Lavender Garden 2019! Wah cantiknya! Lokasi best untuk bercuti

Cantiknya ladang bunga lavender di luar negara tu kan? Mujurlah di Malaysia pun ada. Tak perlu pergi jauh pun!
Lavender garden cameron highland

Bunga yang berwarna ungu ini mempunyai haruman yang menenangkan perasaan.

Cukup sesuai untuk mereka yang penat bekerja & mencari kerehatan semasa bercuti.

Hari ini Ibu nak kongsikan tempat menarik di Cameron yang menjadi tumpuan ramai.



Cameron Highland memang banyak tempat menarik. Tekan butang play & tonton video di bawah. Lagi senang!
.


.


Baca artikel tentang Lavender Garden hingga habis & anda dijamin akan


  1. Mendapat info penting tentang harga tiket, masa operasi & tips sebelum melawat taman ini.
    .
  2. Mengetahui review baik & buruk dari pelancong yang menhunjungi taman ini.
    .
  3. Melihat gambar permandangan menarik yang bakal anda nikmati sendiri selepas menjejakkan kaki ke mari.
    .
Tanpa membuang masa, kita mulakan segera.





Lavender Garden, Taman bunga Cameron Highland yang anda teringin nak pergi selama ini.

Jika kita berhasrat ke sini, daripada lebuhraya PLUS. Terdapat 2 jalan keluar untuk pilihan. Iaitu

  1. Tapah
    .
  2. Simpang Pulai
    .
Ibu syorkan keluar ikut susur Simpang Pulai. 

Walaupun jarak pemanduan menjadi lebih jauh, tetapi ikut pengalaman Ibu jalan ini lebih lapang & mudah sampai ke Lavender Garden jika di bandingkan dengan Tapah.
Bacaan menarik: Banyak lagi destinasi menarik di Cameron Highland untuk bercuti! Ini 10 terbaik untuk pilihan anda.

Di bawah ini Ibu sertakan lokasi destinasi menarik ini.


Alamat: 
  • Taman Tringkap, 39100 Brinchang, Pahang
Waktu perniagaan: 

  • Sabtu 9:00PG–7:00 malam
  • Ahad 9:00PG–7:00 malam
  • Isnin 9:00PG–6:00 petang
  • Selasa 9:00PG–6:00 petang
  • Rabu 9:00PG–6:00 petang
  • Khamis 9:00PG–6:00 petang
  • Jumaat 9:00PG–7:00 malam

Telefon:

  •  05-496 1208
lavender garden cameron highland taman bunga

Berapa harga tiket masuk Taman Lavender Garden?

Harga terkini tiket masuk pada bulan Disember 2018 adalah seperti berikut.
  • Bagi 1 orang dewasa RM10
    .
  • Bagi kanak kanak RM7
    .

Apa aktiviti menarik yang boleh di lakukan di Lavender Garden?

Kebanyakan pelawat biasanya menghabiskan 1 jam di sini untuk menangkap gambar, dan menikmati permandangan ladang bunga yang cantik.

Ladang lavender ini memang ramai pengunjung, dari awal pagi selepas ia di buka memang dah ramai tunggu.

Dan waktu puncak biasanya dari jam 11 pagi sampai jam 2 petang.

Ibu rekemen kalau nak singgah sini, datang awal pagi atau dah petang sikit.

Bolehlah tangkap gambar tanpa gangguan pelawat yang terlalu ramai. Pernah kan ada pengalaman tengah posing nak ambil gambar, boleh pula ada orang lalu depan kamera.

Memang tak syok kan? Sebab tu penting untuk pergi pada waktu yang tepat.

Kalau nak jalan jalan di cameron highland, sebolehnya elakkan hujung minggu & musim cuti persekolahan.

Anda akan banyak buang masa atas jalan raya sebab sesaknya tak ingat.

Lagipun ada aiskrim lavender & banyak lagi makanan dihidangkan disini. Harga agak mahal, murah lagi makan makanan yang sama di Kampung Taman Sedia & juga Big red strawberry farm.

Review pengunjung Cameron Lavender Garden?


Tempat ini memang top 10 wajib dikunjungi. Sebab daripada 4,177 ulasan pelancong yang mengunjunginya, dapat mata setinggi 4 dari 5 bintang.

Dah lah kena bayaran masa nak masuk kan, lepas tu kena daki tangga lagi sampai ke atas, parking pun susah dapat.

Tapi masih dapat markah tinggi macam ni.


review lavender garden


Nak tahu apa kata pelanggan yang puas hati? Baca link di bawah.
Bacaan menarik: Testimoni pelancong yang memberikan 5 bintang selepas melawat Cameron Highland Lavender Garden!
Pun begitu, tak akan ada tempat yang sempurna.

Mesti ada juga kelemahan yang boleh diperbaiki untuk keselesaan pelancong yang datang melawat. 


Di bawah ini Ibu berikan pula luahan hati pelancong yang rasa tak berbaloi ke sini.
Bacaan menarik: Ada juga pelawat yang berikan markah 1 bintang selepas melawat Lavender Garden! Baca sekarang untuk tahu sebabnya.


Gambar permandangan taman bunga menarik di Taman Lavender.


Cerita panjang pun, takkan sama jika dibandingkan dengan melihat sendiri dengan mata sendiri.

Banyak gambar menarik untuk tatapan anda.
Bacaan menarik: Lihat gambar bunga bungaan menarik yang terdapat di Lavender Garden disini!

Ibu asingkan gambar gambar ini dalam artikel berbeza supaya loading lebih cepat.

Tak adalah anda lama menunggu.


Kesimpulan.

Sekiranya anda merancang untuk melawat taman ini, dan telah membaca panduan ini sehingga habis.

Pasti akan nampak gambaran penuh lawatan ke sini.

Jadi, terpulang pada kita nak nilai baik & buruknya sama ada berbaloi atau tidak.

Sekiranya anda ada sebarang soalan, nak kongsi pengalaman & cerita mengenai kunjungan anda ke taman ini. Ruangan komen terbuka luas untuk anda.

Boleh jadi panduan rakan rakan lain, dapat pahala percuma.

Kita tolong orang musafir kan. Doa mereka pun makbul. Sama sama kita memberi manfaat kepada orang lain.

Dan menjadi ibu bijak yang dikasihi anak anak & keluarga. Berkasih sayang hingga ke syurga.

Insyaallah, Assalamualaikum Wrmbth.