4 Susu Enfagrow Malaysia. Ini ke susu formula terbaik untuk anak kita?

Ramai kawan kawan cakap susu enfagrow ni bagus, betul ke?
Susu enfagrow & enfalac untuk bayi

Zaman semakin mencabar, silibus yang di ajar di sekolah pun semakin susah. Kita sebagai mak ayah tentu risaukan masa depan anak anak kan.

Sebab itu, kita boleh membantu menghadapi cabaran ini dengan memberikan diet yang menyokong perkembangan mental dan emosinya.

Hari ini, Ibu nak kongsikan info tentang susu Enfagrow yang diperkaya dengan MFGM Complex, penemuan terbaru dalam bidang pemakanan kanak-kanak & DHA. (Sumber rujukan artikel ini dirujuk dari Enfagrow & juga page Ibu Bijak Keluarga Sihat.

Baca review tentang susu enfagrow sehingga habis dan anda dijamin akan

  1. Mengetahui pilihan susu enfagrow premium keluaran Mead Johnson Malaysia untuk peringkat usia berbeza.
  2. Memahami cara memilih susu enfa grow yang tepat untuk anak kita.
  3. Membandingkan harga enfagrow dengan jenama susu formula di Malaysia seperti susu pediasure complete, susu karihome & susu dutch lady.
  4. Baik & buruk beli susu di supermarket, online atau expo baby fair








Bacaan menarik: Selain susu enfagrow, apa lagi brand susu anak yang bagus? Dapatkan jawapannya disini.


4 Pilihan susu Enfalac & Enfagrow step 1 2 3 & 4 untuk usia anak berbeza.

Ibu mulakan dengan senarai enfagrow products pertama, iaitu

susu enfalac step 1

1. Susu Enfalac A+ Step 1 (Bukan enfagrow step 1 ya. Hehe)

Harga: RM72.80 untuk saiz 600g

Susu terbaik untuk anak kita semasa usia ini mestilah susu ibu. Susu ini pun tak boleh lawan. Kita mesti usaha beri susu badan dulu, kalau susu tak cukup ataupun sebab ada masalah lain baru kita pilih beri susu tepung.

Rumusan susu formula ini khusus untuk newborn sampailah usia 1 tahun (0-12 bulan). Enfalac milk powder mudah didapati di mana mana kedai & supermarket.

Susu ini seangkatan dengan brand susu anmum infacare & susu s26 gold. Kira susu mahallah. Cuma brand lain letak perkataan "gold" pada susu premium mereka. Sepatutnya enfalac gold kan, tapi jadi A+. Hehe.

Susu premium ni, kalau kita pergi Tesco, 99 speedmart biasanya diletakkan dalam rak khas sebab kan ada banyak kes kecurian melibatkan susu mahal ni. Ada sindiket curi susu.

Kena minta tolong staf ambilkan. Dah macam nak beli emaslah pulak kan. Haha. Kalau kita pergi kedai tanya staf nak enfagrow newborn atau enfagrow stage 1, Memang peninglah staf tu tolong cari sebab salah nama. Pastikan kita sebut nama yang betul masa nak beli tu.

Selain tu, ada juga enfalac untuk kegunaan khas. Ibu senaraikan dibawah
  • Enfalac AR - Untuk anak anak yang mengalami masalah regurgitasi (Susu yang dah masuk perut keluar semula ke mulut). Susu formula khas ini mempunyai kanji beras yang memekatkan susu supaya mengurangkan regurgitasi.
    .
  • Enfalac premature - Seperti namanya, susu tepung khas ini untuk anak newborn yang lahir pramatang. Tak cukup bulan. Anak kedua Ibu lahir pre mature. Jadi ada susu macam ni memang membantu. Brand selain ni untuk prem similac neosure.
    .

susu enfalac step 2

2. Susu Enfalac A+ Step 2

Harga: RM66.00 untuk saiz 600g

Selepas beli banyak jenama susu, ibu perhatikan susu step 2 ni bertindan usianya dengan step 1. Langkah 1 biasanya sampai usia 1 tahun, langkah 2 pula biasanya dari usia 6 bulan.

Enfalac step 2 ni adalah lanjutan untuk rumusan langkah 1. Ramai confius nama susu ni enfagrow stage 2.

Bagi berat yang sama (600g), harganya berbeza dalam RM7. Itu baru sekotak, kalau sebulan 5 kotak banyak juga bezanya kan.

Selain perbezaan harga, susu step 2 ini berbeza dari kandungan khasiatnya. Usia anak 6 bulan kan dah mula makan makanan pejal, jadi tak bergantung 100% lagi pada susu.

