Susu Pediasure Complete Malaysia. Review Harga, Kebaikan & Sample Free!

Alahai, cerewetnya anak ibu ni. Dah macam macam resepi di cuba, macam tu juga!
Ibu pasti, kita semua akan mengalami 1 keadaan. Anak yang dulu aktif dalam rahim semasa hamil, montel dan gebu selepas lahir. Kini semakin membesar dan aktif bermain.

Masalahnya, kuat sangat main sampai tak nak makan. Apa kita nak buat? Ramai kata Pediasure ni bagus. Teruskan membaca hingga habis.

Insyaallah akan jumpa jawapannya.


susu pediasure complete malaysia




Review Susu Pediasure. Susu formula terbaik untuk anak yang cerewet makan! Usaha tambah berat badan.




Salah satu fasa paling penting dalam tahun tahun pertumbuhan anak adalah semasa mereka berumur 1 hingga 10 tahun. Dalam tempoh ini, kanak-kanak mengalami peningkatan ketara dalam perkembangan fizikal dan minda. 

Jika anak kita seorang yang cerewet dalam pemakanan, ini boleh menyebabkan kekurangan khasiat pemakanan yang boleh menjejaskan pertumbuhan mereka. 


Pertumbuhan dan perkembangan yang ideal hanya berlaku dengan pemakanan yang mencukupi. Susu pediaSure di keluarkan oleh syarikat Abbott.


Bacaan menarik: Susu formula terbaik untuk bayi!
Banyak betul pilihan susu formula untuk perkembangan anak kita. Klik video di bawah untuk 11 yang terbaik!


.
Ia telah di gunakan oleh ibu ibu di lebih dari 80 negara untuk membantu anak anak mereka memperolehi khasiat yang mencukupi dari pemakanan mereka.

Susu pediasure complete adalah suplemen pemakanan yang menyediakan pemakanan yang lengkap dan seimbang untuk kanak-kanak dari umur 1 hingga 10 tahun.


Peringkat usia ini adalah di mana perkembangan pesat dan perkembangan fikiran anak kita berlaku. 



susu pediasure complete untuk anak


Kebaikan Susu Pediasure untuk anak kita.

Susu Pediasure telah diformulasikan secara saintifik untuk menyediakan 100% atau lebih keperluan protein, 25 vitamin & mineral yang diperlukan untuk pertumbuhan dan pembesaran anak kita sekiranya diambil dalam kuantiti yang sesuai. Semestinya susu formula terbaik untuk tambah berat anak kita.




Ia juga mengandungi FOS, probiotik dan minyak MCT (Medium chain triglicerides). Pediasure juga mengandungi nutrien seperti Taurine, Choline dan Omega 3 & 6 untuk menyokong perkembangan minda.


Pediasure telah diformulasikan secara saintifik untuk membantu meningkatkan ketinggian, berat badan dan mengurangkan bilangan hari anak kita tidak sihat. 


Susu ini juga bebas laktosa. Jadi tak perlu risau tentang alahan susu.

Bacaan menarik: Ini kelebihan susu pediasure jika diambil dengan betul. Sebaliknya, elakkan kesan sampingan jika salah beri!



kelebihan susu pediasure complete
Anak anak terlalu lasak dan tak mahu makan? Pening kepala den!


Macam mana nak tahu Susu Pediasure sesuai untuk anak kita?

Pediasure Complete diformulakan dengan Sistem Sure3, satu formula Lengkap menyediakan pemakanan lengkap untuk kanak-kanak berusia 1 hingga 10 tahun untuk membantu kanak kanak yang cerewet membesar seperti kanak kanak lain.

Hasil dari carian yang Ibu lakukan, laman web pengeluar susu ini memberikan beberapa kumpulan kanak kanak yang sesuai menggunakan produk ini iaitu:
  1. Kurang selera. Kalau makan pun sangat sedikit.
  2. Hanya makan beberapa jenis makanan.
  3. Makan hanya beberapa jenis buah-buahan dan sayur-sayuran
  4. Enggan mencuba makanan baru.
  5. Jarak waktu makan yang lama.
  6. Aktif dalam aktiviti fizikal
  7. Memerlukan makanan ringan atau suplemen yang berkhasiat
  8. Alah kepada laktosa.


pengalaman menggunakan susu pediasure complete

Pengalaman menggunakan susu pediasure untuk anak cerewet makan.

Anak sulung Ibu sangat cerewet soal makan. Jadi, memang harapkan sangat zat yang di perolehi dari susu yang di minumnya.

Sebelum ibu beli susu pediasure ni, ramai mak mak di luar sana yang telah memberikan anak mereka susu ini berkongsi beberapa perubahan ketara.


