7 Susu Kambing terbaik! Mana yang paling bagus untuk anda?

Ingatkan susu kambing ni berbau hamis! Sedapnyaa! Menyesal tak minum dari dulu.


Sejak kebelakangan ni, semakin ramai yang menyedari kesedapan & khasiat susu kambing.

Mana taknya, banyak jenama baru di pasaran. Kempen pemasaran di corong radio & kaca tv pun meluas. Tapi kan..

Tak semua susu kambing tepung ni di hasilkan sama. Ada yang banyak gula. Ada banyak perisa.  Ada pula yang organik.

Jadi, artikel ini Ibu tulis untuk membantu menjawab persoalan anda sebelum beli susu kambing.

Kita mulakan dengan soalan paling popular.

Apakah ia?


Senarai susu kambing terbaik di pasaran! Mana 1 yang paling bagus untuk anda?

Keluarga Ibu adalah peminum tegar susu kambing. Hari hari kami minum. Dalam 1 bulan, sampai 10 kotak susu kami guna.

Jadi, memang dah arif jugalah perbezaan jenama yang ada. Selain susu kambing, banyak lagi jenama susu formula.
Bacaan menarik: Susu formula terbaik! Ini 7 jenama paling popular di Malaysia.

Di bawah ini adalah beberapa jenama popular di pasaran. (No 1 adalah kegemaran kami! Anda bagaimana?)


susu kambing terbaik



1. Wildan


Keluarga Ibu dah gunakan susu ini agak lama. Hampir 4 tahun. Alhamdulillah serasi untuk seisi keluarga.

Jenama tempatan yang dapat pengiktirafan antarabangsa. Dulu masa baru keluar, bahan mentahnya susu kambing organik semata mata.

Sekarang ni dah campur banyak makanan lain macam minyak canola.

Harga untuk 1 pek 500g memang mahal lah.
Bacaan menarik: Susu Kambing Wildan. Apa kelebihannya?


2. Lazz

Satu lagi jenama tempatan yang popular. Iklan pun banyak di radio dan tv. Agak popular juga ni.
Bacaan menarik: Susu Kambing Lazz. Kenapa anda perlu cuba?


3. Khalish

Jenama ini juga menggunakan susu kambing organik. Bebas bau bauan yang tak menyenangkan.
Bacaan menarik: Susu Kambing Khalish.

4. Higoat

Rasanya, kalau di ingat semula. Inilah jenama pertama susu kambing tempatan yang jadi mainstream.

Ibu gunakan jenama susu ini agak lama. Dari belum kahwin.
Bacaan menarik: Susu kambing Higoat. Kenapa ramai sukakannya!
Banyak lagi pilihan, nak senaraikan semuanya memang tak laratlah. hehe. Di bawah ini beberapa jenis lagi.


5. Habib

Bacaan menarik: Susu kambing Habib.


6. Platinum

Bacaan menarik: Susu kambing kurma madu platinum.

7. Suffy

Bacaan menarik: Susu kambing Suffy.

8. Ar Rayyan

Bacaan menarik: Susu kambing Ar Rayyan.


9. Tok Ali

Bacaan menarik: Susu kambing Pak Ali.


10. Harwany

Bacaan menarik: Susu kambing Harwany.


12. Irfan

Bacaan menarik: Susu kambing Irfan.

Jenama seterusnya agak unik. Ini kerana ia adalah satu satunya jenama luar negara dalam senarai panjang ini.


13. Karihome

Senang nak cari susu ini di pasaraya besar dan hypermarket seperti Tesco dan Aeon Big. Ada di jual kat bahagian susu formula.
Bacaan menarik: Susu Kambing Karihome.


Khasiat susu kambing untuk kesihatan.

Jika kita telusuri kembali tentang khasiat susu untuk kesihatan, memang banyak kajian moden dan juga dari sunnah nabi yang menyebut secara khusus tentang kebaikannya.


minum susu kambing untuk kesihatan


Bahkan, satu hadis sahih tentang peristiwa israk dan mikraj ada di riwayatkan seperti berikut.

Abu Hurairah berkata, Nabi SAW bersabda : 
Ketika aku diisrakkan, aku bertemu dengan Nabi Musa AS, baginda seorang lelaki yang tinggi kurus dengan rambut berombak seperti seorang Bani Syanu’ah. Aku juga bertemu dengan Nabi Isa AS, baginda kelihatan seperti lelaki biasa, berkulit merah, seakan-akan baru keluar dari pemandian. Aku bertemu dengan Nabi Ibrahim AS, akulah keturunannya yang paling mirip dengannya. Lalu aku diberi dua bejana, yang satu berisi susu dan yang lain berisi arak.  
Dikatakan padaku : Ambillah yang engkau suka. Aku mengambil susu dan meminumnya. Kemudian dikatakan : Engkau diberi petunjuk dengan fitrah atau engkau menepati fitrah. Seandainya engkau mengambil arak, nescaya sesat umatmu.”
Riwayat Imam Muslim.

