7 Susu formula terbaik untuk bayi! Jenama apa yang paling bagus?


Banyaknya pilihan susu formula di kedai? Tapi, mana satu yang sesuai untuk anak kita ya?
susu formula terbaik untuk bayi



Mesti ramai dari kita yang ada masalah di atas. Terutama sekali untuk mak ayah yang baru dapat anak.

Ada pulak masalah dengan susu ibu. Siapa tak nak susukan anak dengan susu badan kan. Tapi banyak masalah yang menghalang kita dari memberi susu ibu. 


Terpaksa beri susu formula. Tapi, nak beli susu tepung pun kena ada ilmu juga. Pengalaman tak banyak lagi. kalau salah beli, terbazir pulak. 


Jadi Ibu tuliskan entri ini untuk berkongsi jawapan bagi soalan soalan yang kerap di tanya kita sebelum membeli susu baru.


Kita mulakan dengan soalan paling popular.


Apakah ia?




Senarai susu formula terbaik untuk bayi! Mana satu pilihan anda untuk si manja?


Di bawah ini Ibu kongsikan jenama susu bayi yang popular di pasaran.


1. Susu Formula Enfalac A+

Enfalac A + Step 1 kaya dengan DHA + ARA direka khas untuk bayi jangka panjang sejak lahir hingga usia mereka 12 bulan. 

Ia mengandungi DHA dan ARA yang boleh menyumbang kepada perkembangan bayi kita supaya lebih sihat dan semestinya lebih comel. Hehe.



Susu Formula Enfalac A+


Ia juga mengandungi kanji beras untuk bayi yang sering muntah semula apa yang di makan. Kandungan kanji beras dalam susu formula bayi ini membantu memekatkannya untuk mengurangkan risiko anak kita muntah dengan kerap. 


Susu ini di rumus dengan gabungan campuran prebiotik seperti GOS dan PDX dan dipatenkan di AS, Eropah, Malaysia, Singapura dan Hong Kong.


Baru baru ini, kita di kejutkan dengan berita mengenai susu enfalac tiruan. Jadi, hati hati ya semasa nak beli susu ni. Pastikan dulu susu yang kita beli asli.




2. Susu Formula Dumex Mamex.


Susu formula Mamez dari Dumex di reka khas untuk bayi baru lahir hingga berusia 12 bulan.

Sekiranya anak kita dah pun berusia di atas 6 bulan, susu ini harus dilengkapi dengan makanan cerai susu yang berkhasiat seperti bijirin bayi, bubur dan buah buahan. 



Susu Formula Dumex Mamex


Kita juga boleh berikan isi ikan dan ayam yang diperkenalkan secara beransur-ansur kepada anak kita. Pastikan kita rujuk doktor dan dapatkan pandangan mereka sebelum memulakan pemberian makanan pelengkap kepada anak.




3. Susu formula S 26 SMA.


Susu Formula S26 SMA Langkah 1 dari Wyeth dirumus khas untuk bayi baru lahir hingga ke usia 12 bulan untuk meningkatkan pertumbuhan dan perkembangan awal mereka. 


Susu formula S 26 SMA


Ia di diperkaya dengan khasiat seperti Kalsium, Lutein, A-Protein, AA & DHA dan juga 5 Nukleotida. Berminat nak cuba susu S26 untuk anak? Ibu ada tulis artikel lengkap tentang susu ini.

Bacaan menarik: Susu S26. Review lengkap tentang jenis, kelebihan dan harga.

4. Susu Friscolac Comfort.

Susu Formula Frisolac comfort di reka khusus untuk bayi yang mempunyai masalah pencernaan seperti muntah, kembung perut & sembelit.

Susu ini mempunyai formula seimbang yang mengandungi pelbagai nutrien penting yang di perlukan si manja kita seperti asid linoleik dan 5 jenis nukleotida.


Susu Friscolac Comfort


Frisolac Comfort diformulasikan dengan gum kacang carob, yang mengandungi serat dengan sifat memekat untuk memberikan bantuan kepada gejala gejala muntah pada bayi, sembelit dan kembung. 

Sesuai di gunakan untuk bayi yang menderita masalah ini. Ini adalah antara susu formula untuk bayi sembelit yang terbaik di pasaran.


