Ramai wanita beli produk kecantikan tapi kulit jadi makin tak cantik, sampai malu nak jumpa orang. Sabun susu kambing bantu kulit kelihatan lebih cantik berseri.
Susu kambing memang banyak khasiatnya. Tak kira untuk luaran, mahupun dalaman.
Apatah lagi, ia dari sumber semulajadi & bebas bahan kimia. Tak perlu risau tentang kesan sampingan jangka panjang untuk kesihatan.
Ibu dah gunakan produk berasaskan susu kambing ni setiap hari melebihi 3 tahun. Sangat berpuas hati dengan hasilnya.
Ibu faham ramai diluar sana risau betul ke produk ni berkesan. Kita kan berhak untuk tampak lebih cantik & sihat setiap hari. Semoga artikel ini membantu menjawab soalan yang bermain di hati tu.
Selepas membaca artikel ini, anda dijamin akan
Memahami khasiat susu kambing untuk kecantikan luaran. .
Cara memilih produk berasaskan susu kambing yang berkesan. .
Kita mulakan dengan menjawab soalan paling penting.
Iaitu,
9 Khasiat sabun susu kambing untuk kecantikan kulit.
Ramai orang masih mencuci kulit mereka dengan sabun yang berasaskan air.
Selepas ini bolehlah kita mencuba pula sabun yang dibuat dari susu kambing mentah.
Ini kerana sabun susu kambing sebenar sangat baik untuk orang yang mempunyai kulit kering atau sensitif.
Ia juga sesuai untuk memelihara kulit yang sihat & nampak awet muda.
Di bawah ini Ibu kongsikan khasiat yang terkandung dalam susu kambing sehingga sabunnya bagus untuk kecantikan.
1. Asid Alpha Hydroxy.
Susu kambing mengandungi asid alpha-hydroxy seperti asid laktik yang membantu menghilangkan sel-sel kulit mati dari permukaan kulit anda.
Menggunakannya secara konsisten akan membantu menanggalkan sel-sel lama di permukaan kulit. Sel baru akan tumbuh menggantikan sel mati menyebabkan kulit tampak licin dan kelihatan muda.
Asid alpha-hydroxy sangat berkesan kerana ia memecahkan ikatan yang memegang sel kulit mati.
Kalau kita bandingkan dengan sabun biasa berasaskan air, kebanyakannya mempunyai kandungan bahan kimia yang keras pada kulit menyebabkan kerosakkan pada kulit.
2. Lemak / Krim.
Sabun yang bagus mengandungi lemak untuk melembapkan kulit.
Susu kambing asli mengandungi krim yang meningkatkan kemampuannya dalam membekalkan lembapan kepada kulit.
Ini sangat bagus untuk mereka yang mempunyai kulit kering. Apatah lagi bagi wanita yang bekerja di dalam pejabat. Angin dingin dari pendingin hawa boleh memburukkan lagi masalah kulit kering.
Kelebihan menggunakan sabun susu kambing berbanding sabun biasa ialah ia tidak mengeringkan kulit dengan melembabkannya secara semula jadi & menjadikannya lebih sihat.
3. Vitamin A.
Susu kambing mengandungi banyak vitamin, terutama sekali kandungan Vitamin A yang sangat tinggi.
Vitamin A diperlukan badan kita untuk memperbaiki tisu kulit yang rosak, dan mengekalkan kulit yang sihat.
Kajian sains membuktikan penggunaan krim yang mempunyai Vitamin A akan mengurangkan garis dan kedut dan mengawal jerawat.
4. Vitamin B6 & B12.
Membantu menangani masalah jerawat, kulit tidak sekata, kedutan & kekeringan.
5. Vitamin C.
Membantu menyongsangkan kerosakan DNA & meneutralkan radikal bebas.
6. Vitamin D.
Mustahak untuk pertumbuhan sel kulit, pemulihan luka & mengekalkan kesihatan perlindungan kulit.
7. Trigliserida.
Sejenis anti oksida yang membaiki & melindungi kulit.
8. Selenium.
Susu kambing mengandungi mineral penting untuk kulit seperti selenium. Mineral ini dipercayai oleh mempunyai peranan penting dalam mencegah kanser kulit. Ia juga boleh membantu mencegah kerosakan kulit dari akibat dari pendedahan berlebihan di bawah sinar matahari.
9. Kalsium.
Melindungi kulit dari kedutan halus & kulit kering. Ok, sekarang kita dah jelas tentang khasiat susu kambing.
Macam mana pula caranya nak cari produk berasaskan susu kambing yang benar benar berkesan?
Tak susah pun sebenarnya, ikuti 3 langkah di bawah.
Ikuti tips di bawah ni dan risiko untuk tersalah pilih produk akan berkurangan.
Pastikan produk yang kita beli dah berada lama di pasaran. Paling tidak pun mesti dah 5 tahun. . Biasanya, produk berkualiti mesti dipercayai jenamanya. . Elakkan mencuba produk baru yang mungkin "terlebih hype". Produk sebegini biasanya bermusim. Tak lama lagi hilanglah tu. .
Semak label kandungan produk, pastikan susu kambing termasuk dalam senarainya. . Senarai bahan mentah ini disusun dari bahan yang paling banyak, dan disusuli dengan produk yang sedikit. . Ada produk yang kononnya menggunakan susu kambing, tapi bila disemak, bahan ni ada di hujung sekali. . Maknanya sangat sedikit sekali kandungan susunya. .