Sebab tu boleh jimat sikitlah pada harganya. Tapi kalau kita mampu, nak teruskan pakai susu langkah 1 sampai usia setahun, boleh je teruskan. Kalau risau anak terkejut tak nak minum susu ni, dapatkan enfalac sample secara online terus dari web enfagrow Malaysia.

Kenalah isi maklumat sikit, Ibu pasti ramai mak mak suka dapat sample susu percuma. Hehe. Termasuklah Ibu sendiri.

Selepas anak kita berusia setahun, lain pula cabarannya. Anak anak akan kuat main sampai adakalanya, mak ayah naik runsing sebab selera makan tak ada.

Bagi peringkat usia ini aka "toddler - umur 12-36 bulan", susu yang sesuai digunakan adalah Enfagrow premium toddler transition.


Enfalac vs Enfagrow, dimana bezanya?

Walaupun kedua dua jenama di atas dikeluarkan oleh pengeluar yang sama, iaitu Mead Johnson. Perbezaannya, susu enfalac khas untuk anak bawah setahun. Enfagrow pula atas setahun.

Dah jelas kan.

Susu enfagrow step 3

3. Enfagrow A+ step 3 (1-3 tahun)

Anak anak berusia 1 tahun ke atas mempunyai perkembangan emosi & pembelajaran yang pesat. Ia dilengkapi dengan MFGM Complex dengan 40% lebih kandungan DHA  berbanding formulasi sebelumnya. (Jika anda tercari cari susu Enfagrow step 3 review teruskan membaca sebab Ibu ada kongsi sikit kepentingan kandungan MFGM & DHA dalam susu ini.)

Susu tepung ini diformulasi secara saintifik untuk kanak-kanak berumur 1 hingga 3 tahun (toddler). Susu ini diyakini ramai ibu diseluruh dunia, termasuklah di US. Ibu perasan, nama susu ini lain sikit kat Amerika, Enfagrow premium toddler next step. Rasanya susu yang sama sebab untuk umur sama.

Susu seterusnya adalah yang terakhir dalam senarai ini,


Susu enfagrow step 4

4. Enfagrow A+ Langkah 4 (4-6 tahun)

Susu sambungan kepada langkah 3, bagi anak anak berusia 4 hingga 6 tahun. Bagi ibu bapa bekerja, mesti hantar anak anak ke taska & nurseri kan?

Bila dah campur kawan kawan, mesti ada yang tak sihat. Jadi penyakit senang berjangkit.

Sebab itu anak anak kita perlu cukup khasiat yang diambil setiap hari, barulah daya tahan penyakitnya tinggi.

Jadi lasak budak budak tu.

Jadikan amalan minum susu menjadi amalan berterusan dalam hidup keluarga kita setiap hari. Sekarang ni, enfa grow pun dah ada dalam bentuk susu kotak. Senang nak bawa ke mana mana. Anak nak pergi playschool pun boleh. Minum saja enfagrow packet milk ni.

Seterusnya, Ibu nak kongsi serba sedikit fungsi khasiat di dalam susu enfagrow kepada perkembangan anak anak kita.


Apakah kandungan khasiat di dalam susu enfagrow?

Enfagrow ingredients
Enfagrow ingredients for vanilla flavor.


Di bawah ini beberapa khasiat penting dalam susu ini.
  1.  Milk Fat Globule Membrane (MFGM) Complex
  2. 105mg DHA
  3. PDX^ + GOS
  4. Yis Beta-Glucan
  5. Dengan Kolina, Iodin, Vitamin A & Vitamin B12
  6. Zink & Zat Besi
  7. Tidak mengandungi sukrosa

Dari 7 khasiat dalam senarai di atas, kita fokus pada 2 yang pertama saja. Kenapa?

Ini kerana MFGM & DHA adalah nutrien utama yang diperlukan otak. Kajian para saintis telah membuktikan bahawa DHA dan MFGM membantu menyokong perkembangan mental dan emosi dengan
  • Komponen MFGM penting untuk struktur dan fungsi otak
  • DHA membantu menyokong perkembangan otak

Malang sekali, akibat proses pembuatan yang kurang maju menyebabkan kehilangan MFGM.

Tetapi dengan perkembangan teknologi tenusu terkini telah menjadikan proses memperkaya susu dengan MFGM dari sumber lembu mampu dilaksanakan.



Kenapa MFGM & DHA penting semasa 5 tahun pertama anak anak kita?

