Pantai Puteri Melaka 2021. Wah cantiknya! Memang bersih terjaga rapi.

aktiviti menarik di pantai melaka
Bercuti di pantai puteri memang best! Dekat pula dengan banyak tempat  menarik.
Melaka memang banyak tempat menarik untuk bercuti bersama keluarga.

Terutama semasa cuti sekolah kan

Selain melawat ke tempat bersejarah di Melaka, banyak lagi tarikan perlancongan di negeri Hang Tuah ni. (Baca lebih lagi mengenai Tempat best di Melaka untuk jalan jalan!)

Contohnya apa tu?



Tarikan di Pantai Puteri Melaka yang menjanjikan kenangan indah bersama keluarga!

pantai puteri di melaka
Pantai puteri memang cantik & banyak kelebihan. Gambar kredit encikshino.com
Sambil sambil pergi ke tempat yang bersejarah seperti muzium & kota lama.

Melaka pun kaya dengan keindahan alam semulajadinya, seperti pantai pantainya yang terjaga rapi.

Dan, sebelum ini ibu ada review tentang taman rama rama, kali ini ibu nak kongsi tentang Pantai Puteri di Melaka. 

Tips 1 - Penting untuk kita merancang sebaiknya percutian ke Melaka. Pastikan kita survey dulu harga sebelum tempah tiket flight, booking hotel melaka (Tak kisahlah yang 5 star seperti Casa Del Rio atau yang murah) & kedai makan sedap berhampiran. Jangan bazirkan masa semasa bercuti.




Related post

Ibu ni orang sana. Lebih tepat lagi orang kampung Pantai Puteri. Tak seperti kawasan pantai yang kotor tak terjaga.

Kerana sampah dari pelancong & juga yang dihanyutkan air. Pantai ini memang terjaga rapi.

Hari hari ada kerja pembersihan dilakukan oleh pihak berwajib.

Jadi datang sini memang tak sakit mata.


Apa yang menarik di Pantai Puteri Melaka?

Banyak aktiviti santai boleh kita lakukan di sini. Ibu akan senarikan di bawah untuk manfaat bersama.

Memang banyak aktiviti outdoor yang lebih santai & menyeronokkan untuk di cuba.

1. Melihat matahari terbit & terbenam di Selat Melaka

matahari terbenam di pantai puteri melaka
Cantik matahari terbenam di Jeti Petronas. Kredit: Sunrise.maplogs.com


matahari terbenam pantai puteri melaka
Lepas lihat matahari boleh terus solat di Masjid. Betul betul sebelah pantai

Kalau pergi laut tapi tak ambil kesempatan lihat matahari terbit dan terbenam memang rugi. Apatah lagi kalau kebanyakan tempat penginapan disini memang di tepi pantai

Sama ada hotel ataupun home stay. Boleh survey survey mana yang suka.


Buat yang pergi honeymoon tu mungkin sesuai duduk hotel.

Ada banyak hotel tepi pantai.

Bukan nak promosi mana mana. Tapi laman web kan banyak, carilah promosi dan bandingkan harga.


Tips 2 - Baca review terkini di internet sebelum booking hotel / homestay di Melaka. Ini akan berikan kita gambaran tempat tersebut bagus atau tak. Cari penginapan yang sesuai dengan bajet & saiz kumpulan kita. Homestay melaka lebih sesuai kalau pergi bersama keluarga besar. Kalau pergi dengan suami isteri, lebih baik duduk hotel atau resort tepi pantai. Senang nak dating.




homestay tepi pantai puteri
Homestay paling cantik di pantai puteri. Betul betul depan laut
Ikut bajet masing masing lah kan.

Kalau ibu pergi mesti bawa anak anak, jadi prefer pergi homestay. (Baca pilihan penginapan terbaik, Senarai Homestay terbaik di Melaka!)

Andai pergi berdua. Lebih senang duduk hotel saja.

hotel tepi pantai puteri
Hotel ni betul betul tepi pantai
Atau kalau anda sekeluarga suka untuk berada di alam sekitar. Boleh saja.

Memang banyak tempat menarik di Melaka seperti dalam video dibawah. Tekan butang play untuk tonton.

.

.

