Keburukan susu kambing untuk bayi 0~12 bulan! Ini 3 sebab utama.

Anak anda alah dengan susu formula berasaskan susu lembu? Jadi, sekarang nak cuba susu kambing pula kan, baca panduan ini sebelum mula beri.
susu kambing untuk bayi

Susu terbaik untuk bayi baru lahir atau newborn adalah susu ibu. Jadi, cubalah sebaiknya untuk beri mereka selama boleh. 

Tapi atas sebab tertentu, kita terpaksa beri susu tepung kerana susu badan tak cukup atau tak keluar langsung.

Boleh jadi anak kita alah dengan susu formula biasa yang dihasilkan dari susu lembu.

Dengarnya khasiat susu kambing tak mendatangkan alahan berbanding susu lembu . Persoalannya, selamat ke? 



Dengan membaca artikel ini hingga habis, Anda dijamin akan

  1. Mengetahui panduan mudah pemberian susu terbaik kepada anak baru lahir.
    .
  2. Faham bila waktu yang sesuai untuk mula memberikan susu kambing kepada bayi.
    .
Bacaan menarik: Susu kambing terbaik untuk bayi & untuk seisi keluarga! Ini  13 jenama terbaik di Malaysia.


Panduan pemberian susu kambing untuk bayi baru lahir!


Di bawah ini Ibu berikan sedikit panduan kepada ibu bapa yang baru menimang cahaya mata dalam memilih susu yang sesuai.

  1. Kita digalakkan memberi susu ibu sekiranya anak kita yang masih bayi berusia kurang dari enam bulan.
    .
  2. Kemudian, semasa usia mereka di antara 6 hingga 12  bulan, makanan pejal dalam kuantiti kecil boleh diberikan kepada mereka.
    .
  3. Penting untuk kita teruskan penyusuan walaupun mereka telah mula makan makanan pejal. Semasa usia mereka di bawah 12 bulan, risiko untuk berlaku tindak balas alahan pada makanan yang diambil memang tinggi.
    .
  4. Jadi ambil masa untuk perkenalkan mereka & elakkan terburu buru.
    .
  5. Jika anak kita telah berusia lebih 12 bulan, ada sesetengah ibu yang menghentikan pemberian susu ibu dan mula menggantikannya dengan susu formula. Susu kambing boleh mula diberi pada usia ini.
    .
  6. Sebaiknya, teruskan susu ibu sehingga usia anak 2 tahun. Jika tidak mampu, gantikan dengan susu formula yang serasi dengan anak.
    .
  7. Kebanyakan anak yang minum susu tepung terdedah kepada risiko anemia kerana kalsium dalam susu menghalang penyerapan zat besi dari makanan.
    .
  8. Masyarakat kita mempercayai susu kambing bagus untuk anak yang mengalami demam kuning.
    .
    Bacaan menarik: Betul ke susu kambing bagus untuk bayi kuning? Atau ada cara yang lebih baik? Baca sekarang sebelum beri!
    .



Kenapa kurang sesuai beri susu kambing kepada anak berusia bawah 12 bulan?

susu kambing untuk bayi baru lahir

Serba salah rasa hati bila susu yang ingin diberi kurang sesuai dengan usia anak kita kan.

Ini kerana pemberian susu kambing kepada anak kita sebelum usia mereka 12 bulan tidak digalakkan. 

Di bawah ini ibu kongsikan sebabnya.




3 Sebab susu kambing tidak sesuai untuk baby newborn!

  1. Susu kambing mempunyai kandungan mineral natrium yang klorida dan kalium yang tinggi.
    .
    Ini akan menyebabkan beban terlalu tinggi untuk ditanggung buah pinggang anak kita yang berusia bawah 12 bulan.
    .
    Kesannya kepada anak kita ialah,  
    • Pendarahan dalam usus.
      .
    • Mengakibatkan anemia.
      .
    • Perkembangan anak kita terbantut.
      .
  2. Susu kambing juga rendah kandungan asid folik.
    .
  3. Anak kita yang masih bayi memerlukan vitamin B-12 dalam diet harian mereka.
    .
    Susu kambing mempunyai kandungan B 12 yang lebih rendah berbanding susu lembu.
    .
Sekiranya anda berada dalam situasi ini, terpaksa juga cari susu formula yang khas untuk anak bawah 1 tahun.

