Doa mudah bersalin normal cara islam. Amal sungguh sungguh semasa hamil!

"Ini panduan doa mudah bersalin untuk ibu mengandung amalkan, Moga Allah lancarkan urusan. Insyaallah"

Sakit bersalin dikatakan sakit paling sakit selepas maut.

Ibu ada juga dengar dari mulut kawan kawan.

Ada yang sakit bersalin berhari hari lamanya sebab anak tak nak keluar.

Mesti berdebar debar hati tu kan. Kalau boleh ramai nak bersalin secara normal. Lepas tu tak perlu menahan sakit lama.
Baca lagi tentang cara bersalin normal untuk amalan ibu semasa hamil.


ibu mengandung elok amalkan doa mudah bersalin semasa mengandung
Doa doa yang baik akan menguatkan ibu & bayi

Pengalaman ibu sendiri melahirkan 2 orang anak, Alhamdulillah lancar.

Tapi itu pun dah rasa macam nak tercabut pinggang.

Allah kurniakan proses kelahiran yang mudah untuk Ibu.

Mungkin juga sebab semasa hamilkita usaha sikit sikit baca doa & surah Al Quran yang boleh bantu mudahkan urusan.






Dan juga ilmu mengesan tanda hampir bersalin

Sebab itu

Ibu nak kongsikan

Doa doa yang diberkati ini, semoga sama sama dapat manfaat dari petua ini

Insyaallah

Dibawah ini senarai doa mudah bersalin normal yang paling mujarab

Sebab apa

Kita ambil terus dari




Doa mudah bersalin cara islam bersumberkan Al Quran


Betul kan

Mana ada doa lebih mustajab dari Al Quran

Allah turunkan Al Quran sebagai penyembuh & panduan


ayat quran sumber doa mudah bersalin
Al Quran panduan hidup kita


Dalam Al Quran pun ada kisah ibu melahirkan anak tau

Tak percaya?

Kisah Maryam as ibu Nabi Isa as, yang sarat mengandung & sedang sakit bersalin bersendirian di padang pasir

Nanti kita kongsikan lebih lanjut

Di bawah ini senarai Surah Al Quran yang bagus dibaca semasa ibu hamil

Surah Dan Ayat Al Quran Untuk Mudah Bersalin





Ibu yang akan melahirkan anak memerlukan persediaan rohani dan jasmani.

Jasmani tu kita boleh buat senaman, berjalan jalan di tepi pantai & ambil makanan sihat semasa hamil.

Tapi rohani tu macam mana?

Kita boleh banyakkan bacaan zikir & kata kata yang baik.

Orang bukan islam pun dah kaji benda ni.


Memang terbukti, kata kata yang baik akan memberikan kesan & impak yang baik ke dalam hati.

Di dalam Al Quran, ada banyak doa yang baik di amalkan oleh ibu mengandung.





Doa doa & surah untuk bersalin ini baik diamalkan setiap masa

Masa bersendirian boleh, lepas solat boleh & pergi bercuti lagilah bole

Dalam satu artikel yang Ibu baca di sini

Sebenarnya doa doa yang dicadangkan ini tidak disebut secara khusus dalam hadis Sahih

Semua ini  ini adalah hanya doa cadangan untuk melahirkan anak yang dicadangkan oleh para Ulama

Sekali lagi diingatkan bahawa terdapat tiada doa khusus dalam hadis sahih khusus untuk wanita hamil atau bayi. 

Syaikh Muhammad ibn Saalih al-'Uthaymeen (semoga Allah merahmatinya) telah ditanya: Adakah terdapat ayat-ayat yang boleh dibaca untuk tujuan membantu wanita bersalin lebih mudah?

Beliau menjawab

Saya tidak mengetahui apa-apa daripada dalam sunnah

Tetap jika ibu yang sedang bersalin membaca ayat ayat ini yang bermaksud mempermudahkan urusan
menjadi lebih mudah, seperti ayat 
(tafsiran makna):
"Allah berhasrat untuk memudahkan kamu, dan Dia tidak mahu melakukan sesuatu sukar untuk kamu "
[Surah Al-Baqarah ayat - 185]

Dan juga membaca ayat ayat al quran tentang kelahiran, seperti ayat (terjemahan dari makna): 
"Dan tidak ada wanita yang mengandung atau melahirkan, tetapi denganNya pengetahuan "
[Surah Faatir Ayat ke 11] - ini akan memberi manfaat kepada pembacanya

