4 Cara bersalin normal [SENANG] Rugi tak buat semasa hamil!

Aku dengar, kawan kita tu dah selamat bersalin. Alhamdulillah, baby boy. Dah keluar hospital pun. Tapi, senang betul urusan dia bersalin. Apa agaknya amalan dia buat masa hamil?
Pasti ramai yang teringin pengalaman melahirkan anak yang mudah. Hari ini, Ibu nak kongsikan tips mudah tapi berkesan supaya mudah bersalin normal.

Dari senaman ke terapi air, ikuti panduan ini membantu-kita menghadapi hari bersejarah dalam hidup kita. Insyaallah.


Cara bersalin normal

Cara bersalin normal tanpa jahitan untuk anak pertama!

Bagi pasangan suami isteri yang bakal melahirkan anak sulung, terlalu banyak persediaan yang mesti di lakukan.

Kita selalu seronok nak beli baju dan kelengkapan bersalin. Tapi kurang memberi penekanan kepada persediaan untuk 

Petua mudah bersalin dengan cepat amalan ibu mengandung!

Di bawah ini Ibu kongsikan 4 cara 

1. Tambah ilmu dengan membaca & menghadiri kelas.

Wanita mengandung sangat di galakkan menghadiri bengkel & kelas melahirkan anjuran doktor / bidan.
Kita akan mudah takut dengan apa yang tak di ketahui. Jadi, penting sangat untuk tambahkan ilmu di dada.

Ibu sangat syorkan kepada bakal emak yang baru hamil di luar sana membiasakan diri dengan peringkat yang dilalui kita semasa hamil. Seperti pemakanan yang baik. Susu kambing untuk ibu mengandung adalah antara makanan terbaik untuk diamalkan.



Dan juga ketika melahirkan anak.



Kelas seperti ini akan mengajar kita teknik yang betul untuk melahirkan anak dan membantu kita merasa kurang cemas. Hasilnya, senang nak bersalin.


tambah ilmu semasa mengandung



  • Memang betul, ada banyak kelas di luar sana untuk kita pilih. Ibu sarankan ikut tips di bawah untuk dapat kelas prenatal terbaik.
  • Carilah kelas bersaiz kecil (dengan kurang daripada sepuluh pasangan)
  • Kelas mesti di kelokan oleh seorang pengajar yang bertauliah.





Pastikan kita tahu apa yang mahu di capai dengan menghadiri kelas ini & lihat tentatif program sebelum mendaftar.

2. Persediaan mental dan rohani.

Kemahiran untuk sibukkan diri dan alihkan perhatian akan membantu kita mengurangkan rasa sakit bersalin.

Bagi ibu ibu yang akan melahirkan anak sulung, penting untuk kita mengalihkan fikiran supaya tidak terlalu risau dengan proses kelahiran.




Tempoh melahirkan anak boleh berlangsung selama 12 hingga 14 jam. 



Apabila kontraksi bermula, ibu akan dapat mula merasakannya di bahagian belakang badan atau kekejangan di bawah perut. Sakit ini tak sama macam sakit perut biasa ketika hamil. Baca lebih lanjut tentang Sakit perut di awal kehamilan!



Antara perkara yang kita boleh lakukan untung menenangkan dikiran ialah sibukkan diri kita dengan perkara lain. Aktiviti seperti bersiar siar, memasak,  mengaji al quran atau mandi boleh membantu melegakan kita mengisi masa dengan lebih baik.


amalan surah doa semasa mengandung



Selain itu, rasa sakit hendak bersalin boleh menyebabkan otot otot di seluruh tubuh badan kita berasa tegang dan menyebabkan rasa tak selesa.



Mandi dengan air hangat semasa di tahap awal sakit bersalin mula terasa. Ini kerana ia boleh mengurangkan rasa tak selesa ini.



Ibu ada kongsikan cara menteramkan diri dengan amalan doa dan zikir dari al quran. Kalau nak tahu doa dan ayat mana yang bagus di amalkan, baca entri doa dan surah al quran untuk  mudah bersalin!


