Amverton Heritage Resort Review, Hotel di Melaka yang menarik!

Berbaloi ke kita menginap di Hotel Amverton Heritage di Melaka bersama keluarga? Baca review ini sampai habis sebelum tempah!
Amverton heritage Resort di Melaka

Apabila kita melancong, mestilah nak rehat & tenangkan fikiran. Pada masa yang sama anak anak & keluarga dapat rileks bersama.

Barulah berbaloi duit yang kita keluarkan. Sebab kita nak cari ketenangan & rehat  yang di cari cari semasa bercuti.

Ibu dah menginap di resort ini sebanyak 2 kali pada tahun 2018. Jadi, dah tahu apa yang best dan tak best di sini.

Review ini di jamin akan membantu anda untuk,

  1. Tahu pengalaman pengunjung lain yang menginap di sini.
    .
  2. Kelebihan menginap di sini.
    .
  3. Kekurangan yang boleh ditambah baik oleh pengurusan hotel.
    .
Tanpa membuang masa, kita mulakan dengan soalan paling penting.

Iaitu.



Berbaloi ke bercuti di Amverton Heritage Resort Melaka? Baca pengalaman pengunjung lepas!

Kita mulakan dengan pengalaman Ibu sendiri.
Bacaan menarik: Best ke bawa keluarga bercuti di Hotel Amverton Heritage Resort yang terletak di Melaka?

Apa pengalaman yang Ibu suka semasa tinggal di sini.

Kebaikan (Pendapat peribadi)
  1. Paling best mesti taman tema air yang lengkap. Anak anak sangat suka.
    .
  2. Swimming pool untuk orang dewasa yang besar.
    .
  3. Sarapan pagi banyak pilihan & harga sangat berpatutan.
    .
  4. Suasana yang sangat tenang, dikelilingi oleh pokok pokok hutan. Sedangkan kita berada di lokasi sibuk di Melaka. Ayer Keroh sangat sesak tau semasa cuti.
    .
  5. Ada taman permainan tertutup "indoor" yang sangat besar & besar. 2 tingkat tu. Anak anak memang suka.
    .
    Selain itu ada banyak aktiviti lain untuk anak anak lakukan di taman ini. Baca buku, melukis & lain lain.
    .
  6. Khidmat pelanggan yang cepat.
    .
  7. Proses check out yang pantas. Tak sampai 3 minit dah selesai. Melainkan ramai yang beraturkan?
    .
Amverton heritage Resort di Melaka 2

Kelemahan yang boleh diperbaiki (Juga pendapat peribadi)
  1. Kunci bilik elektronik tak berfungsi dengan baik. Sangat sukar nak masuk dalam bilik.
    .
    Pengalaman Ibu, tersangkut depan pintu bilik semasa baru tiba dengan badan yang penat. Kemudian suami turun tukar kad access baru, pun tak berfungsi.
    .
    Kebetulan, pelancong lain yang menginap di bilik berhadapan bilik kami pun hadapi masalah sama.
    .
    Masalah ini hanya selesai selepas staf teknikal datang bantu ajar cara yang betul untuk buka pintu.
    .
    Kalau boleh, tukar sajalah lock lain.
    .
  2. Sarapan memang banyak, harga pun ok. Memang kenyang makan, cuma nasi lemaknya keras & sambalnya kurang sedap.
    .
    Suami Ibu dah menginap di hotel resort ni lebih kerap dari Ibu atas urusan kerja, nasi lemak masih macam tu.
    .
    Kalau boleh perbaiki memang lagilah berbaloi tinggal sini.
    .
    Ibu bukan tak bersyukur, tapi review ni untuk penambah baikan saja. Supaya servis makin bagus, jadi perniagaan makin maju kan.
    .
    Nak ubah rasa nasi lemak & sambal tu tak perlukan kos yang banyak pun berbanding pengubahsuaian fasiliti & kemudahan lain.
    .
  3. Nak gunakan sterika "iron" kena kongsi di koridor. Sterika tak di sediakan dalam bilik.
    .
    Bila kongsi faham faham sajalah kan, lambat.
    .
    Wallahualam kenapa sterika tak banyak, mungkin untuk tujuan keselamatan & elak kebakaran.
    .

Itu pengalaman peribadi keluarga Ibu menginap di sini.

Kenapa penting untuk kita baca pengalaman orang lain?

