Review 5 bintang Lavender Garden Cameron Highland dari pelancong.

Kenapa agaknya ramai pelancong suka melawat Lavender Garden? Best sangat ke?
Lavender garden cameron highland review 5 bintang pelawat

Siapalah tak suka jalan jalan ke tempat yang cantik kan? Terutama sekali kalau tempat tu nyaman & dipenuhi bunga pelbagai jenis.


Tanah tinggi Cameron Highland memang sejuk & sesuai untuk tanaman pokok kbunga dari negara 4 musim.

Bunga bunga ini tumbuh subur sepanjang tahun pula tu.


Baca review pelancong Lavender Garden sehingga habis, dan anda di jamin akan

  1. Tahu tarikan utama yang menawan hati ramai pelancong yang mengunjungi tempat ini.
    .
  2. Membaca luahan hati sebenar dari pengunjung yang pernah ke mari.
    .
Tanpa membuang masa lagi, mari kita mulakan.




22 review terbaik dari pelancong yang melawat Lavender Garden.

Ada lebih dari 20 review di bawah. Semuanya sangat positif. Kalau tidak, takkanlah mereka beri markah penuh 5 bintang.


Lavender garden cameron highland review 5 bintang

1. Fiza mahadi

★★★★★ seminggu yang lalu
Tak pernah jemu datang sini. Tempat menarik untuk selfie

2. Mohd Hafiz Jasmi

★★★★★ 4 minggu yang lalu
Ketika ulasan ini ditulis harga kemasukan bagi dewasa ialah RM10 seorang manakalan RM7 seorang bagi kanak-kanak. Terdapat pelbagai jenis tanaman lavender yang menarik dan mententeramkan jiwa.

3. Mohd faizal md radzi

★★★★★ 2 minggu yang lalu
kaki insta, wajib singgah sini jika bercuti di CH

4. Che Faridzuan

★★★★★ sebulan yang lalu
Berbaloi dgn harga tiket RM10 utk adult. Banyak spesies bunga dan spot menarik untuk bergambar. Boleh petik bunga matahari kat atas rm2 je sebatang.

5. PidilSpeed

★★★★★ 2 minggu yang lalu
Mendaki sikit.... tapi seronok di sini..

6. Pidil Speed

★★★★★ 8 jam yang lalu
Mesti singgah dulu disini boh...

7. MOHD ANUAR SAZALI

★★★★★ 3 minggu yang lalu
Cuti2 Malaysia bersama keluarga... Sejuk aihh...

8. Eh Mega

★★★★★ sebulan yang lalu
Banyak bunga yg cantik dan sedap mata memandang

9. Nurul Hasanah

★★★★★ 3 minggu yang lalu
Cantik dan indah menawan pengunjung.

10. Amalina Zulfakar

★★★★★ 4 bulan yang lalu
Berbaloi dengan harga rm10 untuk orang dewasa.  Sesiapa yang nak buat short trip ke Cameron Highlands wajib  datang sini.  Banyak pemandangan menarik,  landskap yang disusun rapi,  sangat sweet untuk pasangan yang baru berkahwin,  ada booth dan kedai cenderahati serta kedai jualan sayuran pun ada.  Sangat puas hati!

11. Nur Ainina Saffa

★★★★★ 2 hari yang lalu
Lokasi atas bukit. Masuk terus kena mendaki. Tidak sesuai untuk org tua yg sakit lutut

12. Hazira Alias

★★★★★ 3 bulan yang lalu
Tempat yang cantik dan romantik. Aiskrim lavender pun sedap. Cuma ada bau wangi sikit lah bila makan. Sangat cantik dan sesuai untuk ambil gambar.

13. roslizan razak

★★★★★ seminggu yang lalu
Tempat menarik untuk dilawati

14. Hana Nabila

★★★★★ 5 bulan yang lalu
Tempat yg menarik sejuk nyaman tengok berbunga lavender yg cantik dan wangi membuatkan segala rasa stress masalahnya  berkerja hilang bila berada disini

15. NURUL ROFISHAH

★★★★★ 2 minggu yang lalu
Lain dari yang lain

16. Nurul Nazaitul Fahteha

★★★★★ 4 bulan yang lalu
Cantik sangat dengan bayaran rm10 je.. Puas hati

17. Wan Hamdan

★★★★★ 2 bulan yang lalu
Sebuah taman bunga yang memukau pemandangan

18. paYab WahaB

★★★★★ 2 bulan yang lalu
Jgn lupa try ais krim lavender. 😋

19. Naja Md Yusof

★★★★★ 3 bulan yang lalu
Best walaupun ramai org

20. Srizal R

★★★★★ 9 bulan yang lalu
Tempat yg menarik utk bergambar, parking agak sedikit sesak, terdapat sedikit caj utk masuk namun tempat perlu dilawati jika ke Cameron


21. LoVe LyaNa

★★★★★ 10 bulan yang lalu
Tempat yg cantik, penuh dengan bunga dan hiasan yg menarik. Bersih juga terdapat kedai cenderamata untuk dibawa pulang. Datang awal selesa untuk bergambar. Tempat ni selalu dikunjungi pelancong.

22. stayforstyle SR II

★★★★★ 11 bulan yang lalu
Da banyak bahan dan dah cantik. X mcm dlu.. rm10 dewasa. Puas hati bergambar. Sampai sni mesti pekena aiscream special strawberry.
Bacaan menarik: Apa yang menarik di Lavender Garden? Dapatkan jawapannya disini sekarang!

Kesimpulan.

Selepas selesai membaca 22 review pengunjung yang berikan 5 bintang, Ibu buat kesimpulan yang tempat ini cukup best kalau
  1. Anda belum pernah melancong ke luar negara 4 musim yang mempunyai  bunga lavender merata rata.
    .
  2. Bukan orang yang cerewet.
    .
  3. Kita tak kisah berbelanja lebih sedikit untuk tiket masauk. Ada orang yang rasa harga tiket RM10 untuk orang dewasa tu mahal.

    Tapi kalau nak dibandingkan dengan tiket flight ke luar negara, RM10 tu murah sangat kan.
    .
  4. Baru pertama kali sampai ke Cameron Highland.
    .
  5. Peminat bunga.
    .
  6. Sangat suka bergambar & berselfie.
  7. Nak bawa mak ayah yang dah berusia makan angin di tempat sejuk & banyak bunga luar negara.
    .
Tamat juga perkongsian Ibu kali ini. Jika anda ada pengalaman & cerita menarik untuk di kongsikan, ruangan komen di bawah sentiasa terbuka untuk anda.

Kami doakan agar kita dapat menjadi ibu yang dikasihi anak anak & keluarganya. Insyaallah.

Assalamualaikum Wrmbth.