6 Kebaikan Madu Untuk Ibu Mengandung. Adakah Selamat Di Makan?




6 Kebaikan Madu Untuk Ibu Mengandung. Adakah Selamat Di Makan?

Assalamualaikum Wrmbth, Ibu nak kongsi tentang makan madu semasa hamil. Semasa kita mengandung. Banyak betul perubahan yang dialami

Serba tak kena jadinya
.
Ibu dah mengandung 2 kali. Dan kedua duanya memberikan pengalaman berbeza. (Semak tanda awal mengandung 1 minggu di sini.)
.
Kehamilan membawa senarai perubahan yang panjang & yang perlu dilakukan untuk memastikan pertumbuhan dan perkembangan bayi dalam rahim.
.
madu untuk ibu menganndung

.
Wanita hamil sering dinasihatkan untuk membuat perubahan pada diet mereka. Dan mesti pantang makan sepanjang kehamilan
.
Dan ini akan menjauhkan diri dari makanan tertentu yang mungkin menyebabkan risiko kesihatan tertentu.
.
Banyak betul mitos.
.
Ada yang kata elok. Ada yang kata tak elok. Sebelum ni kita dah bincang tentang buah yang bagus semasa mengandung
.
Insyaallah banyak lagi kita akan kongsikan selepas ini
.
Satu satu darinya adalah mengenai madu.
.
Adakah madu benar-benar selamat dimakan? 
.
Sama sama kita bongkarkan

6 Faedah Madu Untuk Wanita Mengandung. Jadi sihat & ceria!





Adakah madu baik semasa mengandung? Tiada kajian dalam bidang perubatan untuk menyokong fakta bahawa madu tidak selamat untuk dimakan semasa kita mengandung. 
.
Walau bagaimanapun, dengan perkembangan terkini dalam teknologi pertanian & pengeluaran makanan.
.
Banyak makanan yang nampak sihat & segar
.
Belum tentu baik.
.
Contohnya sayur sayuran yang kita makan. Bila beli tu nampak tak berlubang. Cantik saja
.
Sedangkan ia penuh dengan racun serangga. 
.
Sampai serangga pun tak berani nak dekat
.
Apatah lagi nak makan
.
Banyak makanan, yang kita makan hari ini, dimuatkan dengan baja dan bahan tambahan, yang boleh memudaratkan kesihatan dalam jangka masa panjang.
.
Jadi kenapa makan madu?
.
Madu terdiri daripada fruktosa, glukosa dan gula lain.
.
Madu sebenarnya penuh dengan banyak ciri-ciri dan nutrien yang menjadikannya sebagai makanan yang enak yang akan ditambah kepada diet ibu hamil. Semak 4 manfaat yang luar biasa madu semasa mengandung
  1. Madu mempunyai sifat antibiotik semulajadi.
  2. Madu baik untuk mengurangkan reaksi alahan.
  3. Ia juga telah didapati mengurangkan dan menghalang pertumbuhan H. Pyroli, bakteria yang diketahui menyebabkan ulser.
  4. Madu juga mempunyai tindakan analgesik semula jadi, yang menjadikan ia penawar semula jadi yang sesuai untuk luka terbakar.
  5. Madu adalah pemanis yang sihat dan semula jadi, yang sempurna bagi mereka yang bertujuan untuk menjaga berat badan.
  6. Beberapa kajian telah mendapati bahawa madu mengandungi antioksidan dan flavonoid, yang boleh mengurangkan risiko penyakit jantung dan kanser tertentu.
.
Ciri-ciri antibakteria & antioksidan ini mungkin disebabkan oleh madu yang mengandungi jumlah unsur surih sekurang-kurangnya 181 bahan yang berlainan - termasuk vitamin, mineral, asid amino dan enzim.
.
Ibu mengandung perlukan vitamin & mineral untuk keperluan dirinya
.
Dan bayi dalam kandungan
.
Ada madu yang telah diproses, apabila dimakan semasa mengandung, sebenarnya boleh menimbulkan risiko kesihatan kepada ibu dan bayi
.
Ini kerana 9 bulan kehamilan adalah satu fasa yang amat berisiko. 
.
Jadi sebaiknya
.
Ambillah madu dalam bentuk asli yang selamat untuk digunakan semasa mengandung. Seperti kita cerewet untuk makan ikan yang kaya dha & protein semasa mengandung.
.


