Fungsi kandungan 6 khasiat dalam Susu Pediasure untuk anak kita

Harga susu pediasure memang mahal, saya tak kisah nak bayar lebih! Asalkan anak bertambah berat & tak sembelit!
anak sihat cukup khasiat dari pediasure complete

Ramai ibu bekerja macam kita ni tak sihah berbelanja lebih untuk anak anak, asalkan mereka sihat.

Lagipun, masa anak anak di siang hari banyak dihabiskan di nursery & sekolah.

Bila banyak bercampur dengan kawan kawan, mesti ada antara mereka yang tak sihat. Mudah berjangkit.

Sebab itu, kita laburkan dana beli makanan tambahan seperti susu pediasure. Tapi, apa rahsia produk ini yang dapat membantu mereka ya?

Selepas membaca artikel ini hingga habis, anda dijamin akan

  1. Tahu khasiat penting yang dibekalkan pediasure complete.
    .
  2. Faham fungsi setiap khasiat ini untuk pembesaran anak kita.
    .
  3. Sedar kepentingan makanan seimbang untuk anak anak.
    .



Banyak betul pilihan susu formula untuk perkembangan anak kita. Klik video di bawah untuk 11 yang terbaik!

Tekan butang ini untuk subscribe Youtube Channel IBUSYURGA & dapat update terkini.  Hadiah untuk subscriber bertuah.
.

Fungsi khasiat yang terkandung dalam susu pediasure untuk kesihatan anak?

Kita mulakan dengan khasiat paling penting.

Apakah ia?

1. Air

Air adalah penting untuk kesihatan anak anda, dan diperlukan untuk memastikan semua bahagian tubuh berfungsi dengan baik.

Anak anak wajib mendapat air secukupnya supaya mereka kekal sihat & ceria sepanjang hari. Tak perlu tunggu mereka haus baru nak beri air, biasakan beri air sepanjang hari.

Terutama sekali semasa anak kita kurang sihat, lebih banyak air diperlukan untuk cepat sembuh. 

Cuaca yang panas juga boleh menyebabkan anak kita kurang air, jadi wajib beri perhatian.

Di bawah ini Ibu senaraikan beberapa manfaat air untuk kesihatan badan anak.
  • Memastikan anak kita sentiasa terhidrat.
  • Penting untuk sistem peredaran darah.
  • Membantu fungsi pencernaan yang baik.
  • Mengelakkan sembelit.
  • Sebagai agen pengangkutan khasiat dan oksigen ke sel.
  • Mengawal suhu badan.
  • Mengekalkan keseimbangan elektrolit (natrium).


2. Protein.

Sekiranya kita membina bangunan, bahan asasnya adalah batu bata.

Anak kita memerlukan protein sebagaimana bangunan perlukan batu bata.

Ini kerana protein diperlukan tubuh untuk membina & membaiki kerosakan sel dalam badan. 

Protein juga merupakan sumber tenaga alternatif kepada karbohidrat. Diet yang mempunyai protein akan menyebabkan kita kenyang lebih lama.

Kandungan protein di dalam pediasure sedikit sebanyak membantu anak kita dalam pembesarannya.

Kandungan susu pediasure untuk kesihatan anak


3. Serat.

Pernah tak anak kita mengalami sembelit? kalau pernah, nampaknya kemungkinan makanan yang diambil anak kita kurang kandungan serat.

Serat diperolehi daripada buah & sayur dan membantu proses penghadaman yang lebih baik. 

Serat tidak mampu di hadam oleh organ penghadaman kita, tetapi ia membantu melawaskan kita di tandas.

Ia juga membantu sistem badan berjalan dengan lancar. 


4. Vitamin D

Badan kita memerlukan vitamin D untuk membentuk gigi & tulang yang kuat.

Kita di Malaysia ni beruntung kerana sentiasa dilimpahi nikmat cahaya matahari sepanjang tahun.

Badan kita akan menghasilkan vitamin D melalui pendedahan pada cahaya matahari. Jadi, pastikan kita luangkan masa beriadah di luar bersama anak anak supaya mereka memperoleh khasiat ini secukupnya.