Lepas cukup umur setahun, boleh perkenalkan susu kambing dalam diet harian anak.

Jika dibandingkan antara susu manusia, lembu & kambing, susu kambing paling mirip kandungan khasiatnya dengan susu ibu. Tapi, kita masih perlu peka dengan kelebihan & kekurangan susu kambing sebelum menggunakannya.


Rasanya cukup 5 tanda yang boleh kita perhatikan.




Kesimpulan.


Sampai juga kita ke hujung artikel. Ibu harap perkongsian pendek ini membantu anda ya.

Ringkasan kepada artikel ini ialah
  1. Walaupun susu kambing paling mirip kepada susu manusia, ia masih kurang sesuai diberikan kepada bayi bawah setahun.
    .
  2. Ini disebabkan ia tinggi natrium, klorida & kalium. Dan rendah asid folik.
    .
  3. Kita boleh mula beri susu kambing pada mereka selepas usia 1 tahun.
    .
Dari pemerhatian Ibu, kotak kotak susu kaming tepung memang ada tulis semua ni. Ibu dah guna jenama Wildan, Lazz, dan lain lain.
Bacaan menarik: Boleh ke beri Lazz susu kambing kepada anak kita yang masih bayi? Jawab soalan ini sekarang!

Jadi, penting untuk kita baca label sebelum membeli. Barulah tak menyesal di kemudian hari.

Jika anda mahu berkongsi pengalaman & pendapat. Mahupun bertanyakan soalan, ruangan komen sentiasa terbuka untuk anda.

Dapat pahala percuma sebab dapat jadi rujukan mak ayah lain yang mencari info. Insyaallah.
Dari Abu Hurairah r.a. berkata, Rasulullah Saw. bersabda: ”Apabila ‘anak Adam itu mati, maka terputuslah amalnya, kecuali (amal) dari tiga ini: sedekah yang berlaku terus menerus, pengetahuan yang di manfaatkan, dan anak soleh yang mendoakan dia.” (HR Muslim)






Penulis / Editor: Ibu Zaid

Seorang ibu yang sangat suka membaca sebagai bekalan untuk membesarkan 2 orang anak lelakinya. Gemar berkongsi info keibubapaan & pemakanan anak anak seperti susu formula & tempat menarik di Malaysia untuk percutian keluarga yang indah. 

Beliau merupakan penyumbang tetap di page Facebook Ibu Bijak Keluarga Sihat & aktif menulis di blog Ibusyurga.blogspot.com. Telah mengarang lebih 300 artikel berkualiti sepanjang 10 tahun berkecimpung dalam penulisan blog. Beliau boleh dihubungi di alamat emel ummbaraqah@gmail.com

Keburukan susu kambing untuk bayi 0~12 bulan! Ini 3 sebab utama. Reviewed by Ibu Syurga on September 23, 2018 Rating: 5

2 ulasan:

  1. Bila kita nak beri anak anak yang baru lahir ni susu, tak boleh sembarangan kan. Sebab tu susu yang terbaik untuk bayi masih susu ibu.

    Maklumlah, dalam tu lengkap dengan khasiat, enzim hormon dan segalanya yang di perlukan bayi. Susu kambing ni, katanya susu semulajadi yang paling mirip dengan susu ibu.

    Wallahualam

    BalasPadam
  2. Susu terbaik untuk bayi tetap susu ibu. Dalam tu lengkap semua ada. Susu kambing segar rasanya tak sesuai untuk baby. Panas. Kesian baby. Cuma tak tahulah kan, masing masing punya cara

    BalasPadam

All Rights Reserved by Kasihnya Ibu Membawa Ke Syurga © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Sweetheme

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Dikuasakan oleh Blogger.