5 Kelebihan kurma untuk kesihatan keluarga.

Memang banyak kelebihan kurma untuk kesihatan. Tak perlu tunggu bulan puasa, elok makan hari hari. Baca hingga habis untuk sebabnya!
kelebihan kurma untuk kesihatan

Buah kurma cukup sinonim dengan bulan puasa. Waktu ni kita jadikan ia sebagai sajian wajib untuk berbuka puasa.

Tapi, alangkah ruginya.

Buah yang mengandungi banyak khasiat ini tidak diambil selalu.

Mujurlah, sekarang ni ada banyak usaha dilakukan untuk memudahkan pengambilan kurma. Banyak produk berasaskan kurma boleh didapati dipasaran.

Antaranya jus kurma, susu kambing kurma & sebagainya.

Hari ini Ibu nak kongsikan kelebihan buah ini diinspirasikan dari kajian jurnal pada 2014 di NCBI & Facebook page Ibu Bijak Keluarga Sihat.


Baca artikel kebaikan kurma hingga tamat & anda dijamin akan

  1. Tahu 5 kelebihan buah kurma untuk seisi keluarga.
    .
  2. Memahami ayat Al Quran yang menyebut tentang buah kurma & kebaikannya untuk ibu hamil.
    .
Tanpa membuang masa, kita mulakan segera.


Apakah kebaikan yang terkandung di dalam buah kurma untuk kesihatan keluarga kita?

Walaupun khasiatnya sangat banyak, Ibu senaraikan 5 sahaja untuk perkongsian kali ini.

1. Mempunyai banyak khasiat.


Kurma mengandungi banyak zat yang diperlukan badan manusia. 



Rupa rupanya jumlah kalori kurma kering lebih tinggi berbanding yang segar. Tapi, di Malaysia ni susah nak cari kurma segar kan. Melainkan bulan puasa.



Antara kandungan zat yang terdapat dalam kurma ialah karbohidrat, serat, protein, kalium, magnesium, copper, mangan, zat besi, vitamin B6 & juga tinggi antioksidan.



2. Tinggi serat

Buah kurma adalah sumber serat yang tinggi, yang bermanfaat untuk mencegah sembelit dan mengawal gula darah dalam darah.

Penting untuk kita mencukupkan keperluan serat harian untuk sihat setiap hari.

Antara manfaat serat untuk kesihatan ialah
  • Bagus untuk kesihatan sistem pencernaan kita dengan mencegah sembelit.
    .
  • Menggalakkan pergerakan usus yang sihat.
    .
  • Melambatkan pencernaan & menjadikan kita kenyang lebih lama.
    .
  • Menghalang peningkatan kadar gula darah mendadak setelah makan.
    .
  • Kurma mempunyai indeks glisemik yang rendah (GI).
    .

3. Tinggi kandungan antioksidan.

Sekarang ni penyakit kanser dah jadi kebiasaan. Antara puncanya adalah makanan yang kita ambil setiap hari mempunyai radikel bebas.

Sebab itu kita perlukan makanan yang kaya antioksidan mengurangkan risiko diserang penyakit.

Antioksidan melindungi sel-sel kita daripada radikal bebas, yang merupakan molekul yang tidak stabil yang boleh menyebabkan reaksi berbahaya dalam tubuh anda dan menyebabkan penyakit.

Kurma mengandungi 3 jenis antioksidan yang kuat seperti:
  • Flavonoid. sejenis antioksidan kuat yang boleh membantu mengurangkan keradangan dan telah dikaji untuk potensi mereka untuk mengurangkan risiko kencing manis, penyakit Alzheimer dan jenis kanser tertentu.
    .
  • Karotenoid. sejenis antioksida yang menggalakkan kesihatan jantung dan juga dapat mengurangkan risiko gangguan yang berkaitan dengan mata.
    .
  • Asid fenolik. Sejenis antioksida dengan sifat anti-radang, asid fenolik boleh membantu mengurangkan risiko kanser dan penyakit jantung.
    .

4. Bagus untuk kesihatan otak

Kurma mampu menurunkan radang dan mengurangkan risiko penyakit Alzheimer.

Ia juga dipercayai membantu meningkatkan fungsi otak.


5. Memudahkan ibu hamil bersalin.

Buah ini dipercayai memudahkan wanita mengandung melahirkan secara semulajadi jika di makan sepanjang kehamilan.

Bahkan di dalam kitab suci Al Quran,ada menceritakan kisah Maryam ketika melahirkan Nabi Isa AS.
(Ketika ia hendak bersalin) maka sakit beranak itu memaksanya (pergi bersandar) ke pangkal sebatang pohon tamar (kurma); ia berkata alangkah baiknya kalau aku mati sebelum ini dan menjadilah aku sesuatu yang dilupakan orang dan tidak dikenang-kenang! (Maryam 19:23) 

Kajian saintis di zaman moden telah membuktikan manfaat buah ini dalam mengurangkan masa wanita hamil melahirkan anak.

Makan kurma secara berterusan beberapa minggu sebelum tarikh kita dijangka melahirkan (EDD) akan menggalakkan pengembangan pintu rahim dan memudahkan proses bersalin. 

Buah ini juga mengandungi bahan bernama tanin,  sejenis sebatian yang membantu memudahkan kontraksi. Ia juga membekalkan gula dan kalori semulajadi yang baik, yang diperlukan untuk mengekalkan tahap tenaga semasa bersalin.

    Kesimpulan menggunakan susu kambing dari Lazz.

    Alhamdulillah atas kesihatan yang diberikan oleh Allah SWT, dapat juga melengkapkan penulisan artikel ini.

    Semoga memberi manfaat & membuka minda kita untuk mengamalkan buah kurma dalam kehidupan harian.

    Jika anda mahu berkongsi cerita, pengalaman & pendapat, ruangan komen sentiasa terbuka luas.

    Boleh jadi rujukan kawan kawan lain di kemudian hari. Dah dapat pahala percuma sebab bantu mudahkan urusan orang lain. Insyaallah.

    Dari Abu Hurairah r.a. berkata, Rasulullah Saw. bersabda: ”Apabila ‘anak Adam itu mati, maka terputuslah amalnya, kecuali (amal) dari tiga ini: sedekah yang berlaku terus menerus, pengetahuan yang di manfaatkan, dan anak soleh yang mendoakan dia.” (HR Muslim)
    Salam kasih sayang. Ibu yang bijak dikasihi anak anak & disayangi Allah. Assalamualaikum Wrmbth.







    Penulis / Editor: Ibu Zaid

    Seorang ibu yang sangat suka membaca sebagai bekalan untuk membesarkan 2 orang anak lelakinya. Gemar berkongsi info keibubapaan & pemakanan anak anak seperti susu formula & tempat menarik di Malaysia untuk percutian keluarga yang indah. 

    Beliau merupakan penyumbang tetap di page Facebook Ibu Bijak Keluarga Sihat & aktif menulis di blog Ibusyurga.blogspot.com. Telah mengarang lebih 300 artikel berkualiti sepanjang 10 tahun berkecimpung dalam penulisan blog. Beliau boleh dihubungi di alamat emel ummbaraqah@gmail.com

    1 Ulasan

    Ulasan

    Mama Hakim berkata…
    Walaupun mama dah tau yang kurma ni bagus untuk kesihatan, tapi lidah ni tak berapa minat nak makan. Makan sebiji pun susah nak habiskan