5 Kebaikan susu pediasure & kesan sampingan jika tersalah ambil!

Betul ke susu pediasure ni bagus untuk tambah berat anak? Ada kesan sampingan ke kalau salah beri?
kebaikan susu pediasure dan kesan sampingannya

Susu pediasure memang dikenali ramai sebagai makanan tambahan yang membantu anak kita memperoleh nutrien dan mineral penting untuk pembesarannya.


Baca artikel ini sehingga habis & anda dijamin akan

  1. Memahami kebaikan khasiat yang ada di dalam pediasure complete.
    .
  2. Kesan sampingan yang boleh berlaku jika mengambil susu ini tanpa pengetahuan.
    .
  3. Cara mengelakkan kesan sampingan dari berlaku.
    .




Banyak betul pilihan susu formula untuk perkembangan anak kita. Klik video di bawah untuk 11 yang terbaik!


.

Faedah PediaSure Untuk Kanak-kanak.

Di sini, Ibu berikan beberapa manfaat kesihatan yang bakal diperolehi anak kita dengan pengambilannya.

1. Pertambahan berat badan.

Bagi ibu bapa yang mengalami masalah anak tidak berselera makan, sudah tentu sangat berharap selepas meminumnya akan berlaku peningkatan berat.

Susu ini dirumus khas untuk  membantu kanak-kanak kurus meningkatkan berat badan.

Sebab itu, susu ini sering disyorkan oleh pakar kanak kanak / pediatrician kepada ibu bapa untuk anak anak yang cerewet soal makan minumnya.
Bacaan menarik: Ini sebabnya susu pediasure sangat disyorkan oleh pakar kanak!

2. Membekalkan Lemak.

Bagi orang dewasa macam kita ni, dengar saja perkataan lemak mesti kita kaitkan dengan gemuk.

Tapi, bagi anak anak yang sedang pesat perkembangannya, penting untuk kita pastikan mereka mendapat bekalan lemak yang cukup setiap hari.

1 saiz hidangan pediasure comple yang disarankan mengandungi kira kira 9 g lemak yang sebahagiannya adalah lemak tepu.


3. Membekalkan tenaga.

Anak anak yang sedang membesar memerlukan banyak tenaga untuk belajar dari persekitarannya.

Tapi, kalau mereka kurang selera makan macam mana nak bertenaga?

Sebab itu, setiap gelas susu 54 ml membekalkan sebanyak 240 kalori kepada anak kita.

Selain itu, terdapat beberapa pilihan rasa yang enak, seperti vanila dan coklat. Rasanya yang sedap pasti digemari anak anak.


4. Mengandungi Vitamin dan mineral penting.

Kita semua tahu buah, sayur mengandungi vitamin & mineral yang bagus untuk kesihatan anak.

Tapi, nak mengajar mereka makan makanan ini memang mencabar.

Apatah lagi jika anak kita ni memilih makan. Segelas pediasure mempunyai khasiat yang diperlukan anak kita. Sekurang kurangnya kita usaha beri mereka susu ini setiap hari untuk pastikan mereka dapat zat secukupnya.


5. Sumber Protein.

Badan manusia memerlukan protein setiap hari untuk membina sel baru & memulihkan kerosakan.

Nutrien ini sangat penting dalam membantu anak kita untuk mendapatkan tenaga dan mencapai jisim otot yang diingini.

Setiap hidangan PediaSure mengandungi 7 g protein yang terdiri dari asid amino penting, yang membantu dalam proses pertumbuhannya.


Tamat senarai.


Ok, sekarang ni kita dah maklum kebaikan susu ni.

Tapi, betul ke semuanya bagus saja?

Tak juga.

Sebab, kalau salah gaya boleh bawa mudarat juga.

Di bawah ini Ibu kongsikan beberapa keadaan yang boleh menyebabkan mudarat kepada anak kita selepas mengambil susu ini.


3 Kesan sampingan pengambilan Pediasure secara salah & cara mengatasinya!

kesan sampingan susu pediasure complete

1. Mengganggu rutin diet anak kita.

Salah satu kerisauan utama kita selepas menggunakan produk ini ialah anak kita semakin kurang makan makanan lain.

Walaupun pediasure boleh membantu membekalkan khasiat kepada anak kita, elakkan ia menjadi sumber utama anak mendapat keperluan nutrisinya.


Cara mengatasi: 

Usaha juga berikan anak kita makanan berkhasiat seperti buah, sayur & ayam.

Jadikan pediasure sebagai pelengkap saja.



2. Alahan pada Susu.

Sebelum kita memberi susu ini pada anak, perlu kita pertimbangkan sama ada anak kita ada alahan pada produk tenusu atau tidak.

Ini kerana bahan pediasure ada dari sumber tenusu yang boleh menyebabkan anak kita menghadapi masalah pencernaan.

Malah tindak balas alahan seperti ruam kulit, gatal-gatal, loya, boleh timbul selepas mengambilnya.


Cara mengatasi:

Dapatkan nasihat doktor sebelum menggunakan produk ini. Selepas itu, cuba dapatkan sampel percuma dan cuba dahulu dalam kuantiti kecil.

Kalau tak ada masalah boleh teruskan. Sebaliknya, berhenti segera jika ada tanda tanda alah.



3. Kandungan gula berlebihan.

Walaupun anak kita memerlukan tenaga yang banyak, ini tidak bermakna kita boleh berikan makanan & minuman manis tanpa kawalan.

Susu ini mengandungi gula yang boleh menyebabkan kanak kanak obes jika diambil secara tidak sihat.


Cara mengatasi:

Bancuh susu ini berdasarkan sukatan yang dicadangkan di belakang tin / kotak. Jangan bancuh susu ini melebihi had yang ditetapkan.



Kesimpulan.

Walaupun susu pediasure ni boleh membantu mak ayah yang mempunyai anak kurang selera makan.

Namun harus diingat, kita perlu gunakan juga dengan cermat & dengan kawalan.

Barulah anak kita dapat manfaat dari wang yang kita belanjakan.

Sekiranya anda pernah menggunakan pediasure complete untuk anak anak, dan ingin berkongsi pengalaman. Ruangan komen terbuka luas untuk kita manfaatkan.

Dapat jadi rujukan mak ayah lain. Dapat pahala & sebarkan kebaikan.

Semoga sama sama dapat kebaikan. Jumpa lagi.

Assalamualaikum Wrmbth.