Masjid Kampung Kling Melaka! Jom singgah on the way ke pantai!

Masjid Kampung Kling ini di bina pada tahun 1748 oleh peniaga Muslim India sebagai binaan kayu. Kemudian,  pada tahun 1872 masjid ini telah dibina semula dari batu bata.

Masjid Kampung Kling Melaka


Masjid Kampung Kling Melaka, Warisan sejarah islam di Malaysia.

Jabatan Muzium dan Antikuiti Melaka telah menyelesaikan kerja pemuliharaan di masjid pada tahun 1999 dan diisytiharkan monumen bersejarah.

Lokasi: Jalan Tukang Emas, 75200 Melaka

No Telefon: 06-282 6526

Masjid ini terletak tidak jauh dari 2 pantai tarikan pelancong di Melaka.
Bacaan menarik: Pantai Puteri Melaka! Cantik terjaga bagai Tuan Puteri.
Bacaan menarik: Homestay Melaka Klebang! Dekat dengan pantai tumpuan ramai.

Apa yang menarik di masjid Kampung Kling?

Masjid ini adalah salah satu masjid tradisional di Melaka, yang masih mengekalkan reka bentuk asal zaman pembinaannya.

Reka bentuk seni bina masjid adalah gabungan daripada 4 budaya iaitu
  1. Jawa
  2. Cina
  3. Hindu
  4. Melayu Melaka. 

Masjid Kampung Kling Melaka ruang legar
Pengaruh senibina cina.

Masjid Kampung Kling Melaka beranda
Bahagian beranda masjid.

Masjid Kampung Kling Melaka ruang solat
Suasanan di ruang solat.

Masjid Kampung Kling Melaka kolam wudhu
Kolam wudhu yang terletak di masjid ini.

Menara azan atau minaret masjid ini kelihatan seakan akan pagoda cina. Masjid kling dinamakan bersempena tempat pedagang dari India tinggal satu ketika masa dahulu yang dipanggil sebagai Kampung Kling.

Pelawat yang mempunyai minat dalam sejarah serta seni boleh memperhatikan kelebihan pada binaan masjid ini yang mempunyai banyak kesitimewaan senibina seperti berikut:
  • Jubin berkilau Inggeris dan Portugis
  • Tiang Corinthian dengan gerbang simetri di dewan sembahyang utama
  • Lampu candelier Victoria
  • Mimbar kayu dengan ukiran Hindu dan Cina
  • Ukiran lampu besi Moorish di tempat wudhu untuk pembersihan pra-doa.


Review Pelawat tentang Masjid Kampung Kling.

Seramai 143 pelancong telah meninggalkan ulasan mengenai Masjid ini, dengan mata terkumpul sebanyak 4.5 dari 5.0 bintang.

Etika dan adab dalam menziarahi masjid mestilah di amalkan setiap masa supaya kesucian & nama baiknya terpelihara sebagai pusat kegiatan agama islam.

Banyak lagi tempat menarik di Melaka untuk di kunjungi. Teruskan membaca artikel di bawah untuk menemui permata tersembunyi.
Bacaan menarik: Tempat menarik di Melaka! Senarai lokasi yang paling berbaloi di kunjungi.