5. Susu formula Lactogen 1.

Susu formula ini dikeluarkan oleh Nestle. Kelebihan utama yang ada pada susu Nestle Lactogen 1 ialah pada harganya. 

Ia sanagt berpatutan jika di bandingkan dengan susu langkah pertama untuk bayi dari jenama yang lain. 


Susu formula Lactogen 1


Hasil dari perkongsian di laman Mumcuddle.com, susu ini mudah untuk dicerna oleh bayi jika di bandingkan daripada jenama lain. 

Kekurangan yang di kongsi dari laman yang sama ialah ia berkemungkinan menjadikan perut bayi kembung dan sembelit. Ia juga tiada kandungan probiotik.


6. Susu formula Anmum Infacare Step 1.

Susu jenama Anmum memang menjadi pilihan ramai ibu. Kalau minum semasa hamil ambil susu Anmum Materna.


Susu formula Anmum Infacare Step 1


Selepas melahirkan anak, kita boleh sambung dengan Anmum infacare untuk anak.

Atau jika kita sedang menyusukan anak, boleh minum Anmum Lacta. 
Baca lebih lanjut tentang Anmum infacare step 1 dan 2.
Baca lebih lanjut tentang harga susu anmum di Malaysia.


7. Susu formula Nan Care Step 1

Susu formula Nan Care Step 1



Cara memilih susu formula untuk bayi.

cara memilih susu formula terbaik untuk bayi

Banyak betul jenama susu formula yang dijual, bagaimanakah kita memilih yang terbaik untuk anak kita?

Paling mudah, kita boleh meminta nasihat dari doktor dan pakar pediatrik bayi untuk cadangan susu yang bagus. 

Ada klinik yang akan memberikan sample susu bayi untuk di cuba anak kita. Biasanya, klinik dan hospital swasta memang menyediakan sampel.
Baca lebih lanjut tentang cara dapat sample susu bayi percuma.


Tidak kira jenama susu formula bayi yang kita pilih, pastikan kita menyemak tarikh tamat tempohnya. 



Jenis susu formula bayi yang popular di pasaran.

Walaupun terdapat banyak jenis susu formula di pasaran, Ibu senaraikan 2 jenis yang paling popular.


1. Susu formula berasaskan Susu Lembu

Susu jenis ini adalah jenis formula yang paling popular di pasaran. Produk yang menggunakan susu lembu akan menggunakan protein susu yang telah dirawat untuk membantu ia dihadamkan oleh saluran pencernaan bayi. 

Ia juga di perkaya dengan kandungan zat besiuntuk membantu mencegah anemia (masalah kekurangan zat besi) yang biasa dihadapi oleh bayi yang berusia di bawah umur setahun. 

Kebanyakan susu ini juga mempunyai khasiat asid docosahexaenoic (DHA) dan asid arakidonik (ARA) yang diperlukan oleh anak anak kita untuk pembesaran. 


Bahan ini dipercayai bagus untuk perkembangan otak dan mata anak kita.



2. Susu formula berasaskan soya.

Ada bayi yang kurang sesuai menggunakan susu formula dari lembu kerana menyebabkan alahan.

Susu jenis ini di hasilkan dari protein soya, minyak sayuran, sirap jagung atau sukrosa , dan zat besi.

Rumusan ini baik untuk bayi dengan intoleransi laktosa yang tidak boleh mengambil formula berasaskan susu lembu.

Formula soya tidak digalakkan untuk 

  • Bayi baru lahir.
  • Bayi yang mempunyai berat badan rendah.
  • Bayi pramatang. 

Jadi, kalau tak di galakkan minum susu soya. Nak bagi susu apa ya?

Susu seterusnya sesuai untuk anak yang ada alahan laktosa.


3. Susu formula berasaskan susu kambing.

Kebelakangan ini, terdapat peningkatan kesedaran di kalangan ibu bapa tentang pemberian susu formula yang di perbuat dari susu kambing.

Ini kerana, ia adalah susu semulajadi yang paling mirip dengan susu ibu.

Harga susu jenis ini lebih mahal dari susu lembu dan terdapat banyak jenama tempatan di pasaran untuk pilihan kita. 

Baca lebih lanjut tentang susu kambing untuk ibu mengandung.


