Taman Buaya Melaka 2019! Tempat menarik untuk diterokai

Banyak rupanya aktiviti menarik di Taman Buaya di Melaka! Ingatkan tak ada apa apa.
Taman yang dibuka pada tahun 1987 ini menempatkan pelbagai spesis buaya dari serata dunia, contohnya dari Amerika & India. 

taman buaya melaka


Taman Buaya Melaka & Rekreasi!

Alamat: Lebuh Ayer Keroh, 75450 Melaka

Telefon: 06-232 2350

Taman ini terletak di kawasan tumpuan pelancong iaitu di Ayer Keroh. Tak jauh dari tol ayer keroh, jalan terus dah boleh nampak.

Harga tiket masuk ke Taman Buaya?

Di bawah ini ibu berikan harga tiket kemasukan. Tak lah mahal, kira berpatutan lagi.
  • Dewasa RM20
  • Kanak-kanak RM17
  • Waktu Operasi: Setiap hari dari 9.00am – 7.00pm


Apa yang menarik di Taman Buaya Melaka?

Tempat peliharaan buaya ini direka seperti habitat sebenarnya. Lagipun tak perlu bersusah payah untuk ke luar negara untuk lihat pemain import kan?

Buaya ini pun bersantai dai bawah cahaya matahari sepanjang hari.


Water Park di Taman Buaya.


Water park Taman buaya melaka


Selain itu, ada juga tarikan lain seperti taman tema air dan rumah hantu. 

Di Melaka ni ada banyak juga homestay, hotel dan rumah penginapan yang ada taman tema air sendiri. Jadi terpulang kepada kita nak masuk atau tidak.

Kalau malas nak meredah cuaca panas dan memandu di tengah tengah kesesakan kerana banyaknya pelancong, boleh juga mandi manda terus di sini.


Berapa harga tiket masuk untuk taman tema air ni?

Agak agaknya berapa? Tuan punya taman kata percuma. Haha. Tapi mana ada benda percuma kan. Semua tu dah masuk sekali dalam tiket masuk taman buaya.

Kira oklah kan, nak tengok buaya bersantai di kolam. Boleh mandi manda sekali di tempat yang sama.


Rumah hantu Taman Buaya.

rumah hantu taman buaya melaka

Selalunya, kalau nak pergi rumah hantu kena tunggu malam hari. Tapi manalah tahukan, kita teringin nak menakutkan diri selepas menonton cerita hantu kak limah.

Bolehlah singgah ke sini. Siang hari pun buka.


Harga tiket masuk ke rumah hantu?

Kalau mandi di taman tema percuma. Nak masuk rumah hantu ni pula macam mana? Percuma jugak ye?

Tak. Kena bayar. Tak mahal pun.

Lebih murah dari tengok tiket wayang, satu kepala RM2. Murah lah tu kan.


Tarikan pelancong di Taman Buaya Melaka.

Selain itu, kita juga boleh menyaksikan beberapa persembahan yang di sediakan oleh taman ini.

Kalau nak saksikan semua ini, Ibu galakkan kita datang pagi. Tak terlepas mana mana sesi. Sebelum datang boleh sarapan dulu di banyak kedai sedap di Melaka.
Bacaan menarik: Sarapan pagi sedap di Melaka.

Tarikan menarik di taman buaya melaka

Ibu senaraikan persembahan yang ada untuk pelawat taman ini semasa hujung minggu dan cuti sekolah ya.
  1. Persembahan ular. Waktu dari 11 pagi hingga 2.30 petang.
  2. Persembahan buaya. Waktu dari 11.30 pagi hingga 3.30 petang.
  3. Waktu beri buaya makan. Dari jam 12 tengahari hingga 4.00 petang.
  4. Tarian budaya. Jam 12.30 tengahari.
  5. Persembahan seni silat. 3.00 petang.

Tiket untuk kanak kanak di bawah 4 tahun ada percuma. 

Dan jika kita ada ahli keluarga yang mempunyai status OKU, dapat diskaun 50%. 

Review Pengunjung Taman Buaya Melaka.

Para pengunjung taman ini telah meninggalkan 202 review di google dengan mata terkumpul 3.5/5.0 bintang.

Banyak lagi tempat best di Melaka, untuk senarai penuh boleh baca artikel di bawah.
Bacaan menarik: Tempat menarik di Melaka. Ada lebih dari 121 lokasi semuanya untuk anda jelajahi!