Big red strawberry farm 2019! Wah cantiknya! Lokasi best untuk bercuti

Banyak betul ladang straw berry di Cameron Highland. Tapi, ramai pelancong suka berkunjung ke Big red strawberry farm! Kenapa ya?
Big red strawberry farm

Strawberry dan Cameron berpisah tiada. Cuaca yang dingin dengan tanah yang subur menyebabkan tanaman ini gembira di sini.



Cameron Highland memang banyak tempat menarik. Tekan butang play & tonton video di bawah. Lagi senang!
.


.

Kali ini, Ibu kongsikan dengan anda semua tempat menarik untuk makan & petik buah berry merah ni sambil menikmati udara sejuk. Berbeza dengan Melaka yang cuacanya panas selalu. (Mesti baca: Resort di Melaka yang cantik & dekat dengan tempat menarik_


Artikel ini Ibu tulis berdasarkan pengalaman sendiri mengunjungi ladang ini. Dan bersumberkan Facebook page Ibu Bijak Keluarga Sihat & laman Bigredstrawberryfarm.com untuk rujukan bersama.

Baca perkongsian tentang Ladang Big Red Strawberry hingga habis & anda dijamin akan

  1. Melihat gambar permandangan menarik di ladang ini.
    .
  2. Mendengar testimoni pelancong yang puas hati & menyesal datang sini.
    .
  3. Tahu masa terbaik untuk singgah sini. Dapat elak ramai orang.
    .
Kita mulakan dengan segera.



Cameron Highland Big Red Strawberry Farm.

Seperti yang kita sedia maklum, memang banyak ladang strawberi di sini. Tapi, Big Red adalah salah satu yang terbesar.

Di tambah pula dengan lokasinya yang strategik.

Ia berada betul betul di tengah bandar Brinchang. Kawasannya berbukit bukau, boleh nampak permandangan menarik sekitar pekan Brinchang ni.

Pastikan kita datang awal sebab walaupun tempat letak keretanya banyak, tapi tak semuanya senang tau.

Jalannya sangat cerun & menyeramkan. Terutama sekali jalan turunnya.

Pastikan kereta kita diselenggara dengan baik, terutama sekali sistem brek & clutch. Atau kereta anda pasti semput mendaki. 

Ibu bercerita ni dari pengalaman sendiri, rasanya itu jelah kali terakhir kami naik ke sana dengan kereta.

Lagi rela letak kereta jauh sikit, dan jalan kaki ke sana.


Big red strawberry farm ladang


Di bawah ini Ibu kongsikan lokasi untuk rujukan anda.

Alamat: 
  • Brinchang, 39000 Brinchang, Pahang

Waktu perniagaan: 
  • Rabu - 8:30PG–6:00 petang
  • Khamis - 8:30PG–6:00  petang
  • Jumaat - 8:30PG–6:00  petang
  • Sabtu - 8:30PG–6:00  petang
  • Ahad - 8:30PG–6:00  petang
  • Isnin - 8:30PG–6:00  petang
  • Selasa - 8:30PG–6:00  petang

Telefon: 
  • 05-491 3327

Cameron memang banyak destinasi pelancongan menarik.

Waktu terbaik untuk melawat Ladang strawberry big red?

Ladang big red dibuka seawal jam 8 pagi, Ibu pernah kunjungi ladang ini 3 kali , 2 kali pertama pada jam 9 pagi & jam 5 petang pada hari khamis.

Memang lengang selengangnya!


Big red strawberry farm waktu melawat


Masa ni kami dapat letak kereta di bawah saja. Tak perlu naik sampai atas cari parking & dapat elak keluar ikut jalan bukit.

Kali ke 3, kami datang pada hari ahad, jam 12 tengahari memang lain ceritanya.

Masa tu ramai sangat orang, kami kena cari parking sampai atas, mengaum enjin kereta.

Pengalaman turun pun sangat mengerikan.

Jika anda nak elakkan pengalaman serupa, datang dari 8 ~ 10 pagi. Atau waktu petang sikit pada jam 5.

Elakkan datang pada jam 11 pagi hingga 4 petang terutama sekali semasa hujung minggu & cuti sekolah.

Rata rata pelancong akan meluangkan masa selama 45 minit hingga 1 jam 30 minit disini untuk 
  • Melihat permandangan.
  • Tangkap gambar.
  • Makan makan.
  • Beli cenderamata.

Review terkumpul Big Red Strawberry Farm.

Big red strawberry farm review

Seramai 2,905 pelancong telah meninggalkan ulasan di Google. Dengan mata purata terkumpul sebanyak 4.1 dari 5 bintang.

Lebih 80% dari pelawat puas hati mengunjungi ladang ini. Dengan majoriti memberikan 5 bintang.

Tak sampai 10% beri 1 bintang.

Tapi, kita lihat juga 2 jenis review untuk buat perbandingan.

1. Review pelancong yang gembira melawat ladang ini.

Kalau dah bagi mata penuh,  5 / 5 bintang mesti suka sangat kan? Umpama kita dapat markah 100% dalam periksa.

Itulah yang berlaku kepada segelintir besar pelawat taman ini. Kalau nak tahu apa mereka kata, klik & baca review di bawah ni sekarang.
Bacaan menarik: Ini review pelancong yang memberikan 5 bintang selepas melawat ladang strawberry big red! Entah apa sebabnya!

Seterusnya kita lihat pula review pelancong tak puas hati.

Nak juga tahu kenapa ada yang tak suka.

Big red strawberry farm suasana menarik

2. Review pelancong yang menyesal singgah ke mari.

Walaupun tak ramai, tak sampai 5 peratus, review golongan terpencil ni mungkin juga boleh berlaku pada kita.

Jadi, dalam pahit ada pengajaran boleh kita ambil sebagai pelajaran kan.

Orang bijak seperti pembaca blog ini, sentiasa cari hikmah untuk pedoman hidup.
Bacaan menarik: Ini sebabnya ada pelancong memberikan 1 bintang dari 5 selepas berkunjung ke ladang Big Red! Jadikan pengajaran.

Ok,

Sekarang ni dah tau pandangan kedua dua belah yang positif & negatif.


Big red strawberry farm kedai cenderamata


Tiba masanya untuk Ibu kongsikan gambar gambar menarik suasana di ladang strawberry tersohor ni. Ibu letak dalam artikel berbeza supaya handphone anda tak lembap tunggu gambar loading.
Bacaan menarik: Jamu mata anda dengan permandangan menarik di Big Red Farm, dan juga makanan sedap patut cuba!

Kesimpulan.

Walaupun keluarga kami dah berkunjung sebanyak 2 kali ke tanah tinggi Cameron, masih belum puas lagi meneroka.

Ibu syorkan, paling tidak pun datanglah sekali ke ladang ini.

Memang besar, dan membuka mata juga.

Pandangan peribadi Ibu, walaupun ladang ni besar, Ibu masih lebih suka pergi ke Kampung Taman Sedia. Kat sana pun ada banyak ladang strawberi milik orang islam.

Yang paling penting, makanan di sana diyakini halal sebab milik orang islam sendiri. Lagipun jalan ke sana lebih landai tak tak menyeramkan.

Gayat, hehe.

Sampai juga kita ke akhir artikel ni.

Seperti biasa, Ibu nak ucapkan terima kasih kerana mengunjungi blog ini. Jika anda ada pengalaman & cerita menarik nak di kongsi mengenai lawatan anda ke tempat ini, tinggalkan komen di ruangan yang disediakan di bawah.

Dapat jadi panduan kepada sahabat lain, dah dapat pahala percuma. Moga dapat ganjaran berterusan kerana sebarkan ilmu bermanfaat. 

Seperti pesan Rasulullah SAW, Insyaallah.
Dari Abu Hurairah r.a. berkata, Rasulullah Saw. bersabda: ”Apabila ‘anak Adam itu mati, maka terputuslah amalnya, kecuali (amal) dari tiga ini: sedekah yang berlaku terus menerus, pengetahuan yang di manfaatkan, dan anak soleh yang mendoakan dia.” (HR Muslim)
Jumpa lagi. Assalamualaikum Wrmbth.







Penulis / Editor: Ibu Zaid

Seorang ibu yang sangat suka membaca sebagai bekalan untuk membesarkan 2 orang anak lelakinya. Gemar berkongsi info keibubapaan & pemakanan anak anak seperti susu formula & tempat menarik di Malaysia untuk percutian keluarga yang indah. 

Beliau merupakan penyumbang tetap di page Facebook Ibu Bijak Keluarga Sihat & aktif menulis di blog Ibusyurga.blogspot.com. Telah mengarang lebih 300 artikel berkualiti sepanjang 10 tahun berkecimpung dalam penulisan blog. Beliau boleh dihubungi di alamat emel ummbaraqah@gmail.com