Header ads

"Malam malam macam ni sedap makan seafood & masakan panas. Badan dah penat seharian berjalan. Bosan pulak nak makan lauk hotel di Melaka. Teringin juga nak makan di luar. Kedai makan mana sedap untuk makan malam?"




Dah jadi kelaziman untuk kita makan lauk panas di malam hari. Tak kiralah tom yam ataupun restoran seafood.

Di bawah ini Ibu senaraikan tempat makan malam terbaik di Melaka untuk pilihan anda. (Baca juga tentang 31 kedai makan sedap di Melaka untuk sarapan dan makan tengahari!)


1. TWS - Melaka Raya (The Windmill Station)

tws the windmill station melaka raya



Restoran yang berbaloi di kunjungi untuk seisi keluarga. Makanan sedap dan kena dengan harga. 

Menu yang di hidangkan di sini adalah western food dan makanan tempatan. Ada juga menu fusion / kahwin antara western dan tempatan.

Kalau gatal nak cuba, boleh order.

Saiz menu yang di hidangkan memang besar, kenyanglah kalau makan. Tempat pun selesa, boleh duduk lepak lama sikit melepas penat berjalan jalan seharian. Bolehlah berbual mesra dengan hari keluarga sambil menikmati makan malam.

Kebanyakan yang berkunjung ke mari adalah keluarga, sebanyak 161 pelanggan yang telah makan di sini telah meninggalkan ulasan di Google. Mata terkumpul 3.9 dari 5.0 bintang.

Tempat ni sebenarnya buka dari pagi, nak sarapan dan lunch di sini pun boleh.

Alamat: 48 Jalan 13, Taman Melaka Raya, 75000 Melaka

Waktu perniagaan: Buka setiap hari dari jam 8 pagi hingga 11.30 malam.

Telefon: 06-286 0178

Tips - Sebelum kita buat keputusan untuk makan di kedai, pastikan kita baca review terkini di internet. Terutama sekali semasa waktu puncak. Kadang kadang, tempat tu indah khabar dari rupa je. Seeloknya sebelum pergi bercuti, dah pertimbangkan segala benda. Nak duduk homestay atau hotel, nak booking hotel melaka yang mana, harga tiket flight & juga kedai makan berhampiran. Jimat duit kita.



2. Barkat Roti John & Ayam Golek.

Barkat Roti John Melaka



Kedai roti jon ni asalnya kecil je, awal awal dulu buka di Tanjung Kling.

Dekat dengan rumah kami. Dari gerai kecil sampailah besar macam sekarang.


Dah ada cawangan pun. Mesti sedap kan, kalau tidak takkanlah bertahan sampai sekarang.


Rasanya tak sama seperti roti john di pasar malam, tak ada mayonaise dan sos cili. 


Sedap makan panas panas, dengan roti yang gebu & inti sardin cil dan ikan bilis.


Rasa pedas & cukup rasa. Mesti cuba.



Kedai roti john ini memang dekat dengan Pantai Puteri. Salah satu tempat menarik di Melaka. Tekan butang play untuk tonton tempat terbaik di Melaka.

.

.


Lokasi Barkat Roti John.

Alamat: No 60, Jalan Kenanga 1/24, Taman Kenanga Seksyen 1, Melaka, 75200 Tengkera, Melaka.

Waktu perniagaan: Dibuka setiap hari dari jam 5.30 petang hingga 1.30 pagi.

Telefon: 017-817 1770




Review kedai roti john.

3.4 / 5.0 bintang dari 103 review di Google. Nak tahu apa yang istimewam kena cuba sendiri.

Datang sini pesan roti john dan ayam golek saja ya. 
Selain tu, tak rekemen. Kalau anda nak cuba buat sendiri, Ini Resepi roti john yang sedap!




3. Burger Bakar Abang Burn Melaka.

Burger bakar abang burn melaka

Bagi penggemar makanan barat, terutama sekali burger memang patut singgah untuk menjamu selera.

Burger di sini memang mantap, dengan side dish kentang goreng ditambah keju yang lazat. Bebola daging pun sedap. Dan kedai ini berada berhampiran pinggir sungai melaka. Sambil makan boleh nikmati permandangan malam sungai Melaka yang indah. Harga makanan di sini bolehlah.

42 peminat burger yang telah makan di sini memberikan mata 4.0 dari 5.0 bintang dari ulasan yang di tinggalkan di Google.

Alamat: Medan Selera Sungai Melaka, No.1 Gerai Dewan Hang Tuah, 75300 Jalan Hang Tuah, Melaka.


Waktu perniagaan: Di buka setiap hari dari jam 5 petang hingga 12.30 tengah malam.




