22 Cara nak tahu hamil atau tidak! Anda ada tanda mengandung ini?

22 Tanda awal mengandung! Sangat membantu ibu yang hamil anak pertama

Adakah kita telah hamil? 

Bagi sesetengah wanita, tanda awal mengandung sangat awal

Seawal minggu pertama selepas persenyawaan



anda di sahkan hamil

Walaupun tarikh haid / period jauh lagi

Kita dah boleh syak dari tanda tanda ini

Yang kita dah berbadan dua

Dah berisi

Dan

Banyak tanda tanda ini

Mirip dengan tanda datang haid

Penting ke untuk tahu yang kita dah mengandung?

Penting
.
Terutama kalau kita dah lama menunggu
.
Nak dapat anak. Kalau kita tak perasan, mungkin boleh menyebabkan keguguran
.
Kan sedih tu
.
Ibu nak ingatkan awal awal
.
Tanda awal mengandung tak sama untuk setiap individu. 
.

22 Tanda tanda mengandung yang mudah di kenalpasti!

Tanda hamil ada banyak

Dan

Tak sama untuk setiap anak


tanda tanda mengandung


Di bawah ini ibu senaraikan beberapa tanda tanda mengandung

Untuk rujukan kita

1.  Saiz payudara semakin besar!

Payudara kita boleh memberikan klu awal
.
Yang kita dah berjaya hamil
.
Seawal 2 minggu selepas persenyawaan
.
Berlaku perubahan hormon dalam badan kita 
.
Dan hormon ini boleh membuat payudara lebih lembut, rasa nyeri atau sakit
.
Perubahan lain pada payudara kita ialah terasa lebih padat & berat.
.
Tanda ini mempunyai persamaan dengan tanda haid.
.
Perbezaannya
.
Sakit & rasa tak selesa yang dialami lebih teruk berbanding biasa
.
Ini persediaan awal badan untuk mengeluarkan susu ibu.
.
Hormon kehamilan memberikan isyarat kepada tubuh kita untuk bersedia dalam masa 40 minggu kehamilan.
.Lebih banyak darah & khasiat dibekalkan ke payudara
.
Menyebabkan ia menegang & membesar.
.
Sebab itu
.
Ibu hamil digalakkan tukar saiz bra sepanjang mengandung
.
Supaya ada ruang lebih untuk membesar
.
Aliran darah pun lancar

2. Anak lebih mengada ngada

Kalau puan sudah ada anak sebelum ni, boleh lihat perubahan sikap mereka. 


anak lebih mengada ngada

Entah kenapa mereka lebih "mengada ngada" dengan mak ayah. 
.
Macam ada deria ke enam je nak detect adik baru. Tanda yang ni memang jadi sendiri kat kami. Anak sulung kami luqman hakim jadi jauh lebih manja.
.
Anak anda macam tahu tahu je tak lama lagi akan ada adik baru. Musykil musykil
.
Biasanya dia buat hal sendiri je, selalu berdikari. Tapi 2-3 minggu sebelum sah hamil, perangai dah berubah lain. Hihi
.
Kadang kadang tu sampai tak nak makan. Risau betul. 
.
Dapat anak baru, hati anak yang lain kena jaga ek. Kecil kecil sudah ada perasaan cemburu tau. Kita yang kena bijak didik mereka. Insyaallah
.

3. Lewat datang Haid

Selepas proses penempelan selesai, badan ibu akan mula menghasilkan gonadotropin chorionic manusia (hCG). 

Hormon ini membantu badan terus hamil.

Hormon ini memberitahu ovari untuk berhenti melepaskan ovum setiap bulan sepanjang kehamilan.


Ini yang menyebabkan haid kita lewat 

Bagi wanita yang ada haid tak teratur

Buat ujian kehamilan (UPT)

Ujian ini boleh mengesan hormon hCG seawal 8 hari selepas haid tidak datang.

Tips sekiranya haid tidak datang!


  • Buat ujian kehamilan untuk mengesahkan kita hamil.
  • Jika ujian positif, temui doktor untuk temujanji pranatal kita yang pertama.
  • Andai kita mengambil ubat, minta pendapat doktor tentang risiko ubat tersebut kepada bayi dalam rahim

4. Mengalami Rasa Mual & Loya kerana alahan mengandung!

Terasa teringin sangat nak makan asam dan jeruk? Sebab mual dan loya kan?
.
Kalau tak makan asam apa jadi? Mesti rasa pening pening loya dan nak "muntah". Apa maksudnya tu?
.

