Susu Kambing Suffy! Review harga & kebaikan susu tepung organik.


Susu Kambing Suffy

Suffy susu kambing, berkualiti & berkhasiat untuk seisi keluarga!

Ibu nak kongsi tau, review ni bukan berbayar. Buat sukarela je untuk manfaat mak ayah bersama.

Nak cerita tentang susu kambing berjenama Suffy dikeluarkan oleh syarikat Suffy Dairy Group Sdn Bhd yang beroperasi di Ipoh, Perak.

Mereka sangat mengambil berat & komited dengan pengambilan nutrisi yang diambil seharian oleh seisi keluarga.

Sebab itu, produk yang dihasilkan mereka adalah susu yang berkualiti tinggi, selamat dan juga mampu dimiliki. 

Bagi menulis artikel ini, Ibu telah merujuk laman web Suffy & perkongsian dari page Ibu Bijak Keluarga Sihat.




Kelebihan susu kambing dari Suffy.

1. Yakin pada kualitinya.

Bagi menjamin susu yang dibekalkan berkualiti tinggi, produk ini telah di import dari negara yang terkenal di seluruh dunia dengan industri tenusunya.

Kedua dua negara tersebut ialah Holland / Belanda  & juga New Zealand.

Susu ini melalui pelbagai saringan ujian untuk menjamin kualitinya & selamat diminum oleh pengguna. Termasuklah di Malaysia.


2. Selamat digunakan.

Susu jenama Suffy telah diproses di kilang yang memiliki Sijil MESTI dari Jabatan Kesihatan Malaysia.

Tambahan lagi, produk ini telah disahkan halal dengan Sijil HALAL Malaysia, boleh gunakan tanpa syak lagi. Minum sampai puas.

3. Harga berpatutan.

Apa gunanya produk yang bagus tapi tak mampu dimiliki kan? Sebab itu, semua produk berjenama Suffy mampu dimiliki & dinikmati oleh seisi keluarga pada harga yang berbaloi.

Di bawah ini Ibu kongsikan pilihan produk yang ada untuk pilihan bersama.



Produk susu kambing keluaran Suffy!

1. Suffy Goat – Sesuai untuk tumbesaran aktif.

susu kambing suffy goat


Produk pertama ini direka khas untuk memenuhi keperluan gizi si manja. Ini kerana pada usia begini perkembangan tubuh badan mereka sangat pesat. 

Susu Suffy Goat diformulasi dengan manfaat bahan berkhasiat seperti kurma, delima, madu dan manna.

Semua bahan bahan ini kaya dengan khasiat & bagus untuk sistem penghadaman anak kita.


2. Suffy Pure Goat – Sesuai untuk semua peringkat usia.

Suffy Pure Goat

Susu kambing asli ini sesuai digunakan oleh semua peringkat usia. Bahan bahan yang digunakan dari sumber semulajadi & selamat digunakan.


3. Suffy Annis Nutricious - Sesuai untuk perut sensitif.

Suffy Annis Nutricious

Produk seterusnya sesuai untuk sesuai untuk anak kita yang berusia dalam lingkungan 1 – 3 tahun.

Susu Suffy Annis Nutricious mempunyai fomulasi Tri-Guide yang mengandungi campuran istimewa bahan-bahan seperti DHA, Prebiotik dari FOS, L-Lysine dan Rantaian Sederhana Triglyceride @ MCT untuk menyokong dan meningkatkan perkembangan anak-anak.

Selain berkhasiat, rasanya sangat sedap lagi menyelerakan. Sangat disyorkan sekiranya anak anak kita mempunyai perut sensitif dan tak berapa selera makan.


4. Suffy B Genius - Sesuai untuk si bijak mama.

Suffy B Genius

Produk terakhir ini adalah rumusan susu formula untuk kanak kanak berusia 1 – 3 tahun.

Susu ini kaya dengan dengan Formula B3, dan dirumus dengan DHA, Vitamin, Mineral serta tambahan Prebiotik – FOS & Manna untuk keperluan anak kita membesar dengan sihat, bijak dan kuat.



Kesimpulan tentang susu tepung Suffy Goat.

Ibu bapa yang sayangkan anak anak akan sentiasa dibelenggu dengan pelbagai isu dalam membesarkan anak anak.

Dengan tak selera makannya, selalu selesema, kembung perut & alahan susu.

Sebab itu, kita tercari cari produk yang sesuai dengan perut mereka.

Ibu syorkan cuba susu kambing keluaran Suffy ni.

Manalah tahu serasi.

Dan kalau tak serasi, jangan risau. Ada banyak lagi jenama susu kambing di pasaran. Teruskan membaca artikel di bawah ya.
Bacaan menarik: Jenama susu kambing dan harga terkini, Ini pilihan paling bagus di pasaran!





Penulis / Editor: Ibu Zaid

Seorang ibu yang sangat suka membaca sebagai bekalan untuk membesarkan 2 orang anak lelakinya. Gemar berkongsi info keibubapaan & pemakanan anak anak seperti susu formula & tempat menarik di Malaysia untuk percutian keluarga yang indah. 

Beliau merupakan penyumbang tetap di page Facebook Ibu Bijak Keluarga Sihat & aktif menulis di blog Ibusyurga.blogspot.com. Telah mengarang lebih 300 artikel berkualiti sepanjang 10 tahun berkecimpung dalam penulisan blog. Beliau boleh dihubungi di alamat emel ummbaraqah@gmail.com

Susu Kambing Suffy! Review harga & kebaikan susu tepung organik. Reviewed by Ibu Syurga on September 23, 2018 Rating: 5

2 ulasan:

  1. Assalamualaikum ibu zaid. Macam macam pilihan susu kambimg kan. Yang ni siapa da madu kurma dan manna. Semua tu bagus untuk badan dan minda

    BalasPadam
  2. baby 6 bln blh minum x susu ni

    BalasPadam

All Rights Reserved by Ibu Syurga © 2014 - 2015
Powered By Blogger.

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Dikuasakan oleh Blogger.