Semalam ada pembaca blog yang tanya ibu tentang gambar homestay di melaka kawasan pantai puteri yang bercahaya berseri seri di malam hari.
Dan terletak betul betul di depan pantai puteri. Homestay paling strategik untuk mandi laut & aktiviti tepi pantai. Cuma hati hati perlu ada untuk elakkan lemas.
Hari ini ibu nak kongsikan info tentang homestay di Melaka tersebut disini.
Puteri Qashrina Chalet, Homestay di Melaka yang cantik. Betul betul tepi pantai puteri
Mula mula, ibu nak maklumkan ini bukan review berbayar. Jadi tak ulasan ibu pun tak berat sebelah.
Maklumlah, bila berbayar semua kena nampak cantik dan tip top.
Rumah keluarga kami terletak tak jauh dari Homestay puteri qashrina, memang tempat ni sentiasa penuh dihujung minggu.
Tips 1 - Penting untuk kita merancang sebaiknya percutian ke Melaka. Pastikan kita survey dulu harga sebelum tempah tiket flight, booking hotel melaka (Tak kisahlah yang 5 star seperti Casa Del Rio atau yang murah) & kedai makan sedap berhampiran. Jangan bazirkan masa semasa bercuti.
Gambar Homestay Puteri Qashrina Chalet Melaka!
Di bawah ini ibu berikan beberapa gambar untuk tatapan pembaca yang merancang untuk tinggal di sini semasa cuti sekolah. Atau nak buat hari keluarga.
Imej kredit: rumahakusyurgaku.blogspot.com
Siap ada dinosour. Imej kredit: rumahakusyurgaku.blogspot.com
Imej kredit: rumahakusyurgaku.blogspot.com
Homestay yang ada swimming pool. Imej kredit: rumahakusyurgaku.blogspot.com
Ada gazeebo tempat lepak dan makan. Imej kredit: Deheartyku.blogspot.my
Tips 2 - Baca review terkini di internet sebelum booking hotel / homestay di Melaka. Ini akan berikan kita gambaran tempat tersebut bagus atau tak. Cari penginapan yang sesuai dengan bajet & saiz kumpulan kita. Homestay melaka lebih sesuai kalau pergi bersama keluarga besar. Kalau pergi dengan suami isteri, lebih baik duduk hotel atau resort tepi pantai. Senang nak dating.
Harga & Jenis Penginapan di Puteri Qashrina Chalet Melaka?
Ada banyak pilihan bilik & penginapan yang disediakan. Boleh pilih ikut bajet dan citarasa masing masing.
Harga & Jenis homestay!
Jenis 1: CHALET (2 bilik)
Imej kredit: Deheartyku.blogspot.my
Bilangan chalet: 8 unit. Harga sewaan chalet untuk 1 malam
Hari biasa / Normal RM200
Cuti sekolah - RM220
Kalau dilihat dari rupa luarannya memang comel & cantik.
Ciri ciri chalet ini
Bilangan Bilik 2
Jenis Katil Saiz Queen
Kemudahan TV satelit disediakan.
Tidak di benarkan memasak dalam chalet.
Tiada Peti besi untuk simpanan barang berharga.
Kemudahan untuk Wi-Fi disediakan.
2 Tv plasma
Bilik mandi moden dilengkapi dengan pancuran mandian hujan
Tingkap besar menghadap ke jalan pejalan kaki / taman dalaman.
Bar mini, Cerek Elektrik, Penyaman Udara, Kipas Siling. (Kemudahan seterika mengikut permintaan sahaja.)
Rupa dalaman unit chalet adalah seperti berikut.
Imej kredit: Qashrinachalet.com
Bilik tidur. Imej kredit: Qashrinachalet.com
Imej kredit: Qashrinachalet.com
Menarik betul bisnes homestay ni kan. Harga rumah naik, sementara tunggu nilai hartanah melambung boleh dapat duit dari penyewa homestay. Bagi yang kerja kerajaan, peluang terbuka luas sebab pinjaman perumahan senang & lebih berpatutan berbanding swasta. Teringin pula nak kerja gomen kan.
