Menara Taming Sari Melaka 2019. Cantiknya view Bandar Hilir di malam hari!

Jika di KL ada banyak menara pencakar langit seperti KLCC untuk menikmati permandangan bandar, di Melaka ada beberapa lokasi seperti Menara Taming Sari.

Menara taming sari melaka

Menara Tamingsari Melaka. Saksikan permandangan indah Bandar Melaka dari kaca mata burung di langit!

Jika anda rasa, bandar Melaka cantik dan mempersonakan. Cuba naik menara ini di malam hari dan saksikan permandangan yang sama.

Cuma kali ini, dengan kemewahan limpahan lampu menghiasi gelap malam. Di temani bintang dan purnama di langit tinggi.

Cantik betul. Rasa macam tak nak turun. Hehe. Di bawah ini Ibu berikan alamat menara ini.

Manalah tahu cari cari tak jumpa kan.

Lokasi: Jalan Merdeka Banda Hilir, 75000 Melaka

No Telefon: 06-2881100

menara taming sari harga tiket

Banyak tapak bersejarah boleh di dapati di sekeliling Menara Tamingsari. Jangan lepaskan peluang ziarah tau.
Bacaan menarik: Tempat bersejarah di Melaka! Ini sebabnya ramai pelancong tempatan & luar negara berpusu pusu ke mari.

Berapa harga tiket untuk Menara Taming Sari?

Bayaran masuk adalah seperti berikut:
  • Dewasa RM17 
  • Pelajar RM11 (Perlu bawa kad pelajar untuk penuntut IPTA & IPTS)
  • Kanak-kanak RM11
  • Pelancong warga asing RM25
  • Waktu lawatan: Setiap hari dari 10.00 pagi hingga 11.00 malam.



Apa yang menarik di Menara Taming Sari?

Menara Taming Sari adalah Gyro tower pertama di Malaysia.

Menara ini telah dibuka secara rasmi kepada orang ramai pada 18 April 2008 dan memakan belanja sebanyak RM2 juta untuk disiapkan.

Dengan ketinggian 110 meter, strurtur yang berpusing ini dapat memuatkan seramai 80 orang.

Setiap sesi memakan masa selama 7 minit dan memberikan pengalaman berbeza kepada pelancong.

Kita kita dapat menikmati pandangan panoramik Bandar Melaka dari udara  secara 360 darjah.

Sangat sesuai untuk peminat fotografi & mereka yang suka bergambar

Dari pengalaman pengunjung lepas, waktu paling bagus untuk melawat menara ini pada awal pagi, atau selepas asar (petang). Selain waktu ini, pengunjung sangat ramai.

Terpaksa beratur dan bersesak dalam panas matahari.

Tapi berbaloi untuk pengalaman melihat melaka dari sisi berbeza.

Parking untuk letak kereta lebih mudah untuk diperolehi pada waktu pagi, boleh parking di sekitar Balai Polis Bandar Hilir.

Kami rekemen letak kereta di luar kawasan ini dan jalan kaki sikit kerana senang waktu nak balik nanti. Trafik sangat sesak.

Permandangan bandar melaka waktu malam menara taming sari

Review pelancong yang melawat Menara Tamingsari.

Ramai sungguh yang review tempat ini, di google sebanyak 2,852 pengunjung telah meninggalkan ulasan dan mempunyai markah terkumpul 4.2/5.

Memang tempat wajib pergi bila melawat melaka. 

Cuma satu yang Ibu kurang gemar melawat Bandar Hilir ni. Trafik jam masa cuti hujung minggu. Cuti sekolah lagilah berganda ganda.