Cara menukar susu formula untuk anak kita.

Ada masanya, kita terpaksa menukar susu formula anak. Dari pengalaman Ibu sendiri, terpaksa tukar kerana anak kerap demam dan kahak banyak.

Walaupun dah banyak kali nab, masih juga berkahak. Jadi doktor nasihatkan tukar susu. 

Banyak lagi sebab untuk menukar susu formula seperti 

  • Alahan makanan.
  • Anak perlukan susu yang lebih kaya zat besi.
  • Cirit birit.
  • Sembelit.
  • Anak kelihatan lesu dan tidak bermaya.
  • Kerap muntah.
Boleh jadi, kalau kita dah tukar susu pun masalah ini masih lagi berterusan ataupun bertambah teruk.

Pastikan kita dapatkan nasihat dari doktor terlebih dahulu jika kita rasa ragu ragu. Manalah tahu kan, penyebab masalah di atas bukan sebab susu pun.

Boleh jadi, susu anak kita memang serasi dengannya. Tapi, apabila usia mereka meningkat, kita terpaksa juga tukar susu.


Seeloknya kita tukar susu langkah (step) dari jenama yang sama dulu. Kalau tak sesuai baru cuba jenama lain.



Susu formula untuk bayi kuning / Jaundice.


Memang normal untuk bayi baru lahir mendapat demam kuning (jaundice). Doktor akan nasihatkan kita untuk memberi susu badan kepada anak kita supaya demam ini cepat kebah.

Tapi, bagi ibu yang tiada susu badan dan juga mengharapkan bekalan susu formula untuk anak mereka, memang mencabar untuk kita memilih susu formula yang sesuai.

Apa yang kita boleh buat ialah menggunakan susu formula untuk newborn yang biasanya di label sebagai langkah 1 (step 1). 

Lebih banyak susu anak kita minum, lebih kerap bayi kencing dan buang najis. Insyaallah lebih cepat demam kuning sembuh.

Seeloknya kita dapatkan sampel susu formula ataupun beli pek kecil supaya dapat melihat susu mana yang paling serasi.


Pastikan kita dapatkan pandangan dari doktor kerana boleh jadi anak kita mempunyai masalah lain seperti g6pd. Lebih baik beringat sebelum kena kan.



Susu formula tahan berapa lama?

Ini bergantung kepada anak kita. Ada yang memang kuat minum susu dan ada yang biasa biasa je. 

Cuma, seeloknya kita ikut panduan penyediaan susu yang di sediakan di belakang bungkusan susu formula.

Kegagalan untuk menuruti arahan ini boleh menyebabkan anak kita sembelit. Susu formula untuk bayi sembelit boleh di sebabkan oleh kandungan air yang kurang dari kuantiti yang di syorkan pengeluar.



Kesimpulan tentang susu formula paling bagus untuk bayi.

Sebaiknya, kita memang nak berikan yang terbaik kepada anak anak kan. Jadi, perancangan untuk memberikan susu ibu perlu ada dari awal.

Tapi kalau dah merancang, dan masih juga tak mengizinkan. Penggunaan susu formula yang sesuai sangat membantu.

Di harap, panduan ringkas yang Ibu berikan di atas membantu ibu dan ayah memilih susu tepung terbaik untuk bayi anda.

Jumpa lagi di lain masa.
7 Susu formula terbaik untuk bayi! Jenama apa yang paling bagus? Reviewed by Ibu Syurga on August 12, 2018 Rating: 5

18 comments:

  1. Dulu masa anak kecik lagi memang ambik tahu pasal susu susu ni. Sekarang anak kecik tu dah 14 thn dah. Memang kena buat perbandingan sebab ada murah, ada yang mah dan formula susu itu sendiri. Ada yg lebih untuk mata anak seperti Luten dan lain2 lagi.

    ReplyDelete
  2. Dulu masa mengandung anak dara SA tu..SA minum Enfamama, baby lahir minum Enfalac ( SA ada masalah kurang susu badan, anak menyusu badan sampai umur 7 bulan je), lepas tu sambung Enfa kids seterusnya Enfagrow..sampai umur dia 6tahun, pas tu x nak dah dia minum susu...