Selesai jenis penginapan pertama, Seterusnya.
Jenis 2: CHALET KAYU
Rupa luaran chalet kayu: Imej kredit: Qashrinachalet.com
Bilangan chalet kayu: 5 UNIT Harga sewaan chalet kayu untuk 1 malam
Normal - RM180
Cuti sekolah - RM200
Ibu cadangkan, bagi orang orang bandar yang nak merasa pengalaman tinggal di rumah kampung tradisional, ambil chalet kayu. Rekabentuk chalet ala melayu melakatradisionalini nampak evergreen dengan warna kayu yang cantik dengan kemasa varnis. Sambil menikmati pemandangan indah di Selat Melaka. Siap ada kajian tau tentang pengaruh senibina rumah tradisional melaka & budaya setempat pada tahun 2012.
Pintu masuk chalet kayu: Imej kredit: Qashrinachalet.com
Ciri ciri chalet ini
Bilik jenis studio
1 Katil Saiz Queen
Kemudahan TV satelit disediakan.
Tidak di benarkan memasak dalam chalet.
Tiada Peti besi untuk simpanan barang berharga.
Kemudahan untuk Wi-Fi disediakan.
Bilik mandi moden dilengkapi dengan pancuran mandian hujan
Tingkap besar menghadap ke jalan pejalan kaki / taman dalaman.
Bar mini, Cerek Elektrik, Penyaman Udara, Kipas Siling. (Kemudahan seterika mengikut permintaan sahaja.)
Rupa dalaman unit chalet adalah seperti berikut.
Bilik air / mandi chalet kayu: Imej kredit: Qashrinachalet.com
Rupa bilik tidur chalet kayu: Imej kredit: Qashrinachalet.com
Katil saiz queen di chalet kayu: Imej kredit: Qashrinachalet.com
Jenis 3: VIP HOMESTAY
Bilangan unit: 1 Harga sewaan bilik untuk 1 malam
Normal RM200
Cuti sekolah RM220.
Ini penginapan paling mahal di sini. Bilik yang luas ini mempunyai ruang tamu dan tingkap besar menghala ke taman. Ciri ciri chalet ini
Unit VIP ini mempunyai 1 bilik besar.
1 Katil Saiz Queen
Kemudahan TV satelit disediakan.
Tidak di benarkan memasak dalam homestay.
Selebihnya, sama dengan 2 chalet sebelum ini.
Jenis 4: RUMAH KAYU BERANDA
Bilangan unit: 4 Rumah kayu beranda mempunyai bilik jenis studio. Harga sewaan untuk 1 malam
Normal RM250
Cuti sekolah RM270.
Jenis katil dalam unit ini
1 Saiz King
1 Saiz Single
Gambar dalaman penginapan jenis ini.
Bilik jenis studio
Katil saiz king
Jenis 5: RUMAH KAYU LOTENG
Rumah ini boleh tidur di loteng, siap ada tingkap di loteng lagi. Boleh nampak laut kan?
Harga sewaan untuk 1 malam
Normal RM280
Cuti sekolah RM300.
Ini memang menggamit memori silam, siapa pernah panjat loteng rumah atuk nenek zaman dulu? Siap tidur atas loteng lagi. Itulah kerja kami dan sepupu di masa lalu. Cukup handal memanjat. Chalet jenis ke 4 ini boleh tidur di loteng tu. Mungkin ada yang rasa rindu nak mengenang nostalgia. Lagipun tidur di loteng ni, di kawasan berbentuk segitiga tirus ni mengingatkan Ibu pada rekaan Homestay Masbro Village.
Siapa nak rasa pengalaman tidur di loteng. Boleh nampak view pantai kalau kedudukannya strategik!
Nak naik loteng ada tangga. Tak perlu panjat
Dan akhir sekali
Jenis 6: RUMAH CABIN
Harga sewaan untuk 1 malam
Normal RM200
Cuti sekolah RM220.
