15 Cara Kurang alahan mengandung supaya ibu & bayi cukup zat!



Assalamualaikum Wrmbth, Dah lama Ibu tak update blog ni. Kali ini ibu nak kongsi tentang alahan mengandung.
.
Mama cari tips untuk kurangkan loya & mual semasa hamil serata internet.

.
Dan dari pengalaman sendiri.
.
Puan ada rasa loya dan muntah?
.
kurangkan alahan mengandung
.
Ini boleh jadi salah satu tanda tanda awal kehamilan dan biasanya bermula sekitar minggu ke-6 kehamilan. 
.

Ia boleh berlaku pada bila bila masa sepanjang hari
.
Dan bagi kebanyakan wanita, alahan hamil selalunya berhenti selepas minggu kehamilan ke 12. (Baca tanda hamil anak pertama disini)
.
Dalam hati ibu mengandung macam kita ni
.
Mesti tertanya tanya soalan dibawah
.
Iaitu




Adakah morning sickness berbahaya?

Betul kan?

Sebab asyik mual & muntah je

Selera makan pun tak ada, macam mana hati tak risau


cara hilangkan alahan mengandung
Ramai wanita teringin mengandung tanpa alahan. Kita boleh usaha

Morning sickness selalunya tidak berbahaya kepada kita atau bayi dalam kandungan
.
Melainkan kalau
.
Kita mengalami muntah yang berlebihan dan tidak boleh makan langsung, sampai tak ada selera
.
Sebab apa yang di makan semuanya keluar semula
.
Ini boleh membahayakan kedua dua ibu dan bayi jika alahan teruk & tidak dirawat kerana 
  1. kekurangan nutrien 
  2. dan ketidakseimbangan elektrolit. 
Perkara yang paling penting yang boleh dilakukan oleh puan & suami adalah berkongsi kepada doktor semasa temujanji doktor apabila gejala-gejala ini muncul
.
Dan cuba dapatkan pilihan rawatan yang ada & nasihat untuk atasi masalah alahan mengandung
.
Selain itu, Ibu juga galakkan untuk jaga kebersihan rumah & diri semasa mengandung. Kalau rumah ada bela kucing. lagi kena hati hati dengan kucing.
.
Memang ada bahaya kucing kepada ibu mengandung.
.
Sekarang ni

Kita dah tahu jenis alahan semasa mengandung yang selamat

Dan cara mengetahui tanda tanda alahan yang membawa mudarat

Macam mana kita nak hilangkan alahan mengandung?

Caranya ialah dengan menjawab soalan di bawah ni

Iaitu

Apa yang kita perlu tahu tentang Morning sickness?

Dibawah ini

Ibu kongsikan 4 fakta penting

Tentang alahan mengandung yang sangat bermanfaat

cara hilangkan alahan mengandung

  1. Lebih daripada 50% daripada wanita hamil mengalami demam pagi. Masa checkup cuba tanya kawan kawan di klinik yang sedang mengandung. Kemungkinan besar untuk mereka juga mengalami alahan memang tinggi
  2. Morning sickness akan mendatangkan rasa mual yang mungkin kita alami semasa trimester pertama kehamilan, yang disebabkan oleh hasil peningkatan hormon kehamilan dalam tubuh kita.
  3. Morning sickness boleh disertai dengan muntah muntah.
  4. Ramai doktor berpendapat bahawa morning sickness adalah sesuatu yang baik. Apa? Kita tak larat macam ni sampai tak boleh kerja doktor kata bagus? Morning sickness menunjukkan plasenta berkembang dengan baik. 
Jangan takut, ada beberapa cara untuk membantu memberikan kita kelegaan untuk mengurangkan morning sickness.
.

15 Tips & Pantang larang mengurangkan morning sickness semasa mengandung

cara hilangkan alahan mengandung
Nak hilangkan sepenuhnya memang susah. Tapi nak kawal memang boleh

