Cuti sekolah hampir tiba ke penghujungnya
Dan ramai ambil peluang untuk luangkan masa bersama keluarga
Cuma
Dalam kita bersuka ria & melancong di tempat menarik
Jangan lupa untuk berjaga jaga
Hati hati semasa bercuti untuk elakkan tragedi |
Lemas di Pantai Puteri Melaka Semasa Bercuti
3 hari lepas, seorang pelancong dari Klang Selangor lemas di Pantai Puteri Melaka
Dan lebih menyayat hati
Mangsa yang lemas itu saudara suami Ibu sendiri
Rumah pun tak jauh, 1 kampung
Pantau puteri pula kampung halaman ibu, jadi ibu lebih tahu tentang pantai tersebut
Ramai lemas di Pantai Puteri
Ini bukan kejadian pertama tau, saban tahun mesti ada pelancong yang lemas
Dan mangsa bukan saja terdiri dari kanak kanak
Orang dewasa pun ramai
Petikan Akhbar Tentang Lemas di pantai Puteri
Dalam satu artikel yang Ibu tulis sebelum ini
Kawasan ini memang cantik & terjaga, tetapi harus diingatkan
Mesti berhati hati setiap masa
Silap langkah maut yang menimpa
Buat keluarga mangsa, Ibu ucapkan takziah
"Innalillahi wa inna ilahi rajiun, Allahumma urjuni fi musibati, Wa akhlifli khairan minha"
Sesungguhnya kita ini milih Allah dan kepadanya kita kembali, Ya Allah ganjari kami atas ujian yang menimpa kami, Dan gantikan ia dengan yang lebih baik
Di bawah ini petikan akhbar tentang tragedi yang berlaku
Dari Akhbar berita harian
__________________
MELAKA: Kesungguhan mendapatkan bola hanyut menjadi pengakhiran menyayat hati bagi seorang kontraktor syarikat telekomunikasi apabila ditemui lemas di Pantai Puteri, Tanjung Kling, di sini.
Mohammad Rohim Rohani, 35, dari Kampung Rantau Panjang, Klang, Selangor, memancing bersama adik iparnya, Mohd Hadi Tajudin, 34, sambil berkelah bersama 12 ahli keluarga sebelum cuba menyelamatkan bola milik anak saudaranya yang dihanyutkan ombak.
Dalam kejadian kira-kira jam 11.30 pagi itu, Mohammad Rohim dikatakan turun ke pantai untuk mengambil bola berkenaan sebelum tenggelam.
Mayat mangsa ditemui tersangkut di bot nelayan kira-kira 400 meter dari lokasi dilaporkan hilang.
Mohd Hadi berkata, mangsa meninggalkan tempat memancing dan turun ke pantai untuk mengambil bola milik anak saudaranya yang dihanyutkan ombak sebelum dilihat tenggelam.
"Rombongan kami tiba di Pantai Puteri semalam dan sepatutnya pulang esok," katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Afzanizar Ahmad ketika dihubungi mengesahkan kejadian manakala mayat mangsa dihantar ke Hospital Melaka untuk bedah siasat.
Terdahulu, Ketua Balai Bomba Bomba dan Penyelamat (BBP) Tangga Batu, Penolong Penguasa Bomba, Roslan Jalil berkata, pihaknya bersama jentera bomba dari BBP Tangga Batu dan BBP Jalan Kubu serta Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) bergegas ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan kecemasan pada jam 11.54 pagi.
Katanya, operasi berkenaan turut dibantu pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).
__________________
Selain itu
Kita sebagai orang dewasa boleh ambil langkah berjaga jaga
Semasa berada di tepi pantai
Dan juga si tepi sumber air seperti sungai & air terjun
Di bawah ini
Ibu berikan beberapa tips keselamatan di ditepi pantai
Langkah keselamatan semasa bercuti di tepi pantai
Tips di bawah ini boleh menyelamatkan & melindungi nyawa kita & insan tersayang
Dan menjamin kenangan manis semasa makan angin & melancong kekal bersama keluarga
Mula mula
Yang paling penting sekali ialah
Mula mula
Yang paling penting sekali ialah
1. Semak keadaan cuaca
Semua orang tahu
Elektrik & air tidak boleh bertemu
Pasti akan berakhir dengan tragedi kan
Pastikan kita semak laporan kaji cuaca sebelum bercuti
Dan semasa tiba di tepi pantai
Periksa sekali lagi keadaan cuaca
Sebab ramalan tak semestinya tepat
Elakkan pergi ke pantai jika ada kilat dalam ramalan
Dan tunggu sekurang-kurangnya 30 minit selepas ledakan guruh terakhir sebelum menuju ke pantai
Kita boleh rancang untuk ke tempat lain semasa cuaca tidak baik
Melaka kan banyak kawasan menarik
Duduk dalam hotel & homestay sepanjang hari pun rugi kan
Sebab dah jalan jauh jauh, harga minyak & tol saja dah berapa
Pergi cari makanan yang viral pun bagus kan, nak minum coconut shake klebang yang lemak & kaya rasa susu
Langkah seterusnya sangat penting, andai kejadian tak diundang berlaku juga
Walaupun cuaca cerah
Apakah langkah tersebut?
