bahan-Bahan Resepi Kuih Keria Melaka:

A. Bahan-bahan untuk doh keria:
  • 800 gram ubi keledek putih (dalam 2 ketul besar)
  • 1 1/4 cawan tepung gandum
  • 2 sudu kecil baking powder
  • 1 sudu kecil garam

B. Bahan-bahan untuk salutan gula/sira:
  • 1 ketul gula melaka
  • 1 sudu besar gula batu
  • 1 sudu besar gula putih
  • 1/2 cawan air

Cara Penyediaan Kuih Keria Melaka:



  1. Rebus keledek hingga empuk dan toskan airnya. Biarkan keledek sejuk, tumbuk halus dengan menggunakan lesung batu dan tarik keluar urat-urat kasar dari ubi keledek. Boleh juga gunakan food processor untuk hancurkan keledek.
  2. Tambah tepung sedikit demi sedikit hingga doh kurang melekat.
  3. Leperkan bebola doh dan buat lubang di tengah.
  4. Ulang proses sehingga habis dan goreng di dalam minyak panas sehingga keperangan.
  5. Kacau atau gaul kuih keria yang digoreng tadi dalam gula pekat yang sedang mendidih sehingga sekata.

Cara-cara untuk salutan gula/sira:


  1. Tumbuk halus gula dan masak di dalam kuali sehingga mendidih dan pekat.
  2. Sedia untuk digaul kuih keria
  3. Tidak mengapa jika doh melekat sedikit. Sapukan sedikit tepung di tangan sebelum menggentel doh dan bentukkan menjadi bulat.
  4. Kalau goreng keria, jangan kerap sangat terbalikkan kuih semasa menggoreng kerana nanti kuih jadi serap minyak.