Pantai Puteri Melaka Memang Cantik & Terjaga! Tapi selamat ke?

Bercuti di pantai puteri memang best! Tapi, hati hati semasa berkelah. Ada kes orang lemas.
Melaka memang banyak tempat menarik untuk bercuti bersama keluarga.

Terutama semasa cuti sekolah kan

Selain melawat ke tempat bersejarah di Melaka, banyak lagi tarikan perlancongan di negeri Hang Tuah ni. (Baca lebih lagi mengenai Tempat best di Melaka untuk jalan jalan!)

Contohnya apa tu?


Tarikan di Pantai Puteri Melaka yang menjanjikan kenangan indah bersama keluarga!

pantai puteri di melaka
Pantai puteri memang cantik & banyak kelebihan. Gambar kredit encikshino.com

Sambil sambil pergi ke tempat yang bersejarah seperti muzium & kota lama.

Melaka pun kaya dengan keindahan alam semulajadinya, seperti pantai pantainya yang terjaga rapi.

Dan, sebelum ini ibu ada review tentang taman rama rama, kali ini ibu nak kongsi tentang Pantai Puteri di Melaka. 

Related post



Ibu ni orang sana.

Lebih tepat lagi orang kampung Pantai Puteri. Tak seperti kawasan pantai yang kotor tak terjaga.

Kerana sampah dari pelancong & juga yang dihanyutkan air.

Pantai ini memang terjaga rapi.

Hari hari ada kerja pembersihan dilakukan oleh pihak berwajib.

Jadi datang sini memang tak sakit mata.





Apa yang menarik di Pantai Puteri Melaka?

aktiviti menarik di pantai melaka

Banyak aktiviti santai boleh kita lakukan di sini

Ibu akan senarikan di bawah untuk manfaat bersama

Memang banyak aktiviti outdoor yang lebih santai & menyeronokkan untuk di cuba

1. Melihat matahari terbit & terbenam di Selat Melaka

matahari terbenam di pantai puteri melaka
Cantik matahari terbenam di Jeti Petronas. Kredit: Sunrise.maplogs.com


matahari terbenam pantai puteri melaka
Lepas lihat matahari boleh terus solat di Masjid. Betul betul sebelah pantai

Kalau pergi laut tapi tak ambil kesempatan lihat matahari terbit dan terbenam memang rugi

Apatah lagi kalau kebanyakan tempat penginapan disini memang di tepi pantai

Sama ada hotel ataupun home stay. Boleh survey survey mana yang suka






Buat yang pergi honeymoon tu mungkin sesuai duduk hotel

Ada banyak hotel tepi pantai

Bukan nak promosi mana mana

Tapi laman web kan banyak, carilah promosi dan bandingkan harga


homestay tepi pantai puteri
Homestay paling cantik di pantai puteri. Betul betul depan laut
Ikut bajet masing masing lah kan.

Kalau ibu pergi mesti bawa anak anak, jadi prefer pergi homestay. (Baca pilihan penginapan terbaik, Senarai Homestay terbaik di Melaka!)

Andai pergi berdua

Lebih senang duduk hotel saja

hotel tepi pantai puteri
Hotel ni betul betul tepi pantai
Atau kalau anda sekeluarga suka untuk berada di alam sekitar


Boleh saja


2. Berkhemah di tepi pantai puteri

Ada blogger lain kongsi pengalaman mereka camping / berkhemah di tepi pantai ni


Apa nak takut angin kuat dan panas terik



Ada camping site / tapak perkhemahan yang memang tersedia


tapak perkhemahan di pantai puteri melaka
Nak senang bawa khemah. Kredit:alizareesyaversibaru.blogspot.my
Nampak kan dalam gambar diatas


Tempat ni bersih

Dan sambil sambil tu kita luangkan masa dengan anak anak

Anak anak pun dapat belajar banyak perkara dalam kehidupan


Ikut kata pakar
"Anak anak yang bijak rapat dengan mak ayah mereka"
Bijak ni ada banyak sisi

Bijak sosial, bijak komunikasi, bijak membawa diri

Ini kemahiran yang penting

Itu ibu galakkan kita baca buku di bawah untuk bantu mereka dari usia muda
"Klik gambar di bawah untuk bantu anak anak kita membesar dengan pintar dan cerdas"


Dah klik dan baca?