2. Pastikan ada orang yang pandai berenang
Kemahiran berenang sanagt penting
Menurut kajian di Amerika, memberi anak-anak berumur 1 hingga 4 tahun kelas berenang formal dapat mengurangkan risiko lemas sebanyak 88 peratus
Jangan mandi di tepi pantai berseorangan diri
Tanpa rakan yang pandai berenang di sini
Berenang di laut berbeza dari berenang di kolam renang atau tasik yang tenang
Ini kerana adanya ombak yang kuat
Bersiap sedialah untuk bertembung dengan ombak yang kuat sebelum berlari ke pantai
Jika kita berada di pantai dengan kanak-kanak atau orang dewasa yang tidak boleh berenang
Elakkan mandi terlalu jauh ke dalam laut
Juga perlu diingat bahawa dasar laut tidak rata dan pantai boleh berubah secara drastik dari tahun ke tahun
Maklumlah
Arus bawah laut kan kuat
Apabila menuju ke dalam air, ketahuilah bahawa dasar lautan dapat bertukar curam tanpa diduga
Elakkan mandi di kawasan yang tiada orang
Kerana mungkin ada antara mereka yang pandai berenang
Dan boleh juga bertanya kepada orang tempatan
Terutamanya nelayan
Kerana mereka lebih tahu kawasan tersebut
Lebih baik daripada orang lain
Baguskan tips kedua ni
Tunggu sehingga kita baca tips seterusnya
Penting sungguh semasa bercuti di tempat orang
3. Pilih tempat berenang dekat dengan penjaga pantai & orang ramai
Ada pantai yang mempunyai penjaga pantai (Lifeguards)
Pantai di Malaysia mungkin tak banyak ada
Tapi di luar negara, terutamanya di Amerika memang bisa
Malaysia ada juga persatuan lifeguard sendiri (Ibu pun baru tau)
Ini sangat berguna terutama sekali jika kita bercuti di luar negara
Penjaga pantai tahu dan dapat melihat perkara-perkara tentang pantai yang kebanyakan dari kita tidak
Ambil perhatian di mana mereka ditempatkan di pantai
Dan pilih lokasi berhampiran mereka semasa berenang
Kebanyakan tragedi lemas berlaku di tapak yang tidak dijaga
Pantai Puteri dan Klebang setahu Ibu tak ada penjaga pantai
Walaupun pos penjaga di Pantai Puteri tu memang ada
4. Berwaspada dengan arus
Gelombang ombak tidak akan menghempas sama rata sepanjang pantai
Dan
Apabila ini berlaku
Ia boleh menyebabkan pusaran arus di dalam air yang menghasilkan tarikan arus (Rip current)
Arus ini yang buat kita rasa seperti di tarik lebih jauh ke arah laut
Tarikan arus ini cenderung berlaku berhampiran kawasan cetek di dalam air, seperti beting pasir, atau berdekatan dengan jeti
Dan boleh berlaku di mana-mana pantai
Ini adalah bahaya nombor 1 bagi pengunjuang pantai
Dan boleh menarik perenang paling berpengalaman ke laut
Hati hati bila kita melihat ombak yang lebih besar menghala ke pantai
Dan sekiranya kita ditarik arus kuat ini
Jangan melawan dahulu
Sehinggalah tarikan itu reda kerana kita perlu sipan tenaga
Bertenang & jangan cuba berenang melawan arus!
Mintalah pertolongan orang di sekeliling
Sebab itu tips no 2 & 3 yang diberikan tadi penting
5. Berhati-hati dengan hidupan laut
Di pantai, ada banyak haiwan laut yang hidup
Mujur di Malaysia serangan ikan jerung tak ada dilaporkan
Kalau di negara barat
Selalu berlaku
Dan boleh menyebabkan kematian
Selain ikan jerung,
Hati hati dengan kerang & kepah semasa berjalan di atas pasir, terutamanya semasa berjalan diatas batu
Tajam dan boleh menyebabkan luka
Dan
Obur obur atau ampai ampai sangat berbahaya untuk perenang
Ia sukar dilihat
Dan ada obor obor yang mempunyai tentakel yang boleh melepaskan sengat yang berbisa ke dalam kulit kita
Kesan sengatan berbeza beza
Ada yang hanya menghasilkan tanda yang merah yang menyakitkan & kejang
Walaupun kita pandai berenang, jika di sengat obor obor, boleh menyebabkan kejang & menyukarkan kita berenang
Apa jadi kalau kita disengat obor obor
Antara petua yang boleh dicuba adalah menyiram tempat sengatan dengan cuka
Atau campuran pekat soda bikarbonat dengan air laut
Dan disapu ke kawasan sengatan
Jika tentakel obor obor masih ada di tempat sengatan, jangan alihkan dengan tangan kosong
Gunakan tuala atau cara lain, untuk elakkan sengatan lain
Bagi menghilangkan rasa sakit di kawasan sengatan
Rendam kawasan tersebut dalam air hangat selama 20 minit
Kesimpulannya
Malang tiada berbau
Setiap tempat ada bahayanya
Air terjun ada kepala air dan arus pusar
Jalan raya pun kita boleh kemalangan, apa yang penting tu
Sikap kita
Ibu ucapkan selamat bercuti
Jumpa lagi di lain masa