3 Kedai asam pedas sedap di Melaka 2019. Wow, sedapnya!

"Mana nak cari asam pedas melaka yang sedap? Kuahnya pekat pedas tak ingat! Ikannya segar dengan isi yang putih"

Siapa yang pernah makan asam pedas melaka mesti tahu kedai mana yang sedap.

Kalau pergi Melaka tak makan asam pedas memang tak sah. Umpama orang mengantuk tak dapat lelap mata.

Haa, macam tu lah perumpamaannya. 
Melaka ada beberapa lokasi kedai yang sedap asam pedasnya.

Di bawah ini ibu sertakan beberapa pilihan restoran & kedai makan. Tapi, jika anda baru pertama kali sampai ke sini. Jangan risau.

Di bawah ini Ibu senaraikan lokasi kedai asam pedas best di Melaka.


Tips 1 - Semasa bercuti bersama keluarga, pasti kita tak mahu masak sendiri walaupun kebanyakan homestay di melaka dilengkapi dapur. Kalau kita dah booking hotel melaka, takkan nak makan lauk yang sama di hotel kan. Harga pun boleh tahan mahal. Jadi, pastikan kita pertimbangkan lokasi kedai makan berhampiran sebelum menempah penginapan. Dapat yang dekat kedai viral lagi bagus, contohnya di pantai klebang & bandar hilir melaka.

1. Kedai Asam Pedas Claypot Restoran Kota Laksamana.

Asam Pedas Claypot Restoran Kota Laksamana
Belanja orang makan, kan dah murah rezeki. Kredit gambar: Facebook

Lokasi Kedai Asam Pedas Laksamana.

Alamat: 86, Jalan Laksamana 5, Taman Kota Laksamana, 75200 Melaka.

Waktu perniagaan: Dibuka setiap hari kecuali hari isnin. Dari jam 6 petang hingga 4 pagi.

Telefon: 012-680 0790


Review Kedai Asam Pedas Laksamana.

3.7 / 5.0 bintang diberikan oleh pengunjung kedai ini yang meninggalkan 838 ulasan di Google.

Nampaknya ramai juga tak puas hati. Mana taknya, harga mahal dan kuantiti sikit. Staf pun kurang mesra dan tak profesional.


Tapi orang masih puji kedai ni sedap. Wallahualam. Ibu memang asal Melaka, tak hairan nak makan kat luar. Baik masak sendiri di rumah. Kalau nak masak sendiri, ini ibu beri Resepi asam pedas melaka yang best!


Bukan satu saja restoran asam pedas di Melaka. Di bawah ini ibu berikan beberapa lagi kedai makan.

Boleh tukar tukar dan cuba banding mana paling sedap.


Dan tuan kedai & staf lebih murah senyuman.

Tips 2 - Memang banyak kedai makan yang menjual asam pedas, tapi tak semuanya sedap. Baca review online tentang restoran ini. Lebih lebih lagi review terkini. Samalah juga semasa kita nak booking hotel melaka online. Harga murah tak semestinya tak bagus dan sebaliknya. Usaha lebih sikit dan percutian anda pasti lebih indah.


2. Kedai Asam Pedas Pasar Borong Batu Berendam.

Asam Pedas Pasar Borong Bt Berendam
Ada banyak kedai asam pedas di pasar borong ini. Kredit gambar: Mzulkifli.com
Ada banyak gerai yang menjual asam pedas di sini. Dan kebanyakannya penuh dengan pelanggan yang lapar.

Sebab gerai terletak dalam kawasan pasar borong, ada kawasan halal & tak halal.

Soal rasa, memang sedap. Ikan pun segar.

Servis pun lambat kerana orang ramai sangat terutama pada hujung minggu. Bila lapar sangat, Ibu tak syorkan datang sini.

Ramai juga yang mengadu, peniaga kurang mesra & lambat dapat makanan. kalau tak sabar, mungkin boleh cari tempat lain.

Lokasi Asam Pedas Pasar Borong.

Alamat: 12, Jalan Iks. M4, 75350 Melaka

Waktu perniagaan: Dibuka setiap hari dari jam 6 petang hingga 5 pagi.

No telefon06-288 1799


Review Gerai Asam Pedas Pasar Borong.

3.7 / 5.0  bintang terkumpul dari 377 pelanggan yang meninggalkan ulasan di Google.

Parking kena bayar RM1.


Pergi kedai makan yang sedap, mesti ramai orang. Jadi kena belajar sabarlah. Sana sini pun macam tu.


Nak beli KFC lepas orang gaji pun ya ampun panjangnya barisan. Mujur ada aircond, sejuk lah sikit menunggu.


Kedai asam pedas mana ada aircond kan.


Memang banyak tempat menarik di Melaka yang berada berhampiran kedai ini. Tekan butang play untuk tonton.

.
.

3. Kedai Asam Pedas Hajah Rahmah.


asam pedas hajah rahmah
Serba merah signboard kedai ni. Kredit: dyhanahome.blogspot.my
Kedai asam pedas ni konsep buffet / layan diri. Jadi cepat dapat makan, tak payah tunggu lama.

Melainkan masa makan tengahari. Ramai orang beratur ambil lauk. Lauk pun cepat habis, jadi elok datang awal dan elak waktu puncak.


Lokasi Restoran Asam Pedas Hajah Rahmah.

Alamat: Kampung Bukit Sama Tahu, 75450 Melaka

Waktu operasi: Buka setiap hari dari jam 1130 pagi hingga 5 petang.


Review kedai asam pedas Hajah Rahmah.

3.8 / 5.0 bintang terkumpul dari 194 ulasan pengunjung yang ditinggalkan di Google.

Rata rata kata harga makanan di sini agak mahal. Tapi orang tetap ramai kan?


Sekiranya anda mahu menjamu selera dengan hidangan selain asam pedas, jemput baca Senarai tempat makan menarik di Melaka!
Terbaru Lebih lama