Ramai ibu mengandung mengalami loya kerana alahan hamil
.
Boleh dikatakan 3 dari 4 ibu mengandung berasa loya terutama sekali di awal pagi.
.
"Morning sickness" dan pening memang selalu menyerang ibu mengandung pada trimester pertama.
.
Bila kita nak hamil, badan akan keluarkan hormon kehamilan dan antara kesan hormon ini pada tubuh kita adalah rasa mual mual. 
.
Tanda awal kehamilan ni pun betul juga. Boleh tengok kawan kawan yang kena morning sickness tu.
.
Ada yang teruk, ada pula yang relaks saja. Semua orang tak sama. 
.
Kita terima je seadanya ek. Biasanya, trimester pertama memang teruk sikit, bila dah masuk trimester kedua rasa mual akan hilang.
.
Ibu yang mengalami ‘morning sickness’ dan muntah-muntah, perlu banyak minum air.
.
Sebab bila selalu muntah-muntah, badan akan kurang air
.
Dan
.
Selera makan mesti hilang punya
.
Deria bau pun jadi sensitif
.
Perut terasa lapar, tapi nak makan tak boleh.
.
Macam mana nak selesaikan tu?
.
Ibu hamil perlu jaga diet yang sihat supaya kandungannya mendapat zat yang cukup. 
.

5. Mengidam

Rasa teringin nak makan sesuatu yang sangat teruk. Itulah mengidam. 
.
Tapi, kalau badan kekurangan nutrien tertentu pun akan mengidam juga. Walaupun kita tak hamil. Jangan tak tahu ada masa orang lelaki pun boleh mengidam bagi pihak isterinya. 
.
Wireless kot. Hihi
.
Oh tidak... kenapa rasa teringin sangat nak makan ni
.
Mengidam ni susah nak jangka, kadang kadang benda pelik pelik kita nak makan. 
.
Walaupun sebelum tu memang kita tak minat pun makanan tu. Antara perkara pelik yang Ibu sendiri penah lihat, mengidam makan kopi, nak kunyah beras mentah dan sebagainya.
.
Kalau boleh kawal jangan dilayan sangat ek. Kesian en Suami nak carikan benda benda tu. Kalau tengah malam nak makan aiskrim mana nak cari? 
.
Nasib baik ada seven eleven. 
.
Kan
.
Siapa yang loya tu, selalunya suka makan masam macam jerukkan untuk hilangkan mual. Tapi tulah, jeruk banyak garam dan pengawet. 
.
Ada kesan tak elok pada anak dalam kandungan.
.
Kalau dulu Ibu cuba tahan sangat2, lebih lebih lagi masa trimester 1. Baby tak kuat lagi. 
.
Lega sikit, dapat makan benda masam. 
.

6. Makin kerap buang air kecil

Kenapa ibu mengandung akan kerana kencing?
.
Dari rujukan, ada kaitan dengan perubahan hormon dalam badan.  
.
Dan semasa mengandung
.
Badan kita memerlukan lebih banyak darah untuk ibu & bayi
.
Jadi lebih banyak darah ada dalam badan.
.
Semua darah ini akan melalui buah pinggang untuk ditapis
.
Sebab itu kita asyik rasa nak kencing
.
Lebih kerap dari biasa
.
Awal awal tu memang letih, sebab perlu lebih kerap ke tandas, lebih lebih lagi waktu malam.
.
Memang kualiti tidur terganggu
.
Jangan salah faham dengan tanda kencing manis ek, orang kencing manis aka diebetis akan kerap buang air waktu malam. 
.
Banyakkan minum air kosong untuk ganti balik air yang hilang dari badan.

7. Letih dan lesu

Letih & lesu salah satu tanda tanda mengandung. 

Semasa kita baru mengandung, tahap hormon progesteron melambung tinggi. 

Dos progesteron yang tinggiini boleh menyebabkan kita sentiasa mengantuk & letih.

Nak tidur. 