Lokasi Puteri Qashrina Chalet
Tempat ni senang saja nak cari, terutama sekali kalau pakai Google Maps, taip saja nama homestay ini dan insyaallah terus sampai.
Review dari pengunjung Puteri Qashrina Chalet. Mana lagi berbaloi, duduk sini atau kat homestay Melaka yang lain?
Ibu memang tak pernah tinggal di sini sendiri, maklumlah orang tempatan kan. Tapi dari buah mulut mereka yang pernah tinggal disini, memang puas hati.
Masak asam pedas disini memang sedap.
Itu Ibu tak banyak komenlah, sebab orang Melaka wajib pandai masak asam pedas.
Ulasan setakat ini mengenai homestay ini, 4.1 / 5 bintang terkumpul dari 180 ulasan di Google.
Cukup baik tu kan. Lagipun, homestay ini berada dekat dengan banyak tempat menarik di Melaka. Bukan senang nak uruskan perniagaan bisnes homestay, nak jaga hati pelanggan. Selain kos pelaburan beli rumah, nak buat pemasaran cari pelanggan & lain lain. Dengan ilmu yang betul, semua orang boleh berjaya dalam bisnes homestay. Mesti teringin kan nak ada perniagaan homestay sendiri. Kalau homestay biasa pun boleh cari RM4,000 ke RM5,000 sebulan. Income Puteri Qashrina ni mesti lagi lebat kan. Kalau tak, takkanlah makin besar & banyak unit untuk disewa. Lumayan. Tak percaya? Lepas ini ibu tunjuk gambar homestay ni. Orang ada duit saja tak mungkin boleh berjaya. Melainkan ada ilmu, minat & kesungguhan.
Kesimpulan Untuk Homestay Puteri Qashrina!
Oleh kerana ini bukan review berbayar, sejujurnya ada baik & buruk juga tinggal disini. Baiknya,
Tempat ini terjaga & kemas.
Lokasi betul betul strategik. Jauh dari sesak di bandar. Depan pintu masuk terus pantai.
Kekurangannya,
Tak boleh masak di dalam homestay. Nak makan boleh pergi kedai di luar. Atau makan saja dalam restoran di sini.
Harganya agak mahal untuk homestay saiz ini. Boleh dapat homestay yang lebih besar dengan harga yang sama.
Rasanya, tempat ni paling ideal untuk keluarga yang pergi bercuti & nak rehatkan mak mak. Tak payah masak. Makan je luar. Sediakan duit saja. Boleh fikirkan perancangan untuk percutian keluarga kita sebaiknya. Seperti biasa, ada soalan ataupun pandangan. Tinggalkan di ruangan komen di bawah ya. Assalamualaikum.
biasa kalau outstation kt Petronas Penapisan Melaka, kitorg stay kt pantai puteri hotel. tak jauh dari homestay ni..byk gak homestay best best sepanjang pantai puteri kan
Homestay paling strategik untuk mandi laut & aktiviti tepi pantai. Cuma hati hati perlu ada untuk elakkan lemas.
Puteri Qashrina Chalet, Homestay di Melaka yang cantik. Betul betul tepi pantai puteri
Gambar Homestay Puteri Qashrina Chalet Melaka!
Atau nak buat hari keluarga.
Harga & Jenis Penginapan di Puteri Qashrina Chalet Melaka?
Ada banyak pilihan bilik & penginapan yang disediakan. Boleh pilih ikut bajet dan citarasa masing masing.Harga & Jenis homestay!
Jenis 1: CHALET (2 bilik)
Harga sewaan chalet untuk 1 malam
Ciri ciri chalet ini
Harga rumah naik, sementara tunggu nilai hartanah melambung boleh dapat duit dari penyewa homestay.
Bagi yang kerja kerajaan, peluang terbuka luas sebab pinjaman perumahan senang & lebih berpatutan berbanding swasta.
Teringin pula nak kerja gomen kan.
Selesai jenis penginapan pertama,
Seterusnya.
Jenis 2: CHALET KAYU
Bilangan chalet kayu: 5 UNIT
Harga sewaan chalet kayu untuk 1 malam
Ibu cadangkan, bagi orang orang bandar yang nak merasa pengalaman tinggal di rumah kampung tradisional, ambil chalet kayu.
