Menara Taming Sari Melaka 2019. Cantiknya view Bandar Hilir di malam hari!

Jika di KL ada banyak menara pencakar langit seperti KLCC untuk menikmati permandangan bandar, di Melaka ada beberapa lokasi seperti Menara Taming Sari.

Menara taming sari melaka

Menara Tamingsari Melaka. Saksikan permandangan indah Bandar Melaka dari kaca mata burung di langit!

Jika anda rasa, bandar Melaka cantik dan mempersonakan. Cuba naik menara ini di malam hari dan saksikan permandangan yang sama.

Cuma kali ini, dengan kemewahan limpahan lampu menghiasi gelap malam. Di temani bintang dan purnama di langit tinggi.

Cantik betul. Rasa macam tak nak turun. Hehe. Di bawah ini Ibu berikan alamat menara ini.

Manalah tahu cari cari tak jumpa kan.

Lokasi: Jalan Merdeka Banda Hilir, 75000 Melaka

No Telefon: 06-2881100

menara taming sari harga tiket

Banyak tapak bersejarah boleh di dapati di sekeliling Menara Tamingsari. Jangan lepaskan peluang ziarah tau.
Bacaan menarik: Tempat bersejarah di Melaka! Ini sebabnya ramai pelancong tempatan & luar negara berpusu pusu ke mari.

Berapa harga tiket untuk Menara Taming Sari?

Bayaran masuk adalah seperti berikut:
  • Dewasa RM17 
  • Pelajar RM11 (Perlu bawa kad pelajar untuk penuntut IPTA & IPTS)
  • Kanak-kanak RM11
  • Pelancong warga asing RM25
  • Waktu lawatan: Setiap hari dari 10.00 pagi hingga 11.00 malam.



Apa yang menarik di Menara Taming Sari?

Menara Taming Sari adalah Gyro tower pertama di Malaysia.

Menara ini telah dibuka secara rasmi kepada orang ramai pada 18 April 2008 dan memakan belanja sebanyak RM2 juta untuk disiapkan.

Dengan ketinggian 110 meter, strurtur yang berpusing ini dapat memuatkan seramai 80 orang.

Setiap sesi memakan masa selama 7 minit dan memberikan pengalaman berbeza kepada pelancong.

Kita kita dapat menikmati pandangan panoramik Bandar Melaka dari udara  secara 360 darjah.

Sangat sesuai untuk peminat fotografi & mereka yang suka bergambar

Dari pengalaman pengunjung lepas, waktu paling bagus untuk melawat menara ini pada awal pagi, atau selepas asar (petang). Selain waktu ini, pengunjung sangat ramai.

Terpaksa beratur dan bersesak dalam panas matahari.

Tapi berbaloi untuk pengalaman melihat melaka dari sisi berbeza.

Parking untuk letak kereta lebih mudah untuk diperolehi pada waktu pagi, boleh parking di sekitar Balai Polis Bandar Hilir.

Kami rekemen letak kereta di luar kawasan ini dan jalan kaki sikit kerana senang waktu nak balik nanti. Trafik sangat sesak.


Permandangan bandar melaka waktu malam menara taming sari

Review pelancong yang melawat Menara Tamingsari.

Ramai sungguh yang review tempat ini, di google sebanyak 2,852 pengunjung telah meninggalkan ulasan dan mempunyai markah terkumpul 4.2/5.

Memang tempat wajib pergi bila melawat melaka. 

Cuma satu yang Ibu kurang gemar melawat Bandar Hilir ni. Trafik jam masa cuti hujung minggu. Cuti sekolah lagilah berganda ganda.

Sebab itu rancanglah percutian anda dengan baik, cari homestay dan hotel yang memudahkan kita bergerak ke lokasi yang kita dah buat siap siap sebelum bercuti.
Bacaan menarik: Homestay Ayer Keroh! Ini punca ramai pelancong bijak menginap di sini.
Terbaru Lebih lama