Dan

Ini diburukkan lagi sekiranya 

  • Paras gula darah yang rendah
  • Tekanan darah yang lebih rendah 
  • Badan menghasilkan lebih banyak darah baru
Kesan dari semua diatas
.
Membuatkan kita terasa sangat penat & tak bermaya
.
Jagalah pemakanan dari awal supaya tidak terkena kencing manis semasa hamil

Tips & petua mengurangkan penat & letih semasa mengandung


  • Berusaha untuk mendapatkan tidur yang cukup.
  • Minum air kosong yang cukup. Dehidrasi boleh biatkan kita penat
  • Pastikan bilik kita selesa & tidak panas. Suhu badan yang tinggi semasa peringkat awal kehamilan boleh membuatkan kita penat.
  • Ambil makanan yang kaya vitamin B kawal mood & lebih bertenaga.
  • Dapatkan bekalan zat besi yang cukup dari makanan. Elakkan Anemia.
  • Nikmati makanan berprotein & berserat untuk pembebasan gula lebih sekata. Pantang makanan yang manis & tinggi kalori
Selamat mencuba tips untuk kurangkan letih ni

8. Kesan Pendarahan

Kenapa berlaku pendarahan?
.
Kira kira 10 hingga 14 hari selepas persenyawaan berlaku
.
Embrio akan tertanam pada lapisan rahim. 
.
Ini boleh menyebabkan pendarahan
.
Disebabkan implantasi 
.
Boleh jadi kita sangka, ini period


Tanda-tanda pendarahan disebabkan implantasi ialah:

  • Warna darah antara merah jambu, merah, atau coklat.
  • Pendarahan hanya dikesan apabila di lap.
  • Rasa sakit boleh jadi ringan, sederhana atau teruk. 
  • Pendarahan mungkin berlaku kurang dari 3 hari.
  • Elakkan merokok, minum alkohol, atau menggunakan dadah haram, yang berkaitan dengan pendarahan berat.
Ada juga ibu hamil yang mengalami kekejangan abdomen diawal kehamilan. 
.
Kekejangan ini sama dengan kekejangan haid.
.
Selain itu jaga kebersihan faraj untuk elakkan jangkitan kuman.

7. Sembelit

Kenapa jadi sebelit ek, sebelum tu ok je. Ini semua penyesuaian badan untuk menyediakan setting optimum untuk mengandung. 
.
Hormon progesterone bukan saja menyediakan rahim untuk menjadi lebih kaya dengan pembuluh darah, malah mengendurkan dinding usus besar supaya lebih banyak zat dapat diserap dari makanan yang diambil ibu.
.
Jadi, air dan zat dari makanan akan diserap sehabisnya, meyebabkan kesukaran membuang. Kiranya tak lawas macam biasa.
.
Nak senang membuang dan lawas masa hamil. Makan Ostematrix Shaklee. Betul berkesan. Harga pun murah je. Dapat tahan 2 bulan
.
Bukan saja best untuk melawaskan, tulang n gigi pun kuat. Tak rosak masa mengandung kerana kurang kalsium
.

8. Perubahan emosi yang sukar dijangka

Ini memang berita kurang baik untuk suami. 
.
Antara tanda awal yang en suami boleh kesan ialah, isteri cepat marah dan merajuk. 
.
Masa period pun macam ni juge tapi moody masa hamil ni teruk sikit. 
.
Ada kes tu, sampai bergaduh suami isteri sebab hubby tak paham kenapa isterinya moody atas perkara kecil.
.
Orang yang biasanya tenang pun boleh jadi segarang harimau. Bawak bertenang ya en husband semua.  
.
Inilah masanya anda nak tunjukkan keprihatinan anda pada pasangan masing masing. 
.
Stress? Rasa nak Marah? Lesu dan Letih Sangat? Vitamin B kompleks sangat sesuai untuk anda
.
Bukan senang nak mengandung ni, pening, loya, tak selesa dan sebagainya. Isteri perlukan sokongan anda.
.

10. Kejang, di bahagian bawah badan

Kaki dan bahagian abdomen akan terasa kejang secara tiba tiba. Sebelum ni tak pun. 
.
Kenapa kekejangan berlaku? Badan sedang menyediakan rahim ruang untuk membesar bagi proses kehamilan.
.
Kemungkinan badan anda kurang kalsium pun ada. Jadi cukupkan keperluan kalsium ya. Minum banyak susu. 
.
Kalau tak selera minum susu, boleh ambil Ostematrix. Elok untuk sembelit juga
.

11. UPT Positif

Antara cara paling mudah dan selamat, gunakan Urine Pregnancy Test. 