Amalan berzikir dan mengamalkan doa akan membantu kita lebih tenang.

Selain itu, kita juga akan melatih diri menjadi lebih berfikiran positif. 

3. Persiapan fizikal ibu hamil sebagai cara melahirkan anak pertama yang lebih mudah.

i. Kekal cergas.

Ibu mengandung memang wajib menjaga kesihatan. Terutama sekali kena amalkan senaman ringan untuk orang mengandung.

Sebab apa? Menurut kajian saintis, wanita hamil yang mengamalkan gaya hidup sihat dan berterusan aktif cenderung untuk lebih mudah bersalin.(Baca lebih lanjut tips mudah bersalin di hargasetbersalin.blogspot.com)




Kecergasan badan akan meningkatkan daya tahan, dan membuatkan badan kita lebih bersedia menghadapi kelahiran.



Sebelum mulakan sebarang bentuk senaman, dapatkan dulu pandangan doktor. Kalau keadaan mengizinkan, dan doktor pun menyokong terus boleh mula.



Antara senaman yang boleh diamalkan semasa hamil ialah banyakkan berjalan, berenang, atau menghadiri kelas latihan pranatal semasa mengandung.


senaman ibu mengandung supaya cepat bersalin





ii. Elakkan baring.



Postur badan yang tegak seperti berdiri, berjalan atau duduk boleh membantu memudahkan kita bersalin.



Ini kerana daya graviti akan menyebabkan kepala bayi yang menekan pada pintu rahim (serviks) dan mempercepatkan bukaan.



Pastikan kita kerap menukar posisi berdiri dan duduk untuk mengurangkan ketidakselesaan dan senang bersalin. Dengan mengelakkan sentiasa baring dan kerap bergerak akanmembantu meluaskan pelvis kita.



Ini akan memudahkan kepala bayi untuk turun ke pintu rahim.





iii. Amalkan teknik pernafasan yang betul untuk membantu kita bersalin.

Masih ingat lagi tentang apa yang di pelajari di kelas prenatal? Masa inilah kita nak praktikkan.




Terutama sekali teknik bernafas yang betul. Jika kita bernafas dengan rentak yang betul akan membantu kita fokuskan fikiran semasa mengalami kontraksi.



Dengan bernafas secara perlahan ketika mengalami rasa kejang, akan membantu kita menenangkan diri.



Amalan zikir dan doa dari al quran sangat bagus untuk di ganding bersama sama dengan teknik pernafasan.



Sebab itu kita kena amalkan setiap masa ketika mengandung. Barulah jadi tabiat. Tak payah di suruh kita dah buat sendiri. Maklumlah, dah sebati.



Pahala pun dapat.



iv. Senaman kegel dan lantai pelvik.

Ini juga akan di ajar di dalam kelas prenatal yang anda hadiri. 

Manfaat senaman ini kepada kita memang banyak. Ia akan membantu ramai wanita mengelakkan komplikasi serius semasa bersalin.




Sekiranya kita mengamalkan senaman kegel dengan konsisten, ini akan membantu menguatkan otot-otot ini di kawasan pinggul dan memudahkan kita meneran semasa bersalin.



Antara kelebihan senaman kegel kepada wanita ialah mencegah buasir dan susah menahan kencing. 




v. Cara meneran yang betul.

Selain teknik pernafasan, urutan dan senaman. Cara meneran yang betul juga akan di ajar di kelas prenatal yang di hadiri semasa hamil.

Terdapat 2 cara meneran yang di terima umum supaya mudah bersalin.


a. Meneran secara spontan (Meneran yang di dorong ibu atau fisiologi.)

Cara pertama Ini disyorkan oleh kebanyakan doktor  dan bidan. Si ibu akan, anda perlu menunggu badan memberi isyarat untuk meneran, dan meneran sekuatnya apabila kita merasakan dorongan.

Kaedah pertama ini dipercayai memberi kebaikan kepada kedua dua ibu dan anak. Malah telah di cadangkan sendiri oleh badan kesihatan Persatuan Bangsa Bersatu, World Health Organization  (WHO).

