Kalau dah beratur panjang & kuih habis sebelum sempat beli. Haa, ini ibu nak kongsikan resepi. Buat saja di rumah & makan sampai puas. (Baca senarai Tempat makan terbaik di Melaka yang viral di FB!)
Resepi Kuih Keria Viral Melaka.
Bahan-Bahan Resepi Kuih Keria Melaka:
A. Bahan-bahan untuk doh keria:
- 800 gram ubi keledek putih (dalam 2 ketul besar)
- 1 1/4 cawan tepung gandum
- 2 sudu kecil baking powder
- 1 sudu kecil garam
B. Bahan-bahan untuk salutan gula/sira:
- 1 ketul gula melaka
- 1 sudu besar gula batu
- 1 sudu besar gula putih
- 1/2 cawan air
Cara Penyediaan Kuih Keria Melaka:
- Rebus keledek hingga empuk dan toskan airnya. Biarkan keledek sejuk, tumbuk halus dengan menggunakan lesung batu dan tarik keluar urat-urat kasar dari ubi keledek. Boleh juga gunakan food processor untuk hancurkan keledek.
- Tambah tepung sedikit demi sedikit hingga doh kurang melekat.
- Leperkan bebola doh dan buat lubang di tengah.
- Ulang proses sehingga habis dan goreng di dalam minyak panas sehingga keperangan.
- Kacau atau gaul kuih keria yang digoreng tadi dalam gula pekat yang sedang mendidih sehingga sekata.
Cara-cara untuk salutan gula/sira:
- Tumbuk halus gula dan masak di dalam kuali sehingga mendidih dan pekat.
- Sedia untuk digaul kuih keria
- Tidak mengapa jika doh melekat sedikit. Sapukan sedikit tepung di tangan sebelum menggentel doh dan bentukkan menjadi bulat.
- Kalau goreng keria, jangan kerap sangat terbalikkan kuih semasa menggoreng kerana nanti kuih jadi serap minyak.