    ReplyDelete
  3. Awal-awal anak kami minum Anmum, tetapi bertukar kepada Dugro selepas diorg besar sket..selera berubah kot hehe

    ReplyDelete
  4. Macam-macam jenama susu untuk baby ni ye. Sy yang belum Kawin ni pening tengok hahah. Apa pun, kena tengok jugak kesesuaian susu dengan anak-anak. Dan kena rajin monitor apa effect susu tu pada anak.

    ReplyDelete
  5. Banyak pilihan susu di pasaran. Yang paling penting kena ikut kesesuaian anak. Dulu anak syira minum lactogen tapi tak sesuai sebab dia poo kaler hijau hehe

    ReplyDelete
  6. Mmg susu byk dkt pasaran tapi kita ibu-ibu kena memilih yang terbaik dan yangbpenting ikut budget sendiri. Anak2 liez memang xkisah susu apa pun boleh minum sbb xde problem

    ReplyDelete
  7. Memang banyak susu di pasaran, kena pandai pilih mana yg sesuai untuk anak-anak. Mcm sis dulu dua tiga susu bagi tak sesuai..akhirnya susu dr soya baru sesuai dengan dia..tapi tak ingat pulak nama susu tu sb dah lama..hehehe

    ReplyDelete
  8. yup, banyak susu di pasaran sekrng. Semua ada kelebihan dan kekurangan. Kita pilih mana yang serasi dengan anak je..pastu tak tukar dah

    ReplyDelete
  9. Bagus lah saya suka baca kat blog ni sebab banyak tips dan juga idea yang dikongsikan kepada pembaca luar sana agar ada ilmu selepas membaca. Penting juga yer mencari susu yang sesuai untuk anak-anak almaklumlah belum ada anak lagi hehehehe...

    ReplyDelete
  10. Terima kasih kepada semua kawan kawan dan pembaca yang sudi meninggalkan komen di blog Ibu. Semoga artikel ini membantu anda semua memilih susu tepung formula terbaik untuk si manja

    ReplyDelete
  11. Parent sekarang memang risau bab nak pilih susu formula. Semua nak yang terbaik untuk anaknya. Best entry share semua jenis susu dan kebaikkan . Boleh refer sini je senang

    ReplyDelete
  12. Tgh pening nak sambung anak susu apa lepas wean off nanti...huhuhu...masih mcari2 lgi

    ReplyDelete
  13. Susu formula memang tak dapat lawan susu terbaik iaitu susu badan. Tapi kalau dah terpaksa kan, atas sebab musabab yang kita sendiri tahu. Wajib tahu baik dan buruk yang ada

    ReplyDelete
  14. Baby sy baru 2mggu.. Sy bg minum susu abbot tp baby sy sembelit. .blh x suggest susu apa utk baby sy. .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Susu abbot tu ada banyak jenis puan. Puan beri yang mana satu ya?

      Delete
    2. Mungkin puan boleh tukar susu khas untuk baby new born. Insyaallah nanti saya kongsikan link artikel tersebut. Sedang mengarang lagi. Hehe

      Delete
  15. saya sekarang tgh berikan susu nan 0-6 bulan..adakah menjadi masalah sekiranya bertukar susu seperti dutch baby

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ikut pengalaman Ibu sendiri, tukar susu formula ni kena fikir masak masak. Kalau bukan sebab anak kita alahan dengan susu sedia ada, dah serasi.. Tak perlulah tukar.

      Kami pernah tukar susu sebab nak cari yang lebih jimat, sudahnya bukan jimat jadinya. Anak demam demam selalu. Dan senang jatuh sakit.

      Akhirnya kami kembali guna susu yang lama.

      Daripada nak jimat, jadi makin banyak duit keluar. Kos keluar doktor sekali saja dah berapa sekarang ni kan.

      PS: Pernah pakai jenama Dutch lady untuk anak kami, tak serasi sebab senang berkahak dan berlendir. Anak kena nab untuk buang lendir. Terutama sekali masa anak demam dan selesema. Tapi untuk anak tuan mungkin berbeza. Ibu tak tahu pula.

      Cuba minta sample susu sebelum tukar

      Delete

Hak Cipta Terpelihara Kasihnya Ibu Membawa Ke Syurga © 2017-2018

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.