2. Berkhemah di tepi pantai puteri

Ada blogger lain kongsi pengalaman mereka camping / berkhemah di tepi pantai ni.

Apa nak takut angin kuat dan panas terik. Ada camping site / tapak perkhemahan yang memang tersedia.

tapak perkhemahan di pantai puteri melaka
Nak senang bawa khemah. Kredit:alizareesyaversibaru.blogspot.my
Nampak kan dalam gambar diatas. Tempat ni bersih dan sambil sambil tu kita luangkan masa dengan anak anak.

Anak anak pun dapat belajar banyak perkara dalam kehidupan.


Ikut kata pakar,
"Anak anak yang bijak rapat dengan mak ayah mereka"

Jadi, Pengalaman bercamping bersama keluarga bagus untuk mereka

Tambahan lagi sebelah camping site siap ada tandas awam lagi. Jadi tak ada masalah nak pergi melepaskan hajat.

Tandas pun terjaga tau, dihias indah.

Hehe.

tandas awam di pantai puteri melaka
Tandas pun warna warni tau Kredit gambar:utusan.com.my
Ini yang ibu cukup suka balik melaka, kemudahan terjaga betul di kawasan pelancongan.

Sesuatu yang kurang dilihat di Selangor. Hmmm.

Kalau camping tu, jangan lupa buang sampah betul betul ya.

Memang betul ada orang bersihkan, tong sampah pun dah tersedia.Tapi kebersihan kan sebahagian dari iman.

Dah penat penat camping dan jalan jalan kan

Perut mesti lapar? Wajib pergi kedai satay sebelah masjid tu.

3. Makan Satay di Kedai Sate Nazir

kedai satay nazir pantai puteri melaka

Satay Pek Tam Nazir ni dah lama juga buka. Siapa yang pernah makan insyaallah datang lagi

Maklumlah

Harganya berbaloi dengan harganya

Saiz satay besar, bila gigit tu memercik mercik jus daging & ayam dalam mulut

kedai satay nazir pantai puteri melaka
Sedap Bak Hang. Pergi sini mesti singgah!

satay nazir pantai puteri melaka
Satay Pek Tam Nazir besar berjus & sedap. Rempahnya terasa sampai kedalam!

satay nazir pantai puteri melaka

Bakar sate di pantai puteri melaka
Tangan yang bakar ni memang gifted & berpengalaman. Rasa sate ni tak kalah, malah lebih sedap dari jenama popular
Makan masa panas panas macam ada letupan rasa rempah & jus dari daging yang di bakar sempurna

Dan paling win

Pelengkap rasa, mestilah sambal kuah kacangnya

Cukup rasa, pedas manis & masin yang melehkan air liur bila teringat

Perniagaan keluarga kecil kecilan ni 

Dan paling bagus, Pek Tam Nasir ni OKU. Kaki dah tak kuat

Tapi kerja memang semangat.

Ibu doakan perniagaan satay ni terus maju. Sama sama kita bantu beliau

Dari makan Kay ep cee & Mek Dee masa bersiar siar

Best lagi pekena Satay Pek Tam Nasir

Kedai buka dari lepas asar, anggaran jam 530 petang sampai habis satay

Kadang kadang jam 9 malam dah habis

Tengok bilangan pengunjung lah

Terutama masa cuti sekolah ni

Kalau orang ramai, terpaksa ambil angka giliran


satay nazri pantai melaka

Tempat makan di Melaka ni, dah banyak yang viral. Ibu rasa berbaloi untuk viral kan satay ni

Sebab lokasi strategik

Sedap pulak tu

Sambil makan kita sedut angin dari pantai yang menghembus laju

Memang syahduu

Hehe


Google Street View : Klik sini

Lokasi sebelah Masjid Pantai Rombang, depan pantai puteri

Ini rupa masjid tu

masjid pantai rombang melaka

(Lihat google street view di bawah)

Sambil camping tepi laut tu

Senang nak pergi masjid sebab semua pun dekat kan

Ok

Aktiviti seterusnya akan beri kelebihan buat sesiapa yang camping & sewa homestay di tepi pantai puteri. (Wikipedia)

Apakah itu?

