Top Ad unit 728 × 90

Taman Rama Rama & Reptilia di Melaka! Jalan jalan bersama keluarga

Assalamualaikum, Cuti sekolah baru bermula. Nak bawa anak anak pergi mana?



Baru semalam ibu balik daripada Melaka.

Saja pusing pusing bawa anak anak & emak bersama. Adik ibu pun ikut sekali.

Kami pergi Taman rama rama Melaka.


Taman rama rama dan reptilia melaka
Pintu masuk, kena beli tiket

Kami pergi ber enam.

4 Dewasa dan 2 kanak kanak.

Bertolak dari rumah mak di pantai klebang. Kalau nak cari homestay.

Dan hotel tepi pantani dengan view yang menarik & banyak aktiviti. Tempat ni memang bagus.



Sebab dekat pantai, nak tengok matahari terbit dan terbenam pun senang.

Nak pergi muzium kapal selam & tempat lain pun dekat.

Ok.

Balik kepada trip ke taman rama rama.

Taman Rama Rama & Reptilia Melaka

Melaka ada banyak kawasan tarikan pelancong.



Tak hairanlah kan.

Sebab banyak tinggalan sejarah di Melaka. Disamping ada perakuan UNESCO sebagai salah satu tapak warisan dunia.

Hotel dan homestay sana sini mesti penuh.

Jadi kalau nak booking hotel boleh lah buat awal awal. Ada banyak laman kan. Pilih ikut bajet & selera.



Yang penting

Kalau pergi dengan keluarga besar

Selesa dan boleh rehat rehat, Ibu prefer sewa home stay saja

Sama macam pergi cameron highland tempohari

Kami pergi 1 keluarga dan sewa homestay di tanah rata

Mak ayah pun selesa

Balik pada trip di melaka

Kalau nak tinggal 2 3 hari dan pergi bersama keluarga elok duduk homestay di pantai puteri

Depan ada laut

Nak pergi taman rama rama & lokasi lain pun dekat

Jadi apa kelebihan pergi taman rama rama ni

Kelebihan Taman Rama Rama 7 Reptilia Melaka

rama rama cantik

Ibu pernah pergi taman rama rama di Kuala Lumpur

Jadi secara perbandingannya, ada beberapa kelebihan pergi taman ini

  1. Hampir sangat dengan tol ayer keroh. Keluar saja dari simpang tol ayer keroh dalam masa 5 minit saja dah sampai
  2. Tempat letak kereta banyak. Sebab pengunjung tak ramai
  3. Boleh bawa makanan sendiri (Setakat ini). Tak ada staf cek beg
  4. Tempatnya memang terjaga. Ibu paling suka taman ikan koi tu
Dan satu lagi

Kalau nak anak anak membesar dengan sihat & pandai

Kena selalu bawa mereka meneroka & melihat alam sekitar

Sel sel otak anak anak kita akan terangsang

Dan mereka pun mesti akan tanya banyak soalan

Cubalah tanya pakar kanak kanak, dalam agama islam pun ada sebut untuk didik anak sebaiknya


“Sesungguhnya, hartamu dan anak-anakmu hanyalah ujian (bagimu) dan di sisi Allah pahala yang besar.” (Surah at-Taghabun ayat 14)
Anggap sajalah ini masa untuk dekatkan diri dengan anak anak

Bonding time

Ataupun cara lain boleh baca panduan dibawah untuk lahirkan anak anak yang bijak

Bagus untuk di jadikan pedoman

"Klik gambar dibawah untuk baca preview rahsia anak pintar cerdas"


Lagipun pergi melihat alam semulajadi boleh legakan tekanan

Nanti lebih tenang dan awet muda dan jelita

Hehe

Ok

Seterusnya

Berapa harga tiket terkini untuk Taman Rama Rama Melaka?

Masa ibu pergi kali ni, harga tike dah naik dah

Harga tiket

  1. Dewasa RM22/ kepala
  2. Kanak kanak Rm16 / kepala. Usia atas 3 tahun dah kena caj


Jika ada ahli keluarga kita yang OKU, boleh tunjukkan kad OKU untuk dapat 50% diskaun

Melaka mana ada tempat murah

Semua naik harga, tapi yang bagusnya lokasi tempat untuk di lawati dekat dekat

Dan masa cuti sekolah ni jalan sesak mengalahkan KL

Hmm.

Tarikan menarik dalam Taman Rama Rama & Reptilia Melaka
Kami datang ke taman ini pada awal pagi

Jam 10

Masa ni tak ramai lagi pengunjung lain


Latar Belakang Taman Rama Rama & Reptilia Melaka

Ibu ceritakan serba sedikit tentang taman ini

Di bina dalam kawasan hutan seluas 11 ekar, sebagai perlindungan kepada banyak spesis rama-rama & reptilia


dirasmikan pada tahun 1991

Taman ini telah dibuka kepada orang awam pada 1 Februari 1991 & dilancarkan oleh Ketua Menteri Melaka pada waktu tersebut.