Kasihan budak budak sekarang ni, membesar dengan gajet

Tak macam kita dulu

Jadi

Pengalaman bercamping bersama keluarga bagus untuk mereka

Tambahan lagi

Sebelah camping site siap ada tandas awam lagi

Jadi tak ada masalah nak pergi melepaskan hajat

Tandas pun terjaga tau, dihias indah

Hehe

tandas awam di pantai puteri melaka
Tandas pun warna warni tau Kredit gambar:utusan.com.my
Ini yang ibu cukup suka balik melaka

Kemudahan terjaga betul di kawasan perlancongan

Sesuatu yang kurang dilihat di Selangor. Hmmm

Kalau camping tu, jangan lupa buang sampah betul betul ya

Memang betul ada orang bersihkan, tong sampah pun dah tersedia

Tapi kebersihan kan sebahagian dari iman

< div style="text-align: justify;"> Dah penat penat camping dan jalan jalan kan

Perut mesti lapar?

Wajib pergi kedai satay sebelah masjid tu.

3. Makan Satay di Kedai Sate Nazir

kedai satay nazir pantai puteri melaka

Satay Pek Tam Nazir ni dah lama juga buka. Siapa yang pernah makan insyaallah datang lagi

Maklumlah

Harganya berbaloi dengan harganya

Saiz satay besar, bila gigit tu memercik mercik jus daging & ayam dalam mulut

kedai satay nazir pantai puteri melaka
Sedap Bak Hang. Pergi sini mesti singgah!

satay nazir pantai puteri melaka
Satay Pek Tam Nazir besar berjus & sedap. Rempahnya terasa sampai kedalam!

satay nazir pantai puteri melaka

Bakar sate di pantai puteri melaka
Tangan yang bakar ni memang gifted & berpengalaman. Rasa sate ni tak kalah, malah lebih sedap dari jenama popular
Makan masa panas panas macam ada letupan rasa rempah & jus dari daging yang di bakar sempurna

Dan paling win

Pelengkap rasa, mestilah sambal kuah kacangnya

Cukup rasa, pedas manis & masin yang melehkan air liur bila teringat

Perniagaan keluarga kecil kecilan ni 

Dan paling bagus, Pek Tam Nasir ni OKU. Kaki dah tak kuat

Tapi kerja memang semangat.

Ibu doakan perniagaan satay ni terus maju. Sama sama kita bantu beliau

Dari makan Kay ep cee & Mek Dee masa bersiar siar

Best lagi pekena Satay Pek Tam Nasir

Kedai buka dari lepas asar, anggaran jam 530 petang sampai habis satay

Kadang kadang jam 9 malam dah habis

Tengok bilangan pengunjung lah

Terutama masa cuti sekolah ni

Kalau orang ramai, terpaksa ambil angka giliran


satay nazri pantai melaka

Tempat makan di Melaka ni, dah banyak yang viral. Ibu rasa berbaloi untuk viral kan satay ni

Sebab lokasi strategik

Sedap pulak tu

Sambil makan kita sedut angin dari pantai yang menghembus laju

Memang syahduu

Hehe


Google Street View : Klik sini

Lokasi sebelah Masjid Pantai Rombang, depan pantai puteri

Ini rupa masjid tu

masjid pantai rombang melaka

(Lihat google street view di bawah)

Sambil camping tepi laut tu

Senang nak pergi masjid sebab semua pun dekat kan

Ok

Aktiviti seterusnya akan beri kelebihan buat sesiapa yang camping & sewa homestay di tepi pantai puteri. (Wikipedia)

Apakah itu?

