6 Sarapan pagi sedap di melaka 2021 [Datang awal sebab selalu penuh]

"Perut dah berbunyi ni, kedai mana jual sarapan yang sedap di Melaka?"
sarapan-pagi-sedap-melaka

Artikel ini dibahagikan kepada4  bahagian di bawah [KLIK untuk terus ke bahagian tersebut]

Kedai & Restoran menjual sarapan pagi terbaik di Melaka!

Kalau nak jalan jalan, mesti isi perut dulu. Barulah ada tenaga nak pergi banyak tempat best di Melaka.

Di bawah ini Ibu senaraikan lokasi kedai makan yang menjual sarapan yang sedap lagi berkhasiat. Baca disini untuk senarai penuh tempat makan sedap di Melaka.


Kedai & Restoran menjual sarapan pagi terbaik di Melaka!

Tips 1 - Sebelum kita buat keputusan untuk makan di kedai, pastikan kita baca review terkini di internet. Terutama sekali semasa cuti sekolah. Kadang kadang, tempat tu indah khabar dari rupa je. Seeloknya sebelum pergi bercuti, dah pertimbangkan segala benda. Nak duduk homestay atau hotel, nak booking hotel melaka yang mana, harga tiket flight & juga kedai makan berhampiran. Jimat duit kita.


1. Mee Hassan / Mee Bodo Tengkera Melaka.

Mee Hassan melaka tengkera

Selalu lalu depan kedai ni waktu pagi. Memang ramai orang. Tak sangka kan, mee yang simple / bodo ni boleh ramai orang suka.

Salah satu rahsianya ialah mee ini digoreng dengan minyak cili memberikan warna kemerah merahan.

Lebih sedap dimakan bersama telur yang di goreng bersama minyak cili. Banyak taugeh.


Lokasi Mee Hassan.

Alamat: 390, Jalan Tengkera, 75200 Melaka.

Waktu perniagaan: Ditutup ⋅ Buka 7:30 pagi Jumaat.

Telefon: 017-518 5223

Review Mee Hassan.

3.8 / 5.0 bintang terkumpul dari 106 ulasan di Google.

Pastikan kita ambil telur tu lebih. Panjang menunggu untuk dapat telur saja. Kombinasi lengkap untuk makan mee ini mesti ada mee + sambal + telur goreng.

Baru cukup rasanya. Orang sangat ramai & cukup masa kedai tutup. Memang tutup ontime.

Jadi datang awal untuk menikmati mee bodo supaya tak pulang tangan kosong.

Perut pun berkeroncong. Tak dapat nak tolong.

Tak ada resepi untuk mee ini kerana tuan kedai pakai resepi turun temurun. Apa yang istimewa sehingga pelbagai bangsa datang makan disini?

Wallahualam, mungkin juga tukang masak baca selawat sepanjang masa, tolong anak yatim & banyak bersedekah di belakang manusia.

Siapa tahu kan? Itu semua kan menjemput rezeki dari Allah. Yang pasti, kedai ni akan tutup selepas makanan habis dijual, jadi menginaplah homestay di Melaka yang berdekatan dengan kedai ni. Senang nak keluar awal pagi kan.

Kedai seterusnya boleh kita singgah untuk mencuci mulut lepas makan sarapan berat.

Tips 2 - Ada kedai di melaka menawarkan bekalan makanan yang terhad dan akan ditutup selepas makanan habis dijual. Contoh paling mudah, kuih keria antarabangsa. Ada juga atau dibuka pada waktu operasi yang singkat seperti Mee hassan. Jika anda memang berhajat nak merasa makanan di kedai seperti ini, pastikan kita booking hotel melaka yang berhampiran kedai tersebut. Dan datang lebih awal supaya barisan tidak panjang. Masa kita semasa bercuti sangat berharga untuk dibazirkan.


2. Cendol Jam Besar.

Cendol Jam Besar

Melaka memang negeri yang panas. Cuaca terik boleh buatkan tekak kita kering, masa inilah sesuai nak minum cendol.

Ibu rekemen untuk cuba cendol jam besar yang terkenal ini. Harga dia murah, saiz untuk 1 hidangan berbaloi dengan duit yang kita bayar. Dan semestinya sedap.

Jangan lupa try cendol durian. Memang sedap tu. Rasanya cendol yang manis diadun sempurna dengan lemak manis durian. Heaven minum masa tekak haus.

Umpama hujan lebat turun di padang pasir tandus.

Selain itu boleh cuba minum jus tembikai siap dalam kulitnya. Memang segar. Alah, macam kita minum air kelapa tu.