Waktu mula mula dibuka, nama yang digunapakai ialah "The Butterfly Park Melaka" sebagai tempat perlindungan untuk rama-rama.


Kemudian perlahan lahan berkembang shinggalah hari ini, menempatkan juga spesis reptilia. 

Tarikan di dalam Taman Rama Rama & Reptilia Melaka

Selepas bayar tiket, kita akan masuk ke lobi

lobi utama taman rama rama
Lobi selepas masuk pintu utama

Ada 2 ekor burung kakak tua di ruang khas

Ibu terkejut bila dapat tahu usia burung kakak tua berwarna putih tu

Agak agaknya berapa?

35 tahun (Pada dis 2017)

Dah dilatih bercakap (Apa khabar, Hai)

Dan burung kakak tua kedua pula dah berusia 5 tahun

Muda lagi, tak pandai cakap

Dan agak garang.

Gambar tak dibenarkan diambil sendiri. Kalau nak bergambar dengan burung perlu bayar 

Jadi

Terpulang nak tangkap gambar atau tidak

Ada juga burung merak di lobi ni


burung merak di taman rama rama
Ada burung merak dari india
butir butir burung merak
Maklumat tentang burung merak
Awal pagi lagi, belum ada mood nak kembangkan ekor

Selepas itu kita akan masuk ke 2 lokasi paling menarik di dalam taman ini

1. Aviari rama rama

aviari rama rama
Suasana di aviari rama rama semasa awal pagi
rama rama dalam sangkar
Antara spesis rama rama dalam aviari
banyak rama rama
Redup lagi awal pagi ni. Sejuk & lembap
rama rama sedut nektar
Rama rama hisap jus nanas. Manis agaknya nektar nanas tu
makin ramai pengunjung
Ada beberapa keluarga lain sedang bersiar siar
spesis rama rama lain
Ikutkan ada 20 jenis rama rama dalam sangkar ni
jambatan gantung
Kita ke lokasi seterusnya

Ibu suka datang sini sebab nak bawa anak anak bersama sama

Dapat kenal rama rama & banyak spesis haiwan lain

Selalu pergi zoo saja kan

Zoo Melaka pun pernah pergi, tapi pengalaman tak sama

Zoo Melaka tiada taman rama rama.

Bayangkan, di taman ini kita akan dikelilingi oleh beratus-ratus rama-rama berwarna dalam persekitaran yang dipenuhi bunga yang cantik

Anak anak ibu suka

Melihat tarian rama-rama ini di matahari pagi dengan udara yang sejuk memang terbaik

Dapat lari sekejap dari kesibukan dan hiruk pikuk kota raya di lembah Klang

Tamana ini menempatkan lebih dari 20 spesis kupu-kupu

Antara spesis rama rama yang ada ialah
  1. Black and White Helen (Papilio nephelus)
  2. Malayan Birdwing (Troides)
  3. Rama rama kebangsaan Malaysia, Rajah Brooke Birdwing (Ingat lagi tak subjek sejarah di sekolah dulu).
Selepas itu ada beberapa spesis burung yang di pamerkan

Cantik lanskap disini
Cantik lanskap disini
Cantik lanskap disini

Sangkar burung
Anak anak memang suka tengok burung
burung dari australia
Burung dari Australia rupanya
burung dari australia


2. Taman ikan koi

Anak anak ibu paling enjoy masuk bahagian ni

kolam ikan koi

Sebab sebelum ni bila menonton siri upin ipin di kaca tv

Ada episod ikan laga tu kan

Bila sampai sini, jangan lupa untuk beli makanan ikan di kedai cenderamata

Nanti bila dah masuk dalam

Kita dapat beri ikan makan. Bagilah sampai ikan tu sakit perut

Hehe

Pengalaman yang paling mengujakan & mengasyikkan anak anak

Tak percaya cuba lihat gambar gambar ini


beri ikan koi makan
Seronok anak anak dapat bagi ikan makan
beri ikan koi makan
Lama duduk sini. Bagi makan sampai dedak habis
anak anak suka bagi ikan makan
Jenuh menjawab soalan anak anak
anak anak suka bagi ikan makan

anak anak suka bagi ikan makan

anak anak suka bagi ikan makan

anak anak suka bagi ikan makan

anak anak suka bagi ikan makan

anak anak suka bagi ikan makan

Taman rama rama melaka ikan koi

Taman rama rama melaka ikan koi

Taman rama rama melaka ikan koi
Dah selesai, pergi tempat lain
Taman rama rama melaka ikan koi
Ada aviari rama rama lagi lepas ni

