A Famosa Resort Hotel [REVIEW] Berbaloi ke?

Dah lama tak luangkan masa bersama mak ayah & adik beradik. Resort mana yang best untuk hari keluarga ya?

Lepas kahwin, kita adik beradik akan keluar dari rumah dan bawa haluan sendiri. 

Tapi, ini tidak bermakna kasih sayang yang terjalin sekian lama putus ditengah jalan. Itu bagusnya kita anjurkan hari keluarga.

Dapat kumpulkan semua adik beradik untuk eratkan semula silaturahim. Dan antara tempat best untuk "family day" ialah di A Famosa Resort.



A Famosa Resort Melaka. Destinasi terbaik untuk percutian bersama keluarga!

Rumah penginapan ini terletak berhampiran plaza tol PLUS Simpang Ampat. Kalau nak senang cari, pakai saja google map.

Alamat: Simpang Ampat, 78000 Alor Gajah, Melaka

Telefon: 06-552 0888

Ada beberapa jenis penginapan di sediakan, kalau pergi suka suka boleh sewa bilik kecil saja.

Tapi kalau hajat nak buat hari keluarga, elok tempah saja rumah banglo besar siap dengan swimming pool tu.

Nak masak masak dan buat BBQ malam hari pun senang.


Berapa harga tiket masuk ke taman tema air A Famosa Resort?

A Famosa Resort Hotel lobi

Di bawah ini Ibu berikan harga bayaran masuk terkini, mungkin berlaku perubahan dari masa ke semasa.

  • Dewasa RM69 
  • Kanak-kanak RM55


Waktu lawatan (Dibuka setiap hari kecuali Selasa):

  • Isnin – Jumaat: 11.00am – 7.00pm
  • Sabtu – Ahad: 9.00am – 7.00pm



Apa yang menarik di A Famosa Resort Melaka?

Ibu cadangkan buat keluarga yang nak singgah ke Melaka & tak mahu keluar dari hotel untuk tinggal disini.

Memang banyak aktiviti yang boleh dilakukan di dalam resot kerana adanya 2 taman tema, iaitu.


  1. A Famosa Water Park: Anak anak kita mesti gembira bermain air di kolam renang yang besar & bagi mereka yang sukakan cabaran boleh menaiki gelongsor air.
  2. Taman tema Safari Wonderland: Kita boleh bergaul dengan haiwan peliharaan yang jinak & liar



Review A Famosa Resort Hotel.

Review terkumpul dari pelancong yang pernah menginap disini memberikan mata terkumpul 3.8/5.0 bintang dari 437 ulasan.


Gambar Menarik di A Famosa Resort.

Gambar gambar menarik di A Famosa Resort. Sekiranya anda mahu melihat lebih banyak resort menarik di Melaka, Baca lebih lanjut di link yang di sediakan di bawah.
Resort di pantai Melaka. Tengah hutan pun ada!

A Famosa Resort Hotel replika

A Famosa Resort Hotel bilik tidur

A Famosa Resort Hotel bilik tidur


A Famosa Resort Hotel bedroom

A Famosa Resort Hotel bedroom

A Famosa Resort Hotel ruang tamu


A Famosa Resort Hotel dapur
A Famosa Resort Hotel ruang tamu

A Famosa Resort Hotel swimming pool

A Famosa Resort Hotel water theme park

A Famosa Resort Hotel gelungsur air

A Famosa Resort Hotel water theme park

A Famosa Resort Hotel vila
A Famosa Resort Hotel dewan makan

Selain resort, banyak lagi jenis penginapan yang terdapat di Melaka. Ada chalet dan homestay yang menawarkan pengalaman percutian yang berbeza. 
Bacaan Menarik: Homestay Melaka yang paling best untuk bercuti.
Bacaan Menarik: Chalet di Melaka yang terletak di tepi pantai.