Jangan percaya testimoni yang diberikan bulat bulat. . Testimoni boleh dibuat buat. Mungkin tak tepat pun. Ada juga testimoni yang berbayar. . Sesetengah pengeluar produk, mengeluarkan bajet pemasaran kepada blogger dan "social media influencer" kerana pengaruh mereka. . Testimoni sebegini tak tepat pun. . Kita sebagai pengguna, berhati hatilah. Jadi lebih bijak. .
Tiap kali nak beli produk baru, walau dah teruja mana pun ambil masa bertenang dulu. Dan pertimbangkan 3 soalan di atas. Produk produk ini cukup bijak memanipulasi emosi kita. Akal logik kita mungkin dah sedar produk ni tak betul pun. Tapi kita masih juga berharap ia boleh memberikan kesan hebat.
Kesimpulan.
Memang banyak khasiat susu kambing untuk kesihatan kulit. Tapi, kita sebagai pengguna patut jadi lebih bijak. Perlu pandai bezakan mana kaca dan mana berlian. Semoga tips yang Ibu berikan kepada anda semua mendatangkan manfaat. Sekiranya anda teringin nak kongsi pengalaman, ataupun pandangan boleh titipkan di ruangan komen. Sama sama kita dapat pahala percuma. Sama sama dapat manfaat. Insyaallah. Jumpa lagi, Assalamualaikum Wrmbth.
Seorang ibu yang sangat suka membaca sebagai bekalan untuk membesarkan 2 orang anak lelakinya. Gemar berkongsi info keibubapaan & pemakanan anak anak seperti susu formula & tempat menarik di Malaysia untuk percutian keluarga yang indah. Beliau merupakan penyumbang tetap di page Facebook Ibu Bijak Keluarga Sihat & aktif menulis di blog Ibusyurga.blogspot.com. Telah mengarang lebih 300 artikel berkualiti sepanjang 10 tahun berkecimpung dalam penulisan blog. Beliau boleh dihubungi di alamat emel ummbaraqah@gmail.com
Selepas membaca artikel ini, anda dijamin akan
.
.
9 Khasiat sabun susu kambing untuk kecantikan kulit.
1. Asid Alpha Hydroxy.
2. Lemak / Krim.
3. Vitamin A.
4. Vitamin B6 & B12.
Membantu menangani masalah jerawat, kulit tidak sekata, kedutan & kekeringan.5. Vitamin C.
Membantu menyongsangkan kerosakan DNA & meneutralkan radikal bebas.6. Vitamin D.
Mustahak untuk pertumbuhan sel kulit, pemulihan luka & mengekalkan kesihatan perlindungan kulit.7. Trigliserida.
Sejenis anti oksida yang membaiki & melindungi kulit.8. Selenium.
Susu kambing mengandungi mineral penting untuk kulit seperti selenium.Mineral ini dipercayai oleh mempunyai peranan penting dalam mencegah kanser kulit.
Ia juga boleh membantu mencegah kerosakan kulit dari akibat dari pendedahan berlebihan di bawah sinar matahari.
9. Kalsium.
Melindungi kulit dari kedutan halus & kulit kering.Ok, sekarang kita dah jelas tentang khasiat susu kambing.
Tak susah pun sebenarnya, ikuti 3 langkah di bawah.
Ikuti tips di bawah ni dan risiko untuk tersalah pilih produk akan berkurangan.
.
Biasanya, produk berkualiti mesti dipercayai jenamanya.
.
Elakkan mencuba produk baru yang mungkin "terlebih hype". Produk sebegini biasanya bermusim. Tak lama lagi hilanglah tu.
.
.
Senarai bahan mentah ini disusun dari bahan yang paling banyak, dan disusuli dengan produk yang sedikit.
.
Ada produk yang kononnya menggunakan susu kambing, tapi bila disemak, bahan ni ada di hujung sekali.
.
Maknanya sangat sedikit sekali kandungan susunya.
.
.
Testimoni boleh dibuat buat. Mungkin tak tepat pun. Ada juga testimoni yang berbayar.
.
Sesetengah pengeluar produk, mengeluarkan bajet pemasaran kepada blogger dan "social media influencer" kerana pengaruh mereka.
.
Testimoni sebegini tak tepat pun.
.
Kita sebagai pengguna, berhati hatilah. Jadi lebih bijak.
.
Tiap kali nak beli produk baru, walau dah teruja mana pun ambil masa bertenang dulu.
Dan pertimbangkan 3 soalan di atas. Produk produk ini cukup bijak memanipulasi emosi kita. Akal logik kita mungkin dah sedar produk ni tak betul pun.
Tapi kita masih juga berharap ia boleh memberikan kesan hebat.
Kesimpulan.
Memang banyak khasiat susu kambing untuk kesihatan kulit. Tapi, kita sebagai pengguna patut jadi lebih bijak.Perlu pandai bezakan mana kaca dan mana berlian.
Semoga tips yang Ibu berikan kepada anda semua mendatangkan manfaat.
Sekiranya anda teringin nak kongsi pengalaman, ataupun pandangan boleh titipkan di ruangan komen.
Sama sama kita dapat pahala percuma. Sama sama dapat manfaat.
Insyaallah. Jumpa lagi, Assalamualaikum Wrmbth.
Beliau merupakan penyumbang tetap di page Facebook Ibu Bijak Keluarga Sihat & aktif menulis di blog Ibusyurga.blogspot.com. Telah mengarang lebih 300 artikel berkualiti sepanjang 10 tahun berkecimpung dalam penulisan blog. Beliau boleh dihubungi di alamat emel ummbaraqah@gmail.com
Ulasan