Gambar menarik di Lavender Garden Cameron Highland

Apalah yang seronok sangat di Lavender Garden? Lawa sangat ke taman bunga ni? Dah lah kena bayar untuk masuk!
Gambar menarik di Lavender Garden Cameron Highland

Bagi anda yang merancang bercuti di Cameron Highland, tak kiralah untuk bawa keluarga & anak anak semasa cuti sekolah.

Atau jalan jalan dengan kawan, Ibu pasti mesti ada yang sedang mempertimbangkan melawat taman lavender.


Jadi, kali ini Ibu nak kongsi gambar gambar menarik disini. 


Belek belek artikel ini hingga ke hujung & anda dijamin akan

  1. Tahu apa aktiviti menarik yang boleh dilakukan di taman bunga ternama ini.
    .
  2. Makanan apa yang wajib dicuba semasa berada disini.
    .
  3. Mencuci mata dengan gambar keindahan kebun bunga.
    .
Tanpa membuang masa, kita mulakan dengan segera.

Gambar suasana di Cameron Highland Lavender Garden.

Gambar menarik di Lavender Garden pelangi

Cuaca di tanah tinggi agak berbeza dengan kawasan lain Malaysia. Suhunya lebih sejuk & mirip dengan cuaca di negara beriklim 4 musim.

Cameron Highland bertuah kerana tanahnya yang subur & kegiatan pertanian yang pesat menjadikannya kawasan terbaik untuk bunga luar negara tumbuh segar di sini.

Jika anda merancang ke mari, Ibu rekemen pergi awal pagi dari jam 9 hingga ke jam 10 kerana pengunjung belum ramai.

Di bawah ini Ibu kongsikan gambar parking kereta, waktu senggang & waktu puncak.


Gambar menarik di Lavender Garden parking kosong
Ini waktu lapang, orang tak ramai. Senang nak parking.


Gambar menarik di Lavender Garden parking penuh
Ini pula waktu puncak, nampak tak susunan bas yang menunggu & deretan kereta tu. Azab!

Tambahan lagi, senang nak letak kereta, jalan pun belum sesak.

Waktu puncak elok jangan pergi sebab ramai sangat.

Biasanya hari isnin sampai khamis lengang sikit. Hujung minggu jangan ceritalah, jam 10 pagi pun dah penuh. Apatah lagi cuti sekolah. Hari hari ramai orang.

Dan rata rata pengunjung habiskan masa 1 jam di sini.

Tempat letak kereta tak berbayar, parking ikut suka. 
Bacaan menarik: Masih belum cukup yakin nak singgah lavender garden? Dapatkan semua info disini.

Gambar taman bunga cantik sekitar Lavender Garden.

Antara kelebihan taman ini ialah, hiasannya berubah mengikut hari perayaan kaum di Malaysia.


Gambar menarik di Lavender Garden krismas
Perhiasan bertemakan krismas.


Gambar menarik di Lavender Garden laluan krismas
Nampak menarik kan?
Gambar menarik di Lavender Garden hari raya aidilfitri
Ini pula tema hari raya. Memang tak lari perhiasan ketupat tu.
 Selain perhiasan, tarikan utama disini mestilah susunan pelbagai jenis bunga yang merimbun.

Masing masing sedang mekar menguntum.

Gambar menarik di Lavender Garden bunga banyak

Gambar menarik di Lavender Garden bunga merah

Gambar menarik di Lavender Garden bunga ungu

Kalau dah bosan tangkap gambar bunga, ada juga set set yang disediakan khas untuk tangkap gambar menarik.

Contohnya di bawah ni kerusi beca tarik dengan boneka beruang panda.

Gambar menarik di Lavender Garden set tangkap gambar

Di bawah pula arca istana macam cerita dongeng di negara barat.
Gambar menarik di Lavender Garden set tangkap gambar istana

Atau nak bergambar ala retro dengan kereta antik berlatarbelakangkan kebun bunga warna warni.

Gambar menarik di Lavender Garden set tangkap gambar kereta lama

Atau boleh tangkap gambar di puncak taman ini, boleh nikmati permandangan sekitar.

Gambar menarik di Lavender Garden set tangkap gambar puncak

Di puncak ni ada disusun model rumah kincir angin yang sohor di Belanda. Kalau kebetulan kita datang masa cuaca berangin memang kincir tu berputar.
Gambar menarik di Lavender Garden set tangkap gambar kincir angin


Gambar menarik di Lavender Garden set tangkap gambar

Sebelum kita beransur pulang, mesti nak beli cenderamata untuk di jadikan kenang kenangan kan?

Ada kedai khas menjual pelbagai barangan, nak beli baju, patung, magnet peti ais, mahupun key chain.

Gambar menarik di Lavender Garden kedai cenderamata

Gambar makanan & menu mesti cuba di Lavender garden.

Selain cenderamata, cuaca sejuk disini mesti buatkan kita laparkan? Ada kedai menjual aneka kek, manisan & minuman. Cuma sebelum beli tu pastikan ada halal jakim.

Gambar menarik di Lavender Garden kafe

Tempat duduk yang selesa disediakan untuk para pengunjung menjamu selera.

Gambar menarik di Lavender Garden kafe meja makan

Antara menu wajib cuba, ais krim lavender. Rasanya macam ais krim mek dee tapi bau dan rasanya dari bunga lavender. Tak pastilah ais krim ni halal tak.

Gambar menarik di Lavender Garden ais krim lavender

Di bawah ini menu ala english, minum teh, kopi atau hot chocolate sambil menikmati pelbagai jenis pastri.

Harga makanan disini memang mahal, biasanya kalau nak makan sampai puas dengan harga lebih berpatutan Ibu akan pergi ke Kampung Taman Sedia. Penempatan orang melayu islam di Cameron. Nak makan pun hati tak was was kan sebab orang islam yang sediakan.

Tapi itu semua pilihan kita semua kan. Mencari yang halal kan fardhu bagi semua orang islam.


Gambar menarik di Lavender Garden snek panas

Gambar menarik di Lavender Garden kek strawberi

Gambar menarik di Lavender Garden menyelerakan tapi halal ke?

Kesimpulan.

Sampai juga kita di akhir artikel ini, Ibu harap sedikit sebanyak anda dapat gambaran jelas tentang pengalaman yang bakal dialami dengan mengunjungi lokasi ini.

Boleh jamu mata, mulut & perut di sini dengan mengeluarkan belanja yang mahal. Hehe.

Nama pun bercuti, memang patut keluar duit kan.

Sekiranya anda ada pengalaman menarik nak dikongsi dengan pembaca lain tentang taman lavender, boleh isikan di ruangan komen dibawah.

Dapat jadi panduan berguna untuk sahabat yang lain, ilmu bermanfaat ni dapat pahala. Senang senang je jadi bekalan untuk akhirat.

Sama samalah kita berlumba lumba memberikan manfaat, sebagai Ibu yang penyayang & dikasihi anak anak serta keluarga.

Ibu bijak yang menjadi syurga kepada keluarganya. Insyaallah.

Assalamualaikum Wrmbth.