Lazz susu kambing untuk bayi, bila usia yang sesuai menggunakannya?

Boleh ke beri Lazz susu kambing untuk bayi kita? Baca panduan ini hingga habis sebelum beli untuk elakkan pembaziran.
lazz susu kambing untuk bayi selamat ke

Kita memang sedia maklum tentang khasiat susu kambing. Iklan tentang kebaikannya boleh kita lihat setiap hari.

Tapi, sebelum kita cuba penting untuk kita tahu bahawa tak semua orang sesuai minum susu kambing.


Terutama sekali untuk bayi baru lahir.


Di bawah ini Ibu kongsikan maklumat untuk rujukan anda.


Baca artikel ini sampai hujung, Anda dijamin akan

  1. Tahu umur anak yang sesuai menggunakan susu lazz.
    .
  2. Mampu mengelakkan anda memberi susu ini sebelum waktunya.
    .


Bila masa yang sesuai untuk memberi anak kita susu kambing lazz?

lazz susu kambing untuk bayi
Gambar ini dari laman rasmi lazz.

Dari pengalaman Ibu menggunakan Lazz, susu ini memang sedap & digemari anak anak.

Ada 2 orang anak Ibu yang sedang minum susu kambing tepung setiap hari.

Yang sulung usianya 7 tahun, anak kedua pula berusia 4 tahun.

Mereka berdua dah minum susu kambing setiap hari selama hampir 4 tahun.

Dan dari bungkusan kotak susu lazz terkini, ada tertulis susu ini sesuai untuk kanak-kanak bermula 2 tahun ke atas.

Jadi, jangan beri lebih awal dari usia ini ya.

Antara khasiat yang terkandung dalam susu ini yang sangat penting untuk perkembangan anak kita ialah

  1. Kalsium , membantu pertumbuhan tulang dan gigi yang kuat
    .
  2. Vitamin B12, Diperlukan untuk penghasilan sel darah merah
    .
  3. Magnesium, menggalakkan penyerapan dan pengekalan kalsium
    .
Selain itu, penting juga untuk kita menyediakan susu ini menurut sukatan yang telah ditetapkan.

Elakkan berlebihan dari kuantiti yang dibenarkan.

Lagipun, semasa usia 2 tahun anak kita sudah pun makan pejal lain setiap hari.

Penggunaan susu kambing boleh membantu melengkapkan khasiat yang kurang dalam diet mereka. Bukan sebagai makanan utama.

Kesimpulan.

Alhamdulillah, kita kini berada di hujung perkongsian. Ibu harap perkongsian tentang jenama susu lazz untuk bayi memberikan manfaat.

Ringkasan kepada artikel ini ialah

  1. Susu lazz boleh diberikan kepada anak kita selepas mereka berusia 24 bulan / 2 tahun dan ke atas.
    .
  2. Sukatan yang betul penting untuk memastikan anak kita mendapat khasiat secukupnya untuk belajar & membesar.
    .
Jika ada ada pengalaman untuk dikongsi bersama pembaca lain untuk manfaat bersama, boleh isikan di ruang komen ya.

Insyaallah pahala percuma bagi rujukan ibu bapa yang mencari info. Insyaallah.
Dari Abu Hurairah r.a. berkata, Rasulullah Saw. bersabda: ”Apabila ‘anak Adam itu mati, maka terputuslah amalnya, kecuali (amal) dari tiga ini: sedekah yang berlaku terus menerus, pengetahuan yang di manfaatkan, dan anak soleh yang mendoakan dia.” (HR Muslim).
Jumpa lagi di lain masa. Assalamualaikum Wrmbth.







Penulis / Editor: Ibu Zaid

Seorang ibu yang sangat suka membaca sebagai bekalan untuk membesarkan 2 orang anak lelakinya. Gemar berkongsi info keibubapaan & pemakanan anak anak seperti susu formula & tempat menarik di Malaysia untuk percutian keluarga yang indah. 

Beliau merupakan penyumbang tetap di page Facebook Ibu Bijak Keluarga Sihat & aktif menulis di blog Ibusyurga.blogspot.com. Telah mengarang lebih 300 artikel berkualiti sepanjang 10 tahun berkecimpung dalam penulisan blog. Beliau boleh dihubungi di alamat emel ummbaraqah@gmail.com

1 Ulasan

Ulasan

Mama Hakim berkata…
Mujurlah mama beri susu ni dulu lepas anak anak 2 tahun ke atas. Baru tau usia yang disarankan nak cuba susu formula terbaik dari kambing ni tak boleh untuk bawah 2 tahun.