Pantai tanjung rhu langkawi 2021! Masih suci & terpelihara dari noda.

Saksikan pemandangan indah pantai tanjung rhu di Pulau Langkawi yang masih suci dari pencemaran. Memang lawa!
pantai tanjung rhu langkawi


Review pengunjung Pantai Tanjung Rhu.

Semasa kami sekeluarga melawat pulau lagenda ini hujung 2018, memang terpukau dengan keindahan pantai ini.

Memang tak dapat disangkal lagi, Pantai Tanjung Rhu memang tempat menarik di langkawi yang wajib dikunjungi.

Patutlah ulasan dari pelancong Pantai Tanjung Rhu memberikan mata 4.9 dari 5.0 bintang berdasarkan 15 review bertulis di Google.

Jika dibandingkan dengan Pantai Cenang, pantai tanjung Rhu kurang pelawat. Jadi lebih tenang dan "privacy". Ibu lebih suka datang tempat yang sunyi macam ini.

Langkawi, Johor & Terengganu memang terkenal dengan pulau dan pantai yang cantik.

Kalaulah semua pantai di Malaysia ini terjaga bersih dengan air seperti ini, Memang patut di beri pujian tentang usaha menjaga keindahan pantai ini.

Kita boleh nampak banyak pulau pulau kecil di sekeliling pantai. Satu keadaan yang "rare" di Malaysia.

Permandangan yang sangat cantik, tetapi tandas agak sukar di cari.



Gambar permandangan menarik di sini.

Di bawah ini gambar keluarga kami semasa bercuti di sana tempohari. Memang rasa rindu nak datang lagi. Seronok betul hero ibu 2 orang ni dapat sampai sini. Masa mereka ni kecil lagi, kami tak berpeluang melancong ke tempat jauh sangat. Lagipun leceh melancong bawa anak kecil, nak bawa susu baby, botol susu pigeon dan segala peralatannya lagi.



Kami berjalan jalan di tepi pantai yang jernih airnya. Siap ada anak ikan berenang lagi.

Add caption

Boleh kata tak ada sampah langsung. Memang superb & lawo pantai ni. Selalu kami singgah pantai puteri di Melaka semasa balik kampung. Umpama langit dan bumi kebersihannya.


Nak duduk lama lama tepi pantai ni kena la pakai sunblock, boleh kena sunburn nanti. Dengan cuaca yang panas tu, habis berminyak kulit muka. Haruslah bawa pencuci muka terbaik, boleh rujuk artikel yang kawan mama tulis ni.

Selepas penat layan mereka berenang, kini tiba masanya untuk makan. Tak susah pun, tepi laut ni ada beberapa kedai makan milik orang melayu muslim.


Anak anak Ibu request nak makan western untuk kudapan, lagipun sebelum kami ke mari dah pun sarapan di hotel.

Buka menu, order menu western & beberapa manisan untuk santapan anak anak.



Memang layan betul suasana tepi pantai tanjung rhu ni.



Air kelapa sampai untuk sejukkan badan.


Dah puas dengan air kelapa, datang pula manisan. Air batu campur.



Kelakar pulak tengok anak ibu, memang layan minum air kelapa.


Menjelang tengahari, makin ramai pelancong datang bertandang.



Dah puas menjamu selera, kini tiba masa untuk pulang. Takkan nak balik tangan kosong kan?

Wajib cari buah tangan untuk dibawa pulang kan.

Kedai kedai yang menjual cenderamata memang cukup banyak. Ibu pilih peniaga muslim, bolehlah mereka bayar zakat dari keuntungan berniaga nanti kan. Makin berkat meniaga.



Harga barangan boleh runding, macam macam produk ada, paling murah keychan. Nak beli baju, beg ataupun topi pun ada.



Alhamdulillah, seronok betul pengalaman kami di pantai ini. 

Sekiranya anda bercadang ke sini, di bawah ini ibu sertakan info.



Alamat Pantai Tanjung Rhu untuk rujukan anda.

Alamat: Pantai Tanjung Rhu, 07000, Kedah

Waktu lawatan: Di buka setiap masa

Sekiranya anda ingin tempat penginapan yang berada dekat dengan pantai ini, boleh pilih sama ada nak tinggal di hotel ataupun homestay.

Contohnya seperti di bawah.



Hotel di Langkawi berhampiran Pantai Tanjung Rhu (PTR).

Tanjung Rhu Resort, Langkawi

Tanjung Rhu Resort, Langkawi
Tanjung Rhu Resort, Langkawi

Hotel yang sangat hampir dengan pantai tanjung Rhu ini terletak 2.4 km dan 6 minit pemanduan.

Pelancong telah memberikan mata 4.4 dari 5.0 bintang hasil 414 ulasan pelancong untuk hotel 5 bintang ini.

Harga Hotel Tanjung Rhu untuk semalam pada musim cuti berada sekitar RM959.

Lokasi: 07000 Langkawi, Kedah

Koordinat: FR3F+QF Langkawi, Kedah

No Telefon: 04-959 1033



Homestay Langkawi dekat Pantai Tanjung Rhu.

Homestay Padang Lalang

homestay padang lalang langkawi

Hanya 9 min saja memandu dari homestay ke pantai ini. Sangat dekat, hanya 5.5 km.

Ulasan pelancong yang terkumpul di google memberikan mata 4.1 dari 5.0 bintang dari 9 ulasan pelancong.

  • No.36, Kampung Padang Lalang, Mukim Ayer Hangat, 07000, Langkawi, Kedah, Bohor Merah, 07000 Langkawi, Kedah
  • CRG4+94 Langkawi, Kedah
  • 04-959 1561