Rekabentuk chalet ala melayu melaka tradisional ini nampak evergreen dengan warna kayu yang cantik dengan kemasa varnis. Sambil menikmati pemandangan indah di Selat Melaka.
Siap ada kajian tau tentang pengaruh senibina rumah tradisional melaka & budaya setempat pada tahun 2012.
Rupa dalaman unit chalet adalah seperti berikut.
Jenis 3: VIP HOMESTAY
Bilangan unit: 1Harga sewaan bilik untuk 1 malam
Ciri ciri chalet ini
Jenis 4: RUMAH KAYU BERANDA
Bilangan unit: 4
Rumah kayu beranda mempunyai bilik jenis studio.
Harga sewaan untuk 1 malam
Jenis katil dalam unit ini
Gambar dalaman penginapan jenis ini.
Jenis 5: RUMAH KAYU LOTENG
Harga sewaan untuk 1 malam
Siap tidur atas loteng lagi.
Itulah kerja kami dan sepupu di masa lalu. Cukup handal memanjat.
Chalet jenis ke 4 ini boleh tidur di loteng tu.
Mungkin ada yang rasa rindu nak mengenang nostalgia.
Lagipun tidur di loteng ni, di kawasan berbentuk segitiga tirus ni mengingatkan Ibu pada rekaan Homestay Masbro Village.
Dan akhir sekali
Jenis 6: RUMAH CABIN
Lokasi Puteri Qashrina Chalet
Tempat ni senang saja nak cari, terutama sekali kalau pakai Google Maps, taip saja nama homestay ini dan insyaallah terus sampai.
Review dari pengunjung Puteri Qashrina Chalet. Mana lagi berbaloi, duduk sini atau kat homestay Melaka yang lain?
Ibu memang tak pernah tinggal di sini sendiri, maklumlah orang tempatan kan. Tapi dari buah mulut mereka yang pernah tinggal disini, memang puas hati.
Bukan senang nak uruskan perniagaan bisnes homestay, nak jaga hati pelanggan.
Selain kos pelaburan beli rumah, nak buat pemasaran cari pelanggan & lain lain.
Dengan ilmu yang betul, semua orang boleh berjaya dalam bisnes homestay. Mesti teringin kan nak ada perniagaan homestay sendiri.
Kalau homestay biasa pun boleh cari RM4,000 ke RM5,000 sebulan. Income Puteri Qashrina ni mesti lagi lebat kan.
Kalau tak, takkanlah makin besar & banyak unit untuk disewa.
Lumayan.
Tak percaya? Lepas ini ibu tunjuk gambar homestay ni.
Orang ada duit saja tak mungkin boleh berjaya. Melainkan ada ilmu, minat & kesungguhan.
Kesimpulan Untuk Homestay Puteri Qashrina!
Oleh kerana ini bukan review berbayar, sejujurnya ada baik & buruk juga tinggal disini.
Baiknya,
Rasanya, tempat ni paling ideal untuk keluarga yang pergi bercuti & nak rehatkan mak mak.
Tak payah masak.
Makan je luar. Sediakan duit saja.
Boleh fikirkan perancangan untuk percutian keluarga kita sebaiknya.
Seperti biasa, ada soalan ataupun pandangan. Tinggalkan di ruangan komen di bawah ya.
Assalamualaikum.
تعليقات
Memang patutlah harganya mahal kan puan
Sebab itu sewa untuk satu malam mahal.
Kena pasang lampu jimat elektrik ni.
Sebelum ni pernah juga ada saudara dan kawan kawan yang cerita.
Memang lawa pun. Pemiliknya seorang berpangkat datuk.
Bayaran pun berpatutan
Takut nak masuk blog ni.. takut rindu Malaysia sbb ada pix2 homestay yg menarik2. Hihi..
Yang ada pun belah Langkawi dan Johor sana kalau belah Selat Melaka
Yg homestay ada swimming pool Tu 1 malam brp ye...