4. Bakar ikan & makanan laut segar

pengkalan nelayan di pantai puteri melaka
Beli saja ikan di pengkalan nelayan. Segar tak di nafikan!
Nama pun duduk tepi laut kan. Di sini memang ada beberapa pengkalan nelayan. 

Dan ada menjual hasil tangkapan segar di tepi laut. Ikan baru turun laut.

Rasa dia manis berjus, jus sate lain. Jus ikan lain. Isi ikan pun putih & kenyal. Harga ok & berbaloi

Tak perlu pergi sampai pantai timur & langkawi untuk makan ikan segar.

beli hasil laut di pengkalan nelayan pantai puteri

Boleh minta mereka tolong siangkan, memang expert je buat kerja.

Apa nak dibuat dengan ikan ni?

Kalau tinggal homestay boleh lah masak.

Nak goreng ke, masak sup ke. Mana yang sedap lah

Kalau camping ibu sarankan kita bakar je ikan tu dalam aluminium foil

Rempah boleh bawa dari rumah

Atau beli je kat pasar basah dan kedai

Bukan susah pun kan 

Cakap pasal ikan

Kalau dah namanya tepi laut, kaki pancing memang syok lah kan

Sebab

5. Memancing sendiri atau masuk pertandingan memancing!

memancing di pantai puteri melaka
Memancing di persisiran pantai
Alang alang tu bawa joran dari rumah

Selalu memang ramai kaki pancing di pesisiran pantai

Saja nak cari ketenangan kan

pertandingan memancing di pantai puteri melaka

Ikan tu ada tapi peluang nak dapat tu ikut rezeki & kemahiran masing masing lah kan

Dan di pantai puteri ni

Memang kerap kali buat pertandingan memancing

Wow!

Hadiah pun lumayan

Selalu pertandingan memancing ni buat masa cuti sekolah

Memang penuh lah kereta tepi jalan

Anak anak paling suka pergi pantai sebab

6. Mandi laut & berkelah

Apa lagi

Sebab dapat main air lah

Suka ibu nak ingatkan kepada ibu bapa supaya ambil langkah pencegahan ya

Pantang mandi tanpa pengawasan

Sebab apa?

Mandi manda biar berwaspada

Disini dah beberapa kali orang lemas tau

Sedangkan ada nelayan yang lemas disini, apatah lagi orang luar

Jadi selalu beringat

Keselamatan diutamakan

Selain mandi laut, tepi pantai anginnya kuat

Boleh lah kita

7. Main layang layang & buih sabun

main layang layang dan buih air sabun di pantai puteri
Main buih sabun, petang petang biasa ada peniaga tawarkan permaianan ni
Layang layang ada jual di kedai dan bazaar tepi jalan

Buih sabun tu pun petang petang biasa ada

Kena sewa perkakas dengan peniaga

Air sabun beli sebekas & pakai sampai habis

Dan buat kaki bola

Ada habuan khas untuk anda

8. Bola sepak pantai

bola sepak pantai di pantai puteri melaka

Ada padang bola sepak pantai tersedia

Kalau nak buat team building pun sesuai

sebab ibu kerap nampak ada keluarga buat family day

Dan ada juga syarikat yang bawa pekerja buat team building disini.



9. Dekat dengan banyak kawasan menarik.

Kawasan ini terletak hampir dengan tempat best seperti Pantai Klebang (Muzium kapal selam, Kedai coconut shake & kuih keria), Bandar hilir (tempat bersejarah seperti A Famosa) & Ayer Keroh (Melaka Wonderland, Taman rama rama. Baca lebih lanjut tentang pengalaman melawat taman rama rama Melaka!)

Kesimpulan aktiviti menarik di Pantai Puteri Melaka

Banyak lagi aktiviti kita boleh buat di pantai puteri

Nak tidur sepanjang hari ke

Nak buat istana pasir ke

Nak tidur di timbus pasir ke

Terpulang pada kita

Yang penting masa cuti kita terisi. 