Antaranya ialah

  • Anak dah jarang tak sihat.
  • Selera makan ada perubahan.
  • Berat badan bertambah.
  • Anak tak sembelit dan mudah membuang.

Nak kata percaya atau tidak tu, kena cuba dululah kan. Selepas mencuba tin pertama.

Memang betul ada perubahan yang ketara juga. Seperti

  • Anak ibu memang betul jarang demam dan selesema. Walaupun makanan biasa jarang ambil. Harapkan susu je.
  • Selera makan tu tak ketara sangat, tapi kalau nak di bandingkan dengan sebelum minum pediasure. Memang ada perubahan.
  • Apabila selera dah ada, dan zat pun cukup dari susu. Boleh nampak badan makin berisi, rusuk tu tak ketara tulangnya. Muka pun macam makin bulat.

    Taklah gemuk budak ni minum susu ni. Tapi, bila angkat, kalah 2 guni beras. Memang  terasa berat tu. Tak dapatlah nak kendong kendong dia lagi lama lama. Hehe.
  • Sebelum ni minum susu lain, kadang kala memang nampak seksa anak Ibu nak buang air besar. Sebab sembelit. Sejak minum pediasure, kurang sangat dah.
Itu perubahan yang Ibu perasanlah. Boleh kata, pengalaman dan testimoni mak mak lain tu banyak betulnya.

Sebab anak Ibu pun dapat hasil yang mirip. Bagus bagus pun susu ni. 

Berapa harganya?



Harga susu pediasure complete 2018 / 2019?


Susu jenama ni tergolong dalam kategori premium juga. Tak percaya cuba tengok harga.

Cuma, kalau kita ada kemampuan dari segi ekonomi. Berbaloi untuk beri anak kita susu mahal ni.



Berapa harga susu pediasure di Malaysia?

Dari tinjauan harga yang Ibu buat pada 26 Jun 2018, harga pediasure complete di Malaysia dalam julat harga di bawah.

  • Pediasure 600g, dalam kotak berharga RM47
  • Pediasure 1.8kg, dalam kotak berharga RM152
  • Pediasure 850g, dalam tin berharga RM72
  • Pediasure 1.6kg, dalam tin berharga RM140

Harga di atas ini pasti berubah, boleh jadi lagi murah atau lagi mahal. Nak dapat tawaran terbaik pastikan kita bandingkan harga dulu.

Sekiranya anda mahu tahu harga terkini susu ini, boleh baca entri di bawah.
Bacaan menarik: Harga susu pediasure terkini.


Jenis susu pediasure di pasaran. Ada berapa perisa?


Semasa kami masih memberikan susu kepada anak sulung, hanya ada 2 jenis perisa.

Iaitu vanilla dan coklat. Ibu hanya berikan susu perisa vanila kepada anak kerana nak elakkan dia tak minum susu putih kemudian hari.

Ya lah kan. Kalau dah sedap minum coklat, susu putih mana nak pandang lagi kan.

Sekarang ni dah ada perisa baru. Madu. 

Dah makin banyak pilihan.



Kandungan susu pediasure & bagaimana ia membantu anak kita?


Susu ini kaya dengan banyak khasiat yang mempunyai banyak manfaat kepada si manja. Antaranya ialah:


1. Kompleks Protein Triple Baru

3 sumber protein - pati protein susu, pati protein whey dan isolat protein soya. Produk ini menyediakan campuran saintifik asid amino yang seimbang dan penting untuk menyokong pertumbuhan dan perkembangan anak anak.


2. Campuran Karbohidrat Lanjutan.

Mempunyai pelbagai jenis karbohidrat berbeza untuk menggalakkan pencernaan dan penyerapan yang maksimum bagi pembebasan tenaga seimbang.


3. Profil Lemak Unik & MCT (dengan DHA & AA)

Menyokong penyerapan nutrien dan perkembangan minda.


4. Pemakanan Lengkap Kanak-Kanak

PediaSure complete memenuhi atau melebihi 100% daripada US Dietary Reference Intakes (DRIs) untuk protein, 25 vitamin dan mineral penting.
  • 1000ml untuk kanak-kanak berusia 1-8 tahun.
  • 1500ml untuk kanak-kanak berumur 9-13 tahun.

5. Mengandungi FOS.

Susu ini mengandungi FOS, serat makanan yang tidak dapat dicerna yang merupakan makanan pilihan bakteria yang baik.


6. Sumber kultur hidup.

Ia juga mengandungi kultur hidup Bifidobacterium lactis dan L.acidophilus, yang merupakan bakteria baik yang membantu memperbaiki sistem usus.