3 Panduan mudah untuk percutian keluarga paling best!

  1. Baca review yang baik baik tentang hotel yang kita bakal tempah.
    .
  2. Baca review buruk tentang hotel yang sama.
    .
  3. Bandingkan kelebihan & kekurangan yang ada. Pertimbangkan sama ada kelebihannya melebihi kelemahannya, barulah kita buat keputusan.
    .
Review yang benar benar teruk (2 bintang ke bawah hanya 10%)


7 Pengalaman pelancong di Amverton Melaka yang positif.

1. reza said - 4/5 bintang

3 minggu yang lalu di Google - Tempat menarik, senang nak exit tol tanpa perlu masuk bandar. Kolam besar untuk kanak2 dan dewasa. Terbaik.

2. ahmad pejei - 4/5 bintang

6 hari yang lalu di Google - Bilik ok. Anak anak suka mandi kolam.

3. Hasanul Hafiz - 4/5 bintang

4 bulan yang lalu di Google - Good for kids. Tapi bilik jauh sangat dari lif. Yaa. Ampun.

4. Khairul Anwar 5/5 bintang

5 bulan yang lalu di Google - Suasana yg mendamaikan. Kolam air yg sesuai untuk anak anak bermain dgn pengawasan kakitangan hotel. Sarapan pagi boleh tahan.

5. Rosfadzli abdul hamid - 4/5 bintang

2 bulan yang lalu di Google - Selesa dan nyaman.

6. Asnah Harun - 5/5 bintang

7 bulan yang lalu di Google - Bilik luas , breakfast sedap & berpatutan, lokasi yang dekat dari highway dan keluar ke bandar.


7. Jtl Garage 5/5 bintang

11 bulan yang lalu di Google - Hotel yang paling mesra pelanggan di melaka. Kakitangan yang ramah di bahagian water park. Anak anak saya sangat seronok ketika berada di hotel ini. Sangat berbaloi untuk family meluangkan masa bersama. Walaupun taman tema air sangat kecil berbanding tempat lain. Tapi bersih dan menyeronokkan. Ada juga kidzone yg berhawa dingin dengan kaki tangan yg mesra. Makanan sarapan pagi sangat sedap. Staff baik dan mesra.

3 Pengalaman pelancong yang negatif semasa menginap di sini.

Indoor gym Amverton heritage Resort di Melaka buka sampai jam 7 malam saja

1. Airis Yanna 1/5 bintang.

2 bulan yang lalu di Google - Bilik yg sangat teruk. 2 kali tukar bilik tetapi dpt bilik yg toilet rosak. Aircond pon xsejuk. Harapkan pool je yg best. Breakfast pon so so je.


2. Khursiah K1/5 bintang.

4 bulan yang lalu di Google - Bad. Aircond panas. Air banjir bilik. Xde tuala kaki. Bathtub ade blood stain. Euww


3. Wan Putrajaya 1/5 bintang.

11 bulan yang lalu di Google - Positif - parking senang, lobi cantik, bilik besar, byk kolam & permainan untuk kanak-kanak. Negatif - Lantai bilik, bilik air & koridor tidak bersih. Bathtub tiada penutup lubang. Penutup mangkuk tandas rosak. Channel tv terhad. Kanak-kanak 4 tahun ke atas yang tiada kupon breakfast, tidak dibenarkan join parent masuk walaupun sekadar parent suap. Perlu juga bayar. Apa punya polisi bodoh hotel. Hotel 5 star lagi baik jaga customer.


4. Sophiebaby Headband1/5

8 bulan yang lalu di Google - Pintu bilik tak boleh buka lps blk mkn pkl 10. Card dh expired.  😂

Kesimpulan tentang bercuti di Amverton Heritage Melaka.

Kalau kita perhatikan, kebanyakan review pelawat di hotel majoritinya memberikan mata 3 ke 4 bintang.

Sebab tu markah terkumpul dari mereka pun 3.8 dari 5.0  bintang berdasarkan 400 ulasan.

Pada Ibu, hotel ni sangat bagus untuk travel jimat bersama keluarga. Anda dapat lebih dari yang dibayar.

Kalau dah biasa tinggal di hotel 5 bintang, memang tempat ni serba kekuranganlah.

Maklumlah dah biasa mewah, tiba tiba masuk resort macam ni. Hehe.

Tepuk dada tanyalah selera sendiri. 

Sekiranya anda ada sebarang pengalaman nak dikongsi, & pendapat nak di utarakan, ruangan komen terbuka luas untuk anda.

Sampai jumpa lagi, sama samalah kita berkasih sayang sesama keluarga. Ibu yang bijak, syurga buat keluarganya. Insyaallah.

Assalamualaikum Wrmbth.