Kota A Famosa 2019, Tempat bersejarah di Melaka yang menarik!

Sisa kubu yang dibina oleh penjajah portugis untuk mencegah kemaraan serangan dari Sultan Mahmud dari Kesultanan Melaka, kerajaan Acheh dan Johor.

Kota A Famosa
Awan mendung di atas kota yang meyimpan sejarah pahit tamadun melayu lama.

Kota A Famosa Monumen Sejarah Hitam Dari Zaman Dahulu.

A Famosa adalah antara tinggalan seni bina Eropah paling lama yang tersisa di Asia Tenggara dan kini boleh di lawati di Bandar Hilir. 

Baca lebih lanjut tentang Tempat menarik di Bandar Hilir Melaka!

Alamat: Jalan Parameswara, Bandar Hilir, 78000 Alor Gajah, Melaka.

Tahun dibina: 1511

Telefon: 06-552 0888

Jika kita rancang nak singgah ke sini pada waktu pagi, jangan lupa makan sarapan dulu ya. Maklumlah, kena panjat anak tangga masa perut kosong.

Memang lapar tu. Hehe. Lagipun, Melaka ada banyak tempat makan sedap.
Bacaan menarik: Sarapan pagi sedap di Melaka! Ini senarai kedai makan sedap yang sering di serbu pelancong yang lapar.

Apa yang menarik di Puing Kota Kota A Famosa?

Kota A Famosa


Kebanyakan kubu ini telah dirobohkan pada tahun 1807 apabila British mengambil alih Melaka dari tangan Belanda dan yang tinggal adalah sebahagian daripada pintu gerbang Porta de Santiago.

Kalau datang melawat Melaka memang eloklah kita singgah sini dan ambil pengajaran dari sejarah kita yang pahit.

Jatuhnya tamadun bangsa kita bukan kerana kuatnya penjajah luar, tetapi kerana lemahnya kita kerana konflik dalaman.

Masa kami melawat ke sini tempohari, jalan memang sangat sesak. Nak cari parking memang susah & mencabar.

Jadi cuba keluar awal pagi & elak pergi ke sini semasa cuti umum & hujung minggu (kalau boleh).

Review A Famosa, Berbaloi ke?

Memang ramai yang suka singgah A famosa kerana dari 1,994 pelawat yang meninggalkan ulasan dengan purata bintang terkumpul 4.2/5.0.

Lagipun tempat ini percuma, dan boleh dikunjungi siang dan malam.

Lepas tu boleh singgah tempat lain, dataran pahlawan, bandar hilir dekat sangat.
Bacaan menarik: Bandar Hilir Melaka, Senarai tempat best di sini. Dan rahsia untuk melawat tanpa risau trafik jam.