Ibu bapa yang bijak adalah yang membuat perancangan untuk anak anak walaupu sebelum mereka lahir lagi.

Ini kita boleh lakukan dengan menjaga pemakanan semasa merancang kehamilan, sewaktu mengandung & selepas mereka lahir.

Ini bagi memastikan anak anak kita berdaya saing di dalam dunia yang banyak ketakpastikan ni. Kalau dulu, mak ayah kita sangat mementingkan IQ yang tinggi.

Kini, IQ yang tinggi saja tidak mencukupi, anak anak yang hebat emosi & sahsiah dirinya mesti hebat EQ & SQ.

SQ kita dapat dari amalan zikir & kerohanian dari agama. EQ pula dipengaruhi pemakanan & juga didikan kita pada anak anak.

Pemakanan yang baik akan membantu mempersiapkan perkembangan menyeluruh untuk kejayaan pada masa depan. Antara khasiat yang membantu anak kita mencapai kecemerlangan ini ialah MFGM & DHA.

1. Otak anak anak berkembang pesat semasa 5 tahun pertama.

Otak anak anak pesat berkembang pada peringkat usia ini, bahkan kajian menunjukkan pertumbuhan otak telah lengkap hampir 90%. 
Dua khasiat yang mempengaruhi perkembangan pesat pada 5 tahun pertama ialah MFGM dan DHA.

Selepas tempoh ini perkembangan otak tidak sepantas 5 tahun pertama, MFGM dan DHA adalah penting dalam tahun-tahun awal kehidupan anak kita.

2. Perkembangan EQ

Dalam dunia moden yang berkembang pesat, ramai anak anak yang berasa tertekan dengan sistem pendidikan kita.

IQ yang tinggi tidak mencukupi dalam menjamin kejayaan masa depan anak anak kita.

Pengalaman kita membesar & bekerja, pasti kita sedar ciri ciri orang berjaya adalah kemampuan mengendalikan emosi mereka (EQ).
Bagaimana mereka membawa diri, berkomunikasi, bertindak balas terhadap masalah semua berhubung kait dengan emosi. Pemakanan yang seimbang membantu anak anak kita belajar & melakukan kesilapan untuk menjadi insan berguna.

Kajian sains moden menunjukkan

MFGM
  • Banyak komponen MFGM boleh dijumpai di otak.
  • Dipercayai lipid MFGM memainkan pengaruh kepada sistem saraf pusat yang terlibat dalam kawalan emosi dan tingkah-laku.
DHA
  • DHA boleh dijumpai dengan banyak di dalam tisu otak dan sistem saraf pusat contohnya pada retina mata.

3. Mempengaruhi kemahiran belajar.

Kajian telah menunjukkan DHA mempengaruhi perkembangan kognitif. Ini akan membantu kemampuan anak kita untuk membaca dengan lancar dan menguatkan memori.


4. Pengaruh dalam perkembangan sahsiah & emosi.

Komponen MFGM memainkan peranan dalam menghasilkan dan menghantar neurotransmitter, lalu mengawal kebolehan mental, emosi dan perasaan.

Kesannya kepada anak anak, mereka mampu menyesuaikan diri dengan persekitaran baru seperti di sekolah dan membina hubungan yang sihat dimana saja.
.
Kajian menunjukkan anak anak yang mendapat MFGM semasa kecil mempunyai peningkatan kawalan emosi dan tingkah-laku.


5. Meningkatkan kekebalan sistem perlindungan badan.

Kajian juga menunjukkan kaitan antara MFGM dengan sistem pertahanan badan, dan meningkatkan kesan perlindungan pada jangkitan.


3 Saiz susu enfagrow yang ada di pasaran malaysia.

Produk ini terdapat dalam perisa Asli, Vanila, Madu untuk 3 saiz pek
  1. 600g
  2. 1.2kg
  3. 1.7kg

4 Langkah menyediakan susu enfagrow, adakah berbeza dengan bancuh susu jenama lain?

Susu dari jenama berbeza mempunyai sukatan yang tidak sama untuk penyediaannya. Ini kerana kandungan gizi yang terkandung di dalamnya tidak sama.

Di bawah ini Ibu kongsikan langkah untuk menyediakan susu ini seperti yang tertera pada label kotak nya.
  1. Tuangkan 200ml air suam yang hangat (40 darjah celcius)
  2. Tambahkan 4 sudu susu enfagrow. (Sudu yang diberikan bersama susu ini, setiap sudu bersamaan dengan10.5g susu Enfagrow A+)
  3. Kacau hingga sebati.