Kerana ia telah dicuba dan diuji, dengan izin dari Allah

Seluruh Al-Quran adalah penyembuh

Jika pembacanya dan orang yang dibacakan mempercayai impaknya

Maka ia kesannya tidak dapat dielakkan, kerana Allah SWT berkata (terjemahan ayat)
"Dan Kami turunkan dengan beransur-ansur dari Al-Quran Ayat-ayat Suci yang menjadi ubat penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman kepadanya; dan (sebaliknya) Al-Quran tidak menambahkan orang-orang yang zalim (disebabkan keingkaran mereka) melainkan kerugian jua."
Surah Al-Isra' ayat ke 82

Ibu doakan

Agar ilmu ini memberi manfaat kepada kita semua

Kerana nak beramal bukan mudah

Apatah lagi untuk istiqamah

Mengandung sendiri sudah banyak cabarannya

Kita mulakan dengan doa pertama

Dari Nabi yang menjaga Maryam as

Siapakah baginda?


Doa mudah bersalin dari Al Quran

1. Doa Nabi Zakaria As

Doa ini kita perolehi dari Surah Ali Imran Ayat ke 38


doa mudah bersalin ali imran ayat 38 nabi zakaria
Nabi Zakaria as telah membaca doa ini 
Maksud ayat ini ialah
Ketika itu Nabi Zakaria berdoa kepada Tuhannya, katanya:" Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat keturunan yang baik; sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa permohonan".

2. Ayat 100 Surah As Saaffaat



surah as-saaffaat ayat 100 untuk mudah bersalin
Surah As-Saaffaat ayat 100

Terjemahan ayat ini berbunyi
"Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku anak yang terhitung dari orang-orang yang soleh!"

3. Ayat 89, Surah Al Anbiya'

doa mudah bersalin surah al anbiya' ayat 89
Nabi Zakaria membaca doa ini yang terdapat dalam surah Al Anbiya'


Dan (sebutkanlah peristiwa) Nabi Zakaria, ketika ia merayu kepada Tuhannya dengan berkata: "Wahai Tuhanku! Janganlah Engkau biarkan daku seorang diri (dengan tidak meninggalkan zuriat); dan Engkaulah jua sebaik-baik yang mewarisi".

4. Ayat 1 hingga 5, Surah Al Insyiqaaq






Maksud ayat di atas
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani,
Apabila langit terbelah,
Serta mematuhi perintah Tuhannya, dan sudah semestinya ia patuh,
Dan apabila bumi diratakan,
Serta mengeluarkan apa yang di dalamnya, dan menjadi kosong,

Serta mematuhi perintah Tuhannya, dan sudah semestinya ia patuh; - (Maka pada saat itu tiap-tiap seorang akan mengetahui apa yang telah dilakukannya)

Surah Al Quran untuk ibu mengandung mudah bersalin

ibu mengandung baca al quran untuk mudah bersalin
Apa yang ibu hamil baca akan beri kesan kepada rohani & jasmani sendiri serta anak yang di kandung

Selain doa diatas

Di bawah ini Ibu berikan beberapa lagi Surah di dalam al quran yang bagus diamalkan

Insyaallah, amalan ini akan menyuburkan rohani kita agar lebih tenang & mudah bersalin (Ibu yang tenang akan mengeluarkan lebih banyak susu)
"Klik nama surah untuk kelebihannya kepada anak didalam rahim ibu"
Terang hati & kuat ingatan.
Memudahkan proses kelahiran & memperolehi anak yang sabar serta taat kepada ibu bapa
Memperoleh anak pintar akal & cerdik jiwa
Memperolehi anak cantik rupa & berakhlak mulia
Membantu pengeluaran susu ibu & anak bersifat berhati-hati
Menenangkan hati & anak tidak terpengaruh dengan godaan syaitan yang mengajak kepada maksiat
Membersih jiwa dan terpelihara daripada maksiat
Melahirkan anak yang berdisiplin


Senaman Ibu Mengandung Untuk Mudah Bersalin

Senaman ini boleh dilakukan di rumah

Atau semasa ambil angin di taman 

Pastikan dapat nasihat doktor ya

Supaya bahaya dapat dielakkan
"Klik nama senaman untuk untuk melihat kelebihannya"
posisi senaman kegel
Posisi senaman kegel