7. Kaya tenaga.

Mengandungi 50% lebih banyak kalori daripada susu biasa untuk memberikan tenaga tambahan untuk membesar kanak-kanak. (Ketumpatan Kalori - 1 kcal setiap 1 ml).

Anak anak tak perlu risau pasal kencing manis. Kita ni lain, maklumlah usia dah meningkat kan. 


8. Tiada kandungan laktosa & gluten.

Bebas daripada laktosa dan gluten. Ini membuatkan ia sesuai untuk kanak-kanak yang tidak toleran laktosa, tetapi tidak digalakkan untuk kanak-kanak yang mengalami galaktosemia.

Nak tahu lebih lanjut tentang kandungan susu ini? Teruskan di bawah.

Bacaan menarik: Kandungan susu pediasure yang membantu anak kita mencukupkan keperluan badannya!


Halal ke susu pediasure?

Susu ini di perakui halal oleh badan halal berautoriti di Singapure.


susu pediasure halal singapura


Jangan salah bancuh, Membazir! Ini sukatan pediasure dan cara penyediaan yang betul.

Penting sangat untuk kita sediakan susu pediasure menurut cara yang betul. Sebab apa?

Dalam susu ini terdapat kultur hidup dan khasiat lain yang sensitif suhu seperti vitamin. Sebab itu, kita wajib gunakan air yang tak terlalu panas. Barulah kultur dan vitamin ini selamat dan sihat. Hehe.

Menurut panduan yang di berikan sendiri oleh Abbot, cara menyediakan susu pediasure complete yang betul adalah seperti di bawah.
  1. Cuci tangan kita dengan sebersihnya sebelum menyediakan susu.
  2. Basuh juga botol susu dan perkakas penyediaan susu sebaiknya.
  3. Gunakan air mendidih yang telah di sejukkan dan kini suam suhunya. Anggaran suhu air 35 darjah celsius ke bawah, tuang 190ml air ke dalam bekas / botol susu.
  4. Masukkan 5 sudu susu pediasure ke dalam air suam dan bancuh hingga larut.
  5. Susu ini sedia di minum anak kita. 
  6. Sekiranya susu tak habis selepas 1 jam, di sarankan untuk buang.
Dari pengalaman Ibu sendiri, kalau gunakan sukatan diatas anak minum tak habis. Jadi Ibu buat ikut kemampuan anak.

Kan sayang buang susu. Membazir.




Kekurangan menggunakan susu ini?

Dari pengalaman lepas, satu perkara yang sering menyusahkan kami ialah susah nak dapat bekalan susu ni.

Susu kerap habis. Terutama sekali perisa vanila. Dan tak banyak kedai yang menjual pediasure.


Mungkin sebab memang harganya lebih mahal dari susu lain.


Jadi, bila balik kampung tu wajib bawa susu lebih. Dan kalau cari punya cari, dan bernasib baik jumpa. Harga dia mak aih, mahalnya.


Memang harga susu ni dah mahal. Tapi dalam kes ni, jauh lagi mahal dari biasa.


Tapi bila dah mustahak macam ni, nak tak nak kena juga beli.




Cara dapat sample susu pediasure! Jangan beli sebelum minta sampel.

Ramai ibu dan ayah berkira kira untuk mencuba susu ini kerana harganya yang mahal. Jadi, nak memastikan susu ini di minum anak kita sepenuhnya minta sample susu.

Cara nak dapat sample senang saja. Masuk ke laman web Abbot Malaysia dan cari bahagian free sample.

Berikan maklumat yang diperlukan. Bila susu dah sampai boleh cuba. Kalau anak serasi, bolehlah beli terus.

Ini dapat elakkan kita dari membazir.



Akhir kata.

Mempunyai anak yang cerewet dalam pemakanan harian memang mencabar. Kita sebagai ibu memang akan risau, terutama sekali jika anak kita selalu demam dan tak sihat.

Lepas tu berat badan tak naik. Ringan je nak angkat. Sedih rasa hati.

Kalau kita mengalami masalah ini, boleh pertimbangkan untuk cuba susu pedia sure complete. Ibu sendiri dah cuba pada anak sulung dan dapat hasil yang memuaskan.

Sampai juga kita ke hujung artikel. Jika anda semua ada pendapat atau nak kongsikan pengalaman menggunakan pediasure. Boleh isikan di ruangan komen di bawah.

Terima kasih Ibu ucapkan kerana baca sampai habis. Jumpa lagi.
Susu Pediasure Complete Malaysia. Review Harga, Kebaikan & Sample Free! Reviewed by Ibu Syurga on Ogos 11, 2019 Rating: 5
All Rights Reserved by Ibu Syurga © 2017 - 2020

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Dikuasakan oleh Blogger.