Kalau dah beriadah pun masih tak cukup juga, itu gunanya kita berikan makanan tambahan yang ada vitamin D seperti pediasure.

Vitamin D adalah penting untuk 

  • Menggalakkan penyerapan kalsium dalam sistem pencernaan 
  • Mengekalkan paras kalsium & fosforus di dalam darah.
Kekurangan vitamin akan menyebabkan tulang menjadi nipis & rapuh. Anak kita kan lasak, bayangkan tulangnya retak atau patah kerana terjatuh.

Pasti kita nak elakkan.


5. Kalsium.

Kalau kita perhatikan di televisyen, banyak betul iklan tentang minum susu sebagai sumber kalsium.

Kenapa agaknya kita digalakkan minum susu untuk bekalan kalsium?

Ini kerana mineral ini yang paling banyak dalam badan kita, dan penting untuk membina tulang, gigi, dan otot yang kuat. 

Malangnya, anak anak yang cerewet soal makan sukar memenuhi keperluan kalsium  harian yang diperlukan oleh tubuh mereka.

Kalsium yang banyak diperlukan untuk mengekalkan gigi & tulang yang kuat. 

Selain itu, ia juga diperlukan badan untuk peranan penting seperti
  • Pembekuan darah di kawasan luka.
  • Menyokong fungsi otot.
  • Penghantaran saraf
  • Mengawal tekanan darah.
Susu adalah satu sumber kalsium terbaik, salah satu bahan utama dalam pediasure juga berasal dari sumber tenusu.

Cuma, ada kanak kanak yang alah dengan laktosa. Sekiranya anak kita tergolong dalam kumpulan ini, terpaksa cari sumber kalsium lain seperti susu kambing & sayur sayuran.

Apa yang penting kita usahakan untuk kebaikan anak.

Selain Kalsium, badan kita juga memerlukan mineral lain dalam kuantiti sedikit untuk berfungsi dengan baik.

Di bawah ini Ibu kongsikan mineral yang terdapat dalam produk pediasure & peranannya.


6. Kalium.

Masih ingat di awal artikel ini, Ibu kongsikan peranan air untuk kesihatan anak.

Air di dalam kita perlu diurus dengan baik supaya semuanya berjalan lancar. Unsur Kalium digunakan badan untuk mengekalkan keseimbangan air dalam sel-sel badan. 

Ini penting kerana 
  • Cecair badan yang diperlukan untuk mengedarkan darah ke seluruh badan, 
  • Membantu buah pinggang menghilangkan sisa dari badan.
  • Membantu menguruskan penghantaran isyarat saraf yang menggerakkan otot dan sel.
  • Kalium terlibat dalam pelbagai fungsi utama dalam badan.


Pastikan kita sebagai mak ayah memasukkan sayur & buah ke dalam diet anak kita untuk sumber kalium semulajadi.

Tamat senarai.

Sekiranya anda nak tahu lebih lanjut, boleh baca artikel di bawah ni.
Bacaan menarik: Bagaimana memahami jadual nutrisi di label susu pediasure & menggunakannya untuk bantu anak kita!

Kesimpulan.

Anak anak yang sedang membesar memerlukan bantuan ibu bapa memantau khasiat yang diambil setiap hari.

Sekiranya dibiarkan tanpa kawalan, tumbesaran mereka akan terbantut & lambat jika dibandingkan dengan rakan sebaya.

Pengambilan makanan tambahan boleh membantu mencukupkan mana yang kurang.

Tetapi harus diingat, tabiat pemakanan yang sihat lebih penting untuk kesihatan mereka.

Susu pediasure mungkin bagus sebagai suplemen, tetapi elakkan dari terlalu bergantung harap padanya.

Ibu harap, artikel ini memberi manfaat kepada anda semua. Jika nak kongsi pengalaman & pendapat, ruangan komen sentiasa terbuka.

Sama sama kita meriahkan ya, boleh jadi rujukan ibu ibu lain di kemudian hari. 

Dapat pahala percuma. Jumpa lagi, Assalamualaikum.