  1. Senaman kegel bagus dalam menguatkan & melatih otot vagina supaya lebih kenyal
  2. Kelebihannya bukan saja memudahkan bersalin, malah membantu menambahkan kemesraan hubungan suami isteri
  3. Senaman kegel juga menjadikan otot ibu hamil  mengembang & melentur dengan  lebih baik semasa proses melahirkan bayi
  4. Ia sesuai dilakukan di mana-mana saja tanpa diketuai orang sekeliling
  5. Tips senang untuk melakukan senaman kegel ialah menahan air kencing separuh jalan, tetapi jangan keterlaluan ya. Sebab nanti jadi batu karang
  6. Semasa menahan kencing, hitung masa menahan & kemudian lepaskan kencing
  7. Jangan ingat senaman ini baik untuk wanita saja. Lelaki yang kerap melakukan senaman kegel akan merendahkan risiko menghidap kanser prostat

Tamat senaman 1

Posisi senaman tailor sitting akan meregangkan otot di kawasan peha & juga pelvis.

senaman tailor sitting untuk mudah bersalin normal
Posisi senaman tailor sitting untuk mudah bersalin normal

Senaman ini membantu memperbaiki postur badan

Ada lagi manfaatnya

Ia akan melembutkan sendi pelvik & melancarkan pengaliran darah di kawasan  bawah badan

Langkah langkah senaman Tailor Sitting
  1. Ibu hamil duduk di kawasan rata dengan bahagian belakang kita di posisi tegak (Boleh bersandar pada dinding)
  2. Kemudian, cantumkan tapak kaki kiri dengan kanan. Peha & lutut mesti bersentuhan dengan lantai. Otot kawasan peha dan punggung akan terasa regangan
  3. Lazimkan senaman ini setiap kali duduk. Paling senang, selepas solat fardhu terus buat
  4. Boleh juga lakukan senaman ini sambil duduk diatas sofa, sambil menonton tv bersama keluarga
Tamat senaman 2

Kelebihan Senaman Pelvic Rocking

Senaman ini mampu meregangkan & melentur otot di bahagian bawah belakang

Ibu yang ada masalah sakit belakang mesti cuba senaman ini


senaman pelvic rocking untuk mudah bersalin normal

Senaman ini ada banyak gaya

Boleh buat macam gambar diatas

Atau paling mudah sambil duduk atas kerusi

Langkah langkah senaman pelvic rocking
  1. Mula dengan duduk dilantai
  2. Kemudian tiru posisi pertama dalam gambar diatas. Sama macam anak kita merangkak. Luruskan tulang belakang hingga rata
  3. Tunggu 5 saat
  4. Kemudian bengkokkan belakang kita hingga sama seperti gambar kedua
  5. Tunggu 5 saat
  6. Ulang senaman ini beberapa kali

Tamat senaman 3

Kelebihan Senaman Wall Slide

Senaman ini akan membantu membuka laluan semasa proses bersalin dengan lebih cepat


senaman wall slide untuk mudah bersalin

Senaman ini akan melatih ketahanan otot kawasan pelvic

Dan memang meletihkan semasa mula mencubanya

Tapi lama lama dah terer

Makan pizza je ni

Langkah langkah senaman Wall Slide

  1. Berdiri sambil membelakangkan dinding
  2. Kemudian sandar belakang kita pada dinding
  3. Buka kaki kita ke kiri dan ke kanan sama jarak dengan lebar bahu kita
  4. Gelungsurkan bahagian badan yang menyentuh didinding ke bawah sehingga seperti posisi duduk diatas kerusi
  5. Tahan beberapa saat & naik ke atas semula
  6. Ulang semula beberapa kali
Senaman ini membantu menguatkan otot pelvik & memudahkan kita meneran bayi

Tamat senaman 4
    Selain senaman ini

    Kaedah meneran juga penting

    Boleh cuba cara dibawah & berlatih lebih awal

    8 Langkah meneran supaya ibu mudah bersalin

    Siapa yang keliru & tak pasti cara meneran yang betul

    Boleh saja cari ilmu

    Nak lihat di youtube ada

    Klik video pendek 3 minit di bawah ini tentang teknik meneran yang betul

     


    Di bawah ini Ibu ringkaskan tips meneran yang betul supaya mudah melahirkan anak
    1. Baring sambil lutut berlipat dan buka kedua dua kaki
    2. Angkat kepala hingga dagu menyentuh dada
    3. Fokus pandangan mata pada perut 
    4. Letakkan tangan pada buku lali kaki
    5. Meneran tanpa mengeluarkan suara
    6. Jangan mengangkat punggung semasa meneran
    7. Ucapkan bismillah & banyakkan zikir, ingat Allah banyak banyak
    8. Tarik nafas dalam dalam, tutup mulut & fokus meneran

