Menara paling tinggi di Melaka setakatini (Feb 2018) untuk menikmati permandangan bandar bersejarah ini.
Selalu nak tengok sunset pergi pantai kan? Dari sini pun lawa juga. |
The Shore Melaka, Sajian permandangan indah di puncak tertinggi di Bandar Melaka!
Alamat: Lebuh Ayer Keroh, Kampung Bunga Paya Pantai, 75450 Melaka
Bayaran Masuk: Dewasa RM25 | Kanak-kanak RM18
Waktu lawatan: Setiap hari dari 10.30 pagi – 11.00 malam.
Selain melihat permandangan dari menara The Shore, satu lagi tempat best ialah Menara Taming Sari. Walaupun tak setinggi ini, tapi ramai juga yang suka naik.
Bacaan menarik: Menara Tamingsari. Ini sebabnya ramai pelancong tetap beratur panjang di sini!
Apa yang menarik di The Shore Sky Tower?
Mungkin sudah banyak kali kita naik bangunan tinggi, apatah lagi sekiranya kita bekerja di bandar besar seperti KL & JB.
Kelainan di sini ialah ada bahagian di tingkat 42 menara ini yang diperbuat dari kaca. Pasti menerbitkan rasa gerun dan kecut perut.
Jika anda memburu pemandangan terbaik seluruh Bandar Melaka jangan lupa naik ke tingkat 42 The Shore Sky Tower, bangunan tertinggi di Bandar Melaka. Pastikan anda beranikan diri kerana lantai
Mereka yang takutkan ketinggian (Acrophobia) mungkin tidak sesuai ke sini.
Review Pengunjung The Shore Melaka.
Daripada 33 ulasan yang ditinggalkan pengunjung di Google, mata terkumpul sebanyak 4.2/5.0 bintang.
Dari menara ini kita boleh nampak permandangan laut dan juga matahari terbenam yang lawa. Tak payah pergi tepi pantai pun.
Tapi, kalau ada juga kelebihan duduk tepi pantai ni. Dapat dengar suara ombak menghempas pantai.
Lepas tu suara deruan angin dan muka ni rasa sejuk je di tiup bayu laut. Walaupun tak sesejuk cuaca di cameron.
Bacaan menarik: Homestay Melaka Tepi Pantai. Patutlah sentiasa penuh, nak makan seafood segar senang! View pun lawa.