Masjid Kampung Hulu Melaka. Hasil warisan tamadun islam di Malaysia.

Masjid yang tertua di negari Melaka ialah Masjid Kampung Hulu & telah di dirikan pada tahun 1728.

Masjid Kampung Hulu Melaka

Masjid Kampung Hulu Melaka! Menyimpan warisan sejarah penyebaran islam di Malaysia.

Semasa kita melancong, kewajipan menunaikan solat tidak di lupakan. Jadi, singgahlah menunaikan solat di Masjid ini.

Bagaimana mahu datang ke masjid ini?

Cari di Google map, alamatnya adalah seperti di bawah.

Alamat: Jalan Kampung Hulu, 75200, Melaka

No telefon: 06-285 9700

Masjid Kampung Hulu Melaka ruang solat

Masjid ini berada tidak jauh dari dari Bandar Hilir Melaka, selepas selesai beribadat dan menunaikan solat disini. Boleh sambung jalan jalan kan.
Bacaan menarik: Tempat menarik di Bandar Hilir Melaka.

Apa yang menarik di Masjid Kampung Hulu?

Walaupun masjid ini sudah lama, tetapi ia terpelihara dengan baik sekali. Fungsinya sebagai tempat beribadat & penyebaran ilmu kepada masyarakat setempat berjalan setiap masa.

Seni binanya berbeza daripada kebanyakan masjid di tempat lain. Kombinasi pengaruh Jawa, Cina, Hindu, dan Melayu Melaka. 

Menara azan masjid ini mirip pagoda cina.

Masjid Kampung Hulu Melaka menara azan
Rekabentuk menara azan dan bumbung masjid yang berbeza dan di pengaruhi budaya luar.

Masjid Kampung Hulu Melaka kolam wudhu
Rekaan kolam wudhu juga mempunyai keunikan tersendiri.

Review Masjid Kampung Hulu Melaka.

Review terkumpul di Google menunjukkan 4.5/5.0 bintang daripada 103 ulasan. 

Ramai pelancong yang sedang bermusafir singgah ke sini semata mata untuk menikmati keindahan senireka.

Tapi harus di ingat, adab di masjid perlu dijaga.

Negeri Melaka memang kaya dengan lokasi bersejarah, adakah anda tahu tempat tempat di bawah?
Bacaan menarik: Tempat bersejarah di Melaka! Menyimpan warisan nenek moyang kita.