    Makanan yang membekalkan tenaga supaya mudah bersalin

    Meneran dan bersalin memerlukan tenaga yang banyak

    Jadi

    Pastikan kita makan makanan yang berkhasiat

    Semasa mengandung supaya darah merah cukup, barulah kita bertenaga nak bersalin

    Jangan lupa untuk makan sebelum bersalin

    Supaya kita tidak bersalin dalam perut kosong

    Nanti tak ada tenaga

    Mungkin kita boleh mempertimbangkan pengambilan makanan tambahan semasa hamil

    Suplemen pun bagus, cuma pastikan kita tanya doktor dulu

    Badan akan lebih bersedia untuk bersalin dan bertenaga. Insyaallah, kesannya dapat di rasa.

    Dibawah ini Ibu senaraikan 14 makanan & minuman yang bagus dimasukkan dalam diet harian

    Dan membantu kita untuk bersalin
    "Klik nama surah untuk kelebihannya kepada anak didalam rahim ibu"

    1. Air

    Air yang cukup sangat penting semasa melahirkan anak

    Kekurangan air boleh menyebabkan kontraksi yang dialami lebih menyakitkan

    Pastikan kita minum air yang secukupnya sebelum bersalin

    Tamat 1

    2. Jus buah

    Jus buah buahan pilihan yang bagus kerana sumber tenaga segera yang bagus

    Jus buah segar ya

    Bukan jenis bancuh

    Jus yang lebih segar bukan saja sedap diminum

    Malah kaya khasiat, serat 

    Dan kurang kandungan gula

    Tamat 2

    3. Madu Asli

    Salah satu makanan sunnah

    Dalam Al Quran pun ada sebut tentang madu & lebah

    Kelebihan madu memang ramai dah tahu

    Dan amalan minum madu adalah cara terbaik untuk mengekalkan gula darah & sebagai sumber tenaga kita

    Pastikan kita dapat sumber madu asli kerana madu asli ada enzim semulajadi yang menyihatkan

    Madu tiruan banyak gula & takberbaloi dengan harganya

    Tamat 3

    4. Air Kelapa

    Sekarang ni air kelapa dah ada dalam kotak

    Selain rasanya yang segar & sedap diminum

    Air kelapa penuh elektrolit semula jadi yang bagus dalam mengekalkan tenaga ibu yang bakal bersalin

    Katanya minum air kelapa dekat dekat bersalin ni, kulit bayi yang lahir akan bersih

    Betul ke?

    Tamat 4

    5. Smoothies

    Jika diberi pilihan

    Ibu lebih suka minum smoothies berbanding jus

    Sebab lebih kenyang & kurang gula

    Kami sekeluarga memang kerap buat smoothies di rumah

    Kita boleh masukkan oat & buah buah seperti kurma dalam smoothies

    Nak letak madu pun boleh

    Dengan rezepi yang betul, paras gula darah akan terkawal

    Baik untuk kawal kencing manis ibu hamil (Kalau ada)

    Tamat 5

    6. Biskut

    • Letakkan di dalam beg, dalam poket jubah & kereta kerana senang dibawa
    • Membekalkan tenaga tambahan disaat kecemasan
    • Pilih biskut berserat & rendah kandungan gula

    Tamat 6

    7. Mentega Kacang / Peanut butter


    • Sumber protein yang sedap berkhasiat
    • Sesuai di makan bersama roti serat penuh untuk kenyang lebih lama

    Tamat 7

    8. Buah Buahan

    • Enak di makan segar atau dibuat jus atau smoothies
    • Membekalkan tenaga segera untuk keperluan ibu hamil
    • Buah yang berserat mengelakkan sembelit & melancarkan penghadaman

    Tamat 8

    9. Telur

    • Sumber protein berkualiti & mudah didapati

    Tamat 9

    10. Yogurt


    • Membekalkan tenaga segera

    Tamat 10

    11. Sup ayam


    • Masyarakat barat & timur percaya dengan khasiat sup
    • Ibu yang akan melahirkan anak digalakkan makan sup
    • Sumber protein dari ayam akan memulihkan luka

    Tamat 11

    12. Oat


    • Ibu akan kenyang lebih lama & bertenaga
    • Bagus untuk membantu melahirkan anak
    • Antara makanan yang bagus di ambil untuk memudahkan bersalin