4. Bakar ikan & makanan laut segar

pengkalan nelayan di pantai puteri melaka
Beli saja ikan di pengkalan nelayan. Segar tak di nafikan!
Nama pun duduk tepi laut kan

Di sini memang ada beberapa pengkalan nelayan

Dan ada menjual hasil tangkapan segar di tepi laut

Ikan baru turun laut

Rasa dia manis berjus, jus sate lain

Jus ikan lain

Isi ikan pun putih & kenyal

Harga ok & berbaloi

beli hasil laut di pengkalan nelayan pantai puteri

Boleh minta mereka tolong siangkan, memang expert je buat kerja

Apa nak dibuat dengan ikan ni?

Kalau tinggal homestay boleh lah masak

Nak goreng ke, masak sup ke. Mana yang sedap lah

Kalau camping ibu sarankan kita bakar je ikan tu dalam aluminium foil

Rempah boleh bawa dari rumah

Atau beli je kat pasar basah dan kedai

Bukan susah pun kan 

Cakap pasal ikan

Kalau dah namanya tepi laut, kaki pancing memang syok lah kan

Sebab

5. Memancing sendiri atau masuk pertandingan memancing!

memancing di pantai puteri melaka
Memancing di persisiran pantai
Alang alang tu bawa joran dari rumah

Selalu memang ramai kaki pancing di pesisiran pantai

Saja nak cari ketenangan kan

pertandingan memancing di pantai puteri melaka

Ikan tu ada tapi peluang nak dapat tu ikut rezeki & kemahiran masing masing lah kan

Dan di pantai puteri ni

Memang kerap kali buat pertandingan memancing

Wow!

Hadiah pun lumayan

Selalu pertandingan memancing ni buat masa cuti sekolah

Memang penuh lah kereta tepi jalan

Anak anak paling suka pergi pantai sebab

6. Mandi laut & berkelah

Apa lagi

Sebab dapat main air lah

Suka ibu nak ingatkan kepada ibu bapa supaya ambil langkah pencegahan ya

Pantang mandi tanpa pengawasan

Sebab apa?

Mandi manda biar berwaspada

Disini dah beberapa kali orang lemas tau

Sedangkan ada nelayan yang lemas disini, apatah lagi orang luar

Jadi selalu beringat

Keselamatan diutamakan

Selain mandi laut, tepi pantai anginnya kuat

Boleh lah kita

7. Main layang layang & buih sabun

main layang layang dan buih air sabun di pantai puteri
Main buih sabun, petang petang biasa ada peniaga tawarkan permaianan ni
Layang layang ada jual di kedai dan bazaar tepi jalan

Buih sabun tu pun petang petang biasa ada

Kena sewa perkakas dengan peniaga

Air sabun beli sebekas & pakai sampai habis

Dan buat kaki bola

Ada habuan khas untuk anda

8. Bola sepak pantai

bola sepak pantai di pantai puteri melaka

Ada padang bola sepak pantai tersedia

Kalau nak buat team building pun sesuai

sebab ibu kerap nampak ada keluarga buat family day

Dan ada juga syarikat yang bawa pekerja buat team building disini.



9. Dekat dengan banyak kawasan menarik.

Kawasan ini terletak hampir dengan tempat best seperti Pantai Klebang (Muzium kapal selam, Kedai coconut shake & kuih keria), Bandar hilir (tempat bersejarah seperti A Famosa) & Ayer Keroh (Melaka Wonderland, Taman rama rama. Baca lebih lanjut tentang pengalaman melawat taman rama rama Melaka!)

Kesimpulan aktiviti menarik di Pantai Puteri Melaka

Banyak lagi aktiviti kita boleh buat di pantai puteri

Nak tidur sepanjang hari ke

Nak buat istana pasir ke

Nak tidur di timbus pasir ke

Terpulang pada kita

Yang penting masa cuti kita terisi. 