Ini caranya:
  1. Makan hidangan yang sedikit tetapi kerap.
  2. Minum air 1/2 jam sebelum atau selepas makan, tetapi tidak bersama sama dengan makanan.
  3. Minum sedikit air pada waktu siang untuk mengelakkan kekurangan air.
  4. Makan apa sahaja yang kita suka makan, apabila rasa anda selera makan. Banyakkan makan makanan berkhasiat seperti buah semasa mengandung.
  5. Mintalah orang lain untuk memasak untuk anda. Bau yang kuat dari masakan yang sedang di masak boleh merangsang rasa loya
  6. Elakkan makanan & minuman yang terlebih gula. Nanti senang kena kencing manis. Amalkan diet sihat ketika mengandung
  7. Buka tingkap, atau hidupkan kipas jika bau mengganggu anda. Bagi udara luar yang nyaman masuk ke dalam rumah
  8. Banyak rehat dan tidur di siang hari.
  9. Elakkan tempat panas kerana cuaca panas boleh menambah mual.
  10. Menghidu lemon atau halia, minum air limau atau makan tembikai untuk melegakan rasa loya.
  11. Buat senaman
  12. Ambil set ibu mengandung shaklee untuk cukupkan keperluan kita & anak yang sedang pesat berkembang
4 perkara ini mesti di elakkan untuk mengurangkan alahan semasa hamil:
  1. Jangan berbaring selepas makan.
  2. Jangan melangkau waktu makan.
  3. Jangan biarkan keadaan ini tidak dirawat.
  4. Jangan masak atau makan makanan pedas.

Cepat cepatlah jumpa doktor jika mengalami morning sickness yang

alahan ketika mengandung

  1. Jika puan mengalami loya & muntah-muntah yang berlebihan sehingga perut kerap kosong sampai tidak berisi. Nanti boleh kena gastrik
  2. Jika puan kerap muntah disertai dengan sakit atau demam
  3. Sekiranya rasa mual, loya & muntah berterusan ke trimester kedua (selepas minggu ke-12)
Selamat mencuba tips tips untuk mengurangkan alahan ini ya.

18 Ulasan

Ulasan

Mazni Azmi berkata…
Alahan mengandung masa awal kehamilan memang buat kita hilang selera makan

Bersabarlah

JMR berkata…
suami pun kena membantu
Mazni Azmi berkata…
Kalau sayang isteri dan anak mestilah membantu kan tuan. Lebih lagi masa mengandung
.
Mesti isteri sayang dan ingat sampai bila bila
Mimie berkata…
Saya dulu nak kurangkan alahan makan asam je..
ajumohit berkata…
Alhamdulillah semasa mengandung 5 orang anak sebelum ni tiada alahan mengandung, rezeki saya ;)
Jueliza Jamani berkata…
so far tak pernah muntah masa peknen.. hahahah.. muntah sebab migrain ada..
Mama Hakim berkata…
Morning sickness dan alahan ketika mengandung memang buatkan emak emak muda yang baru kahwin tak pergi kerja

kalau sikit sikit lagi tak pe

Yang sampai muntah muntah tu. Badan mana ada tenaga
.
Saudara pun ramai yang berhenti lepas kahwin
Ainniah Zulkefli berkata…
saya tiga kali mengandung, tiga2 kali alahan agak mencabar. fuh dugaan btol.
Ibu Syurga berkata…
Betul, Rasulullah saw pun rajin tolong isteri di rumah

walaupun sibuk dengan urusan negara dan umat kan

Lagipun mengandung anak sendiri
Ibu Syurga berkata…
Alhamdulillah, senang dapat hilang alahan kan mimi

tapi lain orang lain cara yang berkesan
Ibu Syurga berkata…
Alhamdulillah, syukur sangat sebab dapat mengandung 5 orang tak merasa morning sickness

Dapat menyusu lagi kan

Memang superwoman aju mohit ni
Ibu Syurga berkata…
Alamak, migrain sampai muntah ya mama jue

semoga sihat wal afiat ya
Ibu Syurga berkata…
Kalau suami mampu, elok berhenti kerja dan uruskan keluarga

dapat buat kerja dari rumah pun bagus
Ibu Syurga berkata…
Semoga mengandung kali ke 4 sihat tak ada morning sickness ya puan Ainniah
Ibu Syurga berkata…
mau tak kurus kalau kita makan semua keluar balik kan Maznee

Siapa yang ada alahan mengandung tu elok makan buah yang kaya vitamin b 6 macam pisang

kalau susah sangat makan saja set mengandung shaklee

EHS berkata…
kalau isteri nak makan makanan yang menyebabkan alahan sebab mengidam camna ye?
Unknown berkata…
Banyak manfaat saya dapat selepas membaca artikel ini Terima kasih
Unknown berkata…
Sy sekarang sdg mengalami alahan yg teruk..kdg sampai ketar badan..hampir putus asa..bru je kuar wad masuk air..sedih