Sedap sangat ke? Kalau di rujuk dari maklumbalas pengunjung.

Kedai ini berjaya mendapat 4.0 dari 5.0 bintang terkumpul, seramai 75 pelanggan yang suka minum cendol telah meningggalkan ulasan di Google. Ibu rekemen anda menginap di Yunus Homestay Kg Morten, jalan kaki je untuk makan cendol.


Memang banyak tempat menarik di Melaka seperti dalam video dibawah. Tekan butang play untuk tonton.

.

Alamat: Bandar Hilir, 75200 Melaka

Waktu perniagaan: Dari jam 9 pagi hingga 6 petang.

Telefon: 016-654 5911


3. Restoran Kenanga Bandar Hilir.

Restoran Kenanga Bandar Hilir

Salah satu kedai sarapan di Bandar Hilir Melaka. Buka waktu pagi saja setiap hari. Ramai suka nasi goreng di sini. Pedas, sedap makan panas panas.

Restoran ini mendapat mata purata 4.3 dari 5.0 bintang hasil 6 pelanggan lepas yang memberi ulasan di Google.

Alamat: Jalan Parameswara, Kampung Bandar Hilir, 75000 Melaka (Banyak tempat menarik di Bandar Hilir Melaka)

Waktu perniagaan: Setiap hari dari jam 6.30 pagi hingga 10 pagi.

Telefon: 016-335 2916


4. Awang Roti Canai.

Awang Roti Canai melaka


Anda teringin makan roti canai? Kalau macam tu, mari kita terjah kedai Awang roti canai untuk rasa roti canai terbaik di Melaka.

Sungguh sedap di makan begitu saja. Orang puji rotinya gebu, tebal dan rangup di luarnya. Harga berpatutan. Best roti canai in town. Memang fluffy. 

Lepas tu, cicah pula dengan kari kepala ikan jenahak yang marvelous. Wah, teringat je de keluar air liur. Lokasi kedai ni depan sekolah bukit beruang melaka.

Seramai 138 pelancong yang laparkan roti canai telah meninggalkan ulasan di Google. Mata purata setakat ini 4.2 dari 5.0 bintang.

Alamat: 75450, 620, Jalan Delima 10, Taman Bukit Melaka, 75450 Melaka.

Waktu perniagaan: Di buka setiap hari melainkan hari isnin. Dari jam 7 pagi hingga 11 pagi.


5. Nasi Lemak Lereh.

Nasi Lemak Lereh tanjung kling melaka

Anak anak Ibu, waktu cuti cukup suka 2 menu. Roti canai dan nasi lemak. Jika anda sedang bercuti di Pantai Puteri atau Pantai Klebang, mari makan sarapan di sini.

Ramai puji nasi lemak sini sedap. Terutama sambal sotongnya yang pedas dan manis tu. Nak mewah lagi, makan dengan ayam goreng berempah. Nikmat tuhan yang mana lagi mahu kita dustakan?

Harga nasi lemaka berbabaloi dengan kuantiti yang kita dapat. Insyaallah, kenyang sampai sendawa.

40 orang peminat nasi lemak yang telah menjamu selera di kedai nasi lemak lereh telah memberikan review terkumpul dengan mata 3.9 dari 5.0 bintang.

Alamat: Tanjong Kling, 76400 Tanjung Kling, Melaka.

Waktu perniagaan: Di buka dari jam 7.45 pagi sehingga 11.00 pagi. Tutup pada hari isnin saja.

Telefon: 011-1616 8671


6. Roti Canai Kayu Arang Melaka.

Roti Canai Kayu Arang Melaka

Waktu pagi kita memang cari roti canai & nasi lemak untuk sarapan. Di Melaka ada satu gerai makan tepi jalan yang unik. Roti canai disini di masak menggunakan arang. Oldschool.


Lokasi Kedai Roti Canai Arang.

Alamat: Lot 459 kg bakar batu mukim Kampung Bakar Batu 75350, 75250 Bachang, Melaka

Waktu perniagaan: Dibuka setiap hari dari 7 pagi hingga 12 tengahari.


Telefon: 016-661 2434



Review kedai roti canai arang.

3.8 / 5.0 bintang dari 503 ulasan di Google.

Harga berpatutan dan banyak pilihan kuih muih. Ramai pengunjung makan di sini setiap hari.


Roti canai macam biasa saja, cuma nampak istimewa sebab bakar pakai arang.


Servis lambat bila orang ramai. Nak cepat, boleh buat sendiri di rumah. (Baca tentang Resepi roti canai sedap!)