Selalunya

Pengunjung yang pertama kali datang tak beli makanan ikan semasa baru sampai

Jadi bila sampai sini, melepaslah pengalaman bagi ikan koi makan

Rugi kan

Ibu kongsi dah ni, mak ayah boleh lah beli 2 3 bungkus


Rama rama rajah brooke
Rama rama kebangsaan Malaysia, Rajah Brooke
Rama rama rajah brooke
Ada warna hijau dan kuning sebenarnya. Cuma kami jumpa warna kuning saja
Rama rama rajah brooke


Masuk aviari burung lagi


aviari burung
Birds of the same feather flock together



Spesis burung

3. Taman Buaya & Reptilia

kampung buaya darat


Bahagian ni bagi ibu tak berapa best

Maklumlah buaya semua malas malas

Tak ada aksi akrobatik


  Taman buaya
Taman buaya
  Taman buaya

  Taman buaya
Buaya sedang bersantai
telur buaya
Telur buaya
Buaya amerika
Siapa pernah tengok peter pan, inilah buaya dari amerika. Besar. Buaya ni lah yang makan tangan Captain Hook musuh ketat peter pan and the lost boys
Buaya amerika
Yang kecik ni ingatkan tengah tengak raksasa otromen
ikan keli raksasa
ikan keli raksasa
Kura kura dinosour. Fosil hidup ni. Besar
kura kura raksasa

ikan pacu sedara piranha
Sedara mara ikan piranha. Ikan pacu, Bezanya satu gigi jongang, satu lagi tajam macam pisau
  Ikan pacu. Ikan air tawar yang lasak
Ikan pacu. Ikan air tawar yang lasak
  Ikan pacu. Ikan air tawar yang lasak
Close up. Macam ikan bawal hitam kan? Sedap masak sambal agaknya
Part paling tak digemari. Taman ular. Yang wanita semua lari laju laju sambil pejam mata
ular cemeti hijau

Sampai ke penghujung sudah


Alhamdulillah

Awal awal tu semangat nak tengok satu satu

Sampai saja ke taman ular memang tak minat. Seram

Teringat nanti dalam kubur ada ular besar khas untuk seksa orang yang tak solat

Kalau dunia pun dah menakutkan

Bayangkan ular besar dalam kubur tu


Kesimpulannya

Dari awal sampai hujung tu kalau jalan perlahan lahan boleh habis dalam 1 ke 2 jam

Berbaloi ke dengan harga tiket tu?

Setakat ni rasa berbaloi

Sebab anak anak pun suka.

Kawasan pun nampak terjaga

Terutama bahagian ikan koi tu. Jangan lupa beli makanan ikan tau

Sampai berjumpa lagi

Lepas ni ibu akan cerita lagi lokasi lokasi menarik di sekitar melaka

Tempat tempat menarik di melaka yang ramai pelancong dalam dan luar negara datang

Insyaallah

PS: Masa balik taman ni, maklumlah cuti sekolah. Jalan jam macam ada jualan tutup kedai. Air cond kereta kami rosak.

Pusat servis perodua cadangkan servis & tukar mencecah RM3274. Alhamdulillah, lepas usaha & cari kedai lain.
.
Kami keluar RM220 saja aircond dah elok. Dapat jimat RM3050. Nanti kami kongsi tips nya.

Assalamualaikum


Taman Rama Rama & Reptilia di Melaka! Jalan jalan bersama keluarga Reviewed by Ibu Zaid on December 06, 2017 Rating: 5

8 comments:

  1. Seronok Ibu zaid pergi melaka

    patutlah lama menyepi

    Ada masa nak kena rehat juga kan ibu

    ReplyDelete
  2. Memang banyak tempat menarik dan bersejarah di Melaka

    bestnya Ibu dapat pergi dengan anak anak

    ReplyDelete
  3. bestnya..sebelum ni pernah ke zoo melaka. bukan main seronok lagi anak-anak./.pasni nak ke taman rama-rama & buaya plak.. - jmr23.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh singgah home stay tuan di pord dickson dulu kan

      Delete
  4. Ibu zaid pergi melaka bila tu

    Best lah tempat ni

    Maznee pun suka tempat tak ramai orang

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum...
    Sha suka bawa anak-anak ke taman-taman macam nie.. Boleh mereka belajar.. Mak pun suka je.. Lanskap dia cantik.. Riadah sambil belajar..

    ReplyDelete
  6. Mmg best Kan Taman rama-rama ni. Mama pun baru pegi ahad lepas

    ReplyDelete
  7. Bagusnya dapat bagi ikan makan seronok nampak

    ReplyDelete

Hak Cipta Terpelihara Kasihnya Ibu Membawa Ke Syurga © 2017-2018

Contact Form

Name

Email *

Message *

Theme images by merrymoonmary. Powered by Blogger.