.
Sekiranya terdapat 2 garisan yang kelihatan, insyaallah anda mengandung. Nak lebih pasti lagi, jumpa doctor dan buat ujian ultrasound . 


.
Insyaallah boleh Nampak kantung baby mula terbentuk daam rahim.
.
Doktor akan kira anggaran usia baby dari saiz kantung, dan tarikh anggaran kelahiran dari pada hari pertama anda period bulan lepas.
.

12. Bacaan suhu mulut lebih tinggi

Ini juga boleh menjadi 1 tanda awal mengandung.

Ini ialah suhu mulut kita apabila bangun di waktu pagi. 

Suhu ini bertambah sedikit sejurus selepas ovulasi (persenyawaan)

Dan kenaikan suhu ini bagus untuk wanita yang ada masalah haid tak teratur. 

Dari suhu ini boleh tahu waktu subur kita

Dan

Melalui suhu ini juga kita boleh tahu sama ada dah mengandung

Atau tidak

Suhu yang naik berterusan selama lebih dari 2 minggu mungkin menunjukkan kita dah hamil.

Pada masa ini

Banyak minum air 

Dan elak buat kerja berat

Cara ini memang terbaik untuk digunakan oleh isteri yang mempunyai masalah kitaran haid tidak teratur

Kalau haid teratur mudah nak rancang masa untuk bersama suami

Sebab tu kalau haid tu tak sama setiap bulan, sesuai gunakan cara ini. 
.

13. Rasa tak selesa pada perut

Badan ibu mengandung akan mengalami banyak perubahan semasa mengandung
.
Antara penyebab utamanya ialah kerana hormon kehamilan
.
Hormon ini juga akan mengubah sistem penghadaman kita menjadi lebih perlahan
.
Kesannya?
.
Kesan baik ialah badan kita akan menyerap nutrien dari makanan & air dengan lebih baik
.
Tapi
.
Kalau kita kurang minum air & makan makanan berserat mudah untuk kena sembelit & masalah penghadaman yang lain.
.
Ibu mengandung akan mempunyai pengalaman berbeza untuk setiap anak. 
.
Antara masalah perut yang dialami disebabkan mengandung ialah
  1. Perut kembung & masuk angin
  2. Terasa senak
  3. Sembelit
  4. Gastrik (Terutama kalau ada alahan mengandung yang teruk)
  5. Selalu kentut
  6. Kerap sendawa

14. Hilang atau kurang selera makan

Ada banyak punca kita hilang selera makan semasa mengandung


kurang darah merah semasa mengandung
Kredit gambar: Ibu hamil


Antaranya sebab
  • Alahan mengandung (loya & muntah di awal pagi)
  • Kita kurang makan makanan yang mengandungi vitamin merangsang selera seperti vitamin b
  • Deria bau kita jadi terlalu sensitif. Makanan yang biasa kita suka kini berbau aneh
  • Tak ada mood nak makan (Perubahan hormon)

Biasanya
.
Pada trimester 1.
.
Ramai ibu kurang selera makan sebab alahan hamil. 
.
17 dari 20 ibu hamil alah terhadap beberapa jenis makanan dalam 3 bulan pertama kehamilan.
.
Dan selera ini akan beransur datang selepas masuk trimester ke 2
.
Tapi
.
Ada ibu yang tetap tak ada selera sehingga bayi lahir.
.
Yang ini kena dapatkan bantuan dari doktor & perlu ambil makanan tambahan untuk ibu mengandung
.

15. Kerap sakit kepala

Masih lagi di sebabkan hormon
.
Ibu yang baru mengandung mudah diserang sakit kepala.
.
Sakit kepala kerap berlaku kerana hormon estrogen & progesteron yang dihasilkan badan ibu untuk menyokong perkembangan bayi dalam rahim.
.
Boleh jadi juga
.
Sakit kepada disebabkan tahap gula darah yang dalam badan.
.
Ini akan menyebabkan sakit kepala kerana sel otak tidak mendapat gula yang mencukupi untuk tenaga.
.

16. Selera makan bertambah

Berlawanan dengan tanda awal mengandung tadi
.
Ada wanita yang mengalami pertambahan selera makan.
.
Dari bukan seorang kaki makan
.
Kepada pencinta makanan
.
Memang bertambah tambah nasi di pinggan
.
Alhamdulillah atas nikmat makanan kan
.
Tapi
.
Harus beringat ya
.
Trimester pertama kehamilan, jaga makan. Jangan sampai kena minum air gula
.
Sebab berat badan naik mendadak
.
Doktor suspek kena kencing manis. Bahaya kalau tak di kawal
.

