Berbaloi ke pergi pasar malam di Cameron Highland? Dah lah sesak jalannya!
Hari ini Ibu nak kongsikan salah satu daripada senarai tempat menarik yang wajib dikunjungi di tanah tinggi Cameron.
Cameron Highland memang banyak tempat menarik. Tekan butang play & tonton video di bawah. Lagi senang!
.
.
Baca panduan melawat Cameron Highland Night Market ini hingga habis & anda dijamin akan
- Tahu waktu yang terbaik untuk melawat pasar ini..
- Mengetahui barang apa yang berbaloi di beli semasa melawat tempat ini..
- Faham kelemahan tempat ini supaya boleh elakkan mengalami nasib yang sama dengan pelancong sebelum anda..
Tanpa membuang masa, kita mulakan segera.
Pasar Malam Golden Hills Cameron Highlands
Sekiranya anda baru pertama kali melawat Cameron Highland, mesti masih belum tahu tempat yang sesuai membeli buah & syuran segar disini.
Ada 2 pilihan, pasar pagi di Kea Farm, atau yang kedua pasar malam di Golden Hills.
Jika anda tak sempat mengunjungi pasar pagi kerana kesuntukan masa, pasar malam memang menanti ketibaan anda.
Di bawah ini Ibu kongsikan lokasi untuk rujukan anda.
Alamat:
- Jalan Sungai Ruil, Brinchang, 39000 Brinchang, Pahang
Waktu perniagaan:
- Khamis 2:00–10:30 malam.
- Jumaat 2:00–10:30 malam.
- Sabtu 2:00–10:30 malam.
- Ahad 2:00–10:30 malam.
- Isnin 2:00–10:30 malam.
- Selasa 2:00–10:30 malam.
- Rabu 2:00–10:30 malam.
Banyak lagi tempat best di Cameron, di bawah ini 10 tempat wajib lawat pada pandangan Ibu.
Bacaan menarik: Ini 10 lokasi wajib dilawati jika bercuti di Cameron Highland.
Waktu yang sesuai untuk melawat pasar malam?
Pasar ini sudah pun menerima kunjungan pelawat dari jam 3 petang, tapi semasa jam 7 hingga 8 malam ada waktu puncak.
Jadi kalau boleh, elakkan pergi masa orang ramai.
Kebiasaannya, kita akan luangkan masa selama 45 minit hingga 1 jam setengah disini untuk melihat ke semua barang barang jualan.
Sangat penting untuk rancang masa kita, nak solat & lain lain kan.
Review pelancong yang melawat pasar malam Golden Hills, Cameron Highland.
Seramai 205 orang telah menulis ulasan di Google. Dengan mata purata terkumpul sebanyak 4 dari 5 bintang.
Jadi, tempat ini memang wajib di lawat kerana ramai puas hati.
Apa kata mereka ya?
Ibu kongsikan 2 jenis review.
1. Review pelancong yang puas hati melawat pasar malam ini.
Kesemua pelancong di bawah telah memberikan mata 5.0 dari 5.0 bintang.
i. MUHAMMAD IHSAN - 3 bulan yang lalu.
Pelbagai produk-produk Cameron Highland, boleh didapati di sini. Cuma jangan terbeli produk dari bawah yang dibawa naik sudah.
Antara yang jangan dilepaskan adalah
- Jagung 'mutiara' . Jagung Cameron ni memang manis rasanya..
- Produk strawberry. Selain buah strawberry jangan lupa beli juga strawberry yang telah dikeringkan, dan pastinya jem strawberry..
- Sayur-sayuran. Jika tak berkesempatan ke Kea Farm, boleh juga beli sayuran segar di sini. Selain tu, di sini juga ada sayur yang digoreng tepung seperti cendawan dan bayam. Juga sedap untuk di makan panas-panas di sini..
- Produk berasaskan lebah juga boleh di dapati di sini. Mungkin ada yang tak sempat ke bee farm, boleh sahaja beli di sini..
Bacaan menarik: Lihat gambar menarik & barang terbaik untuk dibeli semasa mengunjungi pasar malam cameron!
ii. Abdul Hafiz Mohamed Salleh - 5 bulan yang lalu.
waktu yang terbaik untuk datang ke sini adalah pada jam 5 petang jika anda nak mengelak kesesakan dan kesukaran mendapat parking.
iii. Hanafi mohamad - Setahun yang lalu.
Tak sah kalau ke Cameron di hujung minggu jika tidak kesini. Segala benda murah. Nak lagi murah, pegi pukul 11 malam. Parking amat terhad. kalau hujan, nasihat aku pegi beli baju hujan di tempat lain atau batalkan niat anda. Dah la sejuk tambah dengan hujan, demam nanti.
iv. Razman Hakimi Abdullah - 3 bulan yang lalu.
The night market has moved here ya folks. Better location and lots of parking (but got to walk a bit if you are late and park far). All the famous street food is here from Cameron Highlands. You are on holiday, don’t be picky on price. Just enjoy yourself with your family.
Seterusnya kita lihat pula review pelancong tak puas hati.
Apa kata mereka.
2. Review pelancong yang tak suka datang ke pasar ini.
Pelancong di bawah memberikan mata yang rendah untuk pengalaman mereka di sini. Mata sekitar 1 ke 2 daripada 5.0 bintang.
i. Fadzir Muda - 2 bulan yang lalu.
Tempat yg sesuai untuk riadah dan santai....sambil menikmati keindahan kami panorama malam.
ii. سوسو جلابنة - sebulan yang lalu.
Saya tidak akan mengesyorkan untuk melawat ia sangat ramai dan harga barangan mahal.
iii. Rebecca K - 11 bulan yang lalu.
Double check on the quality of the product handed to you. My relative was conned. Showed them some fresh corns but packed them unfreshed ones.
Kesimpulan.
Ibu dah 2 kali melawat Cameron Highland, dan banyak lagi tempat menarik belum sempat dikunjungi.
Selalunya, kami memborong hasil tani di pasar pagi kerana harganya dikatakan lebih murah.
Lagipun, kami kurang suka keluar malam kerana anak anak dah penat.
Tapi, majoriti pelawat pasar ini suka singgah ke mari. Sebab tu markahnya 4 bintang.
Sekiranya anda ada pengalaman & cerita menarik nak di kongsi tentang pengalaman ke sini. Jangan segan komen di ruangan yang disediakan di bawah.
Jumpa lagi.