Sebab itu rancanglah percutian anda dengan baik, cari homestay dan hotel yang memudahkan kita bergerak ke lokasi yang kita dah buat siap siap sebelum bercuti.
Bacaan menarik: Homestay Ayer Keroh! Ini punca ramai pelancong bijak menginap di sini.
Menara Taming Sari Melaka 2019. Cantiknya view Bandar Hilir di malam hari! Reviewed by Ibu Syurga on September 06, 2018 Rating: 5

19 ulasan:

  1. hi . bestlah artikel awak kalini . i pun pernah melawat taming sari ni . pastu i pun pernah naik benda ni . gayat sangat tau . terlalu tinggi . bila naik nampak semua keindahan bandar melaka . apepun nice artikel sharing :)

    BalasPadam
  2. dh pernah naik juga menara taming sari tp naik waktu siang...kebetulan masa tu ada urusan kj kt melaka tp sempat la singgah melawat tmpt2 menarik

    BalasPadam
  3. Pernah jugak naik Menara Taming Sari. Kali pertama dengan parents dan adik beradik. Kali kedua dengan suami dan anak. Tapi dua dua kali naik waktu siang. Tak pernah terfikir pulak nak naik waktu malam. Mesti pemandangan lagi cantik dengan lampu lampu semua

    BalasPadam
  4. Trafik jangan cakap la masa time cuti sekolah. Jam ya amat.....Tu yang saya suka menginap kat hotel di tengah bandar. Nak pegi mana2 jalan kaki ajer. Pernah juga naik taming sari ni. Gayat ohhhh...

    BalasPadam
  5. Setiap kali ke Melaka mesti berangan nak naik Taming Sari ni, tp bila sampai mesti x jadi naik sbb sy gayat.

    BalasPadam
  6. wah cantiknya.next time pergi melaka nak singgah sini la.tengok view dia pun memukau

    BalasPadam
  7. Dah bwrtahun kahwin dengan orang Melaka, tak pernah sekali merasa naik Menara Taming Sari. Hahaha.. .Selalu lalu saja bawahnya.

    BalasPadam
  8. Banyak kali ke Melaka tapi sekalipun tak pernah naik menara taming sari ni sebab tak berminat.huhu

    BalasPadam
  9. Ada la dua kali pergi Melaka tapi tak pernah lagi naik Taming Sari ni. Setiap kali nak naik ada je halnya. Belum ada rezeki nak naik. Next time la kot

    BalasPadam
  10. pernah naik taming sari nie. Best dpt tgok view melaka. Tp xprnh lg naik pd waktu malam. Nk naik lagilah nanti kalau berkunjung k melaka

    BalasPadam
  11. Banyak kali pergi Melaka haritu tapi tak sempat nak singgah semua . Nak pergi Taming Sari tapi beratur panjang berjam-jam. Terpaksa lupa kan hasrat . Harap dapat pergi next time.

    BalasPadam
  12. Cantiknya waktu malam heheh tak pernah nak naik menara tu waktu malam tapi kalau ada kesempatan menginap kat sana lama sikit nak juga pergi lah bestnya.....

    BalasPadam
  13. I always wanted to come here but always tak sempat cos with 2 small kids susah hehe, but gonna make it a point to come next round.

    BalasPadam
  14. wow this is nice. I didn't know about this place before. time to make a trip there with the family and friends.

    BalasPadam
  15. Menara tamingsari di melaka memang terkenal sebab kita dapat saksikan permandangan indah sungai melaka dan sekelilingnya dari atas. lepas tu berputar sendiri secara 360 darjah

    BalasPadam
  16. Subhanallah. Cantiknya pemandangan Melaka di malam hari. Rawlins tak pernah lagi naik Taming Sari memalam - maka nampakanya kena mencuba la next trip nie.

    BalasPadam
  17. I've seen this for a long time but I've not tried maybe when my kids grow up since the rating is good.

    BalasPadam
  18. Dah banyak kali gi Melaka, tapi tak pernah lagi naik Menara Taming Sari ni..tengok dari bawah je..kena try la nanti

    BalasPadam
  19. Menarik juga naik menara taming sari ni di malam hari kan. Nampak panorama bandar melaka di bandar hilir. Berputar atas paksi.

    BalasPadam

Hak Cipta Terpelihara Kasihnya Ibu Membawa Ke Syurga © 2017-2018

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Dikuasakan oleh Blogger.