Melaka Wonderland Theme Park 2019! Harga tiket & Tarikan terkini.

Header ads

Melaka Wonderland Theme Park Review!

melaka wonderland taman tema air
Antara tempat terawal yang kami sekeluarga pergi di Melaka
Masa untuk kita mandi manda di taman tema air

Di Melaka ni ada beberapa taman tema air & juga hotel yang mempunyai taman tema air sendiri

Contohnya
  1. Bayu lagoon
  2. Hotel gold coast
  3. Hotel averton
  4. Laman 3 budaya Asahan
Dan semua tempat ni berbayar lah

Ibu pernah pergi Melaka wonderland 2 tahun lepas, masa tu pun bukan cuti sekolah

Al maklumlah

Cuti sekolah harga hotel & homestay lain, lepas tu sesak sana sini

Nak bernafas pun sesak juga

Ibu pasti, yang paling gembira nak pergi taman tema air mestilah anak anak kan?

Jadi nak elak buang masa naik kereta, carilah hotel melaka ayer keroh

Senang tau



Apa yang menarik di Melaka Wonderland?

Taman tema air Melaka wonderland ada banyak tarikan, antaranya
  1. Gelungsur air
  2. Lazy cum Crazy Pool
  3. Adventure Island
  4. 1 Big Wave Pool 
Ibu mengandung hati hati sikit, sebab licin kan

Seeloknya cuba elakkan pergi tempat macam ini semasa hamil

Satu yang Ibu kurang sikit ialah jalan masuk ke sini agak memeningkan

Sebab tersorok

Jadi, nak elakkan sesak klik saja peta dibawah & biarkan pak cik google yang pandu arah

Boleh pakai Google maps atau Waze

Lokasi: Ayer Keroh. Klik Google maps & Street view di sini.

Waktu lawatan: 9:00am ~ 7:00 pm

Harga tiket pada Dis 2017, ini harga tiket terkini

A. Warganegara
  • Dewasa Weekdays:RM33.20 Weekend:RM37.90
  • Kanak-kanak Weekdays:RM26.05 RM32.00
  • Warga Emas / OKU Weekdays:RM18.95 Weekend:RM18.95
B. Warga Asing
  • Dewasa RM45.00
  • Kanak-kanak RM37.90
  • Warga Emas / OKU RM22.50
Kalau nak confirmkan harga terkini, boleh cek harga sebelum pergi

Banyak betul mainan yang ada di dalam ni

Masa ibu pergi pun tak habis main

Jadi kalau rasa nak berbaloi tu, pastikan datang dari pagi

Boleh habiskan masa lebih.

Tips untuk kunjungan yang lebih indah
  1. Bawa tuala
  2. Pastikan slipar yang dibawa tak licin (Tapak masih baru)
  3. Bawa beg plastik untuk asingkan pakaian basah
  4. Makanan luar tak boleh bawa masuk, jadi makan dulu kenyang kenyang sebelum datang sini
  5. Datang pagi, baru berbaloi dapat main semua
Melaka ada banyak tempat menarik untuk mandi manda. Tak kiralah yang percuma mahupun yang berbayar. Nak tahu lebih lanjut boleh baca senarai tempat menarik Melaka untuk melancong!
_______________________




Lebih baharu Lebih lama