4. Cengkerang Seafood Jumble.

cengkerang seafood jumble melaka


Bagi peminat makanan laut, atau lebih tepat lagi "shell out", jangan lupa singgah ke kedai ini untuk makan malam. 

Makanan laut disini segar dan sedap disajikan panas, seisi keluarga boleh menikmatinya, kanak-kanak pun tak terkecuali. 

Ada beberapa pilihan sos boleh dipilih untuk di makan bersama dengan makanan laut anda. Antara yang paling sedap ialah sos butterman.

Tempat pun selesa, berbaloi dengan harga. 

58 peminat tegar makanan laut shell out telah meninggalkan ulasan di Google dan memberikan mata 4.2 dari 5.0 bintang.

Alamat: No 10, Jalan KLJ 1A, Taman Kota Laksamana Jaya, Melaka, 75250 Melaka.

Waktu perniagaan:  Di buka setiap hari dari jam 5.00 petang hingga jam 11 malam. Tutup pada hari isnin.


Telefon: 011-2074 8852




5. Hadramawt Palace.

Restoran hadramawt melaka

Nak makanan arab yang sedap untuk makan malam? Singgahlah untuk makan ke sini. Tapi, respon dari pelanggan kebelangan ini mengatakan harga disini memang mahal & saiz hidangan tak banyak.

Kalau harga bukan masalah untuk anda, bolehlah makan di sini sesekali.

4.2 dari 5.0 bintang dari 189 ulasan di Google.

Alamat: No.15,jalan pnbb 2,pusat Niaga Bukit Baru, Mukim Bukit Baru,Seksyen IV, 75150 Melaka.

Waktu perniagaan: Beroperasi dari jam 11 pagi hingga 11.45 malam.


Telefon: 06-286 6662



6. Restoran Astana Puteh.

Restoran astana putih melaka


Tempat yang menarik & harga yang berpatutan. Pilihan makanan yang pelbagai sesuai untuk seisi keluarga menikmati hidangan makanan. Tempat selesa dan servis cepat.

Kedai ini ada menu western dan tempatan.

Antara menu wajib cuba di sini ialah chicken chop, nasi arab pun ada. Persekitaran restoran ini memang terjaga kebersihannya. Harga agak mahal tapi berbaloi dengan pengalaman yang kita dapat.

84 pelanggan restoran Astana putih memberikan ulasan di Google dengan mata terkumpul sebanyak 4.1 dari 5.0 bintang.

Alamat: Batu 17, Jalan Solok Duku, 78300 Masjid Tanah, Melaka.

Waktu perniagaan: Beroperasi setiap hari dari jam 5.00 petang sehingga 12.00 tengah malam.


Telefon: 013-247 1990



7. Anas Seafood Tanjung Kling.

Anas Seafood Tanjung Kling

Kalau anda mahu makan tomyam dan makanan laut di tepi pantai, sinilah tempatnya. Pulut mangga dan mee celup di sini memang sedap.

Harga semua menu mampu milik, dan servis cepat. Tak perlu tunggu lama untuk dapat makanan.

Seramai 51 pelancong yang lapar telah memberikan mata purata 4.0 dari 5.0 bintang untuk kedai Anas Seafood. Mata ini hasil dari ulasan mereka di Google.

Alamat: 76400 Tanjung Kling, Melaka.

Waktu perniagaan:  Beroperasi dari jam 6 petang sehingga 12 tengah malam.


Telefon: 016-346 3904



8. Bunga & Tembok Cafe Melaka.

Restoran bunga dan tembok cafe melaka

Restoran Wajib Singgah jika ke Melaka, semua hidangan sangat menyelerakan untuk sajian western dan nasi beriyani.

Pelbagai pilihan makanan western yang terbukti sedap, kuantiti yang banyak, dan amat berbaloi dengan harga yang diberikan.

Nak parking kereta pun senang. 

91 pelanggan kedai ini telah memberikan mata 4.0 dari 5.0 bintang berdasarkan review yang di tinggalkan di Google.

Alamat: No 53 Jalan KP 1, Taman Krubong Perdana, 76250 Melaka.

Waktu perniagaan: Tutup pada hari khamis, selain itu buka dari 4 petang hingga 12 tengah malam.


Telefon: 016-611 1879


Ibu ucapkan selamat menjamu selera. Manfaat masa kita sebaiknya di negeri bersejarah ini. Rancang masa percutian anda sebaiknya dan nikmati cuti anda tanpa sesalan dengan membaca Panduan 121 tempat menarik terbaik di Melaka!


Terbaru Lebih lama