Adakah Madu Selamat Di Makan Ibu Mengandung?

Madu mungkin mengandungi spora tertentu, yang boleh membahayakan kesihatan ibu dan / atau janin. 
.
Dalam kes sedemikian, Ibu mengandung dinasihatkan untuk berbincang dengan doktor dan dapatkan ujian alahan.
.
Terutamanya jika kita menukar jenama madu yang biasanya dibeli.
.
Madu memang selamat dimakan semasa mengandung. 
.
Tapi
.
Tak semua madu sama sifatnya
.
Kita mesti ambil tahu beberapa perkara penting ini sebelum menggunakannya.
  1. Ibu hamil dinasihatkan untuk mengambil madu yang telah dipasteurisasi. Ini kerana madu mentah mungkin mengandungi bakteria yang menyebabkan penyakit tertentu.
  2. Beli madu dari jenama yang dipercayai. Madu yang didapati di pasaraya secara komersial menjalani proses yang luas sebelum mereka akhirnya dibotol dan dipasarkan. Ada juga madu yang telah di tambah gula. Cari madu yang asli untuk mendapat khasiat penuh
  3. Pilih madu yang menjalani pemprosesan minimum & bersifat organik.
  4. Beberapa jenis madu mentah diketahui mengandungi bakteria yang dikenali sebagai clostridium botulinum, yang dipercayai meningkatkan risiko menghidap botulisme.
.
Wanita hamil selamat makan madu. 
.
Usus orang dewasa lebih berasid daripada bayi & mengandungi bakteria bermanfaat yang menghalang spora daripada berkembang menjadi bakteria penyebab botulism. 
.
Orang dewasa (termasuk wanita hamil) sering terdedah kepada spora botulism tanpa jatuh sakit. 
.
Oleh kerana spora botulisme yang ada dalam madu akan terbunuh dalam usus wanita hamil, & tidak akan masuk ke dalam aliran darah ibu.
.
Apa lagi sampai kepada bayi.
.
Tapi lebih baik untuk kita berhati hati. Minum saja madu yang telah dipasteur.
.
Supaya bakteria berbahaya telah mati lebih dahulu
.
Kita dah berada di akhir perkongsian kali ini
.
Ibu yakin, ibu yang mencari maklumat berkenaan madu ni mahu amalkan pemakanan sunnah
.
Madu kan di sebut dalam al quran
.
Secara umumnya, madu merupakan alternatif yang bagus untuk gula putih
.
Dan memberikan banyak manfaat kesihatan. 
.
Kita boleh menggunakannya semasa mengandung, selagi madu itu dibeli tulen dan sebaik-baiknya organik. 
.
Dan bukan madu sintetik
.
Atau tiruan yang kaya dengan gula & bahan kimia lain
.
Jika hati rasa macam tak sedap je, ibu sarankan untuk jumpa doktor
.
Supaya jika kita masih mempunyai sebarang kebimbangan, Doktor boleh berikan pandangan
.