Oleh kerana telalu banyak kebaikan susu kambing. Ibu kongsikan di satu artikel khas mengenainya.
Bacaan menarik: Khasiat susu kambing. Amalan orang bijak pandai zaman berzaman!



Susu Kambing untuk anak! Boleh ke baby minum susu tepung kambing?

Bagi ibu yang kekurangan susu badan, mesti akan cari alternatif lain untuk menyusukan anak.

Selalunya, kita akan memberi anak anak minum susu formula.

Tapi, kebelakangan ini semakin ramai yang beralih kepada susu kambing untuk di berikan kepada anak anak.

Persoalannya, sesuai ke susu kambing untuk anak kita yang masih kecil? Ibu kongsikan artikel untuk menjawab persoalan ini.

Bacaan menarik: Susu kambing untuk bayi! Selamat ke untuk si manja?


Akhir kata.

Walau panjang mana pun artikel yang Ibu tulis, dan berapa banyak artikel yang para pembaca budiman baca.

Semuanya tidak akan mendatangkan manfaat sekiranya tiada tindakan diambil selepas mengetahuinya.

Di harap, sedikit sebanyak perkongsian ini dapat membantu menjawab soalan anda semua tentang susu kambing.

Jangan lupa tinggalkan komen di ruangan di bawah. Sama sama kita berkongsi pengalaman. Jumpa lagi.




7 Susu Kambing terbaik! Mana yang paling bagus untuk anda? Reviewed by Ibu Syurga on September 23, 2018 Rating: 5

15 ulasan:

  1. glad to read about goat milk, I like to drink goat milk. There are many brands in market now, shall visit to find which suitable for me.

    BalasPadam
  2. Dulu masa pregnant anak pertama minum susu kambing terlajak laris punya. Tapi tak ingat ape nama penuh brand dia. Pregnant kali ni tak boleh minum susu langsung. Bagi lah susu kambing ape pun

    BalasPadam
  3. airah pernah try yang lazz tu je. semua perisa pernah try memang sedapp.dekat blog pun ada buat review susu lazz tu jugak haha

    BalasPadam
  4. khasiat susu kambing memang banyak untuk kesihatan kan. Lelaki dan perempuan boleh minum. Tak kira usia muda atau tua. Semoga istiqamah

    BalasPadam
  5. Kte pernah consume Lazz susu kambing tu memang sedap sangat2..paling kte suka lazz cafe. Sedap sangat! Memang tak tipu..dah la kurang manis cuma harga agak mahal la sikit hehhe..

    BalasPadam
  6. Kita tak tahulah jarang minum susu kambing selalu susu lembu jer hehehe tapi hari tu pernah cuba sekali sedap juga tak ingat jenama apa tapi best..

    BalasPadam
  7. I used to feed my daugther with goat's milk but it was really pricy, hopefully in the future it can be cheaper because it's really nutricious.

    BalasPadam
  8. Sis pernah lah jugak menerai minum susu kambing ni, tapi masalahnya memang tak leh masuk, ada jugak jenama spt kat atas tu sis try..memang x boleh. Kalau daging kambing boleh pulak..hehehe

    BalasPadam
  9. seriously, aida x pernah num susu kambing.
    tak brape minat. tapi memang diakui susu kambing ni bagus. sgt bagus.
    sebab tu skang ni sgt byk company yg buat susu kambing ni.

    BalasPadam
  10. Banyak rupanya pengeluar susu kambing ni. Tapi saya x suka minum apa2 susu hihi

    BalasPadam
  11. Macam2 brand ada lani..pernah try yg susu juna keluaran fyn jamal tu. Ok jugak

    BalasPadam
  12. Masa pregnant hari tu.. TB memang minum susu Wildan.. sedap susu tu.. masa tu TB tak lalu minum susu-susu biasa so, susu wildan la yang TB lalu minum pun.. tak hamis dan sedap.. susu kambing lain macam Lazz pun sedap jugak.. huhu..

    BalasPadam
  13. Banyak susu kambing sekarang..cuma pilih je mana yang terbaik..susu kambimg semua banyak kelebihannya..boleh jadikan amalan harian minum susu

    BalasPadam
  14. Assalamualaikum ibu zaid. Banyak betul kelebihan minum susu kambing kan.

    Patutlah jadi makanan sunnah. Benda yang sunnah mesti elok.

    Khasiat banyak untuk kesihatan dan kecantikan lelaki dan perempuan

    BalasPadam
  15. Susu kambing memang terbaik untuk kesihatan keluarga. Sebab tu sekarang ni dah ramai yang beli. Saya selalu pergi kedai jamu. Ramai borong untuk minum 1 keluarga

    BalasPadam

Hak Cipta Terpelihara Kasihnya Ibu Membawa Ke Syurga © 2017-2018

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Dikuasakan oleh Blogger.