Ibu ucapkan selamat meluangkan masa bersama keluarga

Insyaallah jumpa lagi lain kali


Pantai Puteri Melaka Memang Cantik & Terjaga! Tapi selamat ke? Reviewed by Ibu Syurga on December 11, 2017 Rating: 5

21 comments:

  1. Pakcik dah sampai Pantai Puteri

    memang cantik

    Berbaloi pergi bersama keluarga terutama semasa cuti sekolah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang menarik kan pergi

      Sebab kawasan ni tak berapa popular di bandingkan dengan pantai klebang

      Delete
  2. Memang sedap sate pek tam tu

    Maznee kalau balik melaka selalu prsan kat mak minta tolong belikan

    Rasa satay di pantai puteri ni lagi sedap dari satay kajang yang dah biasa makan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Untung lah kampung tepi pantai macam maznee

      Nak pergi berkelah bila bila masa bentang tikar saja kan

      Delete
  3. Masa Sha duduk melaka dulu, memang suka lepak kat pantai ini.. Sekarang dah makin banyak aktiviti boleh buat kat sini ye..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sha pernah duduk melaka ya

      Kerja banyak pindah randah ni boleh jalan banyak tempat

      Delete
  4. Tempat ni memang dah ramai orang

    Antara sebabnya

    Masa pantai kawasan kelebang tu di tambak untuk di jadikan dataran satu malaysia dan pantai kelebang sekarang

    Pelancong lari ke kawasan ini

    Masa tu nelayan banyak mengadu ikan makin kurang sebab petronas buat loji kawasan pantai kundur tu

    Rezeki lain pula datang

    Benarlah kata Allah

    Dalam kesusahan ada kesenangan

    Orang yang meniaga roti john kat tepi pantai tu dari gerai biasa

    dah buka kedai sekarang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Allah kan maha pemberi rezeki

      Tertutup 1 pintu rezeki

      Terbuka lagi pintu lain

      Delete
  5. Cantik Pantai Puteri. Memang bersih. Kalau pantai kotor memang sakit mata tgk kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Banyak sampah kalau pengunjung tak bawa sampah balik kan mimi

      Orang pergi mandi manda di pantai nak berehat dan menikmati keindahan alam

      Delete
  6. Rindu Melaka..
    Dulu asal nak mkn ikan bakar je, ptg2 ke Restoran Parameswara.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekarang ni mis mirror di australia lagi cantik kan

      Pantai bersih

      Air laut jernih kebiruan

      Binatang liar pun macam macam ada

      Delete
  7. Bestnya.. masuk Dalam wishlist dah ni. Mama suka Ke Melaka. Bolehlah Cuba ke pantai puteri pula

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mama ingatkan sis ni orang melaka. Sebab hari tu singgah hospital mahkota di Melaka untuk anak kan?

      Delete
    2. Mesti cuba makan sate sedap nazir di pantai puteri

      Delete
  8. Lama tak singgah ke pantai puteri ni. Dulu rajin juga ke sini. Rindu pula dkt suasan dkt pantai tu.

    Susah nk jumpa kawasan pantai yg bersih dan terjaga. Sikap pemalas jg kebersihan lepas beriadah rakyat malaysia masih di level bawah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sikap pembersih sebahagian dari islam

      Sedihnya sekarang ni kurang di amalkan

      Delete
  9. Aah cantik. Fasiliti kawasan pelancongan di Melaka memang banyak dah improve. :) suka part toilet yang baru dan bersih. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apa lagi sis

      Mari melawat melaka

      Banyak tenpat menarik

      Delete
  10. Assalamualaikum puan. Blh tlg berikan nama homestay yg puan tunjukkn kat atas tu..?
    Kalau ada alamat dn no telefon pun bagus juga.
    Terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih kerana baca blog Ibu. Ini dia puan tanpa nama.

      Boleh baca dengan lengkap disini. Ibu dah buat satu artikel khas mengenai homestay yang cantik tu

      KLIK SINI HOMESTAY CANTIK

      Delete

Hak Cipta Terpelihara Kasihnya Ibu Membawa Ke Syurga © 2017-2018

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.