    Tamat 12

    13. Kurma

    Seperti yang Ibu kongsi di awal artikel tadi

    Dalam Al Quran ada kisah tentang ibu bersalin & kurma

    Ada kisahnya dalam Surah Maryam
    Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman

    وَهُزِّي إِلَيْكِ بِجِذْعِ النَّخْلَةِ تُسَاقِطْ عَلَيْكِ رُطَبًا جَنِيًّا فَكُلِي وَاشْرَبِي وَقَرِّي عَيْنًا ۖ فَإِمَّا تَرَيِنَّ مِنَ الْبَشَرِ أَحَدًا فَقُولِي إِنِّي نَذَرْتُ لِلرَّحْمَٰنِ صَوْمًا فَلَنْ أُكَلِّمَ الْيَوْمَ إِنْسِيًّا

    “Dan goyangkanlah pangkal pohon kurma itu kearahmu, niscaya pohon itu akan menggugurkan buah kurma yang masak kepadamu, maka makan, minum dan bersenang hatilah kamu. 

    Jika kamu melihat seorang manusia, maka katakanlah, ‘Sesungguhnya aku telah bernadzar berpuasa untuk Rabb Yang Maha Pemurah, maka aku tidak akan berbicara dengan seorang manusia pun pada hari ini” (Maryam : 25-26)
    Kurma membekalkan semua zat dan mineral diperlukan badan kita untuk hidup

    • Membekalkan tenaga segera yang sedia digunakan badan
    • Kurma bagus untuk ibu bakal bersalin kerana dipercai memudahkan proses bersalin & mengurangkan kehilangan darah semasa bersalin

    Tamat 13

    Masyarakat melayu di negara kita sudah pun mengetahui khasiat minyak zaitun & kelapa dara

    Tidak khairanlah ia telah digunakan secara turun temurun lagi termasuklah untuk memudahkan proses kelahiran.
      Tamat 14

        Kesimpulan amalan doa yang bagus untuk ibu senang bersalin


        Doa itu bagus

        Selain berdoa

        Kita juga buat persiapan fizikal seperti senaman

        Dan juga pengambilan makanan yang sihat berkhasiat

        Bukankah Allah SWT tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum

        Melainkan kaum itu sendiri mengubahnya

        Ibu doakan urusan kita semua bersalin dipermudahkan

        Amin

        Jumpa lagi lain masa

        Insyaallah
        Doa mudah bersalin normal cara islam. Amal sungguh sungguh semasa hamil! Reviewed by Ibu Syurga on December 27, 2017 Rating: 5

        11 comments:

        1. Doa memang ada kesan kepada hati dan sanubari kita

          Apa yang kita bisikkan dalam hati hari hari

          Akan membentuk peribadi dan akhlak

          Memang Maznee setuju dengan kehebatan kuasa doa ni

          ReplyDelete
          Replies
          1. Apatah lagi doa ibu kepada anaknya kan

            Masa mengandung memang elok banyak doa dan berzikir

            Delete
          2. Rajin rajin lah kita doa untuk anak anak

            Delete
        2. perkongsian yang berguna untuk bakal ibu yang akan melahirkan

          ReplyDelete
        3. info yang bermanfaat sis.. part ni sangat penting.. bagi ibu2 mengandung

          ReplyDelete
        4. Banyak doa yg boleh diamalkan oleh ibu ibu mengandung

          ReplyDelete
        5. Lengkap entri utk panduan ibu yg menunggu hari dan bakal2 ibu juga. Dari doa, senanam, cara bersalin semua ada. Great info kak.

          ReplyDelete
        6. Selamat tahun baru 2018 ibu Zaid :) perkongsian yg sangat bermanfaat buat bakal2 ibu diluar sana

          ReplyDelete
        7. Sokong perkongsian ibu ini..
          Sha amalkan baca alquran, sembang dan zikir untuk baby..
          Alhamdulillah walaupun still sakit tapi dipermudahkan bersalin secara normal..

          ReplyDelete
        8. Assalamualaikum Ibu..
          Nice entry. Amalan ibu2 mempengaruhi anak2 yg dikandung.

          ReplyDelete
          Replies
          1. Selain makanan, doa dan amalan mak ayah akan mempengaruhi anak anak kita

            Delete

        Hak Cipta Terpelihara Kasihnya Ibu Membawa Ke Syurga © 2017-2018

        Contact Form

        Name

        Email *

        Message *

        Powered by Blogger.