Ibu ucapkan selamat meluangkan masa bersama keluarga

Insyaallah jumpa lagi lain kali


22 تعليقات

تعليقات

‏قال Unknown
Pakcik dah sampai Pantai Puteri

memang cantik

Berbaloi pergi bersama keluarga terutama semasa cuti sekolah
‏قال Mazni Azmi
Memang sedap sate pek tam tu

Maznee kalau balik melaka selalu prsan kat mak minta tolong belikan

Rasa satay di pantai puteri ni lagi sedap dari satay kajang yang dah biasa makan
‏قال Sha Mohamed
Masa Sha duduk melaka dulu, memang suka lepak kat pantai ini.. Sekarang dah makin banyak aktiviti boleh buat kat sini ye..
‏قال Mama Hakim
Tempat ni memang dah ramai orang

Antara sebabnya

Masa pantai kawasan kelebang tu di tambak untuk di jadikan dataran satu malaysia dan pantai kelebang sekarang

Pelancong lari ke kawasan ini

Masa tu nelayan banyak mengadu ikan makin kurang sebab petronas buat loji kawasan pantai kundur tu

Rezeki lain pula datang

Benarlah kata Allah

Dalam kesusahan ada kesenangan

Orang yang meniaga roti john kat tepi pantai tu dari gerai biasa

dah buka kedai sekarang
‏قال Mimie
Cantik Pantai Puteri. Memang bersih. Kalau pantai kotor memang sakit mata tgk kan
‏قال Miss Mirror a.k.a Sam
Rindu Melaka..
Dulu asal nak mkn ikan bakar je, ptg2 ke Restoran Parameswara.
‏قال mamapp
Bestnya.. masuk Dalam wishlist dah ni. Mama suka Ke Melaka. Bolehlah Cuba ke pantai puteri pula
‏قال Mama Hakim
Mama ingatkan sis ni orang melaka. Sebab hari tu singgah hospital mahkota di Melaka untuk anak kan?
‏قال Ana Suhana
Lama tak singgah ke pantai puteri ni. Dulu rajin juga ke sini. Rindu pula dkt suasan dkt pantai tu.

Susah nk jumpa kawasan pantai yg bersih dan terjaga. Sikap pemalas jg kebersihan lepas beriadah rakyat malaysia masih di level bawah.
‏قال Nadhie Wueen
Aah cantik. Fasiliti kawasan pelancongan di Melaka memang banyak dah improve. :) suka part toilet yang baru dan bersih. hehe
‏قال Ibu Syurga
Memang menarik kan pergi

Sebab kawasan ni tak berapa popular di bandingkan dengan pantai klebang
‏قال Ibu Syurga
Untung lah kampung tepi pantai macam maznee

Nak pergi berkelah bila bila masa bentang tikar saja kan

‏قال Ibu Syurga
Sha pernah duduk melaka ya

Kerja banyak pindah randah ni boleh jalan banyak tempat
‏قال Ibu Syurga
Allah kan maha pemberi rezeki

Tertutup 1 pintu rezeki

Terbuka lagi pintu lain
‏قال Ibu Syurga
Banyak sampah kalau pengunjung tak bawa sampah balik kan mimi

Orang pergi mandi manda di pantai nak berehat dan menikmati keindahan alam
‏قال Ibu Syurga
Sekarang ni mis mirror di australia lagi cantik kan

Pantai bersih

Air laut jernih kebiruan

Binatang liar pun macam macam ada

‏قال Ibu Syurga
Mesti cuba makan sate sedap nazir di pantai puteri
‏قال Ibu Syurga
Sikap pembersih sebahagian dari islam

Sedihnya sekarang ni kurang di amalkan
‏قال Ibu Syurga
Apa lagi sis

Mari melawat melaka

Banyak tenpat menarik
‏قال no nama
Assalamualaikum puan. Blh tlg berikan nama homestay yg puan tunjukkn kat atas tu..?
Kalau ada alamat dn no telefon pun bagus juga.
Terima kasih.
‏قال Ibu Syurga
Terima kasih kerana baca blog Ibu. Ini dia puan tanpa nama.

Boleh baca dengan lengkap disini. Ibu dah buat satu artikel khas mengenai homestay yang cantik tu

KLIK SINI HOMESTAY CANTIK
‏قال Firdaus
selain daripada sate nazir, tempat makan lain yg menarik / sedap / berbaloi di pantai puteri ?