Akhir Kata

Apa yang kita makan semasa mengandung akan memberikan kesan kepada anak kita
.
Madu itu sendiri memang baik
.
Tapi duit & rezeki yang kita makan juga memberikan kesan kepada hati
.
Carilah & pastikan rezeki kita halal. Supaya anak anak kita semua menjadi
.
Insyaallah
16 Ulasan

Ulasan

ajumohit berkata…
Setuju tak semua madu elok dimakan, tapi boleh bagi contoh antara jenama madu yang benar berkualiti dan elok untuk dimakan tak?
Mazni Azmi berkata…
Maju khaula bagus. Maznee makan dulu masa mengandung. Kalau madu yang dapat asli dari dalam hutan tu tak tahu pula dah di pasteur belum
.
Sebab ada risiko kena botulism makan madu belum di pasteur
.
Lagi lagi kalau makan masa mengandung kan
emarieys berkata…
Madu memang sangat bagus untuk kesihatan dalaman,,,anak-anak saya suka makan madu kelulut dari hasil sendiri.
Hsna Rahman berkata…
madu memang tak dinafikan bagus. yang masalah besar skrg ni susah nak pastikan yang ori..
arzmoha berkata…
terima kasih ibu zaid sudi singgah ke blog saya.

saya suka makan madu...cuma sejak kebelakangan ini susah nak cari madu yang terbaik...banyak sangat jenama

harap pengusaha madu jujur dalam menghasilkan produk mereka
mrhanafi berkata…
saya suka madu dan anak lelaki juga suka madu..

yang tak suka madu adalah isteri saya kot..

sebab takut bermadu hehehe
mamapp berkata…
Madu bagus, Salah satu makanan sunnah
Cik Ash berkata…
madu memang bagus.... nak kena cari la nanti
dd berkata…
Madu memang banyak kegunaannya. Cuma banyak yang kat kedai sekarang madu yang tak asli banyak campur kandungan2 yang lain..

Kena cari yang asli.. tapi jangan pula cari kat pusat karaoke k
Ibu Syurga berkata…
Alhamdulillah sebab puan emariey ada kemampuan dan kesedaran untuk beri makan madu pada anak anak dan keluarga

Dalam al quran memang dah terangkan khasiat madu pada kesihatan

Semoga puan istiqamah ya

Makan madu lebah. Mana tahu mengandung lagi. Boleh amalkan
Ibu Syurga berkata…
Insyaallah nak cari yang asli memang ada caranya. Asalkan husna ada ilmu untuk cari dan bezakan mana madu asli dan mana madu tiruan

Madu yang mahal belum tentu asli

Sebab sekarang ni pun ada juga madu yang di dapati daripada lebah ternak

Dengar kata khasiatnya pun tak sama dengan madu dari lebah liar

Yang pasti, cuba dapatkan dari orang yang berilmu

Dapatkan pandangannya

Sebab apa

Masa mengandung, kalau makan madu yang tercemar. Khuatir ada mudarat pula kan

Ibu doakan husna sihat sentiasa

Amin
Ibu Syurga berkata…
Sama sama tuan Arzmoha. terima kasih kembali kepada tuan kerana sudi membalas kunjungan

madu memang banyak jenama

Tapi secara peribadi , ibu lebih suka beli madu dari orang persendirian yang dikenali pandai ilmu masuk ke hutan dan mencari madu

Tempat ibu ni ada lagi orang asli yang masuk ke hutan dan mencari madu
Ibu Syurga berkata…
Madu memang pahit di telan isteri. Terutama kalau suami tak adil

Berat tuan

Semoga semuanya manis dan bahagia dalam keluarga tuan

Amin
Ibu Syurga berkata…
Semua makanan yang baik adalah makanan sunnah

kalau makanan yang baik di ambil secara tak sihat pun membawa mudarat juga

Contohnya memang bagus minum madu, tapi biarlah secara sederhana kan

Lebih minum sampai extra manis pun boleh kena kencing manis

Hehe
Ibu Syurga berkata…
Alhamdulillah cik ash

Semoga berterusan makan madu sampai lepas kahwin

masa mengandung sudah tentu

Nanti baby dalam perut sayang ummi dia lebih sikit
Ibu Syurga berkata…
Memang kena cari di tempat yang betul. Mana ada orang jual madu asli dalam tempat macam tu