Harga susu kambing Khalish Koko Kurma.

Bosannya minum susu hari hari. Mujurlah sekarang ni ada susu kambing perisa coklat yang sedap!
susu kambing khalish koko kurma

Hari hari minum perisa yang sama, naik boring jadinya. Sebab tu kita tukar tukar sekali sekala.

Dan, bagi mak ayah yang risaukan anak anak tak cukup khasiat. Tapi, masalahnya mereka pula tak suka minum susu formula.

Beri saja susu kambing perisa koko dan kurma ni. Insyaallah dari tak suka, jadi sebaliknya. Bacaan menarik: Susu kambing semakin popular di Malaysia!, memang banyak kelebihannya.


Apa kelebihan kandungan koko dan kurma di dalam susu kambing ini?

Di bawah ini adalah kelebihan mengambil kurma dan koko untuk kesihatan yang di kenal pasti hasil dari kajian sains.



1. Khasiat koko.

  • Koko mengandungi antioksidan yang dipercayai melambatkan proses penuaan.
  • Ia juga dikatakan mampu meningkatkan kebolehan mengatasi tekanan perasaan.
  • Mengandungi bahan bernama Catechin iaitu sejenis antioksida.


2. Khasiat kurma.

Di bawah ini adalah khasiat memakan kurma secara terus.
  • Kurma mempunyai kandungan serat yang tinggi.
  • Memberikan tenaga yang sedia digunakan badan.
  • Membantu sistem penghadaman.
  • Rendah kandungan garam.
  • Mempunyai anti oksida yang menguatkan sistem daya tahan badan.
  • Tinggi kalium sebagai elektrolit penstabil bendalir badan.
  • Zat Besi membantu badan kita menghasilkan sel darah merah berkualiti yang berfungsi mengangkut oksigen ke sel-sel badan.

Jika anda mahu tahu kelebihan meminum susu kambing kepada kesihatan, boleh baca artikel ibu nukilkan di bawah. Bacaan menarik: Khasiat susu kambing, rahsia amalan orang bijak turun temurun di seluruh dunia!

TAPI.

Harus diingat, kita juga perlu mempertimbangkan berapa banyak kandungan kurma dan koko dalam susu kambing ini. 

Ibu lebih suka minum susu kambing perisa asli saja. Kalau nak minum koko dan kurma, lebih suka blend sendiri buah kurma tersebut dan boleh juga kawal kuantiti koko yang di gunakan.

Tapi pilihan di tangan kita kan? Masa kita terhad. Jadi mungkin anda nak cepat. Beli yang siap siap. Tinggal bancuh saja. Bacaan menarik: Susu kambing khalish, ini sebabnya ramai keluarga menyukainya!

Harga susu kambing Khalish Koko Kurma.

Di bawah ini Ibu kongsikan maklumat lanjut tentang susu sedap ini. Seperti biasa, kalau baru mula berjinak jinak nak minum susu kambing, jangan beli banyak banyak.

Beli dulu 1 kotak. Harga untuk 1 pek seberat setengah kg adalah seperti berikut.

1. Khalish Susu Kambing Koko Kurma - 500gm

  • RM44.00 – Semenanjung Malaysia
  • RM50.00 – Sabah & Sarawak

Lain pula ceritanya kalau kita dah selalu beli dan jadi peminum tegar. Mesti nak beli banyak kan?

Kalau dah beli banyak, ambil saja pakej promosi di bawah ni. Dapat harga istimewa tau.

2. Promosi Belian Pek Family - 6 Kotak

  • RM234.00 Semenanjung Malaysia
  • RM270.00 Sabah & Sarawak

Jika kita dah cuba beri anak kita susu ini, dan mereka tak menyukainya. Jangan putus ada.

Ada banyak lagi susu untuk kanak kanak di pasaran. Pilih saja dari jenama terbaik ini.Bacaan menarik: Senarai susu formula terbaik untuk bayi! Lega hati mak ayah sebab anak suka.

Kesimpulan.

Meminum susu kambing memang bagus untuk kesihatan, dan bagi mereka yang cerewet dan baru nak berjinak jinak nak mencuba.

Mungkin susah nak telan susu perisa asli.

Jadi jalan lain ialah dengan menggunakan susu kambing berperisa. Rasa koko dan kurma yang manis manis buah insyaallah di gemari anak anak kita.

Apa yang penting, kita kaji dan selidik dulu sebelum mencuba sesuatu produk. Jadilah pengguna yang bijak. Betul kan?

Jumpa lagi di lain masa.







Penulis / Editor: Ibu Zaid

Seorang ibu yang sangat suka membaca sebagai bekalan untuk membesarkan 2 orang anak lelakinya. Gemar berkongsi info keibubapaan & pemakanan anak anak seperti susu formula & tempat menarik di Malaysia untuk percutian keluarga yang indah. 

Beliau merupakan penyumbang tetap di page Facebook Ibu Bijak Keluarga Sihat & aktif menulis di blog Ibusyurga.blogspot.com. Telah mengarang lebih 300 artikel berkualiti sepanjang 10 tahun berkecimpung dalam penulisan blog. Beliau boleh dihubungi di alamat emel ummbaraqah@gmail.com

3 Ulasan

Ulasan

Mama Hakim berkata…
Assalamualaikum ibu zaid. Memang sedap minum susu coklat. Tambah kurma pula tu

Makin lemak manis terasa kan.

Minum pula sejuk sejuk. Lagi wow.susu kambing memang banyak khasiat
Harga susu kambing khalish ni tak lah mahal sangat. masih mampu milik kan. Tapi kalau keluarga dah besar, anak anak tengah membesar. sesak juga.
Perisa koko memang akan di gemari anak anak. maklumlah, siapa tak suka coklat. Daripada beri mereka minum air milo , kopi dan teh yang berkafein tinggi tu kan. Minum susu kambing koko kurma lebih baik.