Kan best kalau dapat bercuti dalam resort yang ada taman tema air sendiri.
Sebenarnya, memang ada resort macam ini di Melaka. Dan tempatnya sangat strategik, hanya 5 minit dari pintu keluar plaza tol Ayer Keroh.
Lahi syok, dikelilingi pula oleh pokok hutan yang hijau. Ibu dah 3 kali pergi bercuti di sini. Resort ini memang menjadi pilihan kami sekeluarga bila tak nak tinggal homestay. Ibu pun nak rehat masak kan. Hihi
Senarai home stay Melaka untuk percutian yang indah!
Insyaallah akan kongsikan pengalaman tersebut dengan pembaca semua.
Pengalaman bercuti di Amverton Heritage Resort Melaka yang tak padan dengan harganya!
Serius, memang tak berbaloi dengan harga yang kami bayar. Sebab apa, semasa kami dapat menginap di resort ini. Ada beberapa kejutan yang kami terima.
- Bilik dia ok, selesa untuk 2 orang dewasa dan 2 orang kanak kanak.
- Taman tema airnya sangat memuaskan hati. Ada banyak permainan air seperti gelungsur pelbagai saiz.
- Taman permainan kanak kanak out door dan indoor yang juga besar.
- Sarapan yang banyak pilihan dan kira berbaloi untuk seisi keluarga.
Semua ini kami bayar hanya pada harga RM190.
Memang tak berbaloi kan. Sebelum ini kami pergi seharian ke taman tema air Wet World Shah Alam, tiket masuk campur makanan seharian saja untuk sekeluarga sudahpun RM100++.
Melaka ada banyak resort yang menarik. Nak tahu lebih lanjut?
Baca senarai resort terbaik untuk bercuti di Malaysia.
Kelebihan menginap di Amverton Heritage Resort.
Sekiranya anda nak lihat gambar suasana di kawasan kolam renang hotel ini yang lebih interaktif, boleh klik artikel di bawah.
Bacaan menarik: Gambar interaktif suasana di Hotel Amverton Heritage Melaka.
Ada orang cakap hotel ni berhantu? Nak tahu betul atau tidak, baca artikel di bawah ni.
Bacaan menarik: Pengalaman keluarga kami bertemu hantu semasa bercuti di Amverton resort Melaka.
Orang kata, sekeping gambar boleh menceritakan seribu perkataan. Tapi, kalau nak tahu tempat ni bagus atau tidak.
Paling senang baca review pelanggan lepas.
Ibu ada kongsikan pengalaman sendiri & 10 orang pelancong lain di dalam artikel di bawah.
Bacaan menarik: Ini pengalaman lebih 10 orang pelancong yang menginap di Hotel Amverton Melaka. Review baik & buruk! Tak sembunyi sembunyi!
Jika anda bosan tinggal di hotel dan nak cari kelaianan, boleh juga tinggal di chalet dan homestay terbaik di sekitar Melaka. Baca lebih lanjut di bawah
Homestay cantik dan murah di Melaka.
Rumah peranginan di tepi pantai Melaka.