17. Hidung & deria bau jadi sensitif

Sekiranya tiba tiba kita jadi sensitif terhadap bau busuk hingga rasa loya, boleh jadi kita dah hamil. 
.
Ini bukan salah suami kita ya.
.
Tiba tiba rumah jadi busuk.
.
Tapi sebenarnya kehamilan telah meningkatkan deria bau kita! 
.
Kesannya, bau yang sebelum ini tidak pernah mengganggu kita boleh jadi tak tertanggung busuknya.
.
Sampai muntah muntah. 
.
Antara perubahan yang paling ketara ialah bau makanan.
.

Makanan yang dulu sedap kini nak cium bau pun tak lalu
.

18. Selesema & hidung tersumbat

Badan kita Allah jadikan sengat hebat
.
Sekiranya kita mengandung, badan kita akan mengalami perubahan.
.
Bayi di dalam rahim yang baru terbentuk akan menyebabkan sistem keimunan ibu kurang kesannya.
.
Sistem imun si ibu akan dicegah daripada menyerang & menolak janin disebabkan oleh hormon & antibodi yang dihasilkan oleh janin. 
.
Antibodi badan juga terlibat dalam pertumbuhan dan perkembangan plasenta. 
.
Akibat perubahan hormon ini kepada sistem imun, ibu lebih mudah mendapat demam & selesema. 
.
Hidung kita mudah tersumbat.
.
Sebab itu ibu baru mengandung selalu demam
.

18. Muka naik jerawat

Ada orang ni, kulit memang jenis susah naik jerawat
.
Tapi
.
Tiba tiba jerawat naik dengan banyak
.
Ini boleh jadi tanda awal mengandung. Sebab perubahan hormon. 
.
Cuma biasanya masalah ni tak lama. Lepas hormon stabil, jerawat pun hilang.
.
Tapi jangan seronok seronok tekan jerawat ya.
.
Nanti meninggalkan bekas jeragat
.
Dan boleh juga menyebabkan jerawat merebak
.

20. Perubahan selera

Kenaikan hormon dalam darah kita boleh mengubah selera kita. 
.
Ada ibu hamil yang rasa kelat seperti rasa logam dalam mulut kita.
.
Dan ini mengubah rasa makanan yang biasanya menjadi kegemaran kita
.
Sesetengah ibu hamil tidak akan lalu daging & ada pula yang muntah semasa menggosok gigi kerana tidak tahan rasa ubat gigi.
.
Selalu kita dengar kisah ibu hamil makan benda bukan bukan
.
Ada yang makan arang
.
Ada makan beras
.
Keadaan ini orang putih panggil pica.Orang kita kata mengidam.
.
Boleh jadi kita kekurangan zink & zat besi semasa mengandung. Sebab itu ada rasa mengidam yang aneh aneh.
.
Sebenarnya
.
Tak ada bukti jelas mengapa wanita mengandung mengidam.
.
Antara teori yang diterima ramai ialah badan kita inginkan vitamin dan mineral yang kurang dari diet makanan diambil semasa hamil.
.
Antara cara moden untuk menyelesaikan masalah ini ialah dengan mengambil vitamin kehamilan seperti set mengandung shaklee.
.

21. Perubahan warna faraj

Tanda mengandung susah untuk perasan
.
Perubahan warna berlaku kerana berlaku peningkatan aliran darah yang di kawasan pelvis, warna faraj akan kelihatan lebih gelap dari biasa
.

22. Peningkatan kadar degupan jantung

Selepas kita disahkan hamil
.
Kira kira minggu ke 8 atau 10 kehamilan
.
Jantung kita akan mula mengepam darah lebih cepat &  kuat. 
.
Selesai sudah kita kongsikan tanda mengandung
.

Adakah puan mengalami tanda diatas?

Comments

  1. Lama tak menaip ya ibu zaid

    sibuk bebenar ni

    Mesti si zaid tu buat ibu dia sibuk

    ReplyDelete
  2. Selamat pagi isnin dari Mama

    Salam blog walking sis Ibu Zaid

    Apa khabar pagi ni

    Jemput singgah ya

    Memang bagus ada panduan nak tahu hamil atau tidak

    Sebab senang nak merancang keluarga

    ReplyDelete

Post a Comment