Risau hati mak ayah melihatkan anak anak selalu demam. Macam tak cukup zat je. Boleh ke susu pediasure penuhi keperluan mereka ni?
Ibu pasti kita akan hadapi dilema di atas semasa membesarkan anak anak. Kalau kita cari di internet, ramai orang kongsi kebaikan susu pediasure.
Bacaan menarik: Apakah itu susu pediasure? Ini cara mengetahui sama ada anak kita sesuai menggunakannya.
Tak cukup dengan tu, pediatrician (pakar kanak kanak) juga dikatakan mengesyorkan kita mencuba susu ini untuk anak yang kurang seleranya.
Sebab itu Ibu tuliskan artikel ini untuk panduan bersama.
Baca artikel ini hingga habis, dan anda dijamin akan
- Mengetahui khasiat yang terkandung di dalam produk ini.
. - Faham cara membaca jadual nutrisi pada label.
. - Tahu fungsi setiap khasiat untuk kesihatan anak kita.
.
.
Pertama sekali, kita akan berkenalan dengan jadual yang sangat membantu.
Jadual susu pediasure yang menerangkan kandungan khasiatnya.
Bila kita beli susu, pastikan kita semak belakang tin. Akan ada maklumat seperti di bawah ni.
Mengetahui cara membaca label nutrisi yang terkandung di belakang produk sangat penting.
Ini kerana ia memberitahu kita tentang ramuan produk, nutrien penting, dan nilai harian yang disyorkan untuk nutrien tersebut.
Apakah maklumat yang terkandung pada label nutrisi?
Secara umumnya, jadual ini terbahagi kepada 2 bahagian iaitu:
- Maklumat Nutrisi
- Senarai Bahan.
Di bawah ni Ibu kongsikan rupa jadual kandungan.
Sumber: nhlbi.gov |
Apa makna setiap label dalam jadual di atas?
- Serving size - Memberitahu kita kuantiti dalam gram, atau mililiter bagi setiap hidangan, dan bilangan hidangan setiap bekas.
. - Amount per serving - Menunjukkan bilangan kalori dalam satu hidangan dan berapa banyak kalori yang datang dari lemak.
. - % Daily value - Ini memberitahu kita jumlah nutrien yang ada dalam setiap hidangan.
.
Contohnya seperti lemak, kolesterol, natrium, karbohidrat, serat, gula, dan protein.
.
Nilai Peratusan keperluan harian (DV) boleh didapati di sebelah kanan bahagian ini.
. - Vitamin & mineral - Menunjukkan peratusan nilai harian vitamin dan mineral yang disyorkan dalam setiap hidangan.
. - Ingredients list - Bahagian kedua ini terletak di bawah panel fakta pemakanan.
.
Ia menyenaraikan semua bahan mentah yang terkandung di dalam produk menurut urutan berat.
.
Bahan yang tersenarai terlebih dahulu adalah lebih banyak & berat kuantitinya. Diikuti bahan yang lebih ringan.
.
Maklumat mengenai jumlah nutrien ini sebenarnya untuk 1 hidangan / cawan menurut sukatan yang dicadangkan.
Nilai peratus harian (DV) yang disenaraikan di panel fakta pemakanan membantu kita menentukan berapa banyak nutrien yang disediakan oleh produk dalam satu hidangan berdasarkan jumlah pengambilan harian yang disyorkan.
Apa yang anak kita perolehi dalam secawan susu tepung pediasure?
Pediasure direka untuk membekalkan nutrien penting kepada kanak-kanak yang cerewet tentang makan.
Biasanya semasa mereka berumur 2 hingga 13 tahun, ramai mak ayah pening kepala sebab anak anak sibuk main sampai tak nak makan.
Susu ini dikeluarkan oleh Abbott Laboratories dengan pelbagai perisa, tetapi yang paling popular mestilah vanilla dan coklat.
Di bawah ini Ibu kongsikan peranan 5 khasiat yang ada di dalam susu ini.
1. Protein
Protein diperlukan badan anak kita untuk pertumbuhan dan pembaikan sel.
Susu ini menggunakan konsentrat protein susu, protein whey, dan isolat protein soya sebagai sumber proteinnya.
2. Air
Air adalah ramuan utama dalam Pedisaure. Ia adalah perlu untuk penghadaman makanan dan metabolisme pepejal.
Apabila kanak-kanak mengalami cirit-birit atau muntah, mereka akan mudah mengalami dehidrasi.
Pengambilan susu ini setiap hari sedikit sebanyak membekalkan anak kita dengan air yang diperlukan badan.
3. Minyak
Kanak-kanak dan orang dewasa memerlukan asid lemak penting. Asid lemak tidak tepu juga membekalkan antioksidan yang penting untuk kesihatan.
4. Vitamin & Mineral
Formulasi Pedisure mengandungi beberapa vitamin surih yang diperlukan dalam kuantiti kecil seperti tiamin dan vitamin D-3.
Mineral seperti magnesium, kalium, garam, kalsium, dan natrium juga terdapat di dalamnya.
5. Bahan pemanis
Kandungan gula di dalam susu pediasure memberikan rasa manis yang disukai kanak-kanak disamping membekalkan tenaga kepada mereka.
Antara jenis gula yang digunakan adalah maltodekstrin jagung, sejenis sumber tenaga yang mudah dicerna.
Selain itu, fructooligosaccharides juga digunakan yang berfungsi sebagai pemanis buatan yang boleh meningkatkan penyerapan mineral penting pada kanak-kanak.
Selain itu, Pediasure bebas kandungan gluten, dan juga sesuai untuk kanak-kanak yang alah pada laktosa.
Ia juga dan tidak mengandungi kacang yang pantang dimakan oleh mereka yang alah padanya.
Jika anda masih belum puas hati, boleh teruskan baca artikel di bawah.
Bacaan menarik: Fungsi setiap khasiat yang terkandung di dalam susu pediasure!
Kesimpulan.
Susu pediasure sangat baik diambil setiap hari untuk membekalkan keperluan protein, 23 vitamin dan banyak lagi mineral penting untuk perkembangan mereka.
Formulasi Pediasure juga mengandungi prebiotik dan antioksidan untuk kesihatan anak anak.
Sekiranya anda ingin berkongsi pengalaman, boleh kongsikan di ruangan komen disediakan. Sama sama kita kongsi ilmu untuk panduan mak ayah lain.
Sama sama dapat pahala. Insyaallah.