Bagaimana cara meneran secara spontan.

Bagi cara meneran spontan, kita akan menunggu gesaan dari badan untuk meneran. Semasa gesaan ini muncul, kita boleh lakukan perkara di bawah.

  1. Tarik nafas dalam dalam dan hembuskan keluar.
  2. Teruskan tarik nafas dengan cara ini dan kemudian meneran semahunya.
  3. Jangan berhenti sehinggalah gesaan dari badan hilang.
  4. Selepas gesaan hilang, tarik nafas dalam dalam dan ambil posisi yang selesa untuk kita sehinggalah gesaan untuk meneran kembali.
  5. Ulang langkah di atas, kita akan dapat rasakan bayi bergerak ke bawah menuju pintu rahim. Kita perlu meneran lebih kerap dan kuat semasa kedudukan bayi semakin hampir untuk keluar.



b. Meneran atas dorongan.

Cara kedua ini dilakukan dengan meneran selepas pintu rahim terbuka penuh tidak mengira sama ada badan kita sedang memberikan rangsangan meneran atau tidak.

Kaedah kedua kurang mendapat tempat kerana pakar perbidanan mempercayai ia tidak memberi kelebihan kepada ibu dan bayi yang sedang di lahirkan.

Oleh kerana kaedah kedua kurang di galakkan, jadi kami tak kongsikan cara caranya di sini. Dapatkan penjelasan dari doktor pakar perbidanan anda untuk memohon pendapat.



vi. Dapatkan Urutan dari suami anda.

Kehadiran suami di sisi isteri semasa hendak melahirkan bukan saja dapat memberikan kekuatan moral, tetapi lebih dari itu.

Dalam satu kajian yang di lakukan oleh University of Miami School of Medicine, ibu mengandung yang dalam proses melahirkan anak sangat bagus untuk di urut oleh suami mereka.

Kajian ini menunjukkan mereka yang di urut suami berasa kurang sakit dan cemas jika di bandingkan dengan wanita yang tidak diurut.

Urutan pada kawasan yang sakit, akan menghantar isyarat kepada otak isteri yang menderita sakit melahirkan anak

Komunikasi antara suami isteri sangat penting, beritahu pasangan kita lokasi yang terasa sakit untuk urutan. Mungkin ada ketika kita tidak mahu diurut sama sekali kerana menyebabkan rasa sakit menjadi lebih teruk.



vii. Urutan perineal.

Selain mendapatkan urutan dari pasangan kita, ada satu lagi urutan yang dapat di lakukan oleh kita semasa mengandung.

Urutan ini di panggil sebagai urutan perineal. 




Banyak kelebihan membuat urutan ini, salah satunya ialah ia akan membantu wanita belajar untuk melegakan kawasan perineum. Ini akan memudahkan laluan bayi semasa bersalin.



Urutan di kawasan perineal juga akan melancarkan peredaran darah dan menyingkatkan penyembuhan ibu selepas melahirkan anak.



Ada kajian yang telah di lakukan oleh saintis tentang manfaat urutan perineal. Dapatan kajian tersebut mengatakan, urutan ini berkemungkinan mengurangkan risiko otot koyak semasa meneran bersalin.



Ibu mengandung boleh mula mengamalkan urutan ini semasa usia kandungan 12 minggu. Melakukan ini secara konsisten akan membantu otot meregang lebih baik dan menjadi lebih lembut.



Cari kelas prenatal yang mengajar kita teknik mengurut otot ini dengan betul. Atau lihat saja video di bawah.


Video urutan perineal untuk membantu bersalin normal!



4. Kawal diet.

Pilih makanan yang sesuai sebelum tiba waktu melahirkan anak.

Kita akan memerlukan banyak tenaga semasa bersalin. Jadi, jangan biarkan perut kosong.



Penting untuk kita ambil snek ringan yang sesuai semasa sakit bersalin mula di rasai. Ini akan membantu mengekalkan tahap tenaga kita. 


makanan untuk bersalin normal



Tapi, Ibu nak ingatkan supaya elakkan makanan yang berlemak atau lambat di hadam.



Kenapa ya? Ini kerana, 2 jenis makanan di atas akan menyebabkan perut terlalu penuh dan membuat kita berasa loya. 



Rasa loya ini akan menyebabkan kita muntah semasa peringkat genting kita melahirkan anak.



Muntah muntah akan menyebabkan kita kehilangan banyak air dalam badan & menyebabkan kita lambat bersalin.



Kajian terkini dari University of California menunjukkan pemberian cecair intravena sebanyak 2 kali ganda dapat mempercepatkan tempoh bersalin.



Pastikan kita minum air kosong semasa mula rasa sakit bersalin & ambil air minuman yang cukup sehingga kita melahirkan anak. 



Makanan untuk mudah bersalin normal.



Nak lebih jelas lagi, Ibu senaraikan di bawah makanan yang membantu kita bersalin normal.


10 Makanan yang membantu kita mudah bersalin normal dengan bertenaga. No 7 paling hebat! Ibu nabi pun buat.

Bersalin dengan perut kosong boleh menyebabkan rasa mual. Jadi, nak elakkan muntah semasa melahirkan anak, penting untuk kita pilih makanan yang betul.



Makanan yang ringan akan memberi tenaga segera yang di perlukan badan.



Di bawah ini adalah antara cadangan makanan tersebut.


10. Air untuk kekal terhidrasi.

Air memang penting untuk kesihatan. Dan ini termasuklah semasa melahirkan anak. 

Kekurangan air boleh membuat kontraksi yang di alami lebih menyakitkan. Minum sedikit air setiap kali kita rasa dahaga, walaupun semasa sedang sakit bersalin. 

9. Madu sebagai sumber tenaga.

Makanan yang di sebut di dalam al quran ini memang banyak khasiat. Selain rasanya yang sedap, ia juga membekalkan badan kita tenaga segera.



Ambil sesudu madu untuk mengekalkan paras gula yang normal untuk memberikan tenaga. Pastikan kita mengambil madu asli dan bukan madu tiruan kerana ia kandungan enzim di dalamnya. Madu tiruan mengandungi bahan tambahan yang boleh memudaratkan.


8. Air kelapa


Selain rasanya yang lazat, air kelapa juga berfungsi sebagai elektrolit semulajadi.Ini akan membantu kita mengekalkan tenaga yang diperlukan semasa bersalin.



7. Buah kurma.

Satu lagi makanan yang di sebut secara khusus dalam Al Quran. Di kisahkan dalam kitab suci ini, 
Dan gocangkan batang kurma itu kepadanya, nanti ia gugurkan atas mu kurma yang masak.   (Surah Maryam : 25)
Ibu Nabi Isa a.s telah memakan kurma semasa sedang sakit bersalin untuk melahirkan baginda.

Malah kajian terkini yang di jalankan telah menunjukkan bahawa wanita mengandung yang memakan 6 biji kurma setiap hari bermula dari 4 minggu sebelum bersalin, akan mudah melahirkan anak.


Kajian yang sama juga menunjukkan memakan kurma membantu memendekkan peringkat pertama kelahiran, iaitu bukaan pintu rahim. 



6. Buah oren kerana kaya air dan vitamin c.

Buah ini sangat bagus untuk bersalin normal kerana ia mempunyai kandungan air sekitar 90%. Tinggi sangat tu.

Penting untuk elakkan dehidrasi semasa melahirkan anak kerana ia akan kruangkan sakit bersalin. 

Selain itu, buah oren juga mengandungi kandungan vitamin C yang tinggi. Ini akan menjadikan kulit bayi lembut dan cantik. Di samping mengelakkan jangkitan pada luka ibu bersalin.



5. Susu dan produk tenusu kaya kalsium.

Minum susu memang di galakkan semasa kita mengandung. Selain kaya dengan kalsium, banyak lagi kandungan khasiat di dalamnya. Terutama sekali protein. 

Kedua duanya diperlukan dalam jumlah besar semasa kehamilan. Susu kambing lebih baik dari susu lembu, kerana ia tidak menyebabkan alahan. Baca lebih lanjut tentang Susu kambing utk ibu hamil!

Antara produk tenusu terbaik yang elok di amalkan supaya dapat melahirkan secara normal ialah greek yogurt. Sedang di dapati di pasaraya. 

Sebenarnya tak susah pun nak buat greek yogurt, ambil saja yogut biasa dan tapis dengan kain khas. Perah keluar kandungan cecair dari yougurt. Apa yang tinggal dalam kain tersebut adalah yogurt greek.

Ia mempunyai kandungan kalori lebih rendah dari yogurt biasa. Dan lebih tinggi protein dan kalsium untuk kuantiti yang sama.

Kandungan kalsium dalam susu membantu perkembangan sistem rangka bayi. Bakteria probiotik yang terdapat dalam susu memudahkan proses pencernaan. Minum susu dengan kandungan  rendah lemak untuk mengelakkan pertambahan berat badan mendadak semasa hamil



4. Ubi keledek sumber beta carotene.

Keledek kaya dengan nutrisi bernama beta-karoten. Ia membekalkan vitamin A  dalam bentuk yang selamat kepada bayi. 

Ini adalah nutrien penting untuk bayi, kerana ia membantu membezakan tisu dan sel yang berbeza dalam badan bayi. 

Keperluan harian vitamin A ibu hamil meningkat, jadi boleh amalkan pengambilan keledek setiap hari untuk melengkapkan penambahan permintaan ini.



3. Brokoli melengkapkan keperluan vitamin dan mineral.

Badan kita memerlukan khasiat yang lengkap dalam gizi harian supaya dapat melalui kelahiran secara normal. 

Sayur jenis krusifer ini membekalkan tubuh kita dengan serat, folat, kalsium dan vitamin C. 



2. Pisang memang makanan terbilang.

Buah pisang memang kaya tenaga, sebab itu ramai ahli sukan suka makan pisang. Ia membekalkan tenaga segera kepada wanita hamil.

Tak boleh makan berlebihan kerana ia akan meningkatkan gula dalam darah. Nanti kena kencing manis. (Baca lebih lanjut tentang makanan yang elok dan tak elok untuk pesakit kencing manis di https://nikmatterbaik.blogspot.com)

Jika di ambil semasa sedang bersalin, akan membantu mengatasi masalah keletihan.


1. Oat untuk tenaga berpanjangan.

Bijirin ini memang sesuai di ambil setiap hari kerana ia kaya dengan serat dan karbohidrat kompleks.

Kita akan kekal bertenaga lebih lama, dan paras gula darah sentiasa normal. 

Oat juga kaya dengan beta glucan yang membantu mengawal paras kolesterol, salah satu masalah yang sering di alami wanita hamil.


Akhir kata.

Walaupun makanan yang Ibu senaraikan di atas secara umumnya sihat. Dapatkan nasihat daripada doktor dan pakar nutrisi di klinik kita buat pemeriksaan kehamilan berkala.

Boleh jadi ada komplikasi yang kita hadapi semasa mengandung, yang boleh menghalang kita mengambil makanan tertentu. 

Jika kita jaga pemakanan, dan mengamalkan apa yang Ibu kongsikan di atas sepanjang kehamilan, insyaallah impian untuk bersalin normal dapat di capai.

Kita merancang, Allah yang menentukan.


5 تعليقات

تعليقات

‏قال mamapp
As always padat dgn info yg terbaik. TQ for sharing
‏قال Mama Hakim
Selamat pagi sis ibu zaid. Bagus tips untuk bersalin ni
‏قال Unknown
Semoga semua ibu yang bakal bersalin di lancarkan urusan melahirkan anak. Insyaallah
Nak jadi suami yang menghargai isteri, elok temankan mereka semasa bersalin. Bergadai nyawa. Tak sampai hati
‏قال Mazni Azmi
Kalau di beri pilihan memang bagus bersalin normal. Kalau amalkan cara di atas, insyaallah di permudahkan