Antara expo baby fair, beli online ataupun terus di kedai mana satu lebih berbaloi untuk dapatkan enfagrow promotion?

Ini sebenarnya bergantung kepada individu, Ibu tak minat sangat nak bersesak sesak ke expo baby. Maklumlah dengan sesaknya dan nak bawa anak anak kecil.

Tak selesalah, tapi waktu ekspo ni memang senang nak dapat beli barang untuk baby murah. Nak dapat enfagrow sample malaysia yang halal, inilah tempatnya. Jenama susu lain pun senang nak jumpa sebab biasanya banyak juga booth syarikat susu.

Cuma, pandangan peribadi Ibu. Lagi suka beli barang di kedai biasa je. Beli online mungkin boleh dapat murah, cuma hati hatilah dengan risiko dapat barang yang kualitinya rendah.

Kalau nak selamat lagi, beli dari laman e commerce yang menjual barang terus dari pengeluarnya. Mesti boleh dapat enfagrow price malaysia yang paling best! Confirm original pulak tu.

Maklumlah, kan sebelum ni pernah kecoh dengan susu dutch lady tiruan. Susu enfalac tiruan pun pernah ada juga. Pengeluarnya, syarikat Mead Johnson ada keluarkan garis panduan nak bezakan susu asli dan palsu.

Jadi, hati hatilah ya bila beli susu anak. Kalau beli harga murah sangat tu, takut beli barang palsu je.

Nyawa anak bukan boleh tukar ganti kan.


Kesimpulan tentang Susu Enfagrow & Enfalac.

Tamat sudah artikel ini dari pihak Ibu. Sebelum berpisah, ibu nak buat rumusan sikit tentang isi review ini.
  1. Terdapat 4 pilihan susu formula untuk anak anak. Enfalac adalah susu untuk anak berusia 1 tahun ke bawah. Enfagrow pula dari usia 1 ke 6 tahun.
  2. Susu enfagrow diperkaya dengan khasiat MFGM & DHA yang membantu perkembangan emosi & IQ anak anak.
  3. MFGM juga dikenalpasti menguatkan sistem daya tahan badan melawan penyakit.
  4. Nak dapat harga terbaik, boleh survey harga di kedai, online & baby fair.


Tapi, sekiranya para pembaca mahu berkongsi pengalaman & pendapat. Mahupun bertanyakan soalan, ruangan komen sentiasa terbuka untuk anda.

Dapat pahala percuma sebab dapat jadi rujukan sahabat lain yang mencari info. Insyaallah, sama sama kita ke syurga bersama sama. Bukankah orang yang paling baik antara kita, mereka yang paling memberi manfaat kepada orang lain.

Dari Abu Hurairah r.a. berkata, Rasulullah Saw. bersabda: ”Apabila ‘anak Adam itu mati, maka terputuslah amalnya, kecuali (amal) dari tiga ini: sedekah yang berlaku terus menerus, pengetahuan yang di manfaatkan, dan anak soleh yang mendoakan dia.” (HR Muslim)





Penulis / Editor: Ibu Zaid

Seorang ibu yang sangat suka membaca sebagai bekalan untuk membesarkan 2 orang anak lelakinya. Gemar berkongsi info keibubapaan & pemakanan anak anak seperti susu formula & tempat menarik di Malaysia untuk percutian keluarga yang indah.

Beliau merupakan penyumbang tetap di page Facebook Ibu Bijak Keluarga Sihat & aktif menulis di blog Ibusyurga.blogspot.com. Telah mengarang lebih 300 artikel berkualiti sepanjang 10 tahun berkecimpung dalam penulisan blog. Beliau boleh dihubungi di alamat emel ummbaraqah@gmail.com

4 Susu Enfagrow Malaysia. Ini ke susu formula terbaik untuk anak kita? Reviewed by Ibu Syurga on April 02, 2019 Rating: 5

4 ulasan:

  1. memang banyak pilihan susu di pasaran, yang pasti pilih ikut keserasian perut anak dan kemampuan peebelanjaan ibu ayah ;)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Setuju sis, susu tepung anak ada banyak jenama. Pilihlah ikut bajet sendiri. Kalau nak yg terbaik beri susu ibu.

      Padam
  2. susu ni memang bagus.tapi apa pun yang penting, penerimaan anak & tepuk poket mak pak.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu sis mar. Cuma, kalau bagi susu anak mahal macam s26 ni, Ibu perasan anak jarang demam

      Padam

All Rights Reserved by Kasihnya Ibu Membawa Ke Syurga